Umumnya kita sebagai ibu ayah akui mengajar anak untuk siapkan tugasan atau kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru meskipun diperingkat sekolah rendah, bukan lagi semudah yang disangka.

Bahkan ibu ayah yang mempunyai taraf pendidikan tinggi dengan memiliki diploma atau ijazah sekali pun, berdepan dengan kesukaran menyelesaikan soalan yang terdapat di dalam buku latihan.

Malah tidak dinafikan kebanyakan ibu ayah perlu buat rujukan dan membaca buku teks  untuk memahamkan subjek tersebut. Namun sering juga berkahir dengan ketidakpastian akan jawapan yang diberikan sama ada tepat atau sebaliknya.

Hal ini ramai menyebabkan ibu ayah mengeluh dan kecewa bagaimana anak kecil yang bersekolah rendah mampu untuk menyelesaikan soalan yang diberi. Timbul juga kebimbangan dengan masa depan anak-anak zaman sekarang dalam menguasai pembelajaran selama ini di sekolah.

Apatah lagi isu silibus ini bertambah panas apabila guru cemerlang  Cikgu Mohd Fadli dengan lantang menyuarakan hal ini kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai silibus aras tinggi. Tidak sesuai dengan usia anak-anak yang masih kecil dan beberapa isu lain yang turut diketengahkan olehnya.

Hal yang viral ini telah menarik perhatian seorang ayah yang kini menetap di Amarika Syarikat dengan mendedahkan bahawa jauh perbezaannya dengan apa yang dipraktikkan di negara maju tersebut.

“Silibus Grade 1 USA Macam Level Tadika Malaysia”- Bapa Menetap Di USA Ni Kongsi, Tarik Perhatian Netizen!

Ujarnya di USA silibus grade 1 tahapnya sama macam budak tadika berusia empat tahun di Malaysia!

IKLAN

Silibus Grade 1 USA macam level Tadika Malaysia

Grade 1 umur 6-7 tahun (sini ikut tarikh lahir & academic year starts September-June)

 

“Silibus Grade 1 USA Macam Level Tadika Malaysia”- Bapa Menetap Di USA Ni Kongsi, Tarik Perhatian Netizen!

Aku tunjuk perbezaan untuk orang kita menilai mana baik mana buruk . Apa USA buat untuk atasi masalah budak sekolah :

  1. Silibus: kiri silibus negara kita yang aku pinjam dari fb cikgu Mohd Fadhli Salleh . Darjah 1 dah kena hafal sifir 6 . Anak aku 1st grade USA baru trace number macam budak 4 tahun tadika . Bagus ke tidak ? Macam slow sangat pula kan . Yang ni aku atas pagar. Agak agak la grade 1 tracing numbers dan letters je. Grade 3 hujung tahun baru nak masuk darab. Slow sangat Tapi sekolah sini start middle school & high school tiba tiba dia akan pecut. Mungkin sini dia bagi budak sekolah rendah banyak main dan suka sekolah dulu kot

Tapi kalau ada budak advanced , dia ada program untuk carter level anak tu . Ada mechanism dia untuk handle budak yang lain lain level

IKLAN
  1. Bag sekolah berat : Tiada buku untuk bawa balik rumah . Tinggal dalam meja. Bawa balik laptop Dell (seorang dapat satu) , file kerja rumah atau kerja hari ini . Biasanya kerja kelas buat atas kertas je macam gambar ni . Mostly tinggal kat sekolah kecuali ada certain cikgu bagi bawa balik untuk tunjuk progress kat parents
  2. Bilangan murid . Standard dalam kelas ada 20 . Paling banyak 25 . Dan tiap kelas mesti ada seorang cikgu dan seorang pembantu mengajar. Cikgu focus mengajar dan ada yang membantu bagi budak faham , bagi kertas, minta budak behave etc . Boleh la tenang sikit cikgu dan dapat focus dekat perkembangan budak budak

Apa apa pun , sebagai orang malaysia walaupun duduk di luar , Aku rasa sampai masa Malaysia once and for all pilih satu cara paling berkesan dan stick to it . Ni setiap kali tukar government/PM/menteri , tukar balik policy . Tak rasa itu bagus untuk pendidikan generasi kita . Yang penting , orang yang berfikiran kritis, wajib kita dokong bukan pangkah .

Sumber : Saif Suhairi

 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN

“Silibus Grade 1 USA Macam Level Tadika Malaysia”- Bapa Menetap Di USA Ni Kongsi, Tarik Perhatian Netizen!

 

Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI

“Silibus Grade 1 USA Macam Level Tadika Malaysia”- Bapa Menetap Di USA Ni Kongsi, Tarik Perhatian Netizen!

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI