Untitled design

Selepas usaha menyelamat giat dijalankan, akhirnya mayat terakhir tiga beradik yang lemas, Khalif Naim Mohd, 16 tahun, ditemui kira-kira jam 12.40 tengah hari.
mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Imtiyaz, Kuala Berang dipercayai telah lemas bersama dua abangnya.
“Mereka Minta Peluk, Pakai Baju Sedondon & Gambar Bersama.” Tiga Anak Lemas,  Luahan Bapa Ni Cukup Menyentuh Hati. Sebak!

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, insiden itu disedari empat pemancing yang berada di seberang sungai selepas mendengar suara meminta tolong.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kesemua mangsa telah hilang sebelum pemancing itu memaklumkan kepada penduduk kampung.

"Kejadian ini mula disedari pada jam 6 30 petang tadi di mana empat orang pemancing yang sedang memancing di seberang sungai di tempat kejadian telah nampak tiga orang remaja sedang mandi-manda di sungai ini.
"Tidak lama kemudian, pemancing tersebut mendengar jeritan suara meminta tolong daripada salah seorang mangsa yang berada di sungai ini dan kumpulan pemancing tadi telah menaiki motosikal menaiki jambatan dan terus ke lokasi ini. Dalam 10 minit mereka sampai, didapati ketiga-tiga mangsa telah hilang," ujar Mohd Adli.
“Mereka Minta Peluk, Pakai Baju Sedondon & Gambar Bersama.” Tiga Anak Lemas,  Luahan Bapa Ni Cukup Menyentuh Hati. Sebak!

IKLAN

Wajah sayu ayah tunggu jenazah anak
Dalam satu perkongsia di facebook, memaparkan wajah sayu si ayah yang setia menanti anak-anaknya dengan memakai baju Melayu yang dipakai sedondon ketika menyambut Hari Raya.
“Mereka Minta Peluk, Pakai Baju Sedondon & Gambar Bersama.” Tiga Anak Lemas,  Luahan Bapa Ni Cukup Menyentuh Hati. Sebak!

Tatap muka sang ayah ni . YaAllah sebaknya rasa . Aku pernah rasa kehilangan seorang anak dua tahun yang lalu .
Kita kalau anak sakit pun dah tak senang duduk kan .

Tapi sang ayah dibawah ni . Kehilangan 3 anak sekaligus . Membesarkan anak dengan kudrat sendiri . Isterinya dah meninggal 10 tahun lepas .
Sedihnyaaaa . Moga mangsa lemas sorang lagi dapat ditemui lah dengan cepat . Dua dah jumpa . Meninggal .

IKLAN

Dalam laporan Harian Metro memberitahu, tiga beradik sebelum ini sengaja memilih untuk berpakaian sedondon pada Aidilfitri dan bergambar berpelukan dengan bapa mereka.
Mohd Ismail, 64, berkata, pada mulanya dia tidak menganggap permintaan itu suatu yang pelik kerana hubungan akrabnya dengan anak, Umar Iskandar, 21; Khairil Firdaus, 17; dan Khalif Naim, 16.
“Mereka Minta Peluk, Pakai Baju Sedondon & Gambar Bersama.” Tiga Anak Lemas,  Luahan Bapa Ni Cukup Menyentuh Hati. Sebak!

"Memang janggal sikit apabila mereka ajak bergambar sebab kebiasaan raya, kami akan bersama keluarga tetapi saya tidaklah anggap pelik. Mereka juga minta saya peluk.

IKLAN

"Cuma saya tidak sangka kini saya kehilangan ketiga-tiganya," katanya ketika ditemui malam tadi.
Dalam kejadian 6.30 petang semalam, tiga beradik itu hilang selepas dipercayai mandi di sungai terbabit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka.
Mohd Ismail yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, dia kematian isteri lebih 10 tahun lalu dan sukar melalui kehilangan tiga anak serentak. Lebih memilukan, anak bongsunya, Khalif Naim, merupakan hafiz Al-Quran yang berjaya menghafaz sebanyak 30 juzuk baru-baru ini.
“Mereka Minta Peluk, Pakai Baju Sedondon & Gambar Bersama.” Tiga Anak Lemas,  Luahan Bapa Ni Cukup Menyentuh Hati. Sebak!

Ketika kejadian itu dia tidak berada di rumah kerana ke masjid berhampiran untuk membersihkan kawasan sekitarnya.
"Saya ke masjid kira-kira 5.30 petang dan ketika itu tiga anak membersihkan rumah sebelum didatangi sepupu mereka yang bawa lemang.
"Kira-kira 7 malam, anak saudara menemui saya di masjid dan meminta segera pulang. Dia tidak cerita apa-apa dan saya menyangka ada orang curi kelapa saya lagi kerana ia kerap berlaku.

"Malangnya, saya dibawa ke tebing sungai dan ditunjukkan pakaian, selipar serta telefon bimbit anak. Dalam hati sudah mengagak anak mungkin lemas," katanya yang memberitahu anaknya jarang mandi di sungai itu.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI