Anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Pun begitu, sebagai ibu ayah kita juga faham, setiap anak punya ragam dan perangainya yang tersendiri yang perlu kita fahami dalam mendidik mereka.
Berdepan dengan pelbagai situasi dalam membesarkan anak-anak, pernah juga kita dengar cerita ada ibu bapa suka membanding-bandingkan anak kepada umum hingga membuka aib anak tanpa sedar atau sengaja. Hal ini tentunya boleh membuatkan anak jauh hati dengan ibu dan bapa mereka sendiri.
Menyedarkan hal ini adalah tidak wajar dilakukan oleh ibu ayah, Ahmad Saifuddin Yusof, penulis buku tafsir yang sering berkongsi ilmu di media sosial berkongsi pandangannya dan menyifatkan ibu ayah yang suka mengumpat anak sendiri seumpama ‘makan daging’ anak sendiri.
Ini perkongsiannya dan bersama kita ambil pengajarannya.
‘Makan Daging’ Anak Sendiri
Ada satu perangai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sudah dewasa ialah mengumpat anak-anak sendiri.
Mengumpat anak sendiri?
Ya, sama ada menceritakan perihal buruk anak kepada orang luar atau kepada anak-anak yang lain.
Paling buruk kesannya apabila mengumpat anak dengan anak yang lain.
Contohnya, katakanlah Angah berjaya dalam karier sehingga ada pendapatan yang baik. Manakala Along kurang berjaya sehingga terpaksa meminta bantuan kita sebagai ibu ayah dengan berhutang dan sebagainya.
Ada perangai ibu ayah sekarang yang suka bercerita perihal Along itu kepada adik-adik. Kesan buruknya, hilang rasa hormat adik-adik kepada Along. Ditokok tambah macam-macam. Sedangkan keadaan Along itu yang terdesak menyebabkan terpaksa berhutang dengan ibu ayah.
Mengapa berlaku begitu?
Perangai kita ibu bapa yang suka mengumpat membawang orang lain dengan kawan-kawan. Jadi perangai itu terbawa-bawa apabila bercerita hal ehwal anak sendiri. Dia tidak sedar yang diumpatnya itu anak sendiri dengan orang lain atau anak sendiri.
Solusinya, hentikan perangai suka mengumpat dan membawang orang lain macam Mami Jarum. Memang seronok rasa bila membuka aib. Seronok itu datang dari syaitan.
Ads
Apabila dua orang lelaki telah mengumpat satu kumpulan orang yang banyak makan sehingga mereka berdua ketawa.
Rasulullah Sollahu ‘Alayhi wa Sallam yang mendengar perbualan dua orang itu. Wajah Nabi berubah, lalu Nabi berkata, “Sesungguhnya saya ternampak daging saudara tuan-tuan itu melekat di celah gigi tuan berdua.” – Sahih al-Bukhari
Daripada ucapan itu ia membawa maksud;
+ Daging saudara seagama sendiri telah masuk ke dalam mulut.
+ Daging itu telah digigit, dimamah, dikunyah.
+ Daging itu telah ditelan sehingga tertinggal cebisan di celah gigi.
Kita berhenti mengumpat sekarang, supaya tidak terumpat anak sendiri.
Tetapi, ada pengecualiannya.
Ibu terpaksa berkongsi perihal anak-anak sesama anak yang lain untuk sama-sama membantu.
Contohnya kes Along berhutang dengan ibu itu dalam jumlah yang banyak. Maka ibu terpaksa minta pandangan adik-adik Along itu untuk sama-sama membantu dan tidak diperincikan jumlah hutang dan sebagainya. Cukuplah untuk menimbulkan kerisauan adik-adiknya.
Bagi seorang ibu yang baik, mereka sangat faham garis halus antara mengumpat anak atau mahu membantu anak. Sangat berbeza caranya.
Ketika bulan puasa, masakan adakalanya jadi kurang rasa gara-gara tidak boleh merasa. Tak ketinggalan juga hidangan yang terlebih masin hingga seakan pahit rasanya.
Jangan panik atau terus sahaja dibuang sahaja, sebaliknya iktiarkan beberapa cara untuk selamatkan hidangan ini.
Beberapa bahan yang kita tidak jangka sebenarnya bertindak menyerap garam dalam sesuatu makanan. Kentang dan beras misalnya bertindak menyerap rasa garam ini. Selain itu anda boleh usahakan 4 cara lain untuk pulihkannya. Jom cuba.
Apa kata cuba 5 cara mudah ini pasti membantu menghilangkan rasa masin tersebut.
1. CUCI DENGAN AIR
Jika masakan anda terlalu masin, bahan-bahan makanan yang ada dalam kuah tersebut boleh dicuci dengan air. Caranya mudah sahaja, keluarkan daging, ayam atau sayuran dan bilas dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Masukkan
kembali ke dalam kuah yang telah ditambah dengan air. Hasilnya amat memuaskan.
2. TAMBAH KARBOHIDRAT
Sup terlebih masin? Usah risau kerana ia masih boleh diselamatkan. Cuba masukkan hirisan ubi kentang, beras ( diikat dalam uncang) atau sedikit tepung. Ini kerana sumber karbohidrat ini berupaya menyerap rasa masin dan boleh membuatkan masakan anda kembali enak.
3. MADU / GULA
Jika anda memasak hidangan seperti sambal, rasa masin tersebut boleh dikurangkan dengan menambah sedikit gula atau madu kedalam hidangan. Namun jangan terlalu banyak kerana makanan anda akan menjadi manis.
4. TAMBAH CECAIR
Jika hidangan jenis berkuah, selain dibasuh dan ditambah sumber karbohidrat, rasa masin juga boleh dikurangkan dengan menambah jumlah cecair pada kuah seperti air dan sos tomato. Tambah seadanya sehingga rasa masin berkurangan.
5. JUS LEMON / LIMAU
Rasa masam dari buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau boleh mengimbangi rasa masin dalam masakan. Contohnya, jika kuah tomyam anda terlalu masin, perah jus limau nipis dengan secukupnya. Ia juga menjadikan makanan lebih enak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kecoh di media sosial soalan matematik anak darjah satu begitu sukar. Malah membuatkan ibu bapa mula pening kepala dan meluahkan rasa bimbang dengan modul matematik negara ini.
Di ruangan komen kelihatan ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan soalan yang diberikan amat susah, malah ada yang membuat andian mahu membakar ‘degree’ yang diperolehi akibat kepayahan soalan matematik anak tahap satu.
Isu mengenai itu pada mula tular menerusi perkongsian Nur Atiqah Zulkiplee sehingga mendapat perhatian ramai ibu bapa yang sependapat dengannya.
Rentetan daripada tular isu pengiraan matematik yang sukar, ada wargamaya telah ‘menyeru’ seorang pakar dalam bidang pendidikan iaitu, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Dan Teknikal Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, DR Othman Talib
untuk mengulas isu ini. Terbaru menerusi perkongsiannya, Dr Othman Talib menjelaskan bahawa modul di negara ini agak berlainan dengan negara maju lain yang dianggap lebih mudah berbanding negara kita.
Dia membuat perbandingan dengan negara Singapura dan Amerika Syarikat yang dilihat lebih menggunakan gambarajah untuk mengajar kanak-kanak mengira.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Bila namaku diseru…
1. Foto [hitam putih] adalah soalan Tahun 1 sekolah rendah yang menjadi isu, sehingga nama aku diseru. Foto selebihnya adalah Singapore Math Year 1 2. Isu ini timbul kerana soalan yang diberikan dalam buku di Msia, untuk murid Tahun 1 lebih advanced dari negara lain, termasuk Singapore, sehingga ibubapa mengeluh. 3. Buku di Singapore sendiri belum lagi melibatkan cerakinan operasi penambahan > 10, yang sulit bagi murid Year 1 / Tahun 1. Lihat foto buku math Singapore, persembahannya melibatkan angka 10, mudah difahami, tidak sesak dan semak.
4. Maka, bukan sahaja ibubapa yang tercengang, anak-anak Tahun 1 lagi lah, sebab mereka belum bersedia membuat kiraan mengikut pendekatan cerakinan berasaskan 10 (base ten) dengan angka > 10.
5. Tak faham, apa masalahnya yang nak cepat sangat mengajar maths kepada murid Tahun 1 sesuatu yang advanced dari usia mereka, sehingga mereka tidak dapat merasakan mudah dan indahnya Math.
6. Ini belum lagi terjumpa ‘pengalaman bekerja 0.23 abad’ atau ‘keuntungan 5/7 juta – 0.013 juta’ yang membuatkan math hilang makna utk kehidupan.
7. Tulislah apapun yang tak kena dengan Math di Msia, dengan contoh2nya sekali, tak sapapun kisah. Silap-silap hari bulan, makin ditambah lagi apa yang dah memeningkan kepala anak-anak.
8. Singapore bukannya jauh. Orang JB hari2 mengadap Spore. Lihatlah buku Maths Spore. Kalau dilihat buku Maths US yang mendakwa mengikuti pendekatan Spore pun jauh lebih mudah.
9. Kalau aku tak tunjuk aktiviti dalam buku Math Spore ini, tentu akan dikatakan aku cuba merendahkan silibus Msia, itu jelah modalnya.
10. Dahlah anak-anak jenuh nak faham, guru jenuh nak memahamkan, ibubapa plak ramai yang panik tak tahu nak ajar anak-anak wpun di Tahun 1 !
Semoga ibu bapa tabah dalam mendidik anak-anak agar cemerlang dalam pelajaran.
Dah namanya ibu, cinta hati seorang anak sejak dari alam rahim hingga meningkat dewasa menjadi manusia. Insan ini yang tak senang duduk jika berlaku sesuatu pada anak-anak. Apatah lagi yang melibatkan masa depan mereka.
Itulah yang digambarkan buat pengorbanan seorang ibu ini yang sanggup menggadaikan gelang emas hadiah pemberian suami bersempena ulang tahun perkahwinan mereka.
Kisah yang dikongsikan menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok itu dilihat seorang wanita memasuki ke sebuah kedai gajet lalu bertanya sama ada dirinya boleh membeli dan membayar komputer riba menerusi seutas gelang emas atau tidak.
Meskipun menangis teresak-esak kerana sayang untuk menggadaikan gelang emas pemberian suami, namun rela demi anaknya yang bakal menyambung pelajaran.
“Makcik nak cari komputer riba kat anak. Dah orang habaq (beritahu) ada jual kat sini, makcik mai (datang) lah kat kedai ni, nak tengok lagumana (bagaimana) bayaran dia.
“Kalau boleh tu, kalau cukup, nak beli cash (bayar secara tunai). Kita tengok dululah. Makcik kira nak bagi gelang sajalah kat cik (tuan kedai). Gelang ni, pakcik lah beli. Pakcik beli bersempena hari ulang tahun perkahwinan kami. Sayanglah..
“Yang penting ni, dia nak belajar kan. Biarlah kita berkorban, nanti ada duit kita beli lain kan,”ujarnya dalam nada merintih sambil mengesat air mata.
Bagaimanapun, tuan kedai berkenaan menasihati wanita berkenaan untuk tidak menggadaikan gelang emas, sebaliknya memberi pilihan lain iaitu bayar secara bulanan menerusi permainan kutu.
“Kalau makcik nak tolak gelang, rasanya tak payah dululah makcik. Simpan, takut ada benda lagi penting nak beli. Saya rasa makcik join kutu.
“Kami ni, selain jual secara cash, kami buat kutu gajet juga. Kalau makcik nak bayar secara bulanan, bolehlah main kutu. Senang sikit nak bayar, tak payah keluarv duit seketul,”ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ungkap rasa sebak dan tersentuh dengan pengorbanan ibu ini demi kelangsungan dan kesenangan buat si anak dalam menuntut ilmu. Malah menurut pemilik tiktok, ibu ini telah mendapat bantuan laptop dari seseorang.