Menikmati waktu petang sambil menghirup teh tarik atau teh ais tentunya sesuatu yang cukup menyegarkan. Aroma dan kepekatan rasanya cukup kaw membangkit selera. Apatah lagi bila dapat ‘mengeteh’ bersama kelurga di restoran mamak, memang puas hati.
Pun begitu, pada waktu-waktu begini mana mungkin kita dapat lakukan aktiviti minum teh tarik di restoran atau membeli teh ais di gerai-gerai tepi jalan. Cara paling mudah, tentunya kita bancuh sendiri sahaja.
Untuk itu bagi memastikan keenakan minuman yang dibuat menepati selera, ada teknik penyediaan yang perlu anda ketahui terlebih dahulu. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Rozan Mamat ini.
Menurutnya dengan hanya menggunakan 5 bahan utama, minuman teh tarik kaw atau teh ais dapat disediakan dan rasanya memang kaw. Ini perkongsiannya.
Hari ini mak jemah bukan nak share masak makanan..tapi masak air teh tarik kaw-kaw..rasa macam yang orang buat jual tepi jalan tu..lupa dah amik resepi kat mana..cuma guna 5 bahan je yang dah sedia ada kat umah korang..lets check it out!
Bahan-Bahan:
air 500ml
teh 4/5uncang (lagi banyak lagi kaw)
susu pekat (ikut tekak masing-masing nak manis mana)
susu cair stengah tin(nk lg lemak,buh je lbih)
1sk esen vanila
Cara penyediaan :
1. Didihkan teh uncang, lepas tu masukkan susu pekat,susu cair & esen vanila..biarkan mendidih seketika,siap!
*kalau nak minum ais, tunggu sejuk dahulu kemudian tambah sahaja ais ketul.
Dalam usaha untuk memberi penghargaan kepada pembaca Keluarga dan Pa&Ma, satu pertandingan Himpunan Cita-Cita dan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma anjuran Majalah Keluarga telah berjaya diadakan secara virtual.
Ini sejajar dengan norma baharu selepas negara dilanda dengan wabak Covid-19 hingga memberi sedikit kekangan untuk mengadakan program seperti tahun-tahun sebelumnya.
Pertandingan Himpunan Cita-Cita anjuran Majalah Keluarga bermula 1 hingga 27 November. Manakala Bakat Cilik Tik Tok anjuran Pa&Ma ini telah berlangsung pada 1 hingga 30 November lalu.
Walaupun pertandingan secara virtual ini julung kali diadakan, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sokongan ibu bapa juga cukup bagus.Bagi kedua-dua pertandingan ini, pemenang dipilih oleh juri jemputan yang menilai dari pelbagai aspek termasuklah kreativiti masing-masing, costume yang digaya, editing video dan sebagainya.
Jadi pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik dan bertuah kerana berjaya menambat hati semua juri.
Bagi pertandingan Himpunan Cita-Cita, hadiah tempat pertama dimenangi oleh Nurlisha Humaira Bt Shahrom, tempat kedua, Wan Mu’az Zhafran bin Wan Saiful Anuar dan tempat ketiga, Ameera Sausan Lazaar binti Abdessamad Lazaar.
Untuk like tertinggi yang dipilih oleh followers Majalah Keluarga, Nurlisha Humaira Bt Shahrom menjadi pilihan ramai.
Sementara itu, bagi pertandingan Bakat Cilik Tik Tok Pa&Ma, sebanyak tiga hadiah utama diberikan iaitu Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga serta lima hadiah saguhati termasuk satu hadiah khas iaitu Peserta Favourite.
Bagi tempat pertama dimenangi oleh Lee Xue Ying, tempat kedua, Muhammad Danish dan tempat ketiga, Farish Nurhan.
Manakala lima hadiah saguhati pula dimenangi oleh Lyn Qaisara, Wan Khayrah Farzana, Nur Qaseh Qhairiena, Wan Nur Hannah dan Hiteshrao Subramaniam. Bagi peserta favourite yang dipilih berdasarkan Like tertinggi pula dimenangi oleh Lyn Qaisara.
Dengan penganjuran pertandingan seperti ini, Pa&Ma dan Keluarga berharap akan terus dekat di hati rakyat Malaysia walaupun tidak dapat turun padang bermesra dengan pengikut setia buat masa sekarang.
Kemenangan ini juga dianggap platform untuk peserta menyerlahkan bakat masing-masing ke peringkat seterusnya dan berjaya mencapai impian.
Baru-baru ini tular sebuah posting dari seorang pengguna Facebook Mohammad Faeez Harith yang memberitahu mengenai jenis-jenis potongan bawang.
Mesti ramai yang tak pernah terfikir kenapa hidangan yang berbeza memerlukan jenis potongan yang berbeza? Potongan bawang untuk sambal lain, goreng biasa lain, untuk masak stim pun lain dan begitulah sebaliknya.
Ada juga yang mengatakan, kalau silap potong bawang ikut resipi yang ingin kita masak, maka lainlah rasa masakan tersebut. Betul ke?
Pernah juga, sewaktu merewang untuk kenduri jiran setaman, ada makcik yang minta untuk ‘mayang’ bawang. Pasti ramai yang tak pernah dengar kan nama jenis potongan bawang tersebut?
Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resipi.
Berikut adalah nama bagi jenis potongan bawang bagi bawang merah.
1) Potong
Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang.
Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.
2)Gegelung
Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki.Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah.
3)Mayang
Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.
4)Belah
Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.
5)Baji
Juga disebut ‘wedges’ dalam B.Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dsb.Juga untuk kebab.
6)Hiris
Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang.Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.
7) Dadu
Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.
8) Dadu kecil / cincang kasar
Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.
9) Cincang
Untuk perapan, tumisan dsb.
Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resipi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak.Jadi kena teliti resipinya sebelum mula memotong.
Jenis-Jenis Potongan Bawang Putih
Bawang putih ada beza juga ke cara potong? Ada tapi tak ketara sangat pun dan kebanyakan masa tak payah susah hati sangat.
Cuma kena ingat bawang putih lagi cepat hangit, kena jaga-jaga. Pertama kena kenal dulu banyak mana bawang putih nak diguna.
Ini dipanggil satu labu/selabu. Dalam satu labu ada 1-15 ulas bawang putih, tengok keadaan. Dalam B.Inggeris kita panggil ni ‘bulb’.’
1) Ulas – Bahagian dari selabu. Dalam B.I kita sebut ‘cloves’ 2) Ketuk – Yang ini paling senang, hampir semua masakan boleh guna gaya ni. 3) Mayang – Potongan melintang. Biasa untuk buat bawang putih goreng untuk hiasan atau masakan tumis. 4) Hiris – Lebih kurang je dengan mayang, cuma dia menegak. 5) Racik kasar/mancis – Ini biasa untuk buat sos, masak stim/kukus, goreng, dan lain-lain. 6) Racik halus – Pun tak jauh beza dengan racik kasar. Tak banyak resepi pun guna potongan ni. 7) Dadu – Untuk sos, tumis, nasi goreng dan lain-lain. 8) Cincang – Untuk sos, tumis dan lain-lain.
Macam aku sebut kat atas, bawang putih cepat hangit, jadi kena jaga api masa menumis. Satu lagi, bawang putih lepas dipotong baru baunya lagi naik bila masak, jadi potong awal sebelum masuk kuali/periuk.
Bukan sahaja bawang merah, tetapi nama untuk potongan bawang putih pun ada tau! Bentuk mereka berbeza dan haruslah ada perbezaan cara potong. Mujurlah ada perkongsian tentang nama potongan bawang ni, kalau tak jenuh terkial-kial depan mak mertua kan?
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kredit: Mohammad Faeez Harith
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena. Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.
Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
5. Bila dah bersih, lapkan dengan tisu atau tuala kering. Siap!
Dah kilat rasa sayang pulak nak masak??
Hebat kan? Paling penting tak gunakan kos yang banyak. Ambil sedikit ubat gigi yang ada di rumah dan cuba bersihkan dapur kita. Senang saja!
Kredit: Rohaslizawati Ibrahim via Deco Ruang Dapur
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.