Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kegembiraan bergelar ibu dan ayah rupanya hanya seketika. Kehidupan berumah tangga yang hampir memasuki usia setahun, namun terpaksa menerima hakikat dunia mereka kini sudah berbeza.
Si isteri sudah kembali ke dunia yang abadi, meninggalkan suami dan anak tersayang untuk meneruskan kehidupan di dunia sementara.
Bayi yang masih merah baru berusia 11 hari terpaksa menerima hakikat syurga dunianya sudah tiada. Belum sempat bermanja dan menatap wajah ibunya, dia sudah ditinggalkan.
Perkongsian lelaki ini cukup menyentuh hati. Arwah isterinya dikatakan mengalami darah beku di bahagian peranakan selain mempunyai Hipoglesimia (bacaan gula dalam darah rendah) dan juga diabetes semasa mengandung.Namun,keputusan penuh doktor mengenai hal tersebut masih belum diketahui.
Pemergian isteri tersayang perit untuk diterima namun lelaki bernama Hamijan Mijan ini pasrah dan reda. Siapa dia mahu menolak ketentuan takdir.
Ads
Tetap sayang awak sampai bila-bila sayang
Gelak tawa mu sentiasa di ingatan ku sayang tak pernah sikit pun hilang dalam ingatan ku , aku bahagia dengan mu sayang , terima kasih atas segala pengorbanan manja dekat abang selama ni , abang sentiasa doakan manja sayang , abang tak pernah lupakan manja walaupun sekejap , abang janji dengan manja abang akan jaga MUHAMMAD HUD HAYYAN dengan sebaik baik nya .
05/04/1995 – 08/09/2018 AL – FATIHA buat mu isteri tercinta
Alhamdulillah semua urusan selesai , terima kasih banyak banyak kepada semua ahli keluarga saya , keluarga mentua , rakan rakan dan sahabat sahabat yang telah bersama saya sepanjang kejadian yang berlaku terhadap isteri yang tercinta SITI NURHIDAYAH BINTI MOHD SAAD yang telah meninggal dunia tengah hari tadi .
Ads
SITI NURHIDAYAH BINTI MOHD SAAD terima kasih sayang sebab awak menjadi isteri yang cukup sempurna buat saya dan anak sayang .
Saya tetap sayang awak sampai bila bila sayang . Dirimu dalam ingatan ku sayang , terukir senyuman manis mu dihati ku selamanya .
Ads
AL – FATIHAH buat isteri tercinta SITI NURHIDAYAH BINTI MOHD SAAD .
Hamijan sebelum itu memberitahu, beberapa jam sebelum kejadian mereka masih berbual-bual seperti biasa. Malah, arwah juga tidak memberikan sebarang tanda.
Selepas bangun daripada tidur, dia mendapati isteri tidak sedarkan diri lalu di bawa ke hospital. Namun, setibanya di hospital isteri disahkan meninggal dunia.
Masa pukul 4 pagi tu elok je sembang-sembang ajak pergi jalan apa semua lepas subuh tu saya tidur sampai pukul 11 saya tersedar anak menangis. Saya bangun buat susu anak lepas tu saya panggil isteri saya dia tak menyahut, saya pergi dekat dia tarik selimut dia tengok tangan arwah dah kebiruan. Lepas tu terus panggil ambulans bawa pergi hospital sampai hospital isteri dah disahkan meninggal dunia.
Salam takziah semoga tabah dalam menghadapi ujian ini buat suami dan famili arwah . Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Hidup ini hanya sementara. Apabila usia semakin meningkat cara hidup mula berubah.
Bagi golongan perempuan yang sudah mula berusia pastinya akan memilih untul hidup tenang dan santai.
Sebagaimana perkongsian menarik untuk dihayati.
Orang perempuan bila dia sedar dia makin ‘menua’….
1. Mula pakai baju longgar. Dia tahu batang tubuh adalah aurat. Malu rasa nak pakai ketat-ketat. Segan rasa nak kenakan yang sendat-sendat. Dia sendiri akan sedar pakai longgar-longgar pun cantik juga.
2. Dah takda kisah sangat fesyen ke apa. Dulu semua nak kena match. Dari baju sampai tudung membawa ke kasut. Belum kira handbag lagi. Sampai takda tempat gantung. Sekarang takda kisah mana. Janji dia rasa kemas dan selesa.
3. Dia dah tak berapa nak membeli. Terutama untuk diri sendiri. Rasa ada dah semua. Kalau beli untuk anak, berapa pun takpa. Tapi kalau beli kat diri sendiri tudung 10 ringgit pun fikir 10 kali. Nak ingat semula dah ada kat rumah ke belum lagi.
4. Dia malas layan drama. “Ikut kau lah Bedah”. Dulu semua benda kalau tak kena rasa nak cakap. Sekarang paling malas, konfrontasi. Dah makin berusia dia makin tahu. Betapa banyak sebenarnya benda remeh yang dia boleh saja biarkan berlalu.
5. Dia kurang cerewet. Mudahnya dulu order makan kena betul-betul ikut spec. Sekarang minta nasi goreng kampung tapi orang bagi nasi goreng cina pun, makan lah juga. Malas nak bising mana.
6. Dia semakin kurang panas baran. Dia lebih sabar dan tenang. Dia dah tahu akibat dari panas baran ni tak pernah elok. Memalukan dan menyusahkan diri sendiri juga di akhirnya.
7. Dia banyak bersendiri. ‘Me time’ dulu nak kena ada kengkawan sentiasa di tepi. ‘Me time’ sekarang ialah masa bertenang dan santai sorang-sorang diri.
8. Dia mula lepaskan dunia perlahan-lahan. Pangkat, takpa. Duit, sedekah. Barang, bagi kat orang. Femes, tak perlu. Semakin lama dia semakin sedar dunia ini tiada lah perlu lagi digenggam begitu kuat. Dipegang begitu erat.
9. Dia kurang dah hiburan dan TV. Dulu drama jam 7 malam dia lah paling hafal. Sekarang dia tahu dah waktu mana boleh tengok. Lama mana hendak tengok. Jenis apa patut tengok. Kadang tak kenal pun artis mana-mana.
10. Sebab dia dah mula tahu ke arah mana masa dia sepatutnya habis. Dalam hidup tak berapa banyak sisa ni dia sedar…’Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian’.
11. Dia sibuk upgrade diri dalam cara yang dia mahu. Tanpa kisah orang tahu. Lagi rahsia lagi baik. Dan tanpa menilai orang disekeliling. Dia anggap orang lain pun sedang upgrade diri juga. Secara rahsia. Sama macam dia. Tak nampak di mata bukan bermakna orang tak buat apa.
12. Dia faham di antara semua harta paling berharga atas muka dunia ini, tidak ada terbanding dengan ‘hati’. Sebab itu dia lebih banyak bersangka baik, latih rasa cukup, mudah memaafkan, mudah mengalah. Sebab dia nak jaga hati dia. Dari rosak binasa.
Disebalik musibah Covid-19 di bulan Ramadan ini terkandung hikmah yang cukup luar biasa.
Jika dahulu seorang ketua keluarga hanya menjadi makmum solat tarawih di masjid, namun hari ini telah mengimamkan solat tarawih di rumah bersama keluarga tercinta. Alhamdulillah!
InsyaAllah, tidak lama lagi bakal menjadi imam untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri pula.
Ini sebagaimana memetik laporan akhbar Sinar Harian di mana umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kenyataan ini dimaklumkan oleh Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. Menurutnya, solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga.
“Ia adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang ditetapkan semalam mengenai garis panduan sambutan Hari Raya dan solat berjemaah itu boleh dilakukan, tetapi hanya membabitkan ahli keluarga di rumah saja.
“Bagi ahli keluarga yang baru sembuh daripada Covid-19 atau perlu kuarantin di rumah, mereka tidak dibenarkan menyertai solat sunat berjemaah itu namun boleh menunaikannya secara bersendirian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri berkata, bagi imam, bilal dan siak boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).
Wan Salim berkata, takbir Hari Raya di masjid dan surau hanya boleh dilaksanakan oleh imam, bilal dan siak dengan menggunakan rakaman.
“Takbir pada malam raya dari rumah ke rumah yang menjadi kebiasaan sebelum ini adalah tidak dibenarkan kerana mahu mengekang penularan wabak Covid-19.
“Kami menggalakkan setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing sehingga sebelum solat sunat hari raya dilaksanakan,” katanya.
Bagi pesakit dan petugas di hospital pula katanya mereka dibenar melaksanakan solat sunat Aidilfitri mengikut arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). – Bernama
Masakan pedas sangat sinonim dengan rakyat Malaysia. Jadi tidak hairanlah sejenis masakan yang berasaskan cili kering iaitu ibu sambal atau sambal tumis wajib ada dalam hidangan.
Namun selain masakan begitu, sambal yang digoreng garing dengan ikan bilis yang dihancurkan adalah antara pelengkap yang selalu ada dalam menu hidangan seisi keluarga.
Bagi perkongsian ini, sambal berkenaan digelar sebagai ‘sambal kurang ajar’ disebabkan rasanya enak sehingga membuatkan jika makan sekali confirm akan bertambah.
Nak tahu cara membuatnya, ikuti resipi ini.
‘SAMBAL KURANG AJAR’
(Edit: kenapa kami panggil sambal kurang ajar? Sbb bila menu ni muncul masa makan, bertambah2 nasi kami Makan!!. Yg berdiet pun blh terbabas. Sbb tu kami sekeluarga panggil kurang ajar. Xde niat pun nk sangkal rezeki Allah bg (makanan). Jgn serius sgt ye)
Mana yg dah rasa tu tau laa kenapa nama dia mcm tu. Sambal fav arwah atok. Sambal fav family
Resepi:
Cili kering : gunting dulu utk buang biji & digoreng garing. Jaga2 jgn sampai hangus! Bawang merah : a handful. Jgn kedekut. potong 4 cukup. Digoreng hingga layu Bawang putih : sama mcm bawang merah Ikan bilis : goreng garing
Semua diatas digoreng berasingan tp guna minyak yg sama. Nak mudah goreng : ikan bilis lebih, bwg merah & bwg putih lebih, cili kering.
Kak jona guna chopper sbb dia kena kasar2. Chop kan semua secara berasingan : cili kering (masukkan gula & garam sekali) > ikan bilis > bwg merah & bawang putih (masukkan minyak masak anggaran dlm 3/4 cawan)
Campurkan semua bahan yg di chop. X perlu masak atas dapur semula tau. Kalau xde chopper blh tumbuk pkai lesung batu (mmg resipi asal. Tp jgn guna blender tau!)
Gula bergantung pada kepedasan cili. Kalau cili kering jenis pedas mmg kak jona letak sgt byk ye.
Letak dlm balang kedap udara. Blh simpan kt luar je xya masuk fridge. Blh tahan sampai sebulan. Selalu mmg x tahan lama la sbb dh habis dulu hahaha. Makan dgn telur goyang & kicap. Perhhh sedap. Cicah dgn cekodok pun sodap.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520