Umumnya kita sebagai ibu ayah akui mengajar anak untuk siapkan tugasan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru meskipun diperingkat sekolah rendah, bukan lagi semudah yang disangka.
Bahkan ibu ayah yang mempunyai taraf pendidikan tinggi dengan memiliki diploma atau ijazah sekali pun, berdepan dengan kesukaran menyelesaikan soalan yang terdapat di dalam buku latihan.
Malah tidak dinafikan kebanyakan ibu ayah perlu buat rujukan dan membaca buku teks untuk memahamkan subjek tersebut. Namun sering juga berkahir dengan ketidakpastian akan jawapan yang diberikan sama ada tepat atau sebaliknya.
Hal ini ramai menyebabkan ibu ayah mengeluh dan kecewa bagaimana anak kecil yang bersekolah rendah mampu untuk menyelesaikan soalan yang diberi. Timbul juga kebimbangan dengan masa depan anak-anak zaman sekarang dalam menguasai pembelajaran selama ini di sekolah.
Apatah lagi isu silibus ini bertambah panas apabila guru cemerlang Cikgu Mohd Fadli dengan lantang menyuarakan hal ini kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai silibus aras tinggi. Tidak sesuai dengan usia anak-anak yang masih kecil dan beberapa isu lain yang turut diketengahkan olehnya.
Hal yang viral ini telah menarik perhatian seorang ayah yang kini menetap di Amarika Syarikat dengan mendedahkan bahawa jauh perbezaannya dengan apa yang dipraktikkan di negara maju tersebut.
Ujarnya di USA silibus grade 1 tahapnya sama macam budak tadika berusia empat tahun di Malaysia!
Ads
Silibus Grade 1 USA macam level Tadika Malaysia
Grade 1 umur 6-7 tahun (sini ikut tarikh lahir & academic year starts September-June)
Aku tunjuk perbezaan untuk orang kita menilai mana baik mana buruk . Apa USA buat untuk atasi masalah budak sekolah :
Silibus: kiri silibus negara kita yang aku pinjam dari fb cikgu Mohd Fadhli Salleh . Darjah 1 dah kena hafal sifir 6 . Anak aku 1st grade USA baru trace number macam budak 4 tahun tadika . Bagus ke tidak ? Macam slow sangat pula kan . Yang ni aku atas pagar. Agak agak la grade 1 tracing numbers dan letters je. Grade 3 hujung tahun baru nak masuk darab. Slow sangat Tapi sekolah sini start middle school & high school tiba tiba dia akan pecut. Mungkin sini dia bagi budak sekolah rendah banyak main dan suka sekolah dulu kot
Tapi kalau ada budak advanced , dia ada program untuk carter level anak tu . Ada mechanism dia untuk handle budak yang lain lain level
Ads
Bag sekolah berat : Tiada buku untuk bawa balik rumah . Tinggal dalam meja. Bawa balik laptop Dell (seorang dapat satu) , file kerja rumah atau kerja hari ini . Biasanya kerja kelas buat atas kertas je macam gambar ni . Mostly tinggal kat sekolah kecuali ada certain cikgu bagi bawa balik untuk tunjuk progress kat parents
Bilangan murid . Standard dalam kelas ada 20 . Paling banyak 25 . Dan tiap kelas mesti ada seorang cikgu dan seorang pembantu mengajar. Cikgu focus mengajar dan ada yang membantu bagi budak faham , bagi kertas, minta budak behave etc . Boleh la tenang sikit cikgu dan dapat focus dekat perkembangan budak budak
Apa apa pun , sebagai orang malaysia walaupun duduk di luar , Aku rasa sampai masa Malaysia once and for all pilih satu cara paling berkesan dan stick to it . Ni setiap kali tukar government/PM/menteri , tukar balik policy . Tak rasa itu bagus untuk pendidikan generasi kita . Yang penting , orang yang berfikiran kritis, wajib kita dokong bukan pangkah .
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rezeki tidak akan datang bergolek andai kita sendiri tidak mencarinya. Begitulah juga buat warga emas ini. Meskipun usianya sudah mencecah 63 tahun, namun ibu ini tetap gigih mencari rezeki dan seharusnya dijadikan inspirasi terutamanya kepada anak-anak muda.
Memetik kisah yang dikongsikan di mStar online, Napisah Lateh sebelum ini merupakan penoreh getah, namun mula mengusahakan perniagaan pulut kuning selepas kematian suaminya akibat kanser hati pada tahun 2015.
Menurut anak bongsunya, Mohamad Syamsulrizal Othman, 27, dia sedih melihat ibunya mengerah tenaga, namun ada sebab kenapa perniagaan tersebut tetap diteruskan sehingga ke hari ini.
Berniaga dan kumpul duit untuk beli alat pendengaran baharu
“Mak sebelum ni tak pernah berniaga. Dia menoreh getah di kampung. Lepas ayah meninggal, dia buat pulut kuning untuk hilangkan bosan, untuk elak selalu terfikir mengenai arwah. Dia dah biasa kerja, bila duduk rumah dia jadi bosan.
“Selain itu, mak juga nak tambah pendapatan. Dah 15 tahun mak ada masalah pendengaran. Dulu kerajaan pernah bagi alat bantuan pendengaran, tapi ia dah rosak. Kami juga pernah beli alat pendengaran baharu dan ia juga sudah rosak.
“Jadi mak nak berniaga dan kumpul duit untuk beli alat pendengaran yang baharu. Sebelah pun dah mencecah harga dalam RM3,500. Kalau nak beli sepasang, mungkin dalam RM7,000.
“Kami lima beradik pun ada niat nak beli sepasang terus untuk mak, tapi kosnya tinggi. Kalau ikutkan, kami tak bagi mak buat pulut kuning, tapi dia tetap nak teruskan. Kadang-kadang kesian tengok dia sampai kebas tangan,” ujarnya yang senang disapa Syam.
Menurut pemuda itu, ibunya yang berasal dari Machang, Kelantan kini menetap bersama kakaknya di Puncak Alam, Selangor sejak pandemik Covid-19 melanda.
Syam yang masih bujang menetap berdekatan di Setia Alam, sekali gus memudahkan urusannya untuk melawat si ibu saban minggu.
Setiap hari tempahan mencecah 50 bungkus pulut kuning. Mak gembira bila ramai yang tempah.
Perniagaan Dibantu Kakak
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020, kami susah nak balik kampung. Jadi akhirnya mak datang ke sini dan menetap dengan kakak.
“Perniagaan pulut kuning ini turut dibantu kakak. Selain itu, mak dan kakak juga ada buat laksam Kelantan dan mi kari,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Syam turut berkongsi video memaparkan kegigihan ibunya membuat pulut kuning sehingga ia meraih hampir 30,000 tontonan di TikTok.
Berkongsi kisah dalam asam garam berniaga, siapa sangka wanita ini juga pernah ditipu oleh pelanggannya.
Napisah juga pernah ditipu pelanggan sebelum ini.
“Mak pernah kena ‘game’ dengan pelanggan. Orang tu tempah 40 bungkus pulut kuning, tapi sampai ke sudah tak datang ambil. Akhirnya mak sedekahkan pada jiran-jiran.
“Tapi Alhamdulillah, lepas video viral, tak sangka ramai followers TikTok yang nak tempah. Setiap hari tempahan mencecah 50 bungkus pulut kuning. Mak gembira bila ramai yang tempah, tapi dia segan bila tahu dirinya viral,” ujar Syam lagi.
Bercerita lanjut, Syam yang kini bekerja dengan syarikat Jamumall Sdn Bhd mendedahkan ibunya juga pernah diserang angin ahmar pada 2019, namun kini keadaannya sudah kembali pulih.
Jangan pandang ringan jika ada sebarang simptom tau! Lebih-lebih lagi yang membawa ke arah kanser. Jangan ambil mudah! Jom dengar perkongsian dari Dr Salmi Daraup tentang kanser serviks.
Jom saksikan juga video tentang penjagaan gigi. Katanya ada cara berus gigi yang betul. Jadi nak tahu detail, kenalah tonton video ni ye!
Tonton juga video ini bagi anda yang mempunyai airfryer. Rupanya macam-macam aksesori ada untuk memudahkan kita memasak menggunakan airfryer.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Disebalik kejayaan seorang suami, pasti berdirinya seorang isteri yang hebat, memberi sokongan tidak berbelah bahagi di kala susah dan senang.
Pasangan menerima saat kita bukan siapa-siapa. Terima saat kita tiada apa-apa. Sentiasa di sisi saat tiada siapa mengenali. Bangga walau kita tiada nama dan sudi disisi kita walau kita tidak berharta. Itulah pasangan kita yang sehati sejiwa, berkorban apa sahaja.
Wanita juga suka lelaki yang bertanggung jawab. Definasi tanggungjawab ni besar kalau nak rungkai. Mudahnya, kau kena bahagiakan dia. Jangan lepas tangan. Tolong dia buat kerja rumah, faham antara satu sama lain dan jangan melebihkan orang lain dari pasangan anda sendiri.
Perkongsian dari saudara Azmi Saat cukup berinspirasi dan patut dijadikan panduan buat suami isteri di luar sana salam menyantuni pasangan masing-masing.
Minggu lepas berpeluang jumpa dengan kawan yang dah lama tak jumpa. Alang-alang ada kerja di Johor, curilah masa sedikit bertemu beliau walau pun letih sebenarnya.
Dalam kami berbual, sempat saya tanyakan “anak kau dah boleh buat apa sekarang?”
“Anak aku dah mula bercakap. Tapi aku sedihlah. Aku baru je berpisah dengan isteri aku.
“Inna lillahi wainna ilaihi raji’un. Punyalah terkejut saya. Masih terngiang-ngiang perbualan saya dan beliau dalam telefon beberapa tahun lepas. Punyalah teruja beliau bercerita yang beliau bakal menhjadi bapa selepas gigih berikhtiar. Tup tup hari ni jumpa dah berpisah. Macam tak percaya.
“Macam mana boleh jadi macam tu?”
“Isteri aku tak faham kerja kita Mi. Biasalah pemuzik. Kadang-kadang kena pergi buat persembahan jauh-jauh. Kalau musim sibuk aku jarang ada masa dengan dia. Waktu itulah dia asyik merungut. Lama-lama tak tahan juga aku.”
“Oh. Sabarlah ya. Ini ujian untuk kau orang.” Hanya itu yang mampu saya katakan pada beliau walau pun dalam hati macam-macam yang mahu saya kongsikan namun tak sanggup Mengenangkan beliau baru sahaja berpisah.
Sebenarnya saya juga pernah melalui pengalaman begitu. Baru-baru ini saya menolak tawaran berlakun drama yang sepatutnya penggambarannya akan dilaksanakan dalam bulan oktober ini kerana perlu meninggalkan isteri selama satu minggu.
Saya pernah juga tolak tawaran menjadi artis rakaman walau pun lagunya sudah dirakamkan kerana jadual promosi yang memerlukan saya terpaksa meninggalkan isteri beberapa hari.
Banyak lagi undangan yang pernah saya tolak walau pun bayarannya agak lumayan. Semuanya kerana jadual yang padat memerlukan saya terpaksa mengorbankan masa bersama isteri.
Sejak awal perkahwinan saya dan isteri, dia tak pernah minta kemewahan. Cuma satu yang dia minta ia itu masa di sebelah malam. Isteri saya boleh jadi sampai tak boleh tidur kalau ditinggalkan waktu malam.
Tak tahulah kenapa. Dia akan resah, bimbang dan takut bila berseorangan waktu malam. Tak ramai orang yang faham. Cuma orang yang rapat sahaja yang tahu masalah dia.
Dulu saya dan isteri kerap bertengkar. Waktu awal Caliph Buskers dikenali, jadual kami terlalu padat. Saya tak boleh tolak undangan kerana saya penyanyi utama. Biasanya penganjur tak mahu mengundang jika saya tak ada.
Setiap kali undangan yang memerlukan kami bermalam, setiap kali itulah saya dan isteri akan bertengkar. Ia sedikit sebanyak mengganggu fikiran dan perasaan saya sewaktu bekerja.
Walau pun dapat bayaran tapi tak ada ketenangan. Saya menghiburkan orang tapi diri sendiri tak terhibur. Saya menggembirakan orang tapi isteri sendiri dirumah bersedih. Apakah maknanya?
Sampailah satu masa bila terlalu banyak bergaduh, isteri saya meluahkan isi hatinya. “Dari awal perkahwinan kita cuma satu sahaja yang saya minta. Saya sangat memerlukan awak di waktu malam.
Semenjak awak dah jadi artis saya selalu ditinggalkan. Saya faham awak ada kerjaya sekarang tapi saya sangat perlukan awak. Saya tak kisah kita hidup susah sekalipun asalkan awak selalu ada dengan saya.”
“Siapalah saya untuk menghalang awak mengejar kerjaya awak. Sekarang saya minta awak buatlah pilihan. Jika awak benar-benar mahu mengejar kerjaya sebagai penyanyi yang sibuk, tolonglah lepaskan saya. Namun seandainya awak lebih memilih saya, buatlah sesuatu supaya saya tak selalu ditinggalkan bersendirian.”
Apa lagi yang mampu saya katakan? Sejak dari saya tak punya apa-apa walaupun duit untuk hantaran perkahwinan kami dialah yang bantu saya. Dua tiga tahun awal perkahwinan saya tak mampu memberi nafkah secukupnya pada dia tapi tak pernah sekali pun dia merungut.
Malah dialah yang banyak membantu sampai saya boleh menjadi pemuzik. Dia pinjamkan duit untuk saya beli barang-barang muzik. Dia teman saya menyertai pertandingan menyanyi sana sini supaya orang tahu bakat saya. Dia yang beri semangat supaya saya jangan berhenti menyanyi walaupun waktu itu rasanya mustahil seorang buta boleh menjadi penyanyi di Malaysia.
Akhirnya, saya ambil keputusan untuk maklumkan pada ahli-ahli Caliph Buskers tentang pendirian saya. Sekiranya ada kerja yang memerlukan kita bermalam tolong maklumkan awal supaya saya boleh carikan teman untuk isteri saya.
Jika tak ada orang yang boleh temankan, saya terpaksa tolak sebesar apa pun juga tawarannya. Begitu jugalah yang saya sampaikan pada pihak KRU Music selaku pihak yang bertanggungjawab menguruskan kami waktu itu.
Bermacam-macam kata-kata yang saya terima selepas saya suarakan pendirian saya. Ada yang kata saya takut bini. Ada yang kata saya tak akan ke mana kalau berpendirian begitu. Ada juga yang kata saya bodoh kerana menolak rezeki.
Pernah juga saya terima nasihat,”Kau bincanglah elok-elok dengan isteri kau. Kerja sebagai artist ni bukannya bertahan lama. Setiap tahun akan ada penyanyi baru yang muncul. Waktu kau tengah naik inilah masa untuk kau kumpul duit banyak-banyak. Nanti kau dah tak popular kau peluklah isteri kau 24 jam.”
Jujurnya tertekan juga dengan kata-kata mereka. Sampailah akhirnya saya ditemukan dengan seseorang yang benar-benar membuat saya tekad dengan pendirian saya. Masih saya ingat kata-kata beliau.
“Mi. Isteri ni tanggungjawab kita. Selain bagi makan, tempat tinggal dan pakaian, ketenangan dan kebahagian juga wajib seorang suami berikan pada isteri. Untuk apa banyak duit kalau tak gembira. Untuk apa kaya kalau tak bahagia.?
“Isteri yang baik tak akan sama nilainya dengan semua kemewahan yang ada di dunia ni Mi. Mereka akan sentiasa ada waktu kita susah. Mereka yang jaga waktu kita sakit. Mereka akan sambut waktu kita jatuh.
Aku dapat rasakan isteri kau seorang yang baik. Kau hargailah dia. Tak akan pernah rugi kalau kau bahagiakan isteri yang baik. Kalau kau orang sepakat dalam berumah tangga, percayalah rezeki akan datang melimpah ruah lepas ni.”
Saya jadi tenang bila dengar nasihat itu. Tanpa saya sangka, macam-macam tawaran yang saya dapat selepas isteri redha dengan apa yang saya buat. Saya ditawarkan untuk menyertai Gema Gegar Vaganza musim pertama dan dapat ke final.
Saya dapat tawaran menggantikan Faizal Tahir untuk AJL 32 dan dapat tempat k dua. Dapat juga berpeluang menjadi juri untuk Mikrofon Impian awal tahun itu hari. Baru-baru ini saya dapat pula tawaran bertanding di Muzikal Lawak Superstar.
Semua ini peluang-peluang yang tak pernah saya terfikir akan saya terima. Dalam masa yang sama Caliph Buskers juga tak pernah putus rezeki walau pun kami sepenuh masa mencari nafkah dengan bermuzik.
Kawan-kawan. Sayangilah pasangan yang benar-benar sayangkan kalian. Dalam sibuk mencari rezeki, luangkanlah masa bersama kerana itu juga hak mereka. Fahamilah pasangan kalian kerana tiada siapa lagi yang layak memahami mereka selain kita.
Yakinlah rumah tangga yang penuh dengan kasih sayang pasti akan diberkati. Mudah-mudahan Allah limpahkan banyaknya kebaikan. Begitulah hendaknya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kebiasaannya bila dilihat almari pakaian di rumah, tentu anda perasan boleh dikatakan satu almari tersebut penuh dengan pakaian sendiri berbanding pakaian suami. Bukan sahaja baju, kain, tudung, jubah, t-shirt dan bermacam-macam lagi semuanya dimuatkan di dalam almari tersebut. Membayangkan kalaulah dapat almari yang lebar, besar dan tinggi dari lantai ke syiling rumah, alangkah bahagianya rasa hati.
Ini sebagaimana almari atau wardrobe yang diilhamkan sendiri oleh Ben Safwan dengan ukuran 10 x11 kaki ini. Nampak begitu istimewa dan sempurna sekali. Turut berkongsi beberapa foto semasa proses pembuatan wardrobe tersebut di media sosial, nyata menarik perhatian warganet.
Menurutnya, “Masa saya masuk rumah ni, saya dah tekad nak hadiahkan isteri almari besar untuk dia puas hati. Saya bertukang di rumah ini buatkan 10×11 kaki build in wardrobe.”
“Saya dah kumpul tools 6-7 tahun , itu yang boleh buat projek diy besar camni. Kalau tak ada tools lagi ,memang kena beli tools. Sekarang senang, ada banyak pilihan jenama. Atau upah orang buat. Yang mana rasa berbaloi.”
Menurutnya, semasa proses pertukangan dilakukan keadaan rumahnya berdebu dan kerja-kerja di buat di tingkat bawah. Apabila siap bahagian kerangka barulah diangkat ke tingkat atas untuk proses seterusnya.
Selain itu, turut berkongsi lakaran yang dibuat untuk menghasilkan wordrobe yang cukup sempurna seperti ini. Katanya, “Conteng-conteng plan biar menjadi. Ubah sana sini ikut sesuai.”
Jelasnya lagi,”Rangka saya guna plywood 18mm yang dari jenis elok. Sandwich plywood saya panggil. Buat rangka di bawah, bawa naik atas satu-satu.”
“Alhamdulillah ada kawan baik tolong sama-sama angkat. Lepas tu saya catkan putih dan letak clear protection. Untuk elak kotor dan mudah calar.”
Untuk projek ni saya guna full pintu aluminium. Memang awesome lah hasil dia.
Kalau tempah ni market price around 1100-1200 perkaki panjang kalau spec macam ni. Sebab tebal dan pakai pintu aluminium cantik. So around 12-14k jugak.
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kisah cinta yang lahir daripada keikhlasan dan nilai kekeluargaan sering kali menjadi sesuatu yang dekat di hati masyarakat.Itulah...