Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Kegembiraan menyambut orang baru dalam keluarga kini bertukar duka apabila suami yang disayangi pergi buat selama-lamanya.

Lebih memilukan, sang suami pergi selepas tiga hari wanita ini menamatkan tempoh berpantang.

Akur dan reda dengan ujian yang diberikan oleh Allah swt, inilah perkongsian duka Yang dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai Jueazur menerusi aplikasi TikTok.

@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp #fypシ ♬ suara asli – musicstory._

Menerusi video pendek dikongsi oleh wanita ini, memaparkan kenangan-kenangan bersama Allahyarham suaminya dan dia pada masa yang sama turut berterima kasih atas doa yang dikirim oleh orang ramai.

Terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya. Semoga doa itu diangkat Allah SWT. Semoga syurga buat suami saya. Esok Jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi. Allah sayang sebab tu Allah uji. Terima kasih.

@jueazur Balas kepada @leenda.rosses arwah suami saya meninggal 3 hari lepas saya hbis pantang.. 🙏🏼 #fypシ #fyp ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

IKLAN

Malah isterinya juga tidak menceritakan asbab suaminya meninggal dunia dan dia bersangka baik dengan setiap aturan Allah S.W.T. Namun ada saudara terdekat mengatakan arwah meninggal akibat buatan orang.

“saya tlong jwp..manusia klu dah hati hitam mmg kjm.mcm2 blh buat.ini adik ipar sy.al fatihah u arwah.🥺

IKLAN

Sumber: jueazur


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara