Di sebalik kegembiraan anak-anak dapat pakaian baru, beg sekolah, kasut dan sebagainya ketika melangkah ke sekolah, namun ada lagi insan yang serba kekurangan. Jangankan nak beli yang baru, yang lama pun terpaksa dikongsi.
Tetapi niat untuk belajar dan menimba ilmu tetap ada dan itu yang patut dipuji dan dijadikan contoh buat anak-anak yang lain.
Seorang guru menerusi catatannya berkongsi pengalaman seorang pelajar yang berkongsi kasut dan seluar milik abangnya kerana tidak mampu beli yang baru.
Kisah yang cukup menyentuh hati ini dikongsikan menerusi facebook Mohd Nasir Mohd Zain yang juga merupakan seorang guru.
Ads
Mengalir air mata bila lihat ada lg yg dhaif. Lihat dari jauh kenapa budak ni jalan tak amgkat kaki.. dan tangan pegang seluar.. bila panggil dan pergi dekat..tanya dia awat tak angkat kaki : kasut besar ustaz kasut sape ni: kasut abg sek men
awat pegang seluar: takut terjatuh seluar abg
emosiku dijentik pg ni..
Kasut dan seluar pakai milik abg yang dah ke sek men. Kita bawa dia ronda2 dan belikn semua baru.
Itu antara catatan yang dimuat naik guru ini. Rata-rata yang membaca mengakui cukup tersentuh hati dengan sikap prihatin guru berkenaan yang membantu budak ini untuk menceriakan zaman persekolahannya.
Dia sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Walaupun sudah bergelar isteri dan memiliki dua cahaya mata comel, namun dia tidka betah duduk diam. Dia juga turut bersama suami terjun ke dalam dunia perniagaan.
Tidak cukup dengan itu, ibu kepada Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa ini kini bergelar pengacara pula mengendalikan program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
“Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah. Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak betah duduk diam.
“Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini. Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya juga ketika itu bergelut antara cintakan keluarga serta kerjaya seni dan masa depan bersama suami.
Ternyata pengorbanan dan keputusan Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri membuka 1001 hikmah.
Akui Tya Ariffin lagi, pandemik COVID-19 yang sudah lebih setahun melanda dunia menjentik semangatnya untuk berkongsi hal positif dan suntikan inspirasi menerusi program berkenaan.
Bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu, Tya juga dalam masa sama membiasakan norma baharu bekerja dari rumah.
Terdahulu, isteri kepada Asyraf Khalid ini pernah berlakon, menyanyi dan menceburi perniagaan jus kesihatan, Mutyara.
“Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram hingga ke YouTube.
“Sebenarnya, dulu di negara kelahiran sendiri, Indonesia… saya pernah juga jadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak jinak jadi pengacara,” katanya.
Malah dalam membiasakan norma baharu ini juga, segala serbi kerja dilakukan sendiri wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini.
“Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat ‘live’ di Instagram, jadi tidak canggung.
“Selepas itu, pendek kata semua saya uruskan sendiri. Termasuklah menata rias diri, menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang.
“Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah masuk tidur. Jadi masa ‘live’ saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya ‘standby’ tekan butang ‘live’ di telefon bimbit saja,” katanya.
Setakat ini sudah lebih 30 episod bersiaran yang kemudiannya turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Tidak hanya mengundang rakan artis dan personaliti di Malaysia, Tya atau nama penuhnya, Nurtria Wulandari Arifin ini turut mengundang selebriti dari Indonesia.
Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tengku Zawiyah, Nina Ismail Sabri, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad antara yang pernah diundangnya.
“Saya fikir ketika pandemik ini ramai yang bergelut. Malah terlalu banyak hal negatif di media sosial. Setidak tidaknya perkongsian inspirasi dan positif daripada tetamu jemputan boleh menyebarkan aura baik.
“Isu yang dikupas juga sangat dekat dengan kita. Malah ada yang bersifat semasa dan terkini. Malah saya juga tak bataskan hanya tetamu jemputan di kalangan wanita saja. Nanti tetamu lelaki pun ada. Dulu perkongsian atau motivasi saya mungkin terbatas di kalangan usahawan.
“Tapi sekarang ini, sesiapa saja yang mengikuti saya di media sosial boleh mendapat benda sama. Malah saya juga ada kumpulan telegram Tya Arifin. Menerusi saluran itu banyak juga hal dikongsi. Boleh juga ke Instagram @bersamatya,” katanya yang meminati Ellen Degeneres dan Mata Najwa.
Dalam pada itu, Tya juga berharap suatu hari nanti dapat mengundang wanita berpengaruh termasuk Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sebagai tetamu jemputan.
“Dapat jemput Tun Dr Siti Hasmah jadi tetamu pasti saya akan rasa bangga. Begitu juga di kalangan figura wanita yang menjadi kekuatan pemimpin di Indonesia.
“Malah saya bercita cita mengundang tokoh pemimpin dan motivasi lain selepas ini,” katanya.
Di akhir bicara, Tya tak lepas ditanya mengenai kerinduannya terhadap keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak bersua.
“Bab rindu ini sebenarnya bagai sudah kering air mata. Kerinduan itu terlalu berat. Tapi apa daya kita melawan ujian pandemik ini. Nak rentas negara, bukan perkara mudah. Saya reda,” katanya yang sudah lengkap dos dua vaksin.
Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, siapa yang tak kenal kan. Dengan gelagat lucu dan caranya di dalam video yang dimuat naik membuatkan ramai yang jadi suka.
Biarpun caranya nampak ‘kasar’ namun dia seorang suami dan ayah yang bertanggung jawab. Namun akui pengasas produk D’herbs ini, dia dan isteri punya sifat yang kontra.
Malah, ini terbukti apabila melihat gaya dan pembawaan diri isteri kesayangan Dato Aliff ini yang sedikit low profile.
Dalam satu perkongsian terbarunya, Dato’ Seri Aliff memuat naik ucapan penghargaan dan kasih sayang tidak berbelah bahagi buat isterinya itu cukup menyentuh hati.
ini lah….Cinta sejati abang… nak bercinta itu mudah dan dugaan lain, nak tunang pun lain dugaan ya.. dan abang percaya untuk berkahwin adalah satu benda yang bukan sesukar mana … sebab benda yang paling sukar adalah mempertahankan perkahwinan..
Alhamdulillah sudah 12 tahun perkahwinan abang bersama dengan wife abg @shahidadherbs yang dahulu x romantik,pendiam, x suka masak, x suka bergaya…. yang abang anggap kami pasangan yang “tak serasi atau pasangan kontra” sukar abang nak faham dia dan dia nak faham abang.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Akui Dato Seri Aliff, mereka juga tidak terlepas dari bergaduh.
Cuba korang bayangkan.. dahulu hampir hari2 kami bergaduh dan lari rumah.. sbb terlalu stress…sebab kami tak faham apa itu ertinya “perkahwinan”.
sebenarnya perkahwinan itu bukan.. acara perkahwinan yg gah dan perkataan “I love you you love me” tapi sebenarnya cinta itu besar definisinya .. memahami bertolak ansur, kebebasan, menghargai kepercayaan, menghormati, mungkin senang untuk ditulis dan di ungkapi.
tetapi bukan senang untuk kita lakukan dengan pasangan kita “masing ada ego” Abang mungkin tidak terkecuali sama juga mcm lelaki lain ada ego..nasihat abg..kita sebagai kaum suami kadang kala kena mengalah juga dan turunkan ego sikit untuk memberi penghargaan dan ruang kepada isteri barulah rasa lebih nikmat dalam alam perkahwinan.
Abang juga sama mcm korang.. ada masalah yang sama dan ego dan bergaduh.. cuma kat laman sosial ni abang selalu ..bajet2 happy je memanjang..padahal Allah je tau..hanya org dah kahwin je tau..setuju tak?? cer komen d bawah kalau setuju????.
Dato Seri Aliff sempat mendedikasikan lagu buat isteri kesayangannya itu.
lagu ini abang dedikasikan kepada isteri abang @shahidadherbs (kalau abang buat lagi macam ni ada orang nak dengar tak?) ..terima kasih wahai isteriku yang hebat dan sentiasa bersama abg ketika abang susah dan senang…isteriku yang banyak berkorban demi anak dan suami.. abang doakan dalam solat abang..
semoga awak adalah wanita terakhir yang bersama dengan abang sampai mati.. abang sayang awak sampai syurga… tiada wanita lain yang sesempurna awak I love you sayag sampai jannah.. maafkan abang kalau selama ini banyak buat salah kat sayang.. abang akan cuba jadi suami terbaik untuk family kita❤️❤️❤️ .
Kalau waktu bulan puasa resipi ini satu kemestian, tak beli di bazar ramadan pasti buat sendiri kan. Baik ikan mahupun ayam percik mesti wajib dihidangkan.
Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri kuah percik yang sedap tapi mudah, boleh cuba resipi dari puan Afy AL Habibi. Tengok pun dan terliur.
Cikgu pilih untuk berkongsi semula resepi ikan percik warisan keluarga cikgu. Cikgu rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu. Sebab cikgu tengok bulan puasa kali ini makin ramai yang cari balik resepi cikgu sayang ni.
Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.
Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.
Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.
Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi. Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.
Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!
Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)
– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)
Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain. Kisar hingga lumat.
cara membuat:
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.
Bahan untuk kuah percik
– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
cara membuat:
1. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
2. Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik. Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja.
3. Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
4. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
5. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
6. Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
7. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik. Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekali atas bara api.
Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa Siap. Nampak sedap kan?
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.