Senario anak-anak di sekolah rendah berebut-rebut membeli makanan di kantin  memang sering kali kita lihat. Walau guru acapkali mengingatkan untuk beratur, namun itulah yang terjadi. Kadang kala dalam kelang kelibut membeli air atau makan, insiden tolak-menolak menyebabkan makanan yang dibeli tertumpah pula.

Kasihan juga kita lihat jika setiap hari begitu jadinya. Lalu ramai ibu bapa hari ini mengambil langkah terbaik untuk memberikan bekal kepada anak-anak mereka. Selain memudahkan anak-anak menikmati makanan tanpa perlu berebut, kita juga dapat pastikan makanan yang dimakan adalah berkhasiat.

Pun begitu berbeza kisahnya di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya Tuan Ramlee Abu Bakar ini.  Apa menarik dan istimewanya jom semak perkongsian daripada salah seorang ibu pelajar di sekolah tersebut. Jom semak. 


Alhamdulillah.. Mudah dah Raisha makan di sekolah masa rehat, Mummy tak perlu bekalkan dia dan fikir apa nak bagi dia bekal hari-hari.

Raisha turun dari kelas terus duduk di meja dan orang kantin terus letak makanan kat dia, tempat duduk tu adalah tempat yang sama sehingga hujung tahun, tak perlu nak cari tempat duduk, tak perlu beratur nak beli makanan, jadi masa 20 minit tu memang betul-betul masa makan sahaja. Duit pun tak perlu bawa dah.. Jadi tak da la kes duit hilang atau tercicir.

Menu Berkhasiat, Siap Dihidang & Murah Pula Tu. Ibu Ni Luah Rasa Syukur Atas Idea Terbaik Pihak Kantin & Sekolah!

Terima kasih pihak kantin iaitu encik Mohd Fahmi Ahmad selaku pengusaha serta isterinya puan Nadirah Azizan, guru besar SK Pauh Jaya Tuan Ramlee Abu Bakar serta guru-guru. Syukur dipermudahkan. Anak pun dapat makanan dan minuman yang berkhasiat setiap hari.

Ini adalah program inisiatif Hidangan Berkhasiat di Kantin Sekolah (HiTS), diperkenalkan oleh unit pemakanan pejabat kesihatan daerah SPT di sekolah tersebut dengan pilihan menu yang sesuai dengan keperluan kalori mengikut umur.

Menu Berkhasiat, Siap Dihidang & Murah Pula Tu. Ibu Ni Luah Rasa Syukur Atas Idea Terbaik Pihak Kantin & Sekolah!

Disebabkan ramai yang bertanya berapa harga dan bagaimana. Di sini saya jelaskan secara details ya.

Program ini dibayar secara bulanan oleh parents kepada pihak kantin iaitu RM 3/day termasuk air. Tiada paksaan untuk join program ini, program ini terbuka kepada parents yang berminat sahaja, di kantin masih ada aktiviti jual beli seperti biasa bagi pelajar yang tak join program HiTS ni

Menu Berkhasiat, Siap Dihidang & Murah Pula Tu. Ibu Ni Luah Rasa Syukur Atas Idea Terbaik Pihak Kantin & Sekolah!Menu Berkhasiat, Siap Dihidang & Murah Pula Tu. Ibu Ni Luah Rasa Syukur Atas Idea Terbaik Pihak Kantin & Sekolah!

Mengetahui lanjut tentang apa yang dikongsikan oleh Puan Salehah Ariffin di akaun fbnya itu, Keluarga.my menghubunginya untuk dapatkan sedikit komen daripadanya.

“Saya tertarik dengan program ini sebab makanan yang disediakan full set yang sihat dan seimbang. Saya kadang-kadang sediakan bekal untuk anak tapi kalau yang jenis berkuah selalu dia bawa tumpah-tumpah, iala dengan nak bawa beg sekolah dia lagi kan.. Bila bagi duit belanja pula, dia beli yang tak mengenyangkan contoh waffle.

“Alhamdulillah anak pula jenis tak memilih makanan. Memang suka makan buah dan sayur, jadi tak ada masalah dengan menu yang disediakan. Dia memang habiskan semua. Bila balik sekolah muka dia memang happy bagitau makan lauk lain-lain, semalam lain, maksudnya hari-hari tukar menu. Dia cakap kenyang betul dan sedap.

“Harga sangat berbaloi rm 3/day dengan full set termasuk air. Bayaran pula dibuat secara bulanan, jika anak tak hadir sekolah, boleh inform pihak kantin untuk beri food tersebut pada murid yang kurang berkemampuan.”

sumber : Salehah Ariffin

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI