Bila cakap tentang isu mentua menantu duduk serumah, ramai yang tidak bersetuju. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata kedua-dua belah pihak nanti. Akhirnya, perselisihan faham yang kecil mengundang bahana dalam rumah tangga sehingga membawa kepada penceraian.
Tapi lain pula bagi pandangan penyanyi Liza Hanim dari sudut pengalamannya sendiri di mana ayahnya meletakkan syarat supaya mereka menetap di rumah tersebut ketika suaminya mahu masuk meminang.
“Ada yang berpandangan menantu perempuan tidak boleh tinggal serumah dengan mertua. Bagi saya, itu semua terpulang kepada bagaimana pasangan suami isteri itu menguruskan rumah tangga mereka.
“Alhamdulillah, saya bertuah kerana waktu suami nak masuk meminang, arwah ayah waktu itu meletakkan syarat supaya kami duduk di rumah sekarang. Pun begitu, mereka (mak ayah) tidak pernah sekali pun campur tangan dalam urusan rumah tangga kami,” katanya memetik laporan Sinarplus.
Tambahnya, pilihan untuk tinggal bersama ibu bapanya selepas berkahwin dibuat atas dasar mahu menjaga mereka yang sudah berusia.
Ads
“Saya juga nak kejar pahala, sebab itu memilih untuk duduk dengan mak ayah dan menjaga mereka. Begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain turut mahu berbuat demikian.
“Pada saya, terpulang kepada cara masing-masing. Cuma, apabila saya menjadi mertua suatu hari nanti, saya harap tak akan masuk campur urusan anak menantu. Doakan ya,” tambahnya
Malah pelantun lagu Gelisah Mimpi itu tidak menolak kemungkinan akan mempraktikan cara dan didikan yang sama seperti dilakukan oleh ibu bapanya sebelum ini.
“Memandangkan saya juga punya anak yang sudah besar dan ada yang berumur 20 tahun, sampai masa pasti saya akan keseorangan, tiada anak yang menjaga saya. Jadi, saya akan gunakan cara sama sepertimana ayah dan ibu lakukan.
Ads
“Walaupun anak-anak duduk di rumah sekali, namun hal rumah tangga mereka tak perlu nak masuk campur. Sebagai orang tua, kita hanya boleh perhati dan memberi nasihat. itu sahaja syaratnya,” ulas ibu kepada lima cahaya mata itu lagi.
Melihat pautan di laman instagramnya, nampak betapa penyanyi, Siti Sarah seorang ibu yang tegas. Malah, empunya diri mengakui sangat ‘strict’ dalam mendidik anak-anaknya.
Manakala Shuib pula lebih cool namun kedua-duanya setuju menggunakan pendekatan sedemikian. Pendekatan mendenda bila anak-anak buat salah adalah satu cara perlu dan memang dipraktikkan oleh Sarah.
“Saya menggunakan pendekatan denda baca zikir itu sebenarnya ilham dari sekolah anak saya. Waktu itu, anak saya balik dan bercerita ada ustaz denda baca zikir. Jadi, saya terfikir apa salahnya kalau praktik benda yang sama di rumah.
“Dengan keadaan sekarang ini yang cukup besar cabarannya, memang patut aada peraturan untuk. Sebagai ibu bapa kena bertindak sewajarnya dan jika anak buat salah kena hukum. Biar mereka menangis sekarang dari kemudian hari.
“Pernah sebelum ini saya mendenda anak dan menghukum tapi dia masih buat kesalahan yang sama. Jadi saya letakkan di luar rumah. Dia menangis dan saya yang berada dalam rumah yang terasa ‘sakit’. Tapi demi nak mengajar dia, jadi saya tidak beralah.
“Saya kuatkan hati dan beroa moga Allah pinjamkan kekuatan untuk saya terus bertahan dan tidak lemah dengan tangisan anak. Bukan bermakna saya kejam tapi itu adalah untuk mendidik dia dan supaya dia faham dan tak buat salah yang sama lagi.
“Sementelah budak-budak sekarang sangat bijak. Tapi bukan bermakna mereka tak boleh bermanja. Kalau orang kenal saya, mereka tahu saya sangat penyayang tapi sangat tegas.
“Shuib pula jadi orang kedua yang bila saya dah tak boleh buat apa-apa dia akan datang untuk ‘buat sesuatu’. Anak-anak juga berbeza karekter, yang sulung memang pemalu, yang kedua pula biasa sahaja Cuma yang ketiga sangat mesra orangnya.
Pernah ‘hilang suara’ setiap kali lepas bersalin membuatka Sarah memilih untuk berehat seketika daripada menambah bilangan anak.
“waktu anak sulung tak ketara sangat, yang kedua memang sangat ketara dan yang ketiga hilang tapi Alhamdulillah dapat balik. Lagipun sekarang saya kembali menyanyi dan ada bisnes, jadi biarlah tumpu pada kerjaya terlebih dahulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumahtangga bahagia bersama suami adalah rezeki buat kita. Malah mempunyai ibu mertua yang baik juga adalah rezeki yang berganda.
Begitulah yang diluahkan wanita ini bersyukur apabila dikurniakan mertua yang baik.
Alhamdulillah dikurniakan ibu mentua yang sangat baik…Malu rasanya bila dapat surprise daripada Mama.
Kisah ini dikongsikan oleh AzirahFirdaus mendapat perhatian pengguna TikTok yang berkongsi video yang mendapat hadiah seutas gelang emas daripada ibu mentuanya. Meluahkan rasa malu menerima hadiah daripada mertua yang baik hati.
Mak mentua terima seikhlasnya walaupun anak menantu hanya suri rumah…Takut nak pakai emas.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Saban hari kita mendengar kisah kemalangan jalan raya, baik di media sosial mahupun di media cetak. Lebih meruntun jiwa apabila di dalam kemalangan tersebut menyebabkan kematian. Tidak dapat digambarkan kesedihan ahli keluarga tatkala menerima berita tersebut.
Tidak lambat atau cepat hatta sesaat pun. Lelaki bernama Amirul Azuan berkongsi cerita kemalangan yang dilihatnya semalam membabitkan bayi berusia lima hari. Allahu, sebaknya baca.
Mengalir air mata dari lokasi sampai ke ipoh.
Time aku lalu baru jadi dalam 5minit. Jarang aku nak berenti kalau ada accident ni. Tp disebabkan ternampak ada baby dekat bahagian penumpang bezza biru tu aku berenti jugak.
Baby dah start biru balik
Bila sampai aku tanya ayah baby tu. Baby okey x? Dia cakap baby xsedar. Aku mintak izin nak cek baby tu. Bibir dah biru ? Terus bukak helmet mintak izin nak cpr. First 2 minute muka baby dah start merah. Tapi no sign of life. Aku terus cpr lagi, then baby tu muntah. Sama jugak still xbernafas. Dah clearkan airways pun sama. Then aku teruskan lagi lebih dari 10 minit. Baby dah start biru balik.
Lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia Allahu… Lagi sedih bila ayah dia mintak aku sedarkan anak dia. Aku xkuat nak hadap. Aku toleh belakang ada brader tu mintak nak sambung cpr. Aku terduduk dekat tepi divider tu. Ayah dia xde injurt pun. Mak dia pecah mulut sebab airbag. Baby tu baru umur 5hari. Dah nak sampai rumah nenek dia dah pun. Tp ajal dia sampai dulu.
Airbag tu selamat nyawa mak dia… but not the baby
Siapa yg ada baby tu tolong la letak dalam carseat. Kalau xmampu jangan duduk depan. Duduk belakang pakai seatbelt. Yes… airbag tu selamatnya nyawa mak dia… but not the baby ?
Tenanglah baby Inara di syurga. Uncle mintak maaf, uncle dah try semampu yg boleh. Tp Allah lebih sayangkan Inara.
Kemalangan ini berlaku pagi semalam yang membabitkan tiga kenderaan. Ibu bayi berkenaan mengalami kecederaan parah dengan kesakitan di bahagian perut akibat luka pembedahan ceaser dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang. Manakala bapanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Perodua Bezza dipandu bapa bayi berkenaan dalam perjalanan dari Batang Kali menghala ke Klinik Ibu dan Anak Rasa.
Sampai di tempat kejadian, Perodua Bezza melanggar bahagian hadapan kereta Proton Saga yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba membuat pusingan U di tempat kejadian.
Perlanggaran mengakibatkan Bezza terbabas melanggar pengadang besi jalan di sebelah kiri jalan. Pada masa yang sama datang kereta Perodua Myvi dari arah belakang Bezza juga tidak sempat mengelak.
Salam, takziah buat keluarga adik Inara. Semoga ibu bapanya tabah dengan ujian berat ini.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di