Bunga cengkih sememangnya antara bahan wajib yang ada di rumah kita. Namun biasanya kita gunakan bunga cengkih ini sebagai asas bahan tumisan dalam beberapa masakan seperti kari dan sebagainya.
Aroma yang dikeluarkan bunga cengkih ini tidaklah sekadar bau harum dan enak sahaja bahkan kaya khasiatnya pada makanan yang kita sajikan. Pun begitu, yang anda perlu tahu cengkih bukan hanya baik untuk makanan sahaja bahkan dalam beberapa petua lain. Mengapa anda perlu simpan cengkih di rumah. Ini kelebihan yang anda perlu tahu.
Pulihkan Masalah Campak
Bunga cengkih dikatakan baik untuk merawat demam campak. Ambil bunga cengkih dan gula batu. Rendam bunga cengkih di dalam air masak semalam, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau rata. Minum sedikit demi sedikit dan amalkan sehingga campak makin pulih.
Atasi Sakit Gigi
Selain mengurangi rasa sakit pada gigi dan gusi, cengkih juga mengurangi infeksi kerana sifat antiseptik. Selain itu, minyak cengkih juga bermanfaat mengurangi rasa sakit gigi berlubang. Caranya ia dengan merebus cengkih ini bersama segelas air. Apabila sejuk, kumurlah dengan air ini.
Ads
Pulihkan Batuk
Kunyah cengkih bersama garam secara serentak. Cara ini dapat memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan rasa gatal pada kerongkong. Anda juga boleh membakar cengkih ini terlebih dahulu jika tak mahu dimakan mentah.
Ads
Hilangkan Bau Peti Sejuk
Ikat bunga cengkih dalam kain dan jadikan uncang. Letakkan ke dalam peti sejuk bersama sedikit arang. Cara ini menyerap bau yang kurang enak.
Ads
Halau Semut
Masukkan beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas berisi gula bagi mengelakkan semut. Semut akan hilang malah gula juga berbau harum.
Elak Sampah Berulat
Taburkan lebihan cengkih ke dalam tong sampah atau sekitar kawasan sampah. Ulat akan mati dengan sendirinya dan masalah semut juga akan dapat dikurangkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Susulan daripada kenaikan harga sayur hingga ada yang dilapor mengalami kenaikan dua kali ganda seperti kubis bunga daripada RM7 kepada RM16 sekilogram, sawi pendek RM3 kepada RM9, brokoli RM8 kepada RM20 dan sawi RM5 kepada RM8 dan beberapa sayur-sayur lain adalah lebih baik kita menanam sayur bagi menjimatkan kos perbelanjaan barangan dapur.
Buat yang pertama kali ini mencuba menanam sayur, apa kata baca perkongsian daripada Nur Zaliana, berkongsi cara untuk menanam bunga kobis dan brokoli. Bolehlah dijadikan panduan.
“Hi Assalamualaikum semua saya nk share cara saya tanam Caulyflower dan Brokoli,Nak kata bijak pandai tu tidak lah cuma saya nak kongsi kan apa yang saya tahu serba sedikit,” tulisnya di group Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri.
Cara Tanam Cauliflower dan brokoli
1:Menyediakan medium.
Penyediaan tanah semaian menggunakan tanah cocopeat ataupun peatmoss. Basahkan medium terlebih dahulu sebelum menabur benih.
2:Menyemai biji benih.
Tabur biji benih dalam tray semaian, 1 biji benih dalam satu petak semaian. Tunggu sehingga benih bercambah dalam jangkamasa 12-15HSS. Tray semaian hendaklah diletakkan di tempat teduh dari hujan tetapi masih dapat cahaya matahari.
3:Memindahkan anak semaian.
Setelah semaian mengeluarkan 3-4 helai daun baru pindahkan ke pasu besar atau polibeg 16×16 yang bersesuaian. 1 anak pokok 1 pasu. Medium yang digunakan adalah campuran tanah baja/sawit/5in1
4:Pencahayaan matahari.
Anak semaian yang baru pindah jangan terus dedahkan pada matahari selama 1 minggu. Selepas seminggu baru perlahan-lahan sedikit demi sedikit dedahkannya pada cahaya matahari. Anak pokok Caulyflower dan brokoli memerlukan cahaya matahari sekurang-kurangnya 5-6 jam sehari untuk membesar. Kaedah green house sangat sesuai untuk tanaman.
5:Menyiram.
Pokok kobis memerlukan banyak air, siram kobis sekurang-kurangnya 2-3hari sekali bergantung kelembapan medium. Kaedah siraman Manual, fertigasi,pasu nutripot.
6:Membaja.
Penggunaan baja mempengaruhi tumbesaran pokok. Dengan kata lain Caulyflower, brokoli, kobis kuat makan baja. Baja kompos tinja ayam ,jenis butir,cecair atau baja larut air pun boleh sesuai digunakan untuk menambah nutrien kepada medium tanaman.
7:Kawalan serangga.
Aphid, ulat pengorek batang dan looper adalah musuh utama. Gunakan pesticide organik seperti cuka kayu,neem oil etc seminggu sekali untuk mencegah musuh merosakkan tanaman.
8:Masa Menuai. boleh dituai sekitar +-3-4 bulan selepas di tanam.
Selamat mencuba
Kesihatan amat penting untuk menjamin kita menjalani kehidupan dengan baik.
Apabila tiada masalah kesihatan mudah untuk melakukan pelbagai pekerjaan.
Oleh sebab itu, ramai yang sanggup memperuntukkan setiap bulan untuk membeli pelbagai vitamin.
Namun selain makan makanana tambahan, apa kata cuba cara alami. Petua yang dikongsi ini telah mendapat perkongsian yang tinggi sejak di war-warkan di media sosial. Ramai yang mencuba untuk kesihatan luaran dan dalaman.
Selain mendapat nasihat doktor, tak salah kita mencuba petua ini.
Seterusnya ikuti perkongsian ini
Buah epal, lemon dan bendi untuk kesihatan luaran dan dalaman
Seorang tenaga pengajar bidang sains pemakanan memberi saya petua ini semasa kami berkongsi bilik di Mekah minggu lepas.
Yussof Ahmad, ProfAbdullah Hassan, Abu Samah Mohd Amin, Mohamed Idris Saman, Idrus Abdul Ghani, Ghazali Othman, Ridzwan Salleh, Rizal Muhammad.
A. CARA SUSUTKAN BERAT BADAN. Langkah 1. Makan epal HIJAU atau minum jusnya tiap-tiap hari sekurang-kurangnya satu biji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa-sisa makanan yang lain dari dinding usus. (Gandum yang terdapat sekarang mengandungi bahan kimia. Bahan kimia itulah yang menyebabkan warna asalnya bertukar daripada kuning menjadi putih dan boleh menyebabkan kanser usus). Ingat: Kalau dimakan mentah, epal boleh dimakan bersama-sama makanan lain. Tetapi kalau jus, ia tidak boleh disulami dengan makanan lain kecuali setelah berlalu 15-20 minit.
Langkah 2. Selesai yang di atas, makanlah pula buah LEMON atau minum jusnya 1 biji sebelum sarapan ATAU 1 biji sebelum tidur tiap-tiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis-jenis limau yang lain, lemon bersifat asid sewaktu di luar tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan. Lemon ini rasanya sangat masam. Untuk mengurangkan masamnya, boleh dibuat jus dan campurkan dengan madu atau buat air lemon dengan menggunakan gula perang. Kesannya boleh dirasai dalam masa dua minggu.
B. CARA KUATKAN LUTUT. Racik kacang lendir (bendi) muda nipis-nipis dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada sebelah pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh sebulan. Mari kita sama-sama cuba dan bandingkan hasilnya nanti.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pengurusan harta pusaka adalah suatu yang amat penting di dalam keluarga. Ia perlu dilakukan dan ditadbir dengan baik agar semua adik beradik tidak bergaduh disebabkan harta peninggalan orang tua.
Umpamanya dalam bab tanah pusaka di mana gerannya adalah dikongsi oleh banyak penama. Bagaimana sewajarnya harus dilakukan?
Nak tahu lanjut, ikuti penerangan detail dari peguam ini. Jom semak.
BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH TANAH PUSAKA YANG BANYAK NAMA DAN BAHAGIAN MAKIN MENGECIL?
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milk kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA).
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing.
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...