Sekarang ni sana sini di media sosial kita boleh tengok orang mempromosikan baju untuk raya nanti. Kita yang sebagai pembeli ni, kadangkala sampai rambang mata tengok! Tak tahu nak beli yang mana satu. Itu baru secara atas talian, belum tengok depan-depan di kedai lagi.
Nak beli baju, mestilah kena bersesuaian dengan bentuk badan kita. Salah pilih, buruk jadinya tau! Kan tak memasal menyesal pula nanti. Haaa nak tahu baju apa yang sesuai dengan tubuh badan kita ni, boleh rujuk di perkongsian salah seorang warga Twitter di bawah ini. Harap membantu ya!
6 DESIGN BAJU RAYA MENGIKUT BENTUK BADAN
1. Kurung Pahang
Kurung Pahang bentuknya kembang di bahagian bawah. Badan yang kurus dan tinggi akan nampak lebih sesuai dan cantik bagi si pengguna. Jika anda berisi dan pendek elakkan baju kurung Pahang, nanti nampak lagi mengembang.
2. Corak sama baju dan kain
Wanita yang badannya rendah dan kecik boleh jadikan corak sama baju dan kain sebagai pilihan kerana dapat memberikan ilusi badan yang lebih tinggi.
3. Kurung pesak gantung
Ads
Baju kurung Pesak Gantung terdiri daripada pesak atas dan pesak bawah di mana bahagian tepi terbelah. Difahamkan, baju kurung jenis ini tidak sesuai jika anda bertubuh sedikit besar di bahagian pinggul. Untuk perut yang buncit, kurung pesak gantung merupakan pilihan yang terbaik kerana akan tutup perut buncit dan tampak lebih langsing.
4. Dart baju di depan
Selain itu, potongan baju ini sesuai untuk anda yang mempunyai tubuh seperti “hourglass”, lurus dan segi tiga tetapi tidak sesuai untuk mereka yang berbadan chubby.
5. Dart baju di belakang
Ads
Manakala potongan baju ini lebih sesuai untuk anda yang agak gempal kerana ia akan memberikan sedikit ilusi lebih kecil. Jika dart dibahagian depan, ia akan menyebabkan perut dan dada lebih menonjol
6. Cutting Duyung
Potongan ini sesuai untuk anda yang mempunyai bentuk tubuh seperti epal, hourglass, lurus dan berbadan chubby. Walau bagaimanapun, potongan baju ini tidak digalakkan untuk mereka yang bertubuh sedikit besar di bahagian bawah.
Teknik pilih pakaian yg sesuai dengan bentuk badan kita pastinya boleh buat kita nampak dan rasa lebih konfiden. Boleh cuba tips ini!
Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini akan meningkat kepada lebih RM25,000 berbanding RM22,900 seorang sebelum ini. Hal ini kerana peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.
Peningkatan 12% itu mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai yang dinaikkan daripada 5% kepada 15% dan beberapa caj perkhidmatan tambahan, tidak mengambil kira pelbagai peningkatan kos dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilaksanakan pada tahun ini.
Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kos haji meningkat berikutan faktor inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan cukai baharu, penambahbaikan perkhidmatan serta pembangunan di Mekah dan Madinah.
“TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan, namun setakat ini TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama.
“TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos meningkat setiap tahun. Dalam tempoh 2001 sehingga 2019, bayaran haji telah meningkat 16 peratus manakala kos haji pula telah melonjak 139 peratus disebabkan faktor luar kawalan TH,” ujarnya.
Jelas beliau juga, kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat berkenaan seperti penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan.
“Kos-kos lain pula termasuklah sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40 hingga 45 hari,” tambahnya.
Nak Anak Lebih Prihatin & Peduli Kesusahan Orang, Rupanya Begini Ibu Ayah Boleh Buat Dengan Mudah!
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu indah peribahasa Melayu yang membawa maksud perihal dalam mendidik anak-anak tentang sesuatu perbuatan baik biarlah dibiasakan sejak mereka sedari kecil lagi.
Bahkan sebagai ibu bapa sudah menjadi tanggungjawab untuk mendidik dengan ilmu dan perkara kebaikan. Maklumlah anak-anak itu diibaratkan seperti kain putih dan kitalah ibu ayah yang akan mencorakkannya.
Peribahasa juga ada menyebut, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Lantaran itu sebagai ibu bapa janganlah pula kita menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus dengan meminta anak-anak menunjukkan contoh yang baik sedangkan diri sendiri tidak menunjukkan teladan terbaik.
Jadi apa kata, bersempena tahun baru ini kita seisi keluarga berusaha untuk sama-sama menjadi lebih baik melalui penglibatan membantu orang yang memerlukan agar kita seisi keluarga lebih mendalami erti bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini.
Bersama Lakukan Aktiviti Bermakna
Menyentuh tentang aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama untuk membawa ke arah kebaikan adalah antaranya menanamkan sifat suka menabung di kalangan anak-anak. Fahamkan juga pada mereka dengan menabung bukan semata-mata untuk hidup senang ataupun kaya pada masa hadapan.
Bahkan dengan duit tabungan tersebut dapat dijadikan sebagai satu cara untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan dengan menderma kepada orang perseorangan atau melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seumpamanya.
Pastinya kaedah ini cukup menyeronokkan anak-anak dan memberi inspirasi dan motivasi kerana usaha menyimpan wang bukan sahaja untuk kegunaan sendiri bahkan sebahagiannya dapat pula digunakan untuk berbakti.
Pendedahan yang diberikan oleh ibu ayah kepada anak-anak dalam penglibatan menyalurkan bantuan untuk insan yang memerlukan, secara tidak langsung dapat memupuk sifat prihatin dan peduli dengan orang yang dalam kesusahan.
Memberi lebih pengalaman bermakna kepada seisi keluarga, sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang boleh anda lakukan bersama antaranya adalah :-
Aktiviti yang satu ini jika dilakukan nampak bersahaja namun memberi kesan baik untuk elakkan pembaziran dan mudah pula untuk dipraktikkan. Lain tidak bukan adalah mengumpulkan pakaian lama yang masih elok untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.
Caranya, setiap anak diberi tanggungjawab untuk mengasingkan pakaian mereka untuk dikumpulkan dan seterusnya diberikan kepada pusat pengumpulan baju terpakai atau pihak NGO. Yakinkan pada anak-anak, meskipun sumbangan ini dilihat kecil, namun ianya akan dapat membantu mereka yang memerlukan.
Jangan lepaskan peluang mendidik anak-anak untuk bersedekah bermula di rumah dengan mewujudkan tabung sedekah subuh.
Kaedah yang anda boleh buat adalah meminta anak-anak memasukkan sendiri wang ke dalam tabung setiap kali usai solat Subuh. Bukan nilai wang yang ditekankan, tapi disiplin untuk bersedekah itu dijadikan keutamaan.
Apabila tiba hujung bulan, itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak untuk mengetahui berapa jumlah wang yang terkumpul untuk disedekahkan. Melihat keterujaan anak-anak mengetahui jumlah wang terkumpul, sekali gus membuatkan kita juga turut rasa bahagia.
Anak-anak memang suka mendengar kisah dan cerita daripada ibu bapa. Jadi ambil peluang ini untuk memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa di luar sana ramai orang yang susah, hidup dalam kebuluran dan serba kekurangan hingga memerlukan bantuan daripada kita semua.
Umpamanya berkongsi kisah derita kanak-kanak di Palestin ekoran menjadi mangsa peperangan yang menyebabkan kanak-kanak tidak dapat bermain dan makan secukupnya. Cerita sebegini mampu menyuburkan emosi dan menanamkan sifat prihatin dan berkasih sayang dalam diri anak-anak untuk lebih terbuka dan bersedia untuk membantu tanpa mengira waktu.
Sebagai sedia maklum, saban tahun setiap hujung tahun ada sahaja isu banjir berlaku dan kerja-kerja membersihkan kediaman oleh mangsa banjir boleh dilakukan sehari dua. Apatah lagi kepada warga emas dengan kudratnya yang terbatas, pasti sukar untuk dilakukan tanpa adanya pertolongan daripada orang lain.
Prihatin dengan itu, ada baiknya kita seisi keluarga mendaftar sebagai ahli sukarelawan di bawah mana-mana NGO dan sekali gus dapat bergerak bersama-sama dalam menjayakan pelbagai misi bantuan dengan menyumbang tenaga untuk membersihkan rumah mangsa banjir, cuci pakaian yang telah kotor terkena lumpur dan sebagainya.
Melakukan perkara-perkara ini secara bergotong royong pasti akan menjadi antara momen bermakna buat kita seisi keluarga.
Kenali Pertubuhan Peduli Insan Malaysia
Diakui di negara kita begitu banyak pihak NGO yang bergerak aktif, tidak terbilang jumlahnya. Hal ini mungkin membuatkan ibu ayah bingung untuk membuat pilihan. Apatah lagi bila terbaca kes-kes bantuan yang disalurkan tidak sampai kepada penerima.
Jadi apa kata anda sekeluarga kenali terlebih dahulu berkenaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang diasaskan oleh Encik Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan yang mula didaftarkan pada tahun 2012.
Mengenal lanjut berkenaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia ini, ia adalah sebuah pertubuhan amal yang mensasarkan bantuan melangkaui sempadan yang tidak terhad kepada satu negara sahaja. Peduli insan ditubuhkan atas dasar ihsan demi insan bermula dengan isu kemanusiaan yang berlaku di Syria.
Namun, sejajar dengan visi peduli insan; menjadi badan kebajikan yang terpenting di dalam menangani isu kemanusiaan melangkau sempadan, peduli insan kini komited dalam memberikan usaha yang terbaik dalam misi bantuan di dalam negara mahu pun di Syria, Palestin dan Yaman.
Melihat usaha murni ini, tentu sahaja anak-anak akan berasa bangga kerana turut sama terlibat menyempurnakan misi bantuan hingga ke serata dunia!
Ekoran daripada itu, ayuh sertai Skuad Ihsan yang merupakan sebuah pasukan sukarelawan yang bernaung di bawah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia. Ia ditubuhkan dengan tujuan mengumpulkan sukarelawan dari seluruh Malaysia untuk menjadi penggerak dalam aktiviti-aktiviti bantuan dan kemanusiaan.
Fakta Menarik
Benarlah kata orang kalau tak kenal maka tak cinta. Jadi bila sudah tahu serba sedikit latar belakang pertubuhan ini barulah terasa dekat di hati. Jadi mudahlah untuk anda terus berhubung dengan yang berkenaan bagi sama-sama menyempurnakan misi dalam menyalurkan bantuan.
Untuk anda yang ingin tahu maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang www.peduliinsan.org atau boleh juga dapatkan info dan aktiviti terkini yang dilakukan oleh Pertubuhan Peduli Insan di facebook Pertubuhan peduli insan Malaysia dan Pertubuhan peduli insan malaysia – wilayah utara.
Wanita yang sudah atau hampir menjejak usia 40 tahun, jangan sedih atau runsing mengenai hamil dan soal zuriat.
Selagi anda masih belum menopause, anda masih memiliki peluang tersebut walaupun ada yang mengatakan kehamilan pada usia tersebut mempunyai pelbagai kondisi yang akan mempengaruhi kesihatan bahkan kesuburan.
Berikut adalah cara yang boleh anda lakukan untuk menjaga kesuburan dan memiliki zuriat.
Kawal Stres
Kawal stress anda kerana ia boleh menggangu naik turun hormone kesuburan seseorang.
Olahraga
Menjaga berat badan yang sihat sangat penting untuk kesuburan dan mencegah keguguran.
Tidur dengan Cukup
Tidur yang cukup dapat meningkatkan daya tahan tubuh dan membantu menurunkan berat badan.
Berhenti Minum dan Merokok
Jika anda adalah seorang perokok atau gemar minuman beralkohol, cegah ia kerana berpotensi untuk merosakkan sel pada sperma dan sel telur.
Antara Artis-artis Yang Hamil Di Usia 40 Tahun
1. Elly Mazlein
2. Dato Sri Siti Nurhaliza
3. Rozita Che Wan
4. Yatt Hamzah
5. Linda Jasmine
6. Didie Alias
7. Sharifah Shahirah
8. Ziana Zain
9. Linda On
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di