Bila sebut sahaja ibu mentua, ramai daripada kita yang memberikan pesepsi yang kurang senang. Walaupun hanya sekadar ibu mentua, mereka juga sebenarnya inginkan hak yang sama dengan ibu kandung. Usahlah dibezakan kerana kedua-dua mereka juga sebenarnya adalah ibu kita.

Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh University of Wisconsin-Stevens (USWP), Amerika Syarikat membuktikan bahawa memang benar kebanyakan hubungan antara ibu mentua dan menantu wanita seringkali tidak aman dan harmoni. Banyak konflik yang diutarakan antara hubungan dua hala ini, iaitu ibu mentua dengan menantu wanita.

Tak Susah Pun Jaga Hati Ibu Mentua, Tip Mudah Menantu Wajib Tahu!

Dalam masyarakat kita, konflik melibatkan ibu mentua juga sering kali diajukan oleh pelbagai pihak. Namun benarkah semua ibu mentua dan hubungan yang terjalin ini tidak begitu serasi. Atau kita hanya terikut-ikut dengan pandangan orang lain, sehinggakan keadaan kita jadi lebih buruk.

Menyelami perasaan ibu mentua, itu adalah tip terbaik bagi kita dalam membentuk hubungan yang lebih harmoni. Cubalah mendekati dan mengenali dengan lebih peribadi siapa ibu mentua kita. Mungkin dengan cara ini buat hubungan kita jadi lebih hebat. Malah lebih rapat daripada anaknya sendiri. Tak mustahil kan?

Lima perkara yang diinginkan ibu mertua yang perlu anda ketahui. Jadi ia sebagai tip untuk lebih mengenali ibu mentua kita.

IKLAN

Tak Susah Pun Jaga Hati Ibu Mentua, Tip Mudah Menantu Wajib Tahu!

1.Keutamaan
Semua ibu ingin diutamakan dalam apa jua perkara. Begitu juga ibu mertua kita. Hubungilah dia saban hari dan berkongsi apa sahaja jika selagi mampu. Berdiskusi dan bertanya pendapat pasti membuatkan ibu gembira.

2. Kongsi Kasih
Ibu mertua adalah seorang ibu yang telah memberikan segenap jiwa dan raganya untuk anak lelaki tersayangnya. Beliau menginginkan janji bahawa kita tidak akan merebut tempatnya di hati anaknya. Jadi berbahagilah kasih sayang dengannya sekali sekala. Beri dia waktu untuk bersama anaknya. Mungkin sekali sekala biarkan suami kita keluar berdua dengan ibunya.

IKLAN

Tak Susah Pun Jaga Hati Ibu Mentua, Tip Mudah Menantu Wajib Tahu!

3. Waktu Bersama
Sama seperti ibu, ibu mertua anda juga perlukan perhatian. Sebolehnya dia mahu menghabiskan waktu untuk lebih mengenali wanita yang hidup bersama anak lelakinya. Perkongsian bersama itu pastinya buat anda lebih saling mengenali.

4. Cara Didikan
Boleh dikatakan ibu mertua mahu anda mendidik cucunya sama seperti dia mendidik anak-anaknya. Jika tidak dapat mengikuti kesemuanya, ambil sahaja beberapa perkara positif yang dapat dikongsikan dalam membesarkan anak. Tentunya didikan yang baik menjadi panduan malah ibu mertua juga pasti amat menyenanginya. Pasti hubungan jadi lebih harmoni.

IKLAN

Tak Susah Pun Jaga Hati Ibu Mentua, Tip Mudah Menantu Wajib Tahu!

5. Sentiasa Dekat
Walaupun berada jauh daripada depan matanya, seorang ibu tentu inginkan anaknya sentiasa dekat dengannya. Jadi sebagai menantu, kitalah yang harus bijak mendekatkan jarak ini. Telefon selalu dan ajak suami kerap pulang ke kampung adalah langkah paling bijak.

Tak Susah Pun Jaga Hati Ibu Mentua, Tip Mudah Menantu Wajib Tahu!

6. Jangan Jarakkan Hubungan
Setelah anak berkahwin, ibu mentua sentiasa inginkan perkembangan mengenai anaknya. Bagaimana menantunya menjaga anak lelakinya dengan baik ataupun tidak. Semua ini sentiasa berlegar di hati seorang ibu. Bimbang anak lelakinya dikuasai isteri sepenuhnya.

Jadi belajarnya untuk mendekatkan diri dengan ibu mentua kita. Paling penting jangan sesekali menjarakkan hubungan dengan anaknya. Minta suami sentiasa menelefon ibunya adalah langkah tepat.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI