Pasangan suami isteri ini memang sejiwa biarpun banyak perbezaan antara mereka. Ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati, kadang serius, namun tetap disulami dengan gurauan dan babak romantis.
Jika Dato Seri Aliff Syukri lebih suka menonjolkan diri, namun isterinya Datin Seri Shahida sebaliknya lebih suka low profile. Jika ada perbuatan atau cara Datuk Seri Aliff yang agak kurang disenangi, isteri kesayangannya ini pasti akan menegur.
Nampak lembut tapi berbisa juga ni. Sehinggakan Dato Seri Aliff hilang kata-kata untuk menjawabnya. Baru-baru ini, pengasas D’hERBS Terlajak Laris ini ingin menceburi bidang nyanyian pula.
Beliau yang akan ke Indonesia untuk tujuan tersebut bagaimanapun dinasihatkan oleh isterinya supaya menumpukan perrhatian kepada bisnes sahaja berbanding ingin menjadi penyanyi.
“Menyanyi tu kerja ke suka-suka,”tanya Datin Seri Shahida kepada suaminya. Lucu bila nampak riak wajah Dato Aliff yang ditegur isteri tentang hal tersebut.
Kata Dato Seri Aliff , dia mahu menunjukkan bakat menyanyi pula. Beliau yang meminta anak-anak mendoakannya menjadi penyanyi namun isteri kesayangannya itu membalas dengan berharap suaminya itu menjadi ustaz. Lagi elok jika banyakkan membaca al quran dari membuat buat lagu.
Perkongsian Dato Aliff Syukri ini mendapat reaksi dari pengikutnya di laman sosial. Ada yang mengakui kata-kata datin seri tak kurang yang memberi sokongan kepada Dato Seri Aliff.
nurul_azrina93Suka tgok keluarga dato aliff..♥️istri sgt2 sporting n baik ati..☺️
umisuhaimi68Teguran yg baik dari isteri,alhamdulillah, syukur Dato @aliffsyukriterlajaklaris dpt seorang isteri yg baik,setia,jujur,sabar..bukan senang nk menghadapi kerenah suami yg mcm2..semuga kekal hingga kejannah ..aminn
Sayur fucuk sering menjadi ramuan utama dalam penyediaan sup sayur. Selain dimasak lemak, ditumis air atau dijadikan pelbagai resipi lain, menu ini cukup simple tetapi sedap. Biasanya fucuk ini boleh didapati di kedai. Teringin tak nak belajar buat sendiri?
Ini cara buat Fucuk yang dikongsikan oleh Puan Siti Zara’s. Resipi yang mudah tapi confirm jadi. Yang penting daripada air tangan kita sendiri kan. Tak perlu lagi nak beli malah boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan ni kalau berjaya buat jual.
Antara hikmah pandemik ni, kita dpt belajar benda baru…
Alhamdulillah dh terror buat fucuk..Lebih yakin, halal dan bersih…
Cara membuat:
1. Kacang soya rendam semalaman dan buang kulit (tak dapat buang semua pun ok, yang penting 50% dapat buang kulit). Kemudian kisar soya, nisbah air 1:2. Tapis airnya.
2. Air soya yang telah direbus masak. Boleh guna apa-apa bekas periuk. Pastikan api sentiasa terpasang. Api sederhana. Saya guna bekas makanan buffet, double boil hasilnya lagi cantik.
3. Permukaan air soya tu akan jadi mengeras dan boleh angkat dengan lidi sate yang panjang tu.
4. Kemudian jemur. Biar sampai kering betul. Kemudian ulang proses tadi sampai dapat banyak.
Memiliki anak istimewa bukanlah semudah yang dilihat pada pandangan mata kasar. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi untuk membesarkan anak-anak. Yang ingin hanya satu iaitu memberikan pendidikan yang sempurna untuk masa depan yang lebih cerah. Kekurangan anak-anak tidak mahu dijadikan batu penghalang untuk kejayaan anak-anak.
