Bila menanam pokok jenis berbuah di sekeliling rumah tentunya dengan harapan suatu hari nanti pokok tersebut hidup membesar dan subur akan mengeluarkan hasil untuk dimakan bersama seisi keluarga. Lantaran itu sejak dari anak semaian lagi, pokok dijaga rapi dengan disiram, dibaja dan diracun agar tidak diganggu oleh serangga perosak.
Umumnya bila meletakkan baja, ianya akan ditabur pada bahagian sekeliling pokok. Pun begitu tahukah anda, sebenarnya ada teknik yang lebih bagus untuk pastikan baja yang digunakan dapat meresap ke dalam tanah dengan lebih cepat untuk kebaikkan pada pokok dengan cara yang mudah seperti yang dikongsikan oleh Halim Waghih ini.
Menurutnya, pokok yang telah besar ada cara membaja yang perlu dilakukan iaitu dengan teknik menggali lubang. Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
Cara Baja Pokok Buah Yang Telah Besar
Saya hendak tunjuk cara membaja pokok yang sudah besar. Ini saya menggunakan baja bunga.
Langkah 1 : Gali lubang kecil-kecil di sekeliling pokok.
Langkah 2 : Masukkan baja pada setiap lubang dan kemudian tutup lubang itu dengan tanah.
Ads
Keistimewaan membaja dengan teknik ini
Jika selepas membaja dan hujan turun dengan lebat, baja tersebut akan dibawa meresap ke dalam dengan lebih cepat. Jadi pokok terus dapat baja dan itulah yang saya buat pada kuinin saya.
Ads
Pokok kuinin berbunga lebat.
Ekstra Info
Jika mana-mana pokok yang sedang BERBUNGA … Jangan letak apa-apabaja.
Ads
Pokok berbuah lebatBuah yang lekat dan perlu dibalut
Suasana rumah yang bersih dan rapi itulah sebenarnya dapat membuatkan seisi keluarga berasa tenang dan bahagia berada di dalam rumah. Pun begitu, proses membersih dan mengemas rumah perlu dilakukan secara berjadual untuk menjadikan tugas lebih mudah dan ringan.
Selain itu, tidak dinafikan penggunaan alatan dan bahan-bahan pencuci yang betul juga perlu diberi perhatian khusus untuk menjadikan proses membersih lebih mudah dilakukan dan dalam masa yang cepat.
Berkongsi tentang cara dan tips berkenaan membersihkan rumah, jom kita lihat perkongsian daripada Haryati Hossen ini dan semoga ianya bermanfaat.
Permukaan berhabuk. Lap dgn kitchen/microwave wipes dulu.
Tips : Stok makanan kering dlm kc better simpan dlm storage yg bertutup (utk elak semut@haiwan lain). Kc rumah sy tak pernah pulak jadi macam ni jadi tak tau ape punca habuk² ni
Bersihkan dgn magic sponge & lap dgn kain microfiber.
Permukaan berkarat + berkulat. Tabur Zip + stain remover, biar dalam beberapa minit. Yg ni sy guna waterjet jadi spray terus, tak tunggu pun
Selepas.
Selepas.
Tips : Jenguk² la bahagian ni at least 2 minggu sekali pun ok utk tengok ada tak najis haiwan perosak @ habuk @ kulat. Lap je dgn air paip pun dah ok.
Permukaan cermin berkulat.
Tips : Masa cuci sinki, lap sekali bahagian tingkap. Lap dgn kain & air paip je pun dah cukup bersih.
Tips : Lap dgn span+sunlight @ wet wipes Vinda pd permukaan dapur gas+dinding setiapkali lepas masak. Lepas tu lap dgn kain basah. Last sekali lap dgn kitchen towel. Leceh ke? Sebab tu ai malas masak.
Jangan lap direct percikan minyak@sambal dgn kain nanti kain jd sangat kotor. Boleh lap direct dgn kitchen towel @ wet wipes.
Sebelum.
Selepas.
Tips : Spray Clorox Molder Remover dlm toilet bowl 2x seminggu. Tak perlu berus pun takpe, flush terus pun boleh. Insya’Allah tak sempat kotor toiletnye.
Serbuk Zip + spray clorox
Sental dgn berus kecik + magic sponge + span kasar. Ini tak cukup sental sebab dah tak larat.
Tips : Standby magic sponge dlm toilet, amik masa beberapa minit utk lap manja² dinding toilet 2-3 hari sekali. Kalau nak tunggu keladak berkumpul sampai berminggu², memang jenuh nak bersihkan.
Lap dgn magic sponge + zip cream. Boleh juga lap dgn kitchen wipes. Keluarkan drawer satu-persatu.
Berkeladak.
Tips : Tangan kena sentiasa bersih sebelum tekan suis. Standby wet wipes @ hand sanitizer dalam kereta@handbag utk bersihkan tangan.
Magic sponge + air. Tak perlu sental kuat², guna tenaga biasa² je
Kain microfiber basahkan. Tuang floor cleaner & lap. Lepastu lap lagi sekali dgn air paip.
Tips : Kain tu memang kena bilas dgn air bersih tiapkali nak lap. Sy rasa sy bilas setiap 2 lane tiles tu prefer air direct dari paip (bukan dlm baldi) sebab lebih bersih bila bilas kain tu.
Selepas.
Selepas dilap dgn magic sponge + zip cream cleanser
Pintu ni ada mcm² kekotoran – kesan tangan yg kotor, taik cicak, habuk, etc.
Oven cleaner utk sental minyak² yg dah keras..nak lagi cepat, kikis dgn scraper.
Antara yg berkesan utk cleaning process. Sentiasa ada ready stock dalam rumah ni,alhamdulillah
Tambahan : Pengurusan sampah.
1. Beli tong sampah tertutup – utk elak bau busuk.
2. Jangan beli tong sampah besar – utk elak kite penuhkan tong tu sampai berhari².
3. Plastik sampah – beli yg ngam² saiz tong utk elak sampah melimpah keluar. Bonus utk yg ada bau wangi.
4. Penapis makanan – tapis dulu sisa makanan sebelum buang ke dlm tong. Lebih baik buang dlm plastik kecik dulu – ikat – baru buang.
5. Cuci tong sampah anda.
6. Buang sampah (ke tong di luar rumah) setiap hari. Masukkan dlm plastik mydin/tesco pulak takut² ada bocor.
7. Asingkan sampah pampers, sisa makanan, kertas/plastik, etc.
P/s : Sy tak rajin bab² bersih ni (ada org lagi rajin, hari² cuci tong sampah) tapi sy geli bau busuk & benda² kotor. Nak tak nak kena jd pembersih jugak.
Siapa yang tak kenal dengan influncer yang mencipta fenomena ‘emmelo’ yang tular di media sosial kan? Baru-baru ini ramai yang terkejut dengan kisah seorang selebriti tiktok yang sinonim dengan kontennya berkenaan nostalgia zaman kanak-kanak 90-an yang begitu relate dengan rakyat Malaysia, Muhammad Ryan Fahmi Bakery. 27 Tahun.
Beliau telah membuat live dan telah menerima gift yang bertalu-talu yang mempunyai nilai yang mahal daripada sorang pengikutnya, Sultan Pemurah.
Nilai yang diterima hampir RM10k dalam satu malam. Reaksi yang bercampur-baul setelah terima gift tersebut bagaikan rezki yang terpijak. Ryan seolah olah tidak percaya dan tidak mampu berkata setelah menerima gift ‘singa’ dan gift yang mahal-mahal dan hanya mampu mendoakan agar dimurahkan rezki si pemberi.
Salah seorang pengguna facebook memeriksa harga gift tersebut yang bernilai setiap 1 gift bernilai sehingga 2 ribu ringgit. Justeru dia memuji Ryan Bakery kerana bijak memanfaatkan platform media sosial untuk menjana pendapatan.
Buat yang tidak tahu fungsi Gift atau sticker itu, dia seperti satu pemberian yang diberi oleh followers yang terhibur dengan kontennya, ia boleh diconvertkan kepada RM.
Keseluruhan gift yang diterima itu hampir mencecah RM1049.90 fuh! betul-betul pemurah si pemberi tersebut menghadiahkan gift semahal itu. Hal ini juga menibulkan tanda tanya pada netizen tentang si Sultan Pemurah namun Sultan Pemurah tersebut sedikit pun tidak mendedahkan identitinya yang sebenar dan begitu low profile.
Meninjau pada ruangan komen Twittter ada yang menyatakan pemilik akaun Sultan Pemurah tersebut ada yang menyatakan anak Dato Seri Vida, Kacak. Tapi masih lagi menjadi teka-teki rakyat Malaysia sehinggalah pemilik akaun itu sendiri yang reveal kebenarannya.
sejurus dengan hal yang tidak dijangka itu Ryan Bakeri terus menghubungi tunangnya dan memberitahu bahawa beliau baru dapat duit kahwin dan jangan hubunginya kerana sedang bersiaran langsung.
“umi,kita kawin umi! kita kawin! walid dapat gift banyak umi, boleh buat duit kawin. walid work dulu ya, jangan call sekarang walid tengah siaran langsung”
reaksi beliau sangat bersahaja dan menghiburkan para penonton yang ada di livenya.
Selain Ryan, Sultan Pemurah turut memberi gift yang berharga mahal kepada orang lain juga. niat beliau hanyalah untuk support tiktokers secara random.
sumber : Roti kaya, Tiktok ryanbakery
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Daun pudina bukan saja digunakan dalam masakan tapi juga untuk minuman. Memang berbaloi kiranya jika ditanam di rumah terutama kalau anda suka dengan baunya yang cukup menyegarkan.
Tambahan pula bukanlah susah untuk menanamnya jika anda gunakan teknik tanaman pucuk. Ini sebagaimana yang telah dibuktikan oleh seorang suami ini, dari dua pasu pokok daun pudina telah berjaya dibiakkan menjadi berpuluh-puluh dalam tempuh tidak sampai sebulan. Semua tanaman pudina hidup subur dan berdaun lebat.
Difahamkan juga melalui perkongsian di facebook, dia menanam pokok pudina dek kerana isterinya suka akan pokok tersebut.
Jadi buat anda yang ingin mencuba, bolehlah menanam dengan teknik keratan pucuk seperti yang dikongsikan ini. Selamat mencuba.
Cara menanam pudina menggunakan pucuk
Masa mula-mula nak tanam pudina, saya beli dua pasu kecil dari nusery. Satu pasu berharga RM10, kiranya saya habiskan RM20 untuk dapatkan dua pasu.
Bagi saya agak mahal, tapi disebabkan isteri saya suka dengan bau pudina, saya nekad untuk beli dan biakkan pokok pudina ini.
Alhamdulillah tak sampai sebulan, saya berjaya membiakkan berpuluh pasu pokok pudina. 2 cara saya guna, 1 pertama rendaman keratan batang kedalam air, kedua tanam terus ke tanah menggunakan pucuk. Hasil pemerhatian saya, menggunakan pucuk lebih mudah untuk membiak.
Cara-cara tanam pudina menggunakan pucuk:
– Gambar A merujuk kepada pucuk yang kurang matang, batangnya berwarna hijau muda, peratus untuk hidup adalah kurang
– Gambar B merujuk kepada pucuk yang telah matang, batangnya berwarna purple muda, peratus untuk hidup Insyaallah lebih tinggi
P/s: pokok pudina yang telah stabil boleh diletakkan dibawah matahari penuh
– anak pokok boleh dibaja seusia 2 minggu dalm kuantiti yang sedikit
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah lagi aktiviti menatik menanti anda. Jadi jangan lepaslan peluang segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster di bawah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...