“Mengalir Air Mata Lihat Ada Lagi Yang Daif.” Perkongsian Guru Kisah Pelajar Kongsi Seluar & Kasut Dengan Abang Cukup Menyentuh Hati.

Share

Di sebalik kegembiraan anak-anak dapat pakaian baru, beg sekolah, kasut dan sebagainya ketika melangkah ke sekolah, namun ada lagi insan yang serba kekurangan. Jangankan nak beli yang baru, yang lama pun terpaksa dikongsi.

Tetapi niat untuk belajar dan menimba ilmu tetap ada dan itu yang patut dipuji dan dijadikan contoh buat anak-anak yang lain.

Seorang guru menerusi catatannya berkongsi pengalaman seorang pelajar yang berkongsi kasut dan seluar milik abangnya kerana tidak mampu beli yang baru.

Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan menerusi facebook Mohd Nasir Mohd Zain yang juga merupakan seorang guru.


Mengalir air mata bila lihat ada lg yg dhaif.
Lihat dari jauh kenapa budak ni jalan tak amgkat kaki.. dan tangan pegang seluar..


bila panggil dan pergi dekat..tanya dia
awat tak angkat kaki : kasut besar ustaz
kasut sape ni: kasut abg sek men
awat pegang seluar: takut terjatuh seluar abg

emosiku dijentik pg ni..

Kasut dan seluar pakai milik abg yang dah ke sek men.
Kita bawa dia ronda2 dan belikn semua baru.

Ada nampak keceriaan diwajah.

Azam 2019

Membahagiakn seramai mungkin orang.


Itu antara catatan yang dimuat naik guru ini. Rata-rata yang membaca mengakui cukup tersentuh hati dengan sikap prihatin guru berkenaan yang membantu budak ini untuk menceriakan zaman persekolahannya.

IKLAN