Memandang kanak-kanak berkulit putih dan berambut perang membuatkan empat beradik dari Kampung Jejulok, cukup mencuri tumpuan ramai. Sekali pandang seperti anak ‘mat salleh, namun bila berbicara cukup petah dengan loghat Kelantan.
Menurut apa yang dilaporkan di Harian Metro, kanak-kanak tersebut adalah Muhammad Adam Harris,7, Muhammad Azim Hafiz, 6 dan pasangan kembar, Muhammad Aiman Haziq, 4 dan Muhammad Amirul Haziq, 4 yang merupakan anak kepada Puan Suzita,37 tahun.
“Mereka sangat istimewa dan anugerah terindah dari Allah buat saya,” kata Suzita Zakaria berhubung empat daripada tujuh akanya yang dilahirkan dengan penyakit Hidradenitis Suppurativa atau albino.
Tambahnya lagi, selain dilahirkan dengan penyakit albino, empat anaknya itu turut mempunyai masalah penglihatan iaitu silau yang menyebabkan mereka tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU).
Bercerita lanjut, Suzita yang menetap di Kampung Jejuluk, di sini mengakui terkejut selepas melahirkan anak keempat kerana pertama kali mendapat zuriat yang menghidap penyakit albino.
Bagaimanapun, Suzita berkata, doktor ada memberitahu kemungkinan dia mendapat zuriat dengan penyakit sama jika hamil anak kelima dan seterusnya, menyebabkan dia lebih bersiap sedia.
“Anak pertama hingga ketiga saya normal dan disebabkan itu terkejut apabila yang keempat (Muhammad Adam Harris) menghidap albino.
“Saya ada lakukan ujian imbasan dalam tempoh kehamilan tetapi doktor hanya dapat mengesan jantina, bukan penyakit berkenaan.
Ads
“Jadi, saya hanya tahu mengenainya selepas melahirkan mereka namun terima ketentuan itu dengan reda,” katanya lagi.
Menurut Suzita, memang ada individu sekeliling yang hairan apabila melihat empat anaknya itu hingga membuat andaian mereka menghidap penyakit kronik seperti leukemia dan tidak cukup darah.Bagaimanapun, Suzita bersyukur kerana keempat-empat anaknya itu sihat dan bebas daripada penyakit kronik.
“Biasalah, ada orang akan memandang pelik malah tiga anak saya yang normal juga ada bertanya pada peringkat awal dulu kerana menyangka adik mereka sakit.
“Sebagai ibu, saya cuba terangkan kepada anak-anak dan Alhamdulillah, mereka dapat menerima adik mereka dengan