Kehilangan insan tersayang cukup perit untuk diterima, namun, pelakon Elfira Loy reda dan akur dengan ketentuan ilahi.
Elfira berkongsikan khabar duka apabila nenek kesayangannya, Siti Rokiyah Saad menghembuskan nafas terakhir pada malam Khamis yang lalu.
Menurut elfira, Allahyarham neneknya disahkan positif Covid-19 selepas lima hari dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki.
Katanya, selain arwah beberapa pesakit yang berada di wad yang sama turut terkena jangkitan virus bahaya itu.
“Sebenarnya berat nak cerita belum cukup nafas nak tahan air mata ni. Nenek saya warded dekat hospital sebab operation kaki, Alhamdulillah semua okay cuma memang duduk hospital untuk di monitor.
“Selepas beberapa hari, dah sampai giliran dia untuk suntikan vaksin. Alhamdulillah semuanya okay… Nenek tak alami sebarang simptom teruk.
“Tapi selepas lima hari tak silap, nenek disahkan positif disebabkan ada outbreak dalam wad.
Ads
“Ada berbelas orang disahkan positif… ia berlaku di hospital, puncanya dari siapa tak masih tak tahu. Memang terkilan tapi Allah yang menentukan, kami hanya reda dengan ketentuan ini.
Dalam perkongsiannya yang terbaru, Elfira memuat naik sekeping gambar menunjukkan pusara arwah neneknya dari kejauhan.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah, dah selesai semua proses pengebumian nenek saya pada hari Jumaat yang mulia ini,” tulisnya.
Bagaimanapun, Elfira tidak berkongsi lanjut tentang waktu, punca kematian dan lokasi neneknya dikebumikan.
Ads
“Atok, Fira sayang atok. Fira takkan lupa doa untuk atok hari-hari. Fira minta pada Allah supaya atok tenang di sana, hiasi kubur seperti di taman syurga.
“Fira minta atok tak rasa keseorangan. Atok tak suka duduk seorang kan. Fira ada di sini. Solat, doa dan sedekah untuk atok. Al-fatihah atok, Siti Rokiyah Saad,” tulisnya lagi.
Sementara itu, adik Elfira iaitu pelakon Ahmad Ezzrin Loy bersyukur diberi peluang melaksanakan proses pengebumian Allahyarham dengan memakai pakaian lengkap perlindungan diri (PPE).
“Malam semalam (Khamis) kami kehilangan nenek tersayang. Saya sangat bersyukur dapat menemaninya buat kali terakhir hari ini.
Ads
“Terima kasih juga kepada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) kerana menyediakan saya dan Abang Faris (suami Elfira) untuk pengebumian nenek. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya.
Anak mana yang sanggup melihat ibu sendiri menderita kesakitan kan. Namun ketentuanNya tidak siapa boleh menduga. Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
Bagi Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar tiada yang lebih menyedihkan bila mana insan kesayangannya itu terlantar sakit.
Lebih memilukan, sebelah tangan ibunya, Rasimah Abd Rahman terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.Difahamkan tangan ibu Linda terkena gigitan serangga tiga bulan lalu.
Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Linda menerusi laman instagramnya.
“Just wanna share with all my followers.. linda memang tak ramai kawan drp kecik berkepit 24jam dgn mak sana sini.. masa zaman elite baru jumpa kawan @azzaelite@sashasaidin@tie_sadaliofficial@abby_abadi112 tp mak tetap pantau n marah if linda balik show or training lambat..
“Kawan2 elite faham sgt2 linda drp dulu akan balik awal pasal takut Mak marah ?..until skrg dah anak 5 pon bila kuar pergi gv rebut2 nak balik rasa mcm mak tunggu je kat umah..ya allah banyak kenangan dgn mak yg x tak dpt linda gambarkan.. mak terlalu sygkan linda ?
“Cuma hari ini..hari yg linda rasa sebak sgt2 pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3bulan lepas di potong sampai bawah siku???? ..mak blum tau yg tangan dia dah xde ..x sampai hati nk bg tau dia..
“Cuma apa yg linda nk mintak jasa baik semua tolong doakan mak linda trus kuat dan Sihat kembali mcm selalu ??.. linda x kuat nak harungi semua dugaan ini tp linda percaya setiap dugaan yg allah beri pasti ada ganjarannyaa ?? .. linda syg mak linda sgt2 ? love u mak,” Tulis Linda dikapsyennya beberapa hari yang lalu.
Sebelum ini, Rahimah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital sama akibat gigitan serangga dan menjalani pembedahan bagi membuang kuman.
Bagaimanapun minggu lalu, Rahimah mengadu sakit pada bahagian tangan tersebut sebelum doktor memberitahu jangkitan kuman sudah merebak ke dalam darah.
Selain Linda, adiknya Diana Rafar turut menerusi instagram memberitahu walaupun hanya tangan ibunya yang dipotong, namun ia perlu melalui proses seperti mana menguruskan seorang jenazah.
“Walaupun tangan tapi perasaan ini macam kehilangan orang tersayang, kuatkan kami ya Allah.
“Tangan yang dipotong kena lalu proses mandi, kafan, kebumi juga rupanya… Ya Allah gementar SubhanAllah, sedihnya,” katanya.
Berita tersebut mendapat reaksi dari pengikutnya dan ada yang mendoakan serta mengharapkan penyanyi tersebut terus tabah dan kuat.
Malah, ada yang berkongsi pengalaman dan situasi yang sama dialami mereka sebelum ini.
Tatkala kita merasa diri susah, sebenarnya ada lagi yang lebih susah namun sedikitpun tidak merungut. Demi anak, baik ayah mahupun ibu sanggup berkorban apa sahaja. Demikian juga dengan kisah yang cukup menyentuh hati ini. Bagaimana seorang ayah berusaha dan berkorban demi membesarkan anak sendirian setelah berpisah dengan bekas isteri.
Namun bukan kisah suami isteri yang ingin diutarakan. Sebaliknya kisah si anak yang dikatakan memecahkan bangku di kantin sekolah. Sehinggakan pihak sekolah terpaksa memanggil si ayah ini untuk meminta ganti rugi. Jawapan yang diberikan oleh si ayah ini cukup sayu dan menyentuh hati guru yang bertemu dengannya.
Kisah ini dimuat naik dua tahun lepas oleh guru bernama Mohd Fadli Salleh. Namun kembali tular baru-baru ini.
Tahun lepas, ada seorang murid tahun satu yang sangat pendiam. Perempuan. Aku perasan tudung dia selalu tutup dahi. Macam tak pandai pakai tudung. Baju pun selalu comot.
Tahun ini, dia masih tidak pandai pakai tudung. Masih begitu, bajunya juga masih comot-comot. Banyak kali aku bertanya tentang keluarga, tapi dia mendiamkan diri sahaja.
Tahun ini dia tidak keseorangan. Dia berteman. Ada adik lelaki di tahun satu. Adik dia ini sangat aktif. Hyperaktif aku rasa. Memang langsung tak boleh duduk diam dalam kelas, dewan atau perhimpunan.
Pakaian adik dia pun sama juga. Tidak terurus dan selalu comot.
Dua hari lepas, adik dia dengan sengaja pecahkan bangku kantin. Bangku buah-buahan yang aku beli dengan duit kiriman sahabat-sahabat aku yang baik hati.
Maka unit disiplin, guru kelas dan pentadbir berbincang. Perlu panggil ibu bapanya untuk bincang kelakuan anaknya yang hyperaktif ini. Mencari jalan terbaik bagi murid ini agak tidak ternafi haknya untuk belajar dengan sempurna.
*******
Hari ini, selepas habis kelas pertama ada pengawas datang menjemputku ke pejabat. Katanya pentadbir panggil. Aku dah agak, pasti si ayah murid itu telah datang.
Dengan tenang aku terus ke pejabat. Diluar pintu pejabat, ada sepasang kasut lusuh. Nampak comot dengan selut dan kotoran.
‘ Ini kasut orang kerja buruh,’ getus hati aku.
Sebaik masuk, kelihatan lelaki lewat 40an duduk bersama barisan pentadbir. Mukanya kelihatan penat, malah peluh pun tidak sempat kering dari baju.
Kulitnya gelap. Nampak jelas kerjanya pasti dibawah terik mentari. Tangannya kasar dan kotor tanda kerja berat.
Aku bersalaman dan menegur dia dengan mesra. Duduk betul-betul disebelah dia dan sesekali aku bergurau mencuit paha dan memegang bahunya. Tidak sesekali aku merasa geli atau membuat muka tidak selesa walau bau badannya tidak sewangi orang kerja pejabat.
Aku tidak mahu dia resah dan rasa bersalah. Aku nak dia tahu, kami bukan hendak menyalahkannya. Sikap budak, memang begitu. Namun kami ada minta dia bawa anaknya ke Hospital Selayang unit Mekar untuk pemeriksaan.
Pada pengamatan mata kasar aku dan guru-guru lain, anak dia ini kategori istimewa. ADHD mungkin. Sangat aktif hingga sukar dikawal.
Aku susun ayat sebaik mungkin, memberitahu dia dengan lembut. Dia terima dengan tenang, dan dia pun tahu anak dia memang tidak terkawal. Dia berjanji akan bawa anak lelakinya itu ke hospital secepat mungkin.
Bila disahkan, anak dia boleh masuk kelas pemulihan. Kelas yang layak dan sepatutnya anak itu duduk dan belajar. Lagi pun, murid pendidikan khas ini ada elaun.
Sebelum dia beredar, kami bagitahu kerosakan yang dibuat anaknya perlu diganti. Dengan serba salah dia cakap,
“Cikgu. Boleh. Tapi tunggu saya dapat gaji ya.”
Jantung aku seakan berhenti mendengar jawapan pendek itu. Gugur seketika. Nilai bangku itu yang tidaklah besar di zaman ini. Tapi masih ada yang perlu tunggu gaji. 😭
Terus aku pegang bahu dan mengajaknya pergi. Aku bukakan pintu pejabat, aku tunggu dia sarung kasut buruk itu.
Aku iringi setiap langkah dia ke motor buruknya sambil bertanya tentang kehidupannya.
“Abang kerja kat mana?”
“Saya kerja kat Kuang. Kerja ukur jalan. Ni dari Kuang dapat telefon dari sekolah terus saya datang.”
Allah. Kuang ke Gombak bukan dekat. Dengan motor tengah panas terik pula tu. Terus tinggal kerja bila tahu anak buat angkara.
“Rumah abang kat mana? Isteri kerja apa? Anak berapa orang?” soalku bertalu-talu.
“Rumah saya di Batu 5. Anak saya empat. Yang paling kecil, kembar dua orang duduk dengan isteri saya. Yang sulung tahun dua dan tahun satu ini tinggal dengan saya. Dah tiga tahun kami berpisah,” balasnya tenang.
Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sahaja. Aku minta dia hubungi aku terus kalau ada apa-apa. Nombor telefon aku tinggalkan, dan dia berlalu pergi.
Berlalu pergi dibawah teriknya sinar mentari untuk mencari sesuap rezeki.
********
Patutlah. Patutlah anak perempuannya tidak pandai pakai tudung. Rupanya dijaga oleh ayah sejak sekian lama.
Ayah yang kerja buruh mana pandai hendak pakaikan anak perempuan tudung. Asal tersarung, asal tertutup rambut baginya dah cukup elok.
Pakaian patutlah selalu nampak comot. Tidak terjaga seperti orang lain yang punya keluarga. Rupanya tinggal bersama ayah.
Kelu. Aku kelu sebenarnya.
Terharu. Aku sangat terharu melihat pengorbanan seorang bapa. Jika aku ditempat dia, aku pun tidak tahu apa aku mampu menjaga anak aku sebaik dia.
Makan minum, sakit demam, duit belanja, basuh pakaian dan segala urusan rumah tangga seorang diri. Menguruskan anak bukan mudah. Tambah-tambah bagi kaum lelaki.
Sebaik dia jawab hendak ganti kerusi itu bila dapat gaji, terus aku niatkan dalam hati,
‘Bangku yang perlu diganti itu aku yang akan ganti. Bahkan apa keperluan anak-anaknya yang mampu aku bantu, aku cuba bantu.’
Esok aku akan settlekan hal bangku diam-diam. Esok juga aku nak jumpa ustazah guru kelas anak sulungnya, minta ustazah tolong ajar murid ini pakai tudung dengan betul.
Semoga anak-anak ini rajin belajar seterusnya menjadi insan yang berguna dan berjasa.
Kerana bangku pecah semuanya terdedah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah.
Penjagaan kecantikan wanita tidak hanya tertumpu pada wajah semata-mata. Malah jangan pernah abaikan penjagaan pada bahagian intim wanita agar kekal bersih, sihat dan tidak berbau.
Terdapat banyak cara untuk penjagaan aset wanita ini dan salah satunya sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ini.
Jom semak untuk manfaat bersama.
Rendaman faraj. Siapa pernah buat?
Rendaman faraj ni amalan perbidanan melayu lama dan sampai sekarang, ia sangat digalakkan. Seeloknya rendaman faraj ini buatlah seminggu sekali.
Ada sesetengah wanita yang mengalami kegatalan luar biasa. Mereka tidak dapat menahan kesakitan dan kepedihan untuk menghilangkan kegatalan pada farajnya.
Ada wanita yg akan menggaru2 dan akhirnya melecet dan pedih.
Disebabkan pedih yg amat ini,mereka tidak dapat nak berjalan dan akan membuatkan mereka stress. Maka dengan itu,ramai juga doktor yg menyarankan pesakit mereka membuat rendaman faraj ini.
Bayangkan kalau ada lipas dan ulat merayap dibahagian sulit kita. Eeuuww gatal kan sebab dipenuhi bakteria. Begitu juga kalau dibahagian sulit wanita. Bayangkan kalau penuh bakteria jahat?
Sebenarnya ramai juga yang masih tak tahu khasiat mengamalkan rendaman faraj ini. Ini adalah amalan perubatan melayu lama yang membuatkan mahkota wanita sentiasa ‘cantik’ & bersih.
Orang putih pun buat,depa panggil sitz bath.Kalau tanya orang dulu², amalan ni sangat diwajibkan untuk ibu selepas kering darah nifas, kering darah haid & juga diamalkan untuk menghilangkan kegatalan pada faraj.
Rendaman faraj ini juga sangat bagus diamalkan oleh wanita yang mempunyai masalah keputihan dan buasir.
Macam mana cara nak buat rendaman faraj ni?
1. Sediakan besen besar yang boleh muat kan pinggul anda.
2. Pastikan air yang kita nak rendamkan pinggul ni sedikit panas dan ada semua bahan² ni.
Bahan² untuk buat rendaman faraj :
1. Garam bukit
2. Air rebusan sireh
3. Asam keping
Siapa perlu buat rendaman faraj?
1. Ibu hamil – Dibuat ketika rasa tak selesa,berair,gatal & lembab
2. Ibu berpantang – Selalunya dibuat pada hari ke-30, bila darah nifas semakin kering dan sehingga habis darah.
3. Gadis & sesiapa saja – Boleh dijadikan amalan mingguan.
Khasiat merendam faraj :
1. Menghilangkan gatal² & bau yang tak menyenangkan pada miss V akibat keputihan & discharge.
2. Bagus untuk menyembuhkan luka episiotomi.
3. Memantapkan cengkaman faraj.