“Mereka kata Kita Satu Famili Dan Kawan.” Pemenang Pingat Emas Olimpik Pertama Filipina Sebak Dan Bersyukur Ada Rakyat Malaysia Bantu Sediakan Rumah Dan Gym.
Siapa sangka pemenang pingat emas pertama Filipina di Olimpik Tokyo 2020, Hidilyn Diaz rupanya menjalani latihan di sebuah perkampung di Kesang Tua, Jasin, Melaka.
Atlet angkat berat Filipina, ini bakal menerima ganjaran £477,000 (RM2.7 juta) dan sebuah rumah daripada kerajaan selepas memenangi pingat emas pertama di Olimpik untuk negaranya.
Kegigihan Hidilyn Diaz yang terkandas dinegara ini akibat Covid-19 tidak menjadi halangan untuk mengukir kejayaan.
Terbaru menerusi rakaman video ucapan beliau setelah menjuarai angkat berat 55 kilogram wanita, sungguh inspirasi!
Beliau berkongsi bagaimana kebaikkan individu yang dikenali sebagai Auntie Rafidah yang membantunya mendapatkan kediaman dan tempat latihan di Melaka.
Jauh di sudut hatinya beliau melahirkan rasa syukur mendapat pertolongan daripada rakyat Malaysia di Melaka. Katanya dalam keadaan bimbang ada insan yang sudi membantunya.
“Saya betul-betul bersyukur mereka bantu kami.”
Beliau menjelaskan bahawa, mereka yang membantunya menganggap bagaikan sebuah keluarga dan sahabat.
Seterusnya ikuti rakaman video ini.
Beliau juga berterima kasih kepada seorang penduduk, Kesang Tua, Jasin dan Nyalas di Melaka yang membenarkan beliau berlatih di sebuah garaj kereta sejak setahun yang lalu.
Ads
Hampir dua tahun tinggalkan keluarga terkandas di Malaysia.
Hidilyn memberitahu AFP: “Sukar untuk dipercayai, ia impian menjadi kenyataan.
“Saya mahu memberitahu generasi muda Filipina bahawa anda juga boleh menyimpan impian untuk memenangi pingat emas. Inilah permulaan saya dan akhirnya saya mampu memenuhinya.
“Saya mahu menikmati kehidupan selepas ini kerana sudah berada di Malaysia hampir dua tahun. Saya amat bersyukur kerana dapat kembali ke tanah air dan meraikan kejayaan ini bersama keluarga serta mereka yang sentiasa menyokong saya
Baru-baru ini tular pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias mencari seseorang untuk merawat penyakit misterinya yang memberi perubahan dalam hidupnya. Perkara itu menjadi buat mulut orang ramai apabila ada yang mengatakan ustaz sekadar mengada-adakan cerita dan penyakit itu tidak benar.
Akhirnya ustaz buka mulut dengan menceritakan kembali apa sebenarnya yang terjadi dalam sebuah rancangan bual bicara MeleTOP pada Selasa.
“Kalau ada kata ini propa untuk filem saya, tak! Orang dah tahu cerita saya sakit sejak berpuluh tahun dulu,” katanya.
Tambah Ustaz Kazim, beliau tidak perlu sebarang gimik atau penipuan untuk melariskan produk yang berkaitan sebaliknya apa yang dikongsikan kepada umum selama ini adalah kebenaran.
“Saya baru habis penggambaran sebuah filem dan ia mengambil aspirasi daripada kisah hidup saya yang mana saya dilanda pelbagai masalah dan penyakit sejak tahun 1997.
“Salah satunya adalah masalah berkaitan kulit saya yang selama ini saya rahsiakan kepada orang ramai.
“Apabila sampai babak itu, make up artist solekkan bahagian tangan saya, memang tangan saya tak ada apa-apa.
“Ramai orang jumpa saya nak tengok tangan. Mana ada. Tangan saya okey. Cuma yang berlaku (masalah kulit) itu di tempat lain (sambil pegang paha). Takkan saya nak tunjukkan tempat itu. Ia benda yang aib untuk saya.
“Jadi saya letakkan pada tangan. Kapsyen pun saya tak katakan keadaan tangan saya sekarang. Saya kata kepada sesiapa yang boleh tolong saya, rawatlah saya. Tapi itu memang yang terjadi sebenarnya keadaan saya selama ini” ujarnya.
Tambah Ustaz Kazim, ada beberapa hal yang terpaksa diselindungkan daripada pandangan publik bagi mengelakkan dirinya dianggap meraih simpati.
“Tapi saya nak tunjukkan kepada orang ramai walaupun saya sakit, tak sihat saya tetap nak berdakwah. Saya tak boleh mengalah.
“Kadang-kadang bila saya sakit, saya bangun buat kerja orang tanya balik “kata sakit?. Takkan kalau sakit saya perlu baring duduk? Macam mana saya nak jaga sekolah saya, warga emas kalau saya terlantar?
“Jadi saya kena bangun, buat kerja. Bila saya sibuk, sekurang-kurangnya saya lupa sakit saya,” tambahnya.
Foundation tebal tutup aib
Dalam wawancara bersama Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu juga, Ustaz Kazim tampil menjelaskan dia terpaksa memakai solekan tebal demi menutup masalah kulit wajahnya yang lebam dan akan berdarah secara tiba-tiba.
Malah, secara eksklusif Ustaz Kazim turut memadamkan solekannya demi membuktikan masalah kulit pada wajah dan bengkak pada telinga kirinya adalah benar.
“Saya tak boleh tidur bertahun dah. Saya hanya boleh tidur dalam kereta, ketika PKP saya nak tidur mana sebab tak boleh jalan?
“Tapi paginya saya perlu bekerja. Tapi Alhamdulilah Allah tak bagi saya letih, tak penat
“Orang kata sihat, segak. Tengok kesannya, betis dan paha saya macam budak sekolah.
“Sekarang bila nak keluar rumah saya terpaksa pakai foundation, solek tebal nak tutup muka saya. Menyebabkan saya stress.
“Saya dah pakai face mask bertahun, sebab nak cover muka saya. Kadang-kadang pakai serban tutup muka nampak mata je sebab tak larat nak solek. Lama-lama jadikan saya malu nak jumpa orang.
“Kemudian saya berubat, jumpa pakar dan pengamal perubatan tapi Allah belum izinkan.
“Sebab itu saya kata tolong bantu saya. Lima pembedahan saya dah buat, empat MRI dah buat untuk semak penyakit saya. Saya tak perlukan simpati, ia tak dapat membantu saya pun,” katanya yang turut menunjukkan bahagian betis kakinya yang lebam-lebam.
Bengkak, kulit berdarah
Kongsi beliau lagi, keadaan bengkak di telinganya tidak dapat dipastikan punca dan jenis penyakit namun keadaan sama pernah berlaku di bahagian kakinya yang apabila diusik akan menyebabkan kecederaan Iagi parah.
“Tiba-tiba saja naik, pengamal perubatan tak tahu. Katanya normal. Saya tak berani usik, sebab pernah naik di kaki, bila usik rosak. Saya tak nak usik takut jejaskan muka saya.
“Di muka pula, ia hanya akan ada satu garisan dan keluar darah. Tiba-tiba je, saya tak usik tak garu, tak gatal. Sembilan doktor kata bukan ekzema, katanya ini normal untuk orang tua walhal umur saya tak sampai 50 tahun lagi.
“Di peha dan perut pun ada kesan yang sama seperti di kaki. Itu tak perlu marketing. Nama saya tak perlu marketing. Sewaktu berlakon saya banyak sorok dari kru filem, sampai tahap nak tunjukkan kulit, saya perlu tunjuk” dedahnya.
Tak boleh kencing
Dalam pada itu, Ustaz Kazim mendedahkan dirinya pernah berdepan detik perit apabila tidak dapat kencing selama sebulan.
“Bila saya tak boleh buang air kecil sebulan. Saya menggelupur scakit. Doktor tebuk pinggang saya, untuk keluarkan air kencing. Tapi saya teruskan berdakwah.
“Bila buat pembedahan, doktor dapati ada satu benda putih sangkut di saluran air kencing saya.
“Doktor cadangkan tarik keluar melalui saliran kencing. Selepas dua hari, doktor bagi penerangan, masa nak tarik benda itu makin lari makin ke atas dan hilang, Allahualam,” ujarnya.
Selain itu, beliau turut berkongsi amalan setiap hari yang dilakukan untuk melindungi diri daripada disihir.
“Selepas sembahyang, saya tak pernah tinggal ayat Kursi dan surah Hud ayat 56 di samping saya buat amalan mandian saya. Itu banyak bantu saya untuk bertahan.
“Benda paling menakjubkan waktu maghrib, selepas keluar hospital. Saya mandi air ramuan saya buat tadi keluar jarum dari perut saya. Saya simpan sampai sekarang. Tapi orang tak percaya, itulah sihir. Benda yang menyalahi adat dan kebiasaan kita.
“Cita-cita saya nak mati dalam dakwah, kalau sakit saya sebab saya mati, saya reda,” katanya.
Beras mempunyai mineral seperti Niacin, vitamin D, kalsium, fiber, iron, thiamine dan riboflavin. Selain itu, beras juga kaya dengan karbohidrat dan tidak mengandungi kolestrol, lemak tepu yang boleh memudaratkan. Khasiat beras bukan sahaja boleh di makan, malah ia sangat bagus untuk penjagaan kulit muka dan juga tubuh badan.
Terdapat banyak khasiat air beras dari basuhan pertama hinggalah ke air didihan beras sebelum menjadi nasi. Jom semak sama-sama!
Air basuhan pertama juga, boleh digunakan untuk mencuci ikan, ayam untuk menghilangkan bau hanyir yang ada pada ikan dan juga ayam. Ia juga boleh digunakan untuk membasuh sayur-sayuran untuk menghilangkan kekotoran dan juga ulat yang ada pada sayur.
Air ini juga boleh dijadikan baja pokok kerana ia akan berbuah lebat. Contohnya, pokok cili dan lain-lain jika anda ada menanam pokok di rumah.
Untuk wanita yang inginkan kulit putih, gebu dan mulus semulajadi, ambil air beras basuhan kedua untuk membasuh muka. Ia juga amat sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat.
Air ini juga dapat menyerikan wajah, bagi orang Islam mereka mengamalkan bacaan selawat sebanyak tiga kali sebelum menyapukan air ke wajah.
Air ini juga boleh dijadikan mandian bagi menggantikan susu dan juga scrub badan. Ia boleh digunakan begitu sahaja untuk mandian atau anda ingin campurkan dengan bunga-bunga agar lebih wangi dan membangkitkan aura positif di dalam badan.
Khasiat air beras untuk dijadikan mandian amat baik untuk kulit kering dan kusam, hilangkan panas badan, mereka yang mengalami gatal-gatal, menghilangkan daki dan sebagainya.
Khasiat air didih beras pun tidak kurang hebatnya. Anda boleh mengamalkan air didihan beras secara sejuk atau suam dengan campuran gula atau tidak. Khasiatnya, akan membuatkan suara menjadi lunak bagi seorang yang suka menyanyi.
Berita baik buat wanita, anda yang mengamalkan air didihan beras sebelum tidur ia akan membuatkan payudara anda menjadi tegang dan montok secara semulajadi.
Sumber : wom
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah kucing curi ikan jadi asbab tujuh beranak selamat daripada kebakaran di Kampung Solok Wan Moh menyentuh hati ramai dan membuktikan hikmah di sebalik musibah.