Subur atau tidak tanah akan mempengaruhi kualiti tanaman yang ditanam. Bila mana tanah yang kita ada dilaman rumah tidak subur, pasti akan membantutkan minat untuk bercucuk tanam secara tidak langsung.
Apatah lagi jika setiap kali menanam, belum pun sempat pokok tersebut mengeluarkan hasil didapati tanaman tersebut mati.
Jadi ada baiknya, sebelum memulakan minat bercucuk tanam, perlu lihat dahulu kualiti tanah yang ada.
Digalakkan juga ikuti saranan ini agar tanah yang digunakan berada ditahap kualiti yang sempurna. Jom semak.
Salam 29 Januari 2020. Sambil-sambil tunggu anak depan sekolah ni,meh akak nak cerita sikit cara akak jaga dan rawat tanah akak. Sebab sebelum ni ramai berbunyi kata..alah..tanah sis memang sedia subur. Sebab tu pokok-pokok sis semua menjadi.
Ads
Takde maknanya..ada jugak yang kembali kerahmatullah sebelum berhasil..
Ni cara akak suburkan semula tanah sebelum akak tanam pokok-pokok ye..
Ads
Campuran tanah yang akak gunakan semuanya agak-agak.Tanah kompos + tanah bakar + tinja haiwan process(bukan yang fresh ye.Nanti pokok korang kiok,korang cakap akak ajar pulak.Kena simpan dulu sebulan 2 baru boleh guna) + cocopeat sikit (sabut kelapa yang halus tu)+ kapur pertanian(bukan kapur masak or kapur kasut tu ye.Boleh beli di kedai pertanian or nusery).
Kalau ada kulit telor yang dah di tumbuk halus pun boleh je campur sekali.Tapi ni jarang akak campur sebab kena tunggu kulit telor banyak baru buat.
Ok..lepas tu gaul rata.Biarkan dalam seminggu dua.Kalau nampak ada pokok-pokok rumput dah mula tumbuh tu,bermakna dah boleh guna dah.Dah lepas alih tu,lepas seminggu dah boleh baja macam biasa.
Ramai dalam kalangan pempengaruh dan selebriti tak kira tempatan mahupun luar negara memilih untuk menjalani pembedahan bariatrik (pintasan usus) untuk mengawal masalah berat badan berlebihan.
Antara selebriti yang terbuka mendedahkan tentang pembedahan ini termasuklah penyanyi Aishah dan juga selebriti dari seberang, Melly Goeslaw.
Hal ini turut menarik perhatian penyanyi bersuara lunak, Datuk Nora Ariffin. Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Nora baru-baru ini memuji penampilan rakan artis yang semakin cantik selepas menjalani pembedahan berkenaan.
Ujar Nora, dia juga mahu melakukan pembedahan serupa. Namun, hasrat tersebut terpaksa dilupakan kerana perlu patuh pada larangan suami.
“Wah bestnya tengok ramai rakan-rakan artis makin cantik dan selim melim selepas pembedahan bariatrik.
“Saya pun dah dapat orang nak sponsor tapi encik suami tak izinkan. Kena taat. So telan air liur je lah,” tulisnya.
Menerusi laporan media, pembedahan bariatrik merupakan pembedahan jenis kosmetik yang menjadi pilihan ramai sebagai salah satu cara untuk mengembalikan kelangsingan tubuh.
Selain membantu mengecilkan saiz tubuh, pembedahan ini juga dapat memulihkan penyakit metabolik seperti darah tinggi, kolestrol tinggi dan juga kencing manis.
Sumber : Nora Ariffin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjadi kebiasaan kita akan menggunakan perkhidmatan surprise delivery untuk memberikan kejutan hadiah istimewa kepada insan tersayang pada hari jadi mereka. Ini akan membuatkan si penerima berasa gembira dan teruja bila menerima hadiah yang dikirimkan.
Sama kisahnya seperti video yang dikongsikan di aplikasi Tiktok yang mencuri tumpuan warganet apabila pemilik akaun @fareehaameera diminta untuk menghantar tembikai yang disolek cantik, lengkap bergaun dan dipakaikan mahkota bak puteri raja.
Kejutan yang dibuat itu adalah untuk diberikan kepada pelanggannya itu cukup rare dan mengundang tawa dan mencuit hati bagi yang menonton video yang dikongsikannya.
Difahamkan, dia diupah oleh anak saudara makcik tersebut. Bahkan mereka merupakan pelanggan tetap dan setiap tahun ada sahaja permintaan yang pelik dan lucu daripada mereka untuk dihadiahkan kepada makcik mereka dengan menggunakan khidmat @fareehaameera.
Respon daripada video yang dikongsikan rata-rata ramai yang terhibur bila melihat hadiah yang unik apatah lagi bila melihat reaksi makcik tersebut yang terlupa dengan nama anak saudaranya itu.
“Mesti mk sedarenye baik sngt..smpai ank sdre syg,” tulis salah seorang daripadanya.
“🤣ya Allahhhh..maaf makcik,sy tergelak🤭tembikai tu Tiber teringat mak c adudu 😅dlm boboiboy🤭,” tulis yang lain.
“Hahahahahha kann. Yg bukan bukan je anak sedaranya pun🤣.”
Turut dikongsikan video yang dirakamkan oleh @fareehaameera beberapa tahun lalu untuk makcik ini yang menerima hadiah surprise yang tidak kurang rare dan unik.
Nanas MD2 antara jenis nanas yang menjadi pilihan ramai jika ingin membeli nanas dek kerana rasaya yang lebih manis. Jadi tidak hairanlah ramai juga cuba untuk menanam nanas di laman rumah untuk menikmati hasilnya. Tentu kepuasannya lebih berganda menikmati hasil nanas tuaian sendiri.
Bahkan dikatakan nanas jenis MD2 ini juga lebih mudah untuk dijaga kerana tidak mudah terkena serangan penyakit. Jadi kepada anda yang teringin mencuba menanam nanas, apa kata boleh cuba teknik dan cara yang dikongsikan oleh usahawan nanas, Azuan Abdullah bagi memastikan nanas MD2 yang ditanam dapat mengeluarkan buah yang bersaiz besar.
Menurutnya, dengan menanam di dalam tayar lama pun boleh untuk dapatkan hasil nanas yang berkualiti. Namun ada teknik dan caranya yang tersendiri. Nak tahu lanjut, baca perkongsian penuh daripadanya di bawha ini.
Tips Tanam Nanas MD2 Dalam Tayar & Berbuah Saiz XXL
Petang Selasa minggu lepas, saya ada petik dua biji nanas MD2 yang ditanam dalam tayar terpakai.
Bila ditimbang, masing–masing berat 3.05 kg dan 2.8 kg. 2-2 buah ini dikira obesiti sebab standard buah nanas MD2 adalah antara 1.5 – 2.5 kg / biji.
Saya tanam nanas ni pada bulan Mac 2018 di dalam tayar terpakai. Media tanaman saya guna tanah campuran buatan sendiri. Awal Januari 2019 saya buat aruhan @ hormon. Masa tu pokok ada daun yang berfungsi lebih kurang 42 helai. Pada 21 Mei lepas, saya dah petik buahnya, kira-kira 14 bulan selepas tanam.
Susah ke tanam nanas MD2 dalam tayar terpakai ni?
Jawapannya. Sangat mudah bila kita tahu caranya.
Okey. Ini cara-cara saya tanam nanas MD2 dalam tayar.
*Penanaman*
1. Guna tayar terpakai sebagai bekas tanaman. Pastikan potong bahagian dalam atau “telinga” yang ada di kedua-dua belah tayar. Saya guna pisau cap “kiwi” yang harganya RM2 je. Tujuannya adalah supaya tidak bertakung air (bahagian bawah) dan tidak menjadi tempat serangga menyorok (bahagian atas).
2. Isikan tayar tersebut dengan tanah campuran hingga hampir penuh. Cara buat tanah campuran ni senang je. Ini cara yang paling simple. Ambil 2 bahagian tanah + 1 bahagian pasir + 1 bahagian kompos atau bahan organic, gaulkan hingga sekata. Letak EM sikit jika ada. Tak ada EM, cuka kayu pun boleh. Bila campuran dah sebati, masukkan ke dalam tayar dan biarkan sekurang-kurangnya 3 hari.
3. Selepas 3 hari, gali lubang lebih kurang 8 -10 inci ditengah-tengah tayar tersebut. Letak 10 gram baja lapik dan tutup semula lubang tadi. Saya guna baja NPK 15:15:15 sebagai baja lapik. Biarkan 3 hari lagi.
4. Pilih benih yang sihat dan besar. Lagi besar benih lagi cepat pokok kita berbua nanti. Tanam benih tersebut dengan cara menekannya di dalam media tanaman sehingga ianya tertanam lebih kurang 1/3 daripada ketinggian benih. Jika terlalu dalam, ianya boleh menganggu tumbesaran pokok. Pastikan bahagian akar pokok tak bersentuh dengan baja lapik ya. Jika bersentuh pokok akan mati.
5. Tanam ditengah – tengah bekas tanaman @ tayar. 1 pokok satu tayar ye.
*Pembajaan*
1. Tiga hari sebelum tanam, letakkan 10 gram baja NPK 15.15.15 di point yang kita nak tanam sebagai baja lapik. Biasanya kita letak di tengah-tengah tayar. Caranya gali lubang 8 – 10 inci dan masukkan baja tersebut, lepas tu timbus balik lubang tadi.
2. 30 hari lepas tanam, buat lubang atau poket di kiri dan kanan pokok lebih kurang 2-3 inci dari pangkal pokok. Letakkan 5 gram baja NPK 15:15:15 pada setiap lubang dan tutup kembali. Ini dinamakan pembajaan secara kaedah poket.
3. 60 hari lepas tanam, ulang langkah nombor 2. Cuma kuantiti baja ditambah sedikit iaitu 10 gram pada setiap lubang.
*Siraman Air Baja*
1. Tanam nanas MD2 ni kita tak perlu siram air kosong sebenarnya. Memadai dengan air hujan dan air embun sahaja.
2. Umur 30 – 60 hari, siram pokok dengan air baja strong @ NPK Larut Air 12:12: 36 + Mikro seminggu sekali pada kadar 500 ml sepokok. Kadar pencairannya adalah 1 gram baja strong dilarutkan dalam 1 liter air.
3. Umur 61 hari dan keatas, siram dengan air baja strong @ NPK Larut Air 12:12:36 + Mikro seminggu sekali pada kadar 1000 ml sepokok. Kadar pencairannya adalah 1.5 gram baja strong dilarutkan dalam 1 liter air.
4. Langkah nombor 4 perlu dihentikan bila pokok kita dah sedia untuk dibuat aruhan @ hormon . Berhenti siram baja 2 minggu sebelum buat aruhan.
*Aruhan @ Hormon*
1. Biasanya kita dah boleh hormon bila mana pokok kita mencapai 35 helai daun dan lebih. Lebih banyak daun, biasanya buah lebih besar sebab pokok pun besar. Macam yang saya punya, hormone semasa pokok ada 42 helai daun, hasilnya dua – dua buah dapat yang obesity (3.05 kg dan 2.8 kg).
2. Tujuan hormone adalah untuk menggalakkan pokok berbuah dengan cepat dan sekata. Jika tak hormone, boleh jadi umur 2 tahun pun pokok nanas kita tak berbuah lagi. Hihi.
3. Saya guna ethrel sebagai hormone. Kadarnya adalah 1.7 ml ethrel + 1 liter air + 10 gram urea. Kacau campuran bahan ini hingga sebati sepenuhnya. Lepas tu sembur atau siram di tengah – tengah pucuk nanas MD2 pada kadar lebih kurang 50 ml bagi setiap pokok. Seeloknya proses ini dibuat pada waktu petang dan jangkaannya tidak akan berlaku hujan pada hari tersebut.
4. Bila dah hormon, semua aktiviti pembajaan dan siraman baja dihentikan. Kita biarkan sahaja dan tunggu untuk ambil buah je nanti.
5. Biasanya buah dapat dipetik bermula 120 – 150 hari selepas hormon. Tahap kematangan @ masak mungkin sedikit berbeza disebabkan oleh kualiti anak benih semasa tanam dan cuaca pada masa tersebut.
Ada beberapa faktor yang perlu kita ambil berat untuk dapatkan buah yang obesiti macam ini. Antaranya jarak tanaman, jenis media tanaman, keperluan air yang bersesuaian, nutrien yang cukup & lengkap serta kedapatan cahaya matahari yang sempurna. Alhamdulillah dengan kaedah tanam dalam tayar seperti diatas, saya dah berjaya penuhi semua factor tersebut dan hasilnya memang ohsem, buah saiz XXL.
Kaedah ini bukan sahaja terhad untuk tanam dalam tayar sahaja. Ianya juga boleh di tanam dalam tong cat dan pasu dengan “copy paste” 100% kaedah di atas. Hasilnya telah terbukti bila mana 2 minggu sebelum ini, saya telah petik 2 biji nanas MD2 yang di tanam dalam pasu. Sebiji dapat 2.6 kg dan satu lagi dapat 2.4 kg.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.