Siapa sangka, dari wajah dan penampilan seakan anak gadis yang belum berumahtangga, tetapi rupanya sudah bergelar ibu kepada 7 orang cahaya mata!

Berkahwin sejak berusia 16 tahun, Noriza Tul Akma Abdullah yang kini berusia 32 tahun mengakui berkahwin awal bersama pasangannya, Muhamad Izzhar Bin Abdullah, 34 tahun memang keputusannya sendiri bukan daripada paksaan mana-mana pihak.

“Saya berkahwin dengan kerelaan sendiri, bukan atas paksaan keluarga atau dijodohkan oleh mereka.

“Kiranya, saya dan suami memang nak menghalalkan hubungan kami dengan perkahwinan.” katanya.

Bukan mudah untuk seorang ibu lebih-lebih lagi yang sudah beranak 7 untuk ‘pasang badan’, tetapi tidak bagi wanita ini ada cara tersendiri untuk kekalkan berat badan.

IKLAN

“Saya amalkan calories deficit untuk bantu penurunan berat badan, sentiasa jaga dan elakkan berat naik terlalu banyak. Saya juga ada ada amalkan supplement untuk kesihatan” jelasnya.

Ditanya apakah dorongan untuk kekalkan badan langsing seperti kini, Akma akui semua ini dilakukan atas motivasi sendiri dan suami juga banyak bagi sokongan.

Patut Maintain Macam Anak Dara, Ibu Anak 7 Ni Ada Rahsia Tersendiri Kekal Langsing!

IKLAN

Tambahan, Akma juga turut menitipkan pesan kepada anak muda masa kini yang berniat untuk kahwin awal untuk pastikan betul-betul bersedia kerana tak mudah sebenarnya kahwin awal.

“Bagi yang ada perancangan kahwin awal, saya nasihatkan jangan terburu-buru melainkan sudah benar-benar bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

“Ia kerana perkahwinan bukan perkara mudah malah kelangsungan hubungan suami isteri menuntut tolak ansur serta kesabaran tinggi,” katanya.

IKLAN

Sumber : Noriza Tul Akma Binti Abdullah

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan  kod KELGST5 di sini

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI