Sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Ahad, beberapa individu telah menerima darjah kebesaran dari Baginda termasuklah selebriti media sosial, Farhatul Fairuzah.
Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 tahun itu meluah rasa syukur dan berkongsikan beberapa gambarnya bersama kerabat diraja dan penerima darjah kebesaran serta pingat yang lain di laman Instagram miliknya semalam.
“Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas pengurniaan darjah dan kebesaran negeri Selangor Darul Ehsan, sempena menyambut ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
“Menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Jaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj di atas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).
Ads
“Semoga Tuanku dan Permaisuri dipanjangkan usia, sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” tulis Qariah yang berusia 23 tahun ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah atas pengurniaan tersebut dan berharap dapat menjadi pemangkin semangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.
Selain Farhatul, Johan Tilawah (Qariah) Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2022 iaitu Sofizah Mousin turut menerima darjah kebesaran yang sama.
Keputusan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan (KPM) berkenaan status anak-anak yang bersekolah di asrama, Kolej Tingkatan Enam dan Kolej Vokesional dibenarkan pulang untuk menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga, benar-benar membuatkan ibu ayah berasa bersyukur dan lega dengan pengumuman tersebut.
Menurut berita yang dikongsikan di Astro Awani, Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan empat kaedah perjalanan untuk pelajar asrama sekolah, Kolej Tingkatan Enam (KTE) dan Kolej Vokasional (KV) yang dibenarkan pulang bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Menurut kenyataan KPM hari ini, kaedah itu ialah dengan menaiki bas yang disediakan pihak sekolah atau dijemput ibu bapa atau penjaga.
“Pelajar juga dibenarkan pulang menggunakan pengangkutan udara atau air (Sabah, Sarawak dan Labuan) atau menggunakan kenderaan sendiri bagi pelajar KTE dan pelajar KV,” menurut kenyataan itu.
Pelajar dibenarkan pulang secara berperingkat mulai 6 Mei bagi sekolah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 7 Mei bagi sekolah Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Pihak sekolah, KTE dan KV akan memaklumkan jadual pergerakan pulang murid kepada ibu bapa atau penjaga selain mengeluarkan surat pengesahan untuk setiap pelajar bagi tujuan pergerakan merentas negeri atau zon sekiranya mereka dijemput ibu bapa.
Menurut KPM, kebenaran itu adalah untuk dua orang iaitu ibu bapa atau penjaga sahaja dalam setiap kenderaan.
Merujuk prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), pelajar yang sedang dalam tempoh kuarantin perlu kekal berada di asrama hingga tamat tempoh kuarantin dan murid yang asramanya berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga perlu kekal berada di asrama hingga tamat tempoh PKPD.
KPM menyediakan Garis Panduan Pengurusan Murid Asrama Pulang Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021 sebagai rujukan kepada semua pihak terlibat termasuk Institusi Pendidikan Swasta yang berdaftar dengan KPM.
Garis panduan berkenaan boleh dimuat turun di laman sesawang: https://www.moe.gov.my.
Perkongsian daripada Dr. Murizah Mohd Zain di media sosial yang membawakan kisah inspirasi daripada salah seorang pesakitnya benar-benar mencuri perhatian warganet. Lebih-lebih lagi buat wanita ‘pejuang zuriat’ yang kini telah pun berusia 40an.
Menurut perkongsian Dr Murizah, pesakitnya itu tidak pernah berputus asa dan siapa sangka berkat kesabaran dan asbab kebaikan terhadap adik beradiknya seramai 10 orang itu, akhirnya diusia 43 tahun dikurniakan zuriat. Nyata betapa hebatnya kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya.
Pastikan Adik-adik Habis Belajar Sebelum Berkahwin
Saya ingin berkongsi kegembiraan pesakit saya dan membawakan kisahnya sebagai motivasi kehidupan.
Pesakit saya ini berasal dari bumi di bawah bayu. Anak sulung dari keluarga besar 10 adik beradik.
Kakak sulung yang sentiasa memikirkan kebajikan adik-adiknya. Beliau mengambil keputusan untuk memastikan adik-adiknya mempunyai pendidikan sempurna sebelum beliau sendiri mengambil keputusan berumahtangga.
Beliau juga seorang wanita berpendidikan. Menghabiskan PHD dan sekarang bertugas sebagai pensyarah di universiti tersohor di utara tanah air.
Ujian Mendapatkan Zuriat
Namun, perjalanannya untuk mempunyai zuriat tidak semudah disangka. Menjalani pembedahan membuang fibroid diikuti sekali lagi pembedahan adenomyosis dan endometriosis.
Pada usia 39 beliau menjalani IVF pertama namun rezeki tidak berpihak padanya. Bangkit dari kekecewaan, beliau melakukan IVF kedua pada usia 42 tahun. Pemindahan embryo pertama berjaya tetapi pada usia kandungan 8 minggu, janin behenti membesar dan jantung terhenti lalu perlu menjalani prosedur D&C.
Saya masih ingat lagi mesej nya kepada klinik. …”sampaikan pada Dr. Murizah agar tidak berputus asa dengan saya…”
5% Yang Berjaya Hamil
Sejujurnya saya antara takut dan harap melalukan pemindahan embryo seterusnya. Takut beliau kecewa kerana peratusan untuk berjaya adalah rendah.
Alhamdulillah, setiap kebaikan Allah balas dengan kebaikan. Boleh jadi kebaikan si kakak ini berkorban untuk adik-adiknya menjadikan beliau antara 5% yang berjaya hamil pada usia 43 tahun.
Tahniah Puan I dan selamat datang ke dunia, bayi yang diberi nama Imtiyaz….
Meninjau di ruangan komen, rata-rata ramai yang meluahkan rasa syukur dan terinspirasi dengan kisah ini. Malah tidak kurang juga yang berkongsi perjuangan mereka untuk mendapatkan zuriat yang akhirnya berjaya.
“MasyaAllah semoga babynya membesar dgn sihat menjadi anak soleh yg qowiy”
“Saya pun masih tidak berputus asa untuk next fet,semoga ada rezeki saya bulan ogos nanti”
“Allahukakbar.. Syukur alhamdulilah, dengan izinNya Moga anakanda membesar dgn sihat dan jd anak soleh ibu ayah”
“MasyaAllah, hebatnya kasih sayang Allah. Jika manusia tidak berputus asa berdoa dan berusaha, apatah lagi Allah takkan pernah berputus asa membantu.”
“Alhamdulillah..mengalir air mata saya bila membaca setiap bait2 tulisan doktor .saya pernah mengalaminya..ttc hampir 7thn..sabar itu indah..hampir x percaya saya mampu melahirkan zuriat dari rahim saya sendiri pada usia 35tahun..1thn 2bln ulang alik ke hsb alor setar,Alhamdulillah berjaya hamil walaupun setiap kali pergi menangis sbb berat badan saya x turun2.akhirnya doktor refer ke unit pemakanan..dengan tekad & bantuan dari semua saya berjaya turunkan berat bdn,dan doktor on clomid utk saya selama 6 bln..alhamdulillah , bln pertama saya berjaya hamil..skrg anak bertuah saya dah berusia 8thn..”
Kontroversi yang melanda Da’i Farhan dan isterinya baru-baru ini mencetuskan reaksi dan pandangan dari pelbagai pihak. rata-rata melontarkan pendapat berkenaan keprihatinan terhadap isteri pendakwah berkenaan yang diceraikan ketika dalam keadaan hamil. Antara yang menyuarakan rasa tidak puas hati adalah Dr. Say Shazril.
Menurut pengacara bagi program Tanya Doktor Bersama Doktor Say itu, sikap pendakwah bebas itu seperti memalukan kaum lelaki dan suami, lebih-lebih lagi menceraikan isteri yang sedang sarat hamil.
“Topik : 18, 19, 3000? Hanya Dikau Dihatiku
“Pendapat saya mengenai kisah 18/ 19 ni? Memalukan kaum. Saya tak kisah nak berkahwin sepuluh sekalipun tapi menceraikan isteri while sarat mengandung adalah bacot bego bebal.
“Tak kisah lah aura kuat mane perempuan baru tu at least harungilah pregnancy tu bersama. Saya tak tahu cerita belakang-belakang tapi kalau isteri tu hangin ke, moody ke, tak nak disentuh ke tabah jela sebab bile perempuan mengandung hormon terumbang ambing maka hormatilah perubahan itu.
“Saya bukan nak cakap besar, mana tau nanti saya buat umrah mungkin saya terjumpa janda anak sepuluh ke tapi perasaan kasih sayang to be honest kita boleh KAWAL & we can say NO to it. “Kalau terkulai kepada rasa/ hati/ nafsu at least COMMON SENSE ialah tidak menceraikan isteri yang sedang mengandung. Bini saya hari- hari bercerita kisah ni kat sini somehow saya tertriggered dengan ketidakmatangan actionnya,” tulisnya.
Perkongsian tersebut dimuatnaik bersama sekeping gambar bersama isterinya di laman instagram miliknya. jelasnya lagi, apa yang diakukan itu adalah seorang yang mempunyai gelaran tertinggi dan dihormati.
Dr. Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama pada 5 Mei lalu. “Bukan ape kalau dia hanyalah orang biasa no hal tapi dia ada title yang somehow memberi persepsi kepada masyarakat yang its ok untuk berbuat sedemikian kepada isteri yang sedang mengandung & saya tau ni bukan kes pertama orang bertitle ni menceraikan isteri yang sedang pregnant.
“Saya tau bila kita geram dengan bini malam tu gak kita tekad nak cari lain tapi in the end kita jugak yang bakal jadi tak tentu arah tanpa mereka.
“Kalau benda boleh bawa bincang silalah berbincang dulu, kalau dah tak boleh bincang then carilah penyelesaian tapi mengakhirkan perkahwinan semasa isteri mengandung will forever be tindakan seorang bacot. Ape pndpt korang? Kate la ade yang sokong tindakan beliau? Open discussion yok,” katanya lagi.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.