Kreatif dan jimat belanja, itu yang cuba dikongsikan oleh Mohd Hafizallah Ariffin apabila berkongsi idea DIY rak mesin basuh guna PVC .
Mudahlah buat isteri nak letak bahan pencuci tak ada nampak bersepah. Pasti lebih teratur dan kemas.
Cara ini cukup mudah dan boleh buat sendiri je di rumah. Kalau rajin apa salahnya buat sendiri kan? Memang berguna dan boleh juga manfaatkan ruang sepenuhnya. Jom cuba buat sendiri ibu-ibu! DIY Rak Letak Barang Mesin Basuh ==========================
Ads
Masih projek pipe pvc…hehe.. ini untuk kemudahan org rumah saya suke nyusun2x…
Senarai barang yang digunakan ialah :
Ads
1. Penyambung ‘L’ pipe pvc – rm0.47 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(2 biji x 0.47 = rm0.94)
2. Penyambung ‘T’ pipe pvc – rm0.66 sebiji(beli di kedai mr.d.i.y)
(12 biji x 0.66 = rm7.92)
3. Siku ‘L’ besi – rm 2.00 sepeket(beli di ledai eco)
4. Papan – rm8.00(kalau tak silap) sepapan(beli di ikea)
(2 papan × 8.00 = rm16.00)
5. Batang pipe pvc – rm1.51 sebatang(beli di kedai mr.d.i.y)
(8 batang × 1.51 = rm12.08) Papan itu boleh cari tempat lain kalau ade tempat yang lagi murah dan kualiti yang baik….
Ads
Siku ‘L’ saya lekatkan dengan skru di penyambung pvc untuk lebih kukuh dan berkeyakinan. Sambungan yang lain mesti guna gam untuk pvc punye bile semua ukuran da cantik dan memenuhi citarasa. Sekian Terima Kasih.
Selamat Mencuba…
Melihat gelagatnya yang cukup menghiburkan memang tak kering gusi dibuatnya. Namun, bukan itu sahaja, anak kepada pelakon Syatilla dan Samheizy ini dikatakan cukup petah bercakap. Malah Syeriv Samheizy yang kini berusia dua tahun sudah petah boleh bertutut dalam dwi bahasa.
Syatilla menerusi akaun Instagram anaknya, Syeriv berkongsi tips bagaimana dia mengajar anaknya boleh bercakap dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. “Sungguhpun Syeriv baru dua tahun setengah, tapi dia petah becakap dua-dua bahasa alhamdulilah.. tips? “1- Jangan biasa cakap dengan anak-anak bahasa budak-budak. Contoh macam ‘nak mamam? Nak nenen?’; ‘alolo omey-omey nyeee (comelnyaa)’, elakkan kalau boleh, nanti anak hampa (kamu) akan bercakap dengan kurang jelas “2- Berbual je dengan anak-anak macam kita sembang dengan laki kita,kawan kita. Walaupun depa tak faham lagi tapi cara kita communicate tu yang penting!!! “3-Selitkan lawak-lawak bodoh sikit. Supaya tak serious sangat “4-Bawa anak-anak bergaul dengan budak-budak lain. Jangan tengok muka mak hang jaa..” tulisnya.
Perkongsian isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata terinspirasi dengan tips yang diberikan.
Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 2, dan Sarima Samheizy, 1.
Pasangan ini berkahwin pada 15 September 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, 4 tahun dan Ariana Mecca, 2 tahun. Malah, mereka kini sedang menantikan cahaya mata ketiga yang bakal lahir tidak lama lagi.
Dalam usia 29 tahun, Alif Satar tampil sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara. Selain merupakan seorang artis yang serba boleh, Alif Satar juga antara selebriti Malaysia yang tidak pernah dihimpit kontroversi.
Biar namanya kian meniti di bibir masyarakat, namun selebriti ini tidak mudah lupa diri. Keluarga menjadi keutamaannya dalam segala hal, membuatkan ramai yang memuji seorang suami dan ayah yang baik dan bertanggung jawab.
Dalam satu temu bual sedikit masa lalu, jelas Alif Satar, kunci kejayaan dalam industri ini adalah ‘kena smart’ dan buat keputusan yang bijak. Jelasnya duit bukan segalanya.
Bila berkaitan dengan anak-anak dan keluarga, jujur mengakui dirinya jenis ‘family man’. Baik pada isteri dan anak-anak, begitu juga dengan ahli keluarga dan adik-beradik lain. Jadi, kalau tak dapat sehari, sekurang-kurangnya berkumpul semeja untuk makan bersama sudah memadai.
Jujur mengakui sangat bersyukur kerana mendapat isteri, Shadila Halid yang memahami dan memudahkannya untuk membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga.
Baru-baru ini, menerusi satu temu bual dengan stesen radio, Zayan, Alif telah menceritakan segala pengalaman pahit manis sepanjang lima tahun dia berumah tangga.
Kongsi bahagia bersama
Dalam perkongsian tersebut, Alif berkongsi kunci kejayaan perkahwinannya bersama isteri. Menurut Hos Big Stage ini, setiap pasangan itu perlu saling sokong-menyokong di antara satu sama lain sama ada secara fizikal, mental, mahupun rohani.
Tambahnya, dalam perkahwinannya sendiri, dia dan Shadila perlu bahagia secara individu dahulu, dan kebahagiaan itu kemudiannya dikongsi bersama-sama.
“Kena sokong antara satu sama lain. Perkara paling penting yang menjadi pegangan dalam rumah tangga adalah komunikasi. Setiap pasangan juga kena tahu yang ego kita sebenarnya tak berbaloi untuk hilang seseorang yang kita sayang. Jadi biarlah kita mengaku kalah sebelum perkara yang tak diingini berlaku lebih lebih teruk,” katanya.
Isteri penyokong dulu dan kini
Dalam temu bual itu, Alif turut meluahkan rasa kagumnya kepada isteri yang sentiasa menyokong dirinya dari dulu sehingga kini.
“Isteri Alif itu sebenarnya Alif lah. Bila Alif jatuh, dialah yang bantu Alif bangun kembali. Bila Alif tak semangat. dia yang bantu bangkitkan semula semangat Alif,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Alif turut merasa bangga dengan isterinya yang tidak lokek menjadi ibu kepada anak-anaknya.
Pengorbanan luar biasa seorang ibu
Katanya, tak mudah nak jaga anak-anak semasa dekat rumah terutamanya apabila isteri pun bekerja kemudian kena balik lagi untuk jaga anak.
“Alif rasa itulah pengorbanan yang luar biasa. Ada satu tahap penghargaan dan penghormatan kepada para ibu yang bekerja ataupun tidak. Tapi menjadi satu unit keluarga itu bukanlah perkara senang.
“Seorang lelaki tak ada benda tu. Kita boleh buat sekali dalam sebulan. Tapi nak membuatnya hari-hari kita stress, tapi seorang ibu boleh buat benda tu dengan automatiknya 365 hari setahun,” tambahnya lagi.
Hargai satu sama lain
Oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja, setiap pasangan perlu tahu bilakah masa yang sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak di rumah.
“Selain itu, kita kena tahu bila masa untuk ‘back off’ bila berlaku situasi tegang. Kita kena bertenang dan letakkan ego ke tepi kerana sayang dan hargai isteri. Kita tak nak benda itu menjadi lebih teruk.
“Cara memahami pasangan mudah, kena tahu peranan dan body language atau signal dari pasangan. Kita kena tunjukkan kasih sayang, jangan pendam. Kadang kala pasangan kena tahu yang kita sayang dan hargai mereka.
“Sentiasa menghargai antara satu sama lain penting dalam satu perhubungan. Bila kahwin kita nak sehidup semata. Tak berbaloi bergaduh lama-lama, takkan ke mana. Bila kita terlalu sibuk, kita kena tahu bila untuk habiskan masa dengan keluarga.
“Tip paling penting di rumah, phone boleh letak jauh-jauh. Biar duduk sama-sama satu tempat, tak perlu bersembang pun. Tengok TV sama-sama ke. membaca atau anak-anak saya suka melukis sama-sama.
“Tempat paling penting dalam rumah adalah meja makan. Sekali dalam sehari tu makanlah sama-sama sama ada sarapan, makan tengah hari atau makan malam,” jelasnya.
Percaya rezeki lepas kahwin
Akui Alif, kehidupan lepas berkahwin sangat seronok dan percaya ada rezeki lepas berkahwin.
“Lepas kahwin ada rezeki kerana itu sudah dijanjikan. Rezeki tu ada dalam perkahwinan, rezeki tu ada dalam anak-anak. Saya dulu kahwin dengan mas kahwin hanya RM80 dan majlis biasa-biasa sahaja. Kena ingat kita nak kahwin lama, dan banyak benda yang kita nak capai bersama. Sama ada rumah, melancong bersama atau melakukan umrah dan melihat dunia bersama. Itu yang lebih indah “ungkap Alif lagi.
"Seorang lelaki tak ada tau benda itu, kita boleh buat sekali dalam sebulan je sebenarnya. Tapi nak membuat itu, hari-hari kita pun stress." Istimewa malam ini kami bawakan video inspirasi daripada Alif Satar tentang pengalaman pahit manis beliau berumahtangga. Jom saksikan video inspirasi ini. #IndahDihati #CeritaIndahDihati
Masalah batuk memang merunsingkan baik berlaku pada anak-anak mahupun orang dewasa. Nak nak lagi jika ia berlarutan lama.
Masalah batuk yang berpanjangan jika dibiarkan kerana ia boleh menjadi gejala yang tidak sihat seperti alahan, jangkitan virus serta jangkitan bakteria. Justeru, anda harus cepat-cepat mendapatkan rawatan supaya ia tidak merebak.
Wanita ini kongsikan petua untuk mengurangkan masalah batuk berpanjangan dengan menggunakan limau.
Tahun lepas saya mengalami masalah batuk berpanjangan hampir 2 bulan lamanya. Puas mencuba pelbagai jenis ubat, antibiotik dan petua. Dengan izin Allah, Akhirnya saya temui petua ini yang diberitahu oleh kawan lama. Alhamdulillah
Petua ini juga sesuai untuk orang yang mengalami sesak dada atau hampir semput (athma)
Sesuai untuk orang dewasa dan kanak kanak.
————————- Pasti ada antara kita yang pernah mengalami masalah batuk berpanjangan, dah cuba pelbagai jenis ubat dan petua tapi ada yang tidak berkesan atau lambat. Atau mengalami on off batuk mengikut musim
Disini saya nak kongsikan satu cara mudah dan berkesan untuk merawat masalah batuk berpanjangan ini.
ﺇﻥ ﺷﺎءﺍﻟﻠﻪ
Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
Cara-caranya:
1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit.
*Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.
2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong.
* Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist)
3. Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.
4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.
*Boleh digantikan dengan buah limau mandarin
Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis. . *** sekadar perkongsian *** Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?
Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.
Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.
Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak.
Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.
Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.
Sumber: Jes Tham, Solu Heal
Semoga perkongsian ini dapat membantu masalah batuk yang berpanjangan. Cuba tau!! InshaAllah.
#Usahatawakal
#Sayadahcuba #dahsihat #bebastibi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.