Setiap ibu bapanya pastinya inginkan anak yang celik Al-Quran. Namun bukannya mudah untuk melakukannya jika tidak mula sejak kecil. Lantaran itu, ibu bapa harus mulakan di rumah termasuk mendidik anak untuk menghafal Al-Quran. Ikuti perkongsian ustaz Dr Kamilin Jamilin yang amat bermanfaat. Beliau menjelaskan kenapa kita perlu mendidik anak menghafal Al-Quran.
MENGAPA KITA MAHUKAN ANAK-ANAK KITA MENGHAFAL AL-QURAN?
1. Persediaan menjadi ilmuwan Islam di masa hadapan.
Jika zaman dahulu, menghafal al-Quran merupakan syarat asas bagi mana-mana ilmuwan Islam baik mereka yang menceburi bidang pengajian Islam mahupun jurusan lain. Malah buat mereka yang bergelumang dalam bidang pengajian Islam, merupakan suatu yang aib jika tidak menghafal al-Quran seolah-olah itu syarat masuk sekolah!
Justeru menjadi lumrah zaman keemasan ilmu Islam dahulu, anak-anak berusia 7 tahun sudah lancar menghafal al-Quran.
Namun tatkala tradisi ini kita telah lupakan, kita mula menyalahkan masa, seolah-olah menghafal al-Quran hanya ‘membazir’ masa berbanding mengkaji makna al-Quran!
2. Mendekatkan anak-anak dengan Allah secara kerohanian.
Anak-anak zaman kini semakin dilekakan dengan pelbagai hiburan yang menjauhkan diri mereka dengan Tuhan.
Setidak-tidaknya jika mereka memperuntukkan masa untuk menelaah kalamullah, mereka berpeluang menyelami perasaan ‘hampir’ dengan Tuhan sekalipun mereka barangkali belum memahami apa yang dibaca, namun percayalah mukjizat al-Quran itu sangat mempesona hanya dari membaca atau mendengarnya!
Lumrahnya, anak-anak yang tenggelam dalam dunia hiburan biasanya sangat sukar untuk menjiwakan diri mereka dengan al-Quran.
3. Meningkatkan potensi daya memori.
Mempunyai memori yang baik merupakan salah satu dari keperluan hidup dan pengajian di samping daya faham, kreatif dan kritis.
Hakikatnya teknik hafazan yang berkesan mampu meningkatkan potensi ini ke tahap yang menakjubkan.
Justeru kita tidak hairan para ulama dahulu, bahkan ilmuwan kini yang mempunyai ‘hardisk’ di kepala mereka.
Kita selalu sahaja dengar mereka mampu mengingati suatu maklumat itu dengan sekali dua dengar atau baca sahaja.
Mereka tidak dilahirkan sebagai ‘genius savant’, namun itulah hasil latihan berkesan yang mereka telah lalui sejak dari kecil.
Banyak sahaja kita dapati sahabat huffaz kita yang hebat menjadi seorang pelajar dan ilmuwan yang hebat!
4. Bukti kecintaan pada empunya al-Quran.
Jika peminat K-pop sanggup menghafal lirik lagu yang tidak difahami sepatah pun untuk dinyanyikan bersama penyanyi kesayangan di pentas konsert atau ketika di tandas berseorangan, apatah lagi seorang muslim yang mengakui mencintai Tuhannya.
Tidakkah kita malu jika kelak kita berhadapan dengan Allah di ‘pentas’ mahsyar dalam keadaan kosong dada tanpa sebarang kalam-Nya sebagai bukti cinta?
5. Mengkaji al-Quran dalam keadaan menghafalnya lebih nikmat!
Tidak sama seorang anak yang menulis sejarah ibu kesayangannya yang sentiasa di hati dan ingatan berbanding orang luar yang menulis tentang ibunya. Penghayatan, sentuhan dan hasilnya pasti berbeza.
Jangan hanya menoleh ke barat. Di negara Arab seperti Arab Saudi dan Mesir misalnya terdapat banyak pusat kajian khas al-Quran yang telah menghasilkan ribuan penyelidikan yang mengagumkan!
Para pengkajinya merupakan huffaz al-Quran, bahkan ilmuwan bidang al-Quran yang terkenal.
Namun malangnya kajian mereka kurang dihargai dan kurang mendapat perhatian ramai berbanding barat kerana barangkali tulisan mereka bukan berbahasa inggeris.
Barangkali juga kerana mereka bukan orang putih yang disanjungi, dan barangkali tulisan mereka tidak dimerit dalam jurnal kapitalis.
6. Menghafal al-Quran hanya satu proses.
Menjadi hafiz bukan kemuncak yang kita kejari, ia hanya merupakan satu jalan untuk kita meneruskan kehidupan menjadi insan cemerlang dalam segenap segi kehidupan baik sesama pencipta mahupun manusia.
Boleh saja anak kita ingin menjadi seorang doktor, atau peguam, atau menteri, atau jurutera, atau apa sahaja sekalipun, namun alangkah indahnya jika al-Quran mendiami dada mereka serta menghiasi keperibadian anak-anak yang tercinta.
Tidak semesti menghafal al-Quran itu perlu menjadi hafiz 30 juz, namun berapa banyak manfaat yang mampu kita kedok sepanjang proses kita berusaha menghafalnya walaupun hanya 3 juz.
Usaha dan manfaat itu yang paling utama baik pada penghafal yang muda mahupun yang tua!
Sumber: Fb Dr. Kamilin Jamilin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercuti bersama keluarga adalah pengalaman percutian yang menyeronokkan lebih-lebih pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama.
Begitu juga dengan seisi keluarga ini yang bercuti secara backpack dengan anak-anak ke Hatyai dengan menaiki ETS selama tiga hari dua malam. Jom lihat iternari perjalanan mereka. Boleh jadi panduan bersama untuk rancang percutian bersama keluarga nanti.
Backpack with kids ke Hatyai dengan menaiki ETS (3H2M)
Day 1
Dari Kl Sentral ke Padang Besar Tren bertolak jam 7 pagi Tiba Padang Besar jam 12.30 Berjalan ke imigresen Malaysia Naik van ke imigresen Thailand ( Sewa satu van TBHT 1300) Van bawa kami dari Imigresen Thailand Ke Hotel di Hatyai Check in hotel. Kami stay di Hatyai Meridien Hotel. RM180 sahaja dua malam. Ada kedai makan muslim dan kedai urut depan hotel. Memudahkan. Cuma, hotel tu..hotel lama. Lunch di Salma Restaurant. Sedap gilerr cuma harga agak mahal Jalan-jalan di Lee Gardens Plaza. Cuci mata untuk kosongkan perut. Menaiki tuk tuk ke Asean Night Market. (Seorang TBHT 16) Shopping jersey dan makan-makan. Heaven. Street food at it best! Murah Menyesal juga makan banyak di Salma.. sebab kat sini semua jenis makanan Thai ada. Murahhhh pulak tu. Malam kami balik hotel dan berehat.
Day 2 Breakfast di Dimsum Chadbura. Makanan super sedapp! Seat penuh kedai sesak, so kena datang awal. Kedai buka seawal jam 6.00pagi
Nora Plaza. Banyak barang kulit dijual disini dan souvenier juga macam T-shirt, keychain dan sebagainya. But harga quite mahal.
Cashew Nut Factory (5 minutes walk from Nora Plaza)
Solat Zohor di Hatyai Central Mosque.Masjid ni benar-benar dekat dihati saya kerana suka melihat keramahan penduduk setempat serta ahli qariah masjid yang duduk bersama-sama menunggu hujan berhenti?
Naik grab ke Floating Market. Rate dia dlm TBHT 120 untuk ke sana. Sebab lokasi dia jauh sket dari town. Cuaca masih hujan renyai-renyai. Jadi kalau boleh standby payung atau baju hujan. Travel dengan budak kecil mmg banyak kena standby peralatan lebih-lebih lagi backpack begini. Floating market ni memang best gilerrr! Makanan authentic semua ada. Cuma kena berhati-hati pilih peniaga yang bersih dan terjamin muslim. Time kami pergi orang memang ramai sangat. Jadi tempat duduk sesak sket plus ada banyak anjing liar mintak makanan. Scaryy! So, kalau nak shopping souvenier.. here is the place. Tshirt Hatyai murah dapat TBHT 80 JE….
Dinner at Klonghae Seafood Buffet. Makanan super murah TBHT 300 SAHAJA! Boleh makan apa sahaja dari pencuci mulut, lauk-pauk sehingga ke pelbagai jenis seafood stimboat and grill. Nyumms.
Day 3 Kim Yong Market. Cuci-cuci mata tengok barang basah dan cari gula kabung. Breakfast kedai makan muslim depan hotel je. Makanan simple tapi sedap oii?? Naik Van bergerak ke Station Kereta Api Padang Besar. Tren back Kuala Lumpur.
Total perjalanan kami 4 beranak ke Hatyai 3 hari 2 malam termasuk tiket ETS pergi balik, hotel, pengangkutan dan makan minum dalam RM1600.
Kat sini saya share phone number van yang kami guna. Orangnya ramah, boleh berbahasa melayu dan servis bagus. Riddhuwan – 019 342 3362
One more thing, dalam ETS ni sejuk tau. Jadi please spare baju sejuk or selimut. Terutamanya untuk anak-anak kecil. Kesian takut x tahan sejuk.
Trip ke Hatyai ni manis sangat. Dapat backpacking sama-sama with my sister and family, kak fae and family. Kids extremely happy. Makanan semua sedap dan murahhh. Xpuas makan dan memang kena datang balik. Public transport di Hatyai mudah sangat, kami banyak pakai Grab sebab lebih murah dari tuk tuk. Plus, travelling with ETS and kids sangat menyelesakan. Kids boleh party all the way. Ada kemudahan tandas, surau dan kantin. Kami banyak refer tip dari facebook, terima kasih sangat-sangat pada sudi share. Sangat membantu. So, I wrote some here too. Maybe boleh bantu yang lain juga. Will repeat this trip again one day. Love Hatyai.
Sumber: Kinakira Awg
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pemuda 20 tahun itu melontarkan kata-kata yang cukup indah bersama alunan ayat suci al-Quran dari Surah Al-Hujurat, ayat 13 sehingga persembahan tersebut menjadi tular di media sosial dalam upacara pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Qatar, malam Ahad lalu.
Ghanim Al-Muftah dilahirkan dengan penyakit Caudal Regression Syndrome (CDS) iaitu gangguan perkembangan bahagian bawah badan.
Namun siapa sangka, akibat penyakit yang dialami itu, ibunya dinasihati supaya mengugurkan kandungan. Namun dengan izin Allah Yang Maha Agong, anak ini rupanya Permata yang hebat berbanding manusia normal.
Ikuti lanjut perkongsian Ustaz Hanafi mengenai pemuda istimewa ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
PEGAWAI PERUBATAN SURUH GUGURKAN KANDUNGAN
“Tuhanku Maha Penyayang dan Dia pasti akan menjagaku dan anakku.”
Ini jawapan yang diberikan oleh seorang ibu bila doktor nasihatkan untuk gugurkan kandungan. Sebab waktu tu bayi yang dikandung dalam keadaan kritikal.
Namun ibu tadi tetap nak teruskan kandungan.
Dia bertawakal dan berserah kepada Allah. Allah menjadi sumber kekuatan pertama manakala suaminya pula jadi sumber penguat kedua.
Apa pula kata si suami bila mendapat berita anak yang masih dalam kandungan isteri cacat separuh anggota badan?
“Kamu akan jadi kaki kiri anak kita, saya pula akan jadi kaki kanannya.”
Allahuakbar.
Ibu ayah yang sangat hebat menerima segala bentuk kurniaan Allah SWT.
Sampailah kandungan berusia 6 bulan, lahirlah seorang bayi lelaki pramatang dengan kecacatan kekal yang jarang-jarang berlaku di dunia.
Lahir tanpa hampir satu per tiga tubuh badan dari pinggang ke bawah.
Siapakah nama anak yang dilahirkan itu?
Tak lain tak bukan, Ghanim Al-Muftah.
Anak muda 20 tahun yang menyentuh hati ramai orang di seluruh dunia dengan melantunkan ayat suci Al-Quran di acara pembukaan sukan bola sepak Piala Dunia 2022 di Qatar.
Meremang ustaz rasa bila dengar dia baca ayat ke 13 dari surah Al-Hujurat dengan penuh keyakinan.
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Masha Allah, sangat indah!
Tuan puan. Orang selalu sebut,
“Di sebalik kehebatan seorang lelaki, pasti ada seorang wanita hebat yang berada di belakangnya.”
Sama juga dengan Ghanim.
Di sebalik kekuatan jiwa dan semangatnya, ada seorang wanita bergelar ibu yang sentiasa memberi dorongan dan semangat.
Dalam satu sesi ucapan umum, Ghanim bercerita.
Sejak kecil dia kerap dihina dan dibuli oleh kawan-kawan sebaya. Ada satu waktu, dia mengadu kepada ibu.
“Ibu, mereka menghina aku. Memarahi aku. Tolong pukul mereka. Beri mereka balasan yang setimpal.”
Jawab ibu Ghanim,
“Kamu tak boleh mengubah orang lain untuk menerima diri kita. Tapi kamu boleh mengubah dan menerima diri sendiri agar diterima oleh orang lain.”
“Ghanim, kamu berbeza dengan orang lain. Lihatlah perbezaan yang ada pada diri kamu adalah satu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain.”
Macam-macam usaha yang dilakukan oleh ibu Ghanim agar masyarakat sekitar menerima anak istimewanya.
Dia melukis poster, menulis dan menyediakan booklet serta menyebarkan ke kawasan sekitar untuk memberi kesedaran kepada sekolah, pejabat dan masyarakat sekitar untuk terima dan hargai anak-anak yang senasib dengan Ghanim.
Cerita Ghanim lagi,
Dia dan ibunya pernah mengadakan lawatan kepada pesakit di hospital dan memberi hadiah. Ada pesakit yang berkata,
“Ini pertama kali saya lihat orang kurang upaya datang melawat kami dan beri hadiah.”
Ibu Ghanim cepat membalas,
“Orang kurang upaya dan keluarganya juga boleh beri hadiah dan kami juga mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kepada masyarakat.”
Mereka akhirnya menubuhkan Pertubuhan Ghanim yang bertanggungjawab menyediakan kerusi roda dan peralatan kesihatan kepada orang yang memerlukan.
MashaAllah.
Kini, Ghanim juga memiliki perniagaan aiskrim sendiri dengan jumlah pekerja lebih daripada 60 orang.
Dia juga sedang belajar di universiti dalam bidang sains politik dan berimpian untuk menjadi seorang diplomat yang berjaya.
Di media sosial, Ghanim sangat aktif memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat dunia. Akaun Tktoknya mempunyai lebih 7 juta pengikut, 3.3 juta pengikut di Instagrm dan hampir 1 juta pelanggan Ytube.
Allahukbar.
Walau bertubuh kecil dan diuji dengan kelainan upaya, jiwanya sangat besar dan memberi manfaat kepada ramai orang.
Tuan puan, banyak pelajaran yang boleh kita ambil dari kisah Ghanim al Muftah dan ibunya.
Satu pelajaran paling utama adalah bersangka baik pada Allah SWT. Terima setiap kurniaan Allah dengan dada yang lapang serta penuh kesyukuran.
Bila kita yakin dan percaya kepada Allah, inshaAllah Dia akan lorongkan bermacam-macam jalan kepada kita itu bangkit berjuang dan menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain.
Tuan puan,
Kita semua diuji pelbagai bentuk ujian.
Mari kita mengubah cara kita memandangnya. Ujian bukan untuk melemahkan diri kita malah ujian adalah jalan untuk Allah memuliakan diri kita.
Mulia di dunia, inshaaAllah,
Mulia juga di akhirat sana.
Wanita Usia 50 tahun timang anak ketiga- “Sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini.” Bagi Rostalela Sidi Ahmad, kehamilannya merupakan sesuatu yang tidak disangka-sangka dan sangat dinanti-nantikan oleh dirinya dan juga suami yang kini berusia 53 tahun.
Menerusi Kosmo yang menghubungi Rostalela , ujar wanita ini, Allah SWT mempermudahkan urusannya sejak hamil hingga berpantang. Malah dia tidak menyangka pada usia lanjut, boleh melahirkan bayi perempuan yang sihat.
Menurut Rostalela yang lebih mesra disapa sebagai Lela, dia selamat melahirkan cahaya matanya pada 20 April lalu dan kini sudah hampir habis berpantang.
“Sudah 22 tahun saya menanti kehadiran cahaya mata ini. Selepas kali terakhir bersalin anak kedua pada 22 tahun lalu. Anak sulung pula sudah berusia 26 tahun. Pada awalnya, saya ingat dapat anak lelaki. Selepas beberapa bulan, doktor cakap anak saya perempuan,” katanya.
Lela berkata, anak-anak juga sangat gembira dan banyak membantu dengan membelikan barang-barang keperluan asas untuknya.
Malah, keterujaan tersebut turut dikongsi bersama petugas-petugas hospital yang kebanyakannya tidak lokek membantu dan memberi semangat kepanjang proses kehamilan.
“Anak-anak semua teruja. Mereka semua belikan baju warna biru sebab ingatkan anak lelaki. Malah, doktor di hospital juga tumpang gembira sehingga ramai beri semangat kepada saya.
“Selepas melahirkan anak, saya terus tanya doktor apa jantina anak saya. Doktor beritahu saya, anak saya perempuan. Alhamdulillah saya bersyukur.
“Tetapi itulah, barang-barang semuanya sudah beli wana biru,” katanya.
Tambah Lela, sejak tularnya video tersebut, ramai orang bertindak menghantar mesej kepadanya di laman TikTok untuk meminta tip-tip memudahkan kehamilan, terutamanya daripada wanita berusia 40 tahun ke atas.
“Saya tidak ada tip istimewa. Cuma sepanjang kehamilan, saya menjaga pemakanan saya.
“Saya banyak makan buah, ulam-ulaman dan kurangkan gula dalam makanan. Segala ubat yang dibekalkan oleh klinik saya ambil ikut jadual.
“Syukur, sepanjang kehamilan saya tidak alami sebarang komplikasi. Cuma pada akhirnya saya minta agar melahirkan anak secara pembedahan kerana alami kesukaran sewaktu ingin melahirkan anak,” jelasnya.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...