Yang mana gemar buat asam pedas atau laksa, atau berniaga ke pasti akan guna daun kesum sebagai salah satu ramuan wajib dalam masakan kan? Kalau tak letak, tak lengkap lah pula masakannya kurang dari segi bau dan rasa!
Zaman sekarang ni, kalau ada kerajinan nak menanam sendiri, buat lah memandangkan harga barang tak menentu sekarang. Bila tanam sendiri ni, nak guna main ambil je, tak perlu nak pergi ke kedai dah nak membeli.
Jadi, jom ikuti 13 tips mudah untuk menanam pokok daun kesum yang rimbun hasilnyav daripada Mohd Syafiq Ahmad Khasasi.
13 Tips mudah Cara Tanam Pokok Daun Kesum rimbun dari Cikgu Kebun
Hangpa yang minat makan laksa dan asam pedas mesti kena belajar tanam pokok daun kesum ni. Pokok ni antara pokok yang kena ada di kebun dapur CK sebab kami sekeluarga suka makan laksa kedah, jadi boleh petik segar-segar ja.
Jadi hangpa yang nak belajar tanam pokok kesum ni, sila ikut tips CK nak ajar ni. CK harap sangat hangpa berjaya tanam dan ada pokok kesum rimbun ni tepi tingkap dapur hangpa..syok kan..hehe
Jadi CK nak kongsi teknik paling mudah sahaja yang hangpa boleh ikut dan berjaya.
13 TEKNIK MUDAH TANAM DAUN KESUM:-
1. Cari benih pokok kesum yang sihat segar sama ada hangpa beli di pasar atau nursery.
Ads
2. Sediakan medium tanah yang sesuai, bab tanah ni CK ajar hangpa yang paling mudah guna tanah merah campur sabut sahaja. Nisbah 70% tanah, 30% sabut.
3. Cari pasu rendah tapi mempunyai permukaan yang lebar, pastikan pasu tidak mempunyai banyak lubang, cukup 2 lubang sahaja.
4. Potong daun kesum 5 ruas satu keratan, buang semua daun sebelah bawah dan tinggalkan 3 helai daun sebelah atas sahaja.
5. Letakkan hormon pengakaran pada keratan batang yang telah hangpa kerat tadi. Jika mahu pokok rimbun, banyakkan keratan untuk disemai.
6. Hangpa boleh terus tanam kesemua keratan tersebut. Tapi CK pilih untuk semai terlebih dahulu dalam cup air atau polybag kecil.
Ads
7. Satu polybag kecil boleh semai 2 atau 3 keratan batang guna tanah yang sama.
8. Kenapa CK semai dahulu? Tujuannya kita akan tanam pokok kesum yang betul-betul stabil dan hidup sahaja dalam pasu tadi.
9. Pokok kesum mula berakar selepas 2 minggu semaian dan boleh terus dipindahkan ke dalam pasu.
10. Jika hangpa semai tadi 7 polybag, dan hidup kesemuanya jadi hangpa tanam kesemua 7 polybag yang mempunyai pokok tu kedalam satu pasu sahaja. Baru akan dapat pokok yang rimbun nanti.
Ads
11 . Hangpa jangan lupa, kena letak baja untuk proses pokok kesum membesar, CK akan guna Baja Wangi Organik. Hangpa hanya perlu tabur 2 minggu sekali sahaja.
12. Siram 1 hari 2 kali, tips untuk hangpa pokok kesum suka air banyak jadi jika terlebih siram tidak ada masalah.
13. Tips penting juga pokok kesum tidak suka cahaya matahari terus, jadi letak pokok kesum bernaung dibawah pokok lain atau bawah jaring hitam.
Haaahh… macam mana tips CK bagi ni hangpa faham tak? Kalau tak faham boleh tengok video CK ajar tutorial nanti.
Tengah kalut-kalut buat laksa tadi, jiran belakang hantar mee goreng. Hangpa faham-faham la sistem barter, macam tahu-tahu CK buat laksa hehe.
Berbaloi sekiranya kita dapat menanam pokok betik di dalam pasu seperti yang dikongsikan ini. Lihatlah, betapa lebatnya buah yang boleh dituai dan paling menarik pokok betik yang ditanam juga rendah saiznya.
Mencungkil rahsia penanaman pokok betik tersebut, jom ikuti perkongsian penuh langkah demi langkah seperti di bawah ini.
Pertama : Sediakan campuran tanah dalam polybag kecil, isi campuran tanah dan baja tahi ayam serta abu sekam dengan perbandingan seimbang 1:1:1. Masukkan 1 atau 2 butir biji benih dalam setiap polybag, kemudianya siram dan tunggu hingga benih tumbuh, setelah itu asingkan 1 benih yang dianggap lebih besar. Jadi 1 polybag 1 tanaman. Siram sehari sekali dan bajakan dengan baja tahi kambing seminggu sekali.
Kedua : Setelah bibit tunas berukuran 30cm tingginya, siapkan pasu dengan diameter 40cm, gunakan tanah yang berisi abu sekam (arang yang sudah dibakar, biasanya banyk dijual di kedai pertanian).
Ketiga : Setelah anak pokok dipindah dari polybag ke pasu, letakkan di tempat teduh (tidak terkena cahaya matahari langsung) dan siram 2-3 kali sehari karana sifat abu sekam yang poros dan mudah kering.
Keempat : Setelah dirasa anak pokok tumbuh cukup baik, boleh dipindahkan ke tempat yang terkena cahaya matahari, penyiraman tetap rutin 2-3 kali sehari.
Kelima : Dengan media full abu sekam, biasanya pertumbuhan akar akan cepat menyebar ke seluruh pasu hingga tanaman tidak mudah tumbang.
Keenam : Pembajaan menggunakan NPK mutiara biru baja tahi kambing proses) campurkan dengan air 1 liter sampai 1.5 liter tiap kali siram dengan sukatan sesudu makan baja.
Ketujuh : Bila tanaman mulai berbunga hingga berbuah, gunakan baja tahi kambing dengan kandungan yang lebih tinggi.
Kelapan : Pembajaan boleh secara diletakkan dalam bekas yang dibocorkan sedikti dan diletakkan di dalam pasu. Cara ini boleh juga dipraktikkab untuk tanaman-tanaman lain. selamat mencoba.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk kita melancong ke Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands! Bahkan anda layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk merasai sendiri pengalaman di sana.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bila dah berkeluarga ramai ni, lagi-lagi bila anak semua dah meningkat dewasa, masing-masing nak ada bilik sendiri. Yang dulunya bilik stor, terpaksa la mak ayah mengangkut keluar barang, bagi keselesaan kat anak-anak punya pasal kan!
Kalau ada duit lebih boleh la tambah bilik kan, tapi kalau yang hidup bersederhana, kena la cari tempat baru nak simpan barang-barang dari dalam stor tadi tu.
Jangan risau! Syasya Safiyya ada penyelesaiannya! Jom ikuti perkongsian Puan Syasya buat transformasi dari tak ada tempat nak simpan barang, terus magik zappp siap pakej kemas lagi tempat simpan barang kita ni. Jom tengok!
Bahan-bahan yang diperlukan:
Papan jenis plywood Bracket – beli braket untuk aircond Engsel Kunci
Langkah buat stor:
1. Buat ukuran dulu panjang dan lebar stor barang yang hendak dibuat. Sesuaikan dengan keluasan dan ketinggian dinding.
2. Pasang bracket, saya guna bracket aircond. Harga satu dalam RM7. Berapa tingkat rak, ikut cita rasa.
3. Lekatkan papan plywood pada dinding menggunakan engsel.
4. Kemudian potong plywood untuk buat pintu menutup setiap tingkat/rak.
5. Cat stor dan pasang kunci untuk memastikan keselamatan barang yang disimpan. Dah siap!
Idea ini juga boleh digunakan untuk membuat tempat menyimpan barang di dapur atau dalam bilik. Saiznya boleh dikecilkan mengikut ruang yang ada. Bagusnya tempat simpanan begini kerana ia tidak makan ruang serta dapat mengelakkan masalah barang bersepah.
Ada juga yang mencadangkan untuk dipasang damper cabinet (hydraulic) bagi memudahkan rak ini dibuka dan ditutup. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang seronok bila berpeluang hamil dan memiliki anak kembar ni. Tak kira lah kembar seiras ke tak seiras ke, rasa comel je kan.Ramai pasangan suami isteri sebenarnya yang impikan rezeki untuk mempunyai anak kembar, namun tidak tahu bagaimana cara merancang serta mencuba peluang untuk memilikinya.
Pakar Sakit Puan Dr Hamid Arshat, telah kongsikan 8 tip buat pasangan suami isteri yang inginkan anak kembar sebagai panduan.
Berikut antara perkongsian beliau.
BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR?
Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/ dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telor/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan.Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing janin punya uri sendiri.
Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telor dan selepas bercantum dengan benih lelaki , embryo yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, satu janin mati dan lain-lain masalah.
Wanita Berpeluang Hamil Anak Kembar 1. Orang Asia 1 – 2 %
Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan ialah antara 1 hingga 4 %.
Orang Afrika punya kadar kembar tertinggi 4 %
Orang Putih Amerika dan Eropah kadarnya 3 %.
Orang Asia termasuk orang Malaysia terendah 1 – 2 % sahaja.
2. Keturunan Kembar Sebelah Ibu
Dalam keluarga ada kembar khusus dari keluarga ibu, peluang hamil kembar meningkat 4 kali ganda.
3. Hamil Umur 40 Tahun Keatas
Mereka yang telah melahirkan 4 anak atau lebih, peluang melahirkan kembar lebih tinggi. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun keatas.
4. Wanita Amalkan Supplement Vitamins & Folic Asid
Mereka yang tahap kesihatan terbaik dan makan yang berzat serta berkhasiat. Mengamalkan makan supplement vitamins dan folic asid lebih berpeluang hamil kembar.
5. Makan Produk Tenusu
Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu jadi penyebab hamil kembar.
6.Makan Keladi Dan Ubi
Orang-orang Asli Africa yang makanan mereka terdiri keladi dan ubi didapati punya peluang melahirkan kembar 4 kali ganda dari orang lain.
7. Hormon Subur
Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar.
Wanita yang makan pil subur clomid punya peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang disuntik hormon gonadotrophin punya peluang kembar dalam lingkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlaku kembar 4 atau lebih dan punya risiko gugur tinggi.
8. Rawatan IUI & IVF
Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih untuk hamil kembar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan juga buat pasangan lain yang inginkan anak kembar.
Kanak-kanak perempuan maut terjatuh tingkat 29 kondominium di Puchong. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di kawasan Puchong, dalam kejadian yang berlaku pada hari Selasa.