Usaha dan doa ibu cekal bernama Norhayati ini didengari bila mana anak sulungnya berjaya melanjutkan pelajaran di Sekolah Tahfiz usai melepasi temu duga yang dijalankan oleh sekolah berkenaan.
Manakala anak keduanya pula didaftarkan mengikuti Program Pendidikan Khas (PPKI). Menariknya, anaknya yang kedua ini sangat suka memasak dan menonton rancangan masakan di televisyen telah menjadi hobi buat dirinya.
Jom ikuti kisah suka-duka yang ditempuh oleh Puan Mcnor Norhayati untuk membesarkan anak-anak beliau yang sangat istimewa itu. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi pengajaran kepada pembaca dan membuka mata masyarakat tentang anak-anak autisme ini.
Salam dan selamat sejahtera. Just nak share dua orang anak saya yang ASD+ADHD..kedua-duanya ada kad oku..kedua-duanya tiada fasa merangkak semasa bayi…duduk terus jalan. Mungkin coretan ini yang paling panjang di dalam page ini. Sebab sebenarnya saya memang tiada masa nak menulis panjang-panjang macam ni. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kawan-kawan yang lain dalam grup ini.Alhamdulillah yang abang dah lulus temuduga dan baru 2 minggu mendaftar masuk di sebuah maahad tahfiz sains di utara ni. Manakala adiknya masih di tahun 3 PPKI. Walaupun keduanya ada ASD dan ADHD, banyak behaviour yang tak sama.
Semasa mereka masih kecil, saya juga pernah melalui fasa yang sukar, tak boleh makan kat kedai sebab anak akan berjalan atas meja makan, menjerit-jerit dan macam-macam lagi, kenduri kawen pun terpaksa bergilir-gilir pergi, sorang lagi kena jaga dalam kereta, 3 kali hampir hilang mencari merata-rata tempat, pernah kena bersihkan dinding dan perabot rumah sebab habis dinding dan perabot kena sapu najis (time tu tengah masak kat dapur, tak sedar anak dah berak dalam pampers dia korek), telur habis sepapan kena pecah dan berguling-guling dengan telur pecah tu, tuang sunlight sebotol dan siap main luncur ski(time tu umi dia terlena…haha), pernah jatuh tergolek kat jalan raya kejar anak, tantrum kat mall dan banyak lagi peristiwa yang mencabar kesabaran kami sekeluarga.
Saya pernah juga give-up dan pasrah dengan akademik anak yang 1st sebab bila dia di aliran perdana, banyak tertinggal dan tak dapat follow lesson kerana ADHD yang dia alami menyebabkan dia tak dapat fokus sepenuhnya dan pernah masukkan dia di PPKI (sebelum tu di kelas perdana kerana sekolah masih belum ada aliran PPKI)…dia juga pernah makan kertas exam bila terpaksa menghabiskan exam tersebut(banyak helaian dia stress penat tulis).
Alhamdulillah, selepas beberapa tahun mengalami kesukaran handle 2 anak ASD ni…semakin besar anak-anak dah semakin ok. Anak-anak memang tak pernah consume sebarang ubat or medication dan suppliments..sebab memang refuse makan ubat…kalau demam pun memang tak pernah bagi ubat…mujur mereka berdua ni sangat jarang demam. Alhamdulillah, just lalui kehidupan macam biasa tapi memang perlukan kesabaran yang tinggi, cuma bagi aktiviti yang mana bersesuaian dengan minat anak.
Anak yang kedua amat minat memasak. Channel tv kegemaran pun semua yang berkaitan memasak dan boleh statik tengak rancangan memasak. Yang ini ada speech delay dan mula bercakap dan keluarkan perkataan pertama mama umi ayah ketika berumur hampir 5 tahun. Juga ada sensory problem…jalan jengket-jengket, tak suka kotor, dan tak boleh pijak tikar getah sebab melekit-lekit…tutup telinga bila dengar blender, vakuum…namun terus boleh membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tanpa di ajar ketika mula bercakap pada umur 5 tahun.
Hari-hari baca buku resepi…tengok youtube resepi…. sekarang ni kat rumah hanya melayan dia memasak sajalah(kena ready stok bahan baking). Banyak juga hasil masakan yang dah berjaya buat seperti kek, muffin, pizza. Nampaknya kelebihannya di situ sebab kadang-kadang dia yang ajar kita macam mana nak buat, tapi lately kena tengok jugak sebab dia dah start tengok cara-cara memasak NAAGIN sebab umi dia dok layan citer naagin kat rumah…hahaha…bahaya betul!!(naagin pun masuk dalam cerita ni..haha)
Yang si abang tahun ni form 1 dan lalui peperiksaan UPSR macam anak normal yang lain cuma dia di kategori calon MBK (dpt tambahan masa tp x asingkan kelas) tapi si anak tak gunakan sebab dia dah siap sama macam kawan-kawan yang lain katanya..sepanjang persekolahannya dari tahun 1-4(aliran perdana) memang sangat mencabar….buku tulisnya tak pernah siap dia salin dari sekolah….setiap tahun, setiap subjek memang takkan lebih dari 10 pages yang berjaya salin…tahun 1-2 tulisan memang tak boleh baca langsung (ada masalah psikomotor), tak boleh lompat, urus diri memang sangat teruk.
Alat tulis memang bukan kata hari-hari hilang, tapi setiap kali lepas rehat dah kosong pencil box, bila hilang, satu kelas kena stop belajar sebab tantrum nak jugak cari even pemadam tu dah besar kuku jari kelingking….hahaha.
So di rumah memang macam kedai stationery buat stok alat tulis. Prestasi di tahap 1 masih ok…sehingga di tahun 4 dia mula stress sebab banyak sangat subjek…drop sehingga grednya 3E2F masa tu. Jadi saya buat keputusan masukkan dia di PPKI. Setahun di PPKI dia dah kurang stress dan mula fikirkn masa depan anak di sekolah menengah. Semasa di PPKI dia turut ambil UPKK..dapatlah 3A5B dengan cara dia yang memang tak baca buku langsung tuh..haha.
Masuk tahun 6, saya mohon untuk anak menduduki UPSR sebab saya tahu anak saya boleh buat walaupun cikgu-cikgu PPKI ramai cadangkan dia amik PASR sahaja takut dia stress…disebabkan nak amik UPSR, jadi anak perlu masuk aliran perdana semula…mungkin sebab dah semakin besar dan bila di tahun 6, dia mula boleh adapt…saya tak hantar tuisyen tapi mula buat 1 to 1 dengan dia…saya tak harap banyak, janji dia lulus sahaja memandangkan dah banyak diatertinggal.
Selalu pesan kat dia is ok kita lambat, janji kita usaha..selalu beri kata-kata semangat disamping doa yang tidak putus-putus….ujian awal tahun 6 masih dapat result 3D3E…jika org lain buat 10 latihan, anak saya hanya mampu buat 3 sahaja…memang dia tak boleh dan takkan buat lebih dan akan stress..so memang kena pasrah…bagi saya janji dia konsisten buat..
Alhamdulillah sehingga trial dia berjaya dapat 1A, ada B dan gred paling rendah C…sehingga UPSR keluar, walaupun resultnya biasa-biasa sahaja lebih kurang trial, semua interview dia dapat…ada yang lulus, ada yang tak…cuma kami sangat bersyukur sebab dia lulus dan di terima msuk di sekolah sekarang…walaupun dengarnya ada yang 3A dan 6A pun tak dapat masuk sebab tak lulus temuduga…(saya ada tulis catatan anak autisme masa apply sekolah tersebut).
Apabila sudah masuk 2 minggu dia di asrama penuh tersebut, walaupun minggu pertamanya 5 pasang stokin tinggal 1.5 pasang, bantal hilang, baju seluar semua tak tau kat mana, dia masih kuat semangat tak minta nak balik..katanya seronok belajar kat situ…yang tak seronok barang dia hilang…haha(padahal salah letak aje…lepas tu jumpa balik…) tapi seminggu 4x kami ulang alik tengok uruskan baju-baju dia sementara nak biasa…mujur dekat dengan rumah…hehe..lega hati umi bila baru-baru ni kawan-kawan dia cakap ustaz kat situ sayang pada anak ni selalu letak dia di sebelah ustaz yang mengajarnya supaya tak hilang fokus.
Lupa yang sorang ni memang kuat bercakap…tak ada speech delay. Sedikit asperger, so saya memang pernah beberapa kali libatkan dia ke pertandingan inovasi peringkat kebangsaan dan antarabangsa…alhamdulillah memang tak menghampakan walaupun pernah mengalami saat-saat sukar dia tantrum tak nak present dekat-dekat nak bertanding tu gara-gara bertukar bilik hotel bajet yang aircond dan tv brand qonda..mujur dah ok lepas tu.
Rasanya sudah panjang sangat perkongsian saya kali ini. Saya mohon kawan-kawan tolong doakan anak-anak saya mudah-mudahan mereka istiqomah dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Masih jauh lagi perjalanan mereka. Saya juga doakan semoga kawan-kawan semua tabah hadapi cabaran dan rintangan. Semoga anak-anak kita semua berjaya di dunia dan akhirat. Hanya kepada Allah kita berserah…Semoga ada sinar pada anak-anak kita semua. Salam Sayang semua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hijrah itu milik Allah, siapa mampu menolak andai Dia sudah menetapkan perkara itu. Seorang demi seorang selebriti membuat penghijraha dalam hidup mereka.
Terbaru, penyanyi dan penyampai radio , Nana Mahzan turut berbuat demikian. Tampil berhijab ketika sedang mempromosikan produk berupa sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami tercinta, Mohammad Raqeem Brian Abdullah, nyata mengundang kejutan ramai.
Menurut empunya badan, Nana mengakui belum bersedia untuk berkongsi dengan lebih lanjut perubahan imejnya itu.
“Saya tidak kuat untuk bercerita mengenainya. Sebab itu, saya ajak suami, Brian untuk bersama-sama dengan saya dalam video ini. Apa pun, terima kasih kerana sudah mendoakan saya.
“Alhamdulillah, doa-doa anda yang baik untuk saya itu sudah dimakbulkan Allah. Saya bersyukur dan sangat berterima kasih di atas doa-doa kalian semua. Apapun, saya masih belajar lagi dan terus doakan yang terbaik ya.
“Jadi hari ini, sebelum Asar dan hujan turun dengan lebatnya, telah makbul doanya. Terima kasih atas doa-doanya.” ujar Nana Dalam perkongsian yang penuh sebak.
Mengakui masih belajar, namun jelasnya dia tetap Nana yang sama. Dalam masa yang Sama, dia melahirkan rasa bimbang penerimaan orang dengan penghijrahannya itu.
“Sebagai manusia, ianya agak sukar pada mulanya. Alhamdulillah, hidayah itu sampai awalnya. Harap anda tidak menilai saya, saya masih belajar. Tak pandai lagi nak bertudung. Maafkan saya.
“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku sebelum ini kerana itu yang mematangkan dan menjadikan penghijrahan ini lebih manis. Insya’allah.
‘Sejujurnya, saya tak nafikan arwah Siti Sarah antara alasan saya berhijrah. Tapi perasaan (berhijrah) selalu ada dan bertahun-tahun. Sehinggalah kali ini betul-betul. Terima kasih suami.
Sementara itu, sebagai suami Raqeem Brian mengakui gembira dengan keputusan isterinya itu.
“Saya mahu Nana betul-betul pasti dengan keputusan itu. Saya gembira kalau dia bersedia untuk bertudung sepenuhnya,” kata Brian.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...