Beruntung dapat majikan pemurah. Begitulah rata-rata pengikut pelakon tinggi lampai, Datin Eina Azman meninggalkan komen positif pada video yang dikongsi di laman Instagram peribadinya.

Dalam video tersebut menunjukkan bagaimana Eina Azman meraikan hari jadi bibiknya, Mega yang genap berusia 25 tahun.

Selain memberikan kek, ibu kepada sepasang anak kembar ini turut menghadiahkan Mega seutas gelang emas. Mega yang terharu dengan sikap pemurah majikannya terus memeluk kegembiraan dan keduanya saling mengalirkan air mata kegembiraan.

Selamat Ulang Tahun buat bibik yang paling saya sayang Megawati yang ke 25 tahun. Terima kasih atas segala apa yang kamu berikan untuk keluarga saya🥺🙏🏻 Saya sedih sebab ni birthday mega yang terakhir sebelum mega balik ke acheh selepas 5 tahun berkerja dengan saya😭😭😭 mega ni apa yang dia tak boleh buat? Semua boleh… Nak dapat bibik baru memang senang tapi belum tentu boleh dapat macam kamu🥺 Post ni special untuk kamu Megawati sebab saya sayang kamu❤️ Sekian dari saya majikan mu yang suka bebel @eina_azman

IKLAN

Dalam posting tersebut, pelakon filem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali ini turut mendedikasikan ucapan untuk Mega yang bakal meninggalkan keluarga Eina untuk pulang ke kampung halamannya di Acheh.

Ternyata Eina begitu menghargai jasa baik bibik paling disayangi yang sudah lima tahun berkhidmat dengannya dan menganggap Mega sebagai pekerja serba boleh.

Netizen suka tengok bonding Eina & bibik

Rata-rata pengikut Eina Azman memberikan komen positif dan turut rasa terharu melihat hubungan rapat majikan dan pekerja. Mereka memuji Eina yang bukan sahaja hebat memasak bahkan sangat baik hati dan pemurah.

IKLAN

“Beruntung Dapat Majikan Pemurah” Tak Berkira Dengan Bibik, Eina Azman Dipuji Warganet

“Beruntung Dapat Majikan Pemurah” Tak Berkira Dengan Bibik, Eina Azman Dipuji Warganet

IKLAN

Dalam video tersebut turut melihat anak perempuan Eina, Arianna Aubrey turut bersama ibunya memeluk dan memegang muka Mega yang sedang menangis kesedihan kerana akan berpisah dengan keluarga majikannya.

“Beruntung Dapat Majikan Pemurah” Tak Berkira Dengan Bibik, Eina Azman Dipuji WarganetSumber: eina_azman

Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join  Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI