Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Sehingga kini kes yang dilaporkan positif Covid-19 sudah lebih 2000. Rata-rata yang ditahan di wad akibat postif tidak dapat berhubung dengan dunia luar, apa lagi keluarga dan saudara.
Pun begitu, satu perkongsian dari seorang petugas kesihatan ini cukup menyentuh hati. Menurut Sukma Haidar suasana di wad cukup tenang dan mendamaikan dengan alunan azan dan tazkirah dari pesakit dari golongan tabligh.
Walaupun diduga dengan wabak yang cukup menggerunkan, namun mereka tetap tenang dan meneruskan usaha dakwah seperti tiada apa yang berlaku. Semoga diberi kesembuhan kepada semua pesakit Covid-19.
WAD COVID-19 YANG TENANG LAGI DAMAI
Hari ini kena ambil sample pesakit lagi. Kerja biasa bila ditempatkan di Hospital Tumpat yang berstatus hospital untuk pesakit Covid19 di Kelantan.
Aku melilau ke katil pesakit. Kesemuanya ad Al Quran di sisi. Allahu..terjentik hati ini.
Tengah ambil sample, azan zuhur berkumandang melalui corong ‘speaker’. Selesai azan, seorang pesakit (lewat 50an) menghampar kain putih di satu sudut di dalam wad. Lalu dia iqamat. Kesemua pesakit di dalam wad, kecuali seorang OKU terus menuju ke tempat itu. Sama-sama menunaikan solat jemaah. Semua. Dari pelbagai peringkat umur. Kosong katil mereka. Allahuu..
Usai solat, sesi tazkirah ringkas oleh imam. Sayup-sayup aku mencuri dengar, sambil menyiapkan step terakhir penyimpanan sample.
Sayu. Dan tenang sekali jiwa. Pertama kali dalam hidup, aku berasa tenang sekali masuk ke dalam wad. Setiap wad kini menjadi taman-taman syurga untuk setiap waktu solat. Aku yakin di wad lain juga perkara ini terjadi. Sungguh tenang masuk ke dalamnya.
Ya Allah. Ada hikmahnya Engkau menurunkan virus ini kepada golongan tabligh yang jelas fokus mereka adalah dakwah. Lihat sahaja sikap mereka ini, mampu membuka hati sesiapa yang melihatnya, dengan izinMu. Sedang pada kebiasaan hari-hari lain dahulunya, aku amat jarang sekali bertanya berkenaan solat pada pesakit. Sekarang, mereka yang dahulu menunaikan sebelum aku bertanya.
Wahai Tuhan yang menghantarkan virus ini. Engkau hantarkanlah juga ubat yang mampu menyembuhkan. Di dalam badan2 manusia soleh ini ada virus yang sedang mengancam diri mereka. Lindungi mereka, dan sembuhkan mereka. Hanya kepadaMu kami memohon Perlindungan.
Catatan 25/3/2020 @ 2035H
Coretan dari Petugas Kesihatan Wad Covid-19
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bercerita tentang pengalaman, tentu macam-macam kisahnya. Apa yang pasti, setiap pengalaman hidup itu yang menjadikan kita menjadi lebih arif.
Tak kisahlah apa pun pengalamannya hatta bab arif nak pastikan sayur-sayuran lebih tahan lama.
Ini sebagai perkongsian pengalaman daripada seorang yang pernah berniaga makanan.
Cara Simpan Sayur Dalam Peti Bagi Tahan Lama
Dah lama cik kak praktikan cara penyimpan ni, sebab dulu cik kak kan meniaga kedai makan. Jadi kena ada cara penyimpan yang betol. Cuma cik kak tak kongsikan.
Ok,ni bukan ape, MPK (Majlis perbandaran Kuantan dan Kesihatan) bila serbu kedai, dia akan ke dapur dulu, peti tu sasaran dia, faham-faham sudahla kan.
Sekarang tak niaga dah, kita buat je kat rumah.. Ada sayur yang cepat kering, kecut, layu, walapun disimpan dalam peti, ok ni cara cik kak, orang lain tak tahu lah kan.
(Lain org, lain caranya… Tak gitu)
Semua sayur ni cik kak tak basuh,silap hari bulan jadi lembik.
Masa nak guna barula kita basuhkan,cuma letakkan dan lembapkan tisu terus letakkan dalam ‘tipuware’, masukkan bahan-bahan yang nak disimpan.
Sebelum simpan, pastikan tak ada bahan-bahan yang rosak, nanti berjangkit.
Cik kak siap potong sayur-sayur yang perlu dipotong, ambik basuh, campak-campak je. Kan senang. Warning dari cik kak, jangan perap sayur ni lama-lama tau, masak jangan tak masak!
Syawal bakal menjengah kurang dua minggu sahaja lagi, pastinya kaum ibu yang paling sibuk menyediakan kelengkapan raya.
Kuih-muih antara keutamaan untuk hidangan pagi raya. Majalah Keluarga berkongsi resipi terbaru dari Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) oleh Laila Fatiha yang cukup mudah untuk disediakan. Pasti anda menggemari rasanya yang rangup. Boleh juga ibu-ibu mengajak anak-anak untuk membantu. Pasti mereka sukakannya.
Bahan-bahan
Kulit popia dipotong (saiz ikut cita rasa)
Ikan bilis dibasuh
Minyak untuk mengoreng
Tepung gandum
Cara membuat:
• Bancuh tepung gandum dalam 2 sudu atau sehingga ikan bilis melekat pada kulit popia tersebut.
• Kulit popia yang dipotong disusun dalam dulang. Celup belakang ikan bilis yang dibelah 2 ke dalam bancuhan tepung.
• Tampal pada kulit popia. Biarkan seketika supaya kulit popia tersebut menjadi keras.
• Kemudian gorengkan kulit popia tersebut.
Tip masakan.
• Boleh ditabur dengan serbuk keju atau serbuk kari untuk menambahkan kesedapan pada kulit popia itu.
• Elakkan membancuh tepung terlalu tebal. Lagi cair lagi baik.
Resipi Asal: Laila fatiha
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.