Bercerita tentang pengalaman, tentu macam-macam kisahnya. Apa yang pasti, setiap pengalaman hidup itu yang menjadikan kita menjadi lebih arif.
Tak kisahlah apa pun pengalamannya hatta bab arif nak pastikan sayur-sayuran lebih tahan lama.
Ini sebagai perkongsian pengalaman daripada seorang yang pernah berniaga makanan.
Cara Simpan Sayur Dalam Peti Bagi Tahan Lama
Dah lama cik kak praktikan cara penyimpan ni, sebab dulu cik kak kan meniaga kedai makan. Jadi kena ada cara penyimpan yang betol. Cuma cik kak tak kongsikan.
Ads
Ok,ni bukan ape, MPK (Majlis perbandaran Kuantan dan Kesihatan) bila serbu kedai, dia akan ke dapur dulu, peti tu sasaran dia, faham-faham sudahla kan.
Sekarang tak niaga dah, kita buat je kat rumah.. Ada sayur yang cepat kering, kecut, layu, walapun disimpan dalam peti, ok ni cara cik kak, orang lain tak tahu lah kan.
Ads
(Lain org, lain caranya… Tak gitu)
Semua sayur ni cik kak tak basuh,silap hari bulan jadi lembik.
Masa nak guna barula kita basuhkan,cuma letakkan dan lembapkan tisu terus letakkan dalam ‘tipuware’, masukkan bahan-bahan yang nak disimpan.
Ads
Sebelum simpan, pastikan tak ada bahan-bahan yang rosak, nanti berjangkit.
Cik kak siap potong sayur-sayur yang perlu dipotong, ambik basuh, campak-campak je. Kan senang. Warning dari cik kak, jangan perap sayur ni lama-lama tau, masak jangan tak masak!
Untuk menarik selera anak-anak makan kadang kala bukan mudah. Ibu-ibu perlu mencari resipi kegemaran anak-anak. Salah satu resipi yang anak-anak suka adalah sate ayam. Jika pergi pasar malam, ini adalah antara yang selalu anak-anak suruh beli. Makan panas-panas memang sedap. Ketika PKPB tentu sukar nak dapat makan ini setelah pasar malam belum dibenarkan beroperasi.
Jadi, melalui resipi ini hasil perkongsian Puan Eiza Ax menerusi Masak Apa Hari Ni, para ibu boleh cuba buat sendiri sate ayam di rumah. Yang menjadi rahsia sate ayam menjadi sedap adalah bahan-bahan perapannya. Tak perlu tunggu raya aje nak makan sate, bila anak-anak minta aje, ibu-ibu boleh buat berpandukan resipi ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Bile ank suke sate mama nye.mama rajin buat kan.ni Kali ke 2 buat…sedap sgt.tq pade yg share resepi. Ramai yg mintk resepi kite kongsi bersame
Sate ayam -Dada ayam potong dadu
Bahan kisar Serai Lengkuas Kunyit hidup(xde boleh pkai serbok kunyit) Halia Jintan putih( sangai dulu sampai wangi) Jintan Manis (Di sangai) Ketumbar (Di sangai) Bawang putih Bawang merah
Cara penyediaan:
Petua nak sedap, perapan mesti sekurang-kurang tiga jam. Lebih lama lagi sedap.
Perap dada ayam dgn bahan kisar Masuk kan gule Dan garam Biar kan perapan minimum 3 jam dalam peti, Lagi lama perap lagi sedap Lepas dah perap boleh la cucuk sate.
Petua lidi sate Pasti kan lidi cucuk Tu Di rendam dlm air 4jam atau lebih untuk mengelak kan lidi trbakar mse panggang Masa panggang boleh buat minyk renjis Ketuk ujung serai Minyk Air perapan ayam Gule 1sudu(letak gule untuk nmpk ayam Tu berjus cpt msk dn kilat.
Siap!
Harap faham ye. Saya tak pndai sgt nk taip resepi Selamat mencuba.
Mendidik dan membesarkan anak-anak pada zaman sekarang cukup mencabar. Lebih-lebih lagi sekarang. Kalau dulu tuga smengajar diserahkan pada guru disekolah, namun kini semuanya terletak dibahu ibu bapa.
Berhadapan dengan situasi ini, pasti terkesan buat ibu bapa. Terutama sekali apabila berhadapan dengan anak- anak degil dan tidak mahu dengar cakap.
Inilah antara masalah yang sudah terlalu sinonim dalam kehidupan mereka yang bergelar ibu bapa.
Namun cara wanita bernama Aya Chalo di blognya ini berkongsi tip mendidik anak cukup menarik perhatian dan boleh dicontohi oleh ibu ayah lain.
Dia yang berkongsi segala ilmu daripada Seminar Kepimpinan yang dihadirinya sememangnya baik untuk kita semua dalam mendidik anak-anak. Jom ikut panduan dan cara yang dikongsikannya.
Kak nak kongsi sikit tips parenting yang kak dapat dalam Seminar Kepimpinan semalam. Tulisan ini agak panjang, tapi kalau rasa nak ILMU, yang mungkin mengubah untuk kita jadi ibu bapa yang lebih baik, teruskan baca sampai habis…
Walaupun namanya Seminar Kepimpinan, tapi penceramah, Tn Hj Hushim Salleh (Pakar Motivasi & Parenting) banyak kaitkan dengan parenting.
So, long story cut short, adalah beberapa Tips Parenting yang kak dapat, yang mana ianya simple dan kerana simple ia seringkali dilupakan, tidak dibuat, dianggap tak penting.
Bila penceramah share yang jumlah penagih dadah sekarang ni ada dalam 1.6 juta orang, agak-agak mengapa benda ni terjadi? Tu belum lagi kes kerana ejek habis dibakar sehingga kehilangan nyawa. Marah sikit, habis ditikam, dikelar ibu, bapa, nenek. Salah siapa?
Semuanya bermula dari rumah, peranan ibubapa saaaaangat penting. Terutamanya pemimpin keluarga iaitu BAPA. Kadang bapa ni ego. Lagi teruk kalau mak pun ego sama. Jangan… sebab masa tidak boleh dikembalikan.
Anak-anak bersama kita tak lama. Jadi sementara masih ada peluang, jom kita amalkan tips ni agar anak-anak dekat dengan kita, anak-anak dengar kata-kata kita dan hatinya terpaut dengan ibubapa, bukannya dengan kawan-kawan, bukan dengan orang lain. Kita semua mau anak kita macam tu kan?
So jom kita baiki beberapa perkara…
1. Sentiasa PELUK CIUM anak sehingga besar. Bukan peluk cium time baby ja, tapi sehingga besar. Mungkin mak memang selalu buat, tapi ajaklah bapa buat sama. Tak kira anak lelaki ka perempuan.
Semai dari sekarang iaitu peluk cium anak. Paut hatinya. Pedulikan kata orang lain, ya la sebab sudah besar pun peluk cium lagi. Ramai antara kita terutama lelaki, just salam ja dengan ibu bapa, peluk jarang (yang langsung tak nak salam pun ada)! Inilah yang kita perlu baiki.
Kalau family kita tidak pernah amalkan benda ni, why not kita start dulu. Ia akan beri perubahan perhubungan yang besar. Try lah.
2. Bila peluk usap belakang bahu (anak lelaki) atau belakang kepala (anak perempuan) Lagi tips yang bernilai buat kak Aya. Tips ni kak pernah baca di FB ni juga, selepas baca tu kak amalkan, memang nampak anak lebih mendengar kata berbanding sebelum ni dan semalam Hj kongsikan semula.
Bila anak buat silap atau sedih atau perlukan nasihat, kita peluk dia, usap bahu (anak lelaki) dan bisikkan kata-kata nasihat buat dia. Kalau anak perempuan, peluk dan usap kepala (bahagian belakang kepala) dan nasihatkan dia.
Jiwanya akan tenang, bila tenang, mudah untuk dia mendengar nasihat dan insyaallah masuk ke hatinya. Perubahan pun kita boleh tengok. Kalau tantrum, try peluk dan buatlah usapan tu, insyaallah lebih cepat tenang berbanding peluk biasa.
3. Jangan cakap KASAR, ia akan bentuk Karektor Anak umur 1-7 tahun: Fasa awal kanak-kanak Anak umur 8-12 tahun: Fasa kanak-kanak Anak umur 13-17 tahun: Remaja (Peringkat yang paling mencabar)
Pembentukan karektor anak bermula pada zaman kanak-kanak. Kalau kita sebagai ibu bapa bercakap kasar ketika tempoh tu, ia akan kekal sampai besar. Bila kita terlepas tempoh tu, susah hendak diubah. So, kita kena beringat-ingat la ya.
4. Hati-hati dengan kata-kata Kata-kata yang keluar dari mulut ibu adalah doa. Jadi, hati-hati keluarkan kata-kata. Parents kita zaman dulu kalau anak nakal ka apa, akan cakap “Anak bertuah”, etc.
Tapi zaman sekarang, ramai ja parents yang suka maki-maki dengan kata-kata kesat, atau tidak menjaga perkataan yang keluar dari mulut cth: Bod*h, Nakal, etc… Dan tengoklah hasilnya, anak jadi apa, makin bod*h, makin nakal, makin teruk…
Itu bukan salah anak, tapi itu doa yang keluar sendiri dari mulut ibu. So, sama-samalah kita beringat ya.
5. Ibu bapa tunjuk contoh yang baik Bagi anak nampak benda yang baik, jangan sesekali kata penat depan anak-anak, jangan gaduh depan anak-anak. Sebab anak-anak belajar dari pemerhatian.
Kids lebih banyak belajar daripada melihat dan mendengar. Lagi satu jangan sebut PENAT depan anak-anak.
Mama PENAT kerja Mama PENAT masak Mama PENAT jaga kamu etc
Sebab, semua itu tanggungjawab kita sebagai ibu bapa. Memang tanggungjawab so jangan sebut depan anak-anak. Nanti anak-anak seolah-olah diajar untuk jadi orang tidak bertanggungjawab.
Kena sentiasa perbaiki diri, tapi sebab benda ni selalu dilupakan. Kita perlu ingat-mengingati kannn.
“To be in your children’s memories tomorrow, you have to be in their lives today.”
Tawaran harga menarik daripada Zalora, Klik di sini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan ini banyak memberi inspirasi dan menjadi idola pada pasangan muda lain. Hidup diulit kemewahan namun mereka cukup simple dan tidak pernah riak jauh sekali sombong dengan harta dunia.
Pengisian hidup mereka banyak menjurus kepada membantu mereka yang memerlukan. Malah, masa dihabiskan ke luar negara terutama berkunjung ke negara-negara bergolak untuk menyalurkan sumbangan.
Baru-baru ini menerusi perkongsian bersama Zayan, Noh Salleh, penyanyi utama Kumpulan Hujan. Kisah hidupnya di samping isteri tersayang Mizz Nina. Cukup berinpirasi dan moga kita mendapt manfaat daripadanya.
Mengakui hidupnya dahulu lebih kepada muzik. Namun kini segalanya berubah, muzik hanya 20-30 peratus manakala 70 peratus santai.
“Memang rugi boleh kaut duit kalau all out, tapi kau rasa masa yang ada dengan duit yang dihabiskan lebih baik habiskan masa dengan keluarga, buat kebajikan. Dulu asyik show ke sana ke mari, temu ramah dan sebagainya. Sekarang lepas kahwin rasa perlu slow down.
“Dulu masyuk giler tapi bila Nina ajak melancong padahal dulu masa dengan Kumpulan Hujan tak terfikir nak duduk di tepi pantai dan reflect semula hidup. Fikir sekejap apa tujuan Tuhan letak aku di posisi ini.
Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh turut mengakui hidupnya berubah ke arah lebih baik atas dorongan isterinya, Mizz Nina.
“Waktu kahwin dengan Nina, orang anggap aku yang mengubah dia tapi salah. Sebenarnya Nina yang ubah Noh. Kalau dia tak de dia rasanya aku lagi teruk, hidap dadah semua.
“Kalau tanya tanggung jawab aku, aku sokong je apa yang dia buat sebab tu perfect. Sekarang dia nak belajar secara online, habis kelas contoh dia punya tugasan lepas belajar surah An-Nisa, habis dia belajar seminggu dua minggu tugas saya untuk bagitahu tiga orang dan terangkan kepada mereka.
“Jadi pagi-pagi Nina akan panggi aku, Sayang awak tahu sebab surah ni? Jadi aku pun dapat ilmu. Nina ni memang lain dari yang lain. Tanpa dipaksa itu memang keinginan dia sendiri. Memang rare hidayah dia,” ujar Noh sambil mengakui Nina ‘dicampakkan’ dari syurga untuk dirinya.
Ditanya perjalanan yang mereka lalui dalam mendapatkan anak, akui Noh bukan sesuatu yang mudah. Cukup perit bagi seorang suami apabila melihat kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh isterinya Nina.
“Tahun pertama kami tak cuba, tapi tahun kedua dalam masa enam tahun turun naik hospital untuk IVF, cucuk perut dia. Aku kesian tengok dia, hormon dia tak settle, tiba-tiba dia emosi. Ya Alllah all out weh, sampai sekarang aku kesian. Bila nak buat IVF kena ambil telur tu kan benda tu sakit dan aku pernah tengok dia mengerang sakit.
“Dalam kesakitan yang bergegar-gegar menahan perut dia sakit. Baru minggu lepas. Aku macam Ya Allah. Ni untuk Allah dia cakap, saya nak ada anak kerana sunnah untuk mempunyai anak.
“Rasa cemburu juga tengok kawan-kawan ada anak. Dugaan tengok kawan-kawan kahwin satu dulu macam seronok juga kahwin kan. Rupanya lepas kahwin dia bagi anak pula, memang sentap. Aku rasa seronoknya bila tengok. Tapi mungkin Tuhan tengok kita tak bersedia aku rasa. Income pun tak betul sibuk nak besarkan anak orang,”jelas Noh lagi.
Akui Noh lagi, isteri kesayangannya itu jenis yang suka berterus terang jika ada masalah.
“Apa yang Tuhan bagi sekarang dah cukup. Orang tengok sukses ini macam-macam lapisan kan. Tapi berjaya itu subjektif. bagi aku apa yang dah ada dan rezeki lebih, inilah masanya untuk bagi balik. Sebenarnya apa yang Tuhan bagi itu bukan kepunyaan anda, tapi itu adalah milik orang yang memerlukan.
“Awak diamanahkan untuk bagi balik dan aku dah diberi tanggung jawab, kau terkenal untuk apa sudah tentu orang dengar suara kau dan aku tahu kerja aku untuk menginspirasikan orang lain, untuk memberi kesedaran dan membantu mereka buat baik.
“Bukan nak tunjuk baik, memang perkara baik itulah tanggung jawab kita. Aku cuma meletakkan tanggung jawab aku, merisikokan hidup aku untuk pergi sana dan bagitahu anda benda ini memang betul terjadi dan masih terjadi. Ramai orang tenat dan kita yang tenang kat Malaysia ni buat apa?
“Terserah sekarang ini aku nak jadi diri aku, aku buka baju lah. Kalau kau rasa benda tu negatif, dan terserah. Dan kalau kau fikir aku ni luaran jahat, tapi apa yang aku buat ni menyumbang lebih kepada komuniti daripada kau yang acah-acah ustaz tapi tak buat apa.
“Lebih baik lantang dan lebih menyumbang daripada diam kutuk-kutuk orang dekat sosial media mencampak batu menyorok tangan tapi tak menyumbang apa-apa”. Perkongsian daripada Noh Salleh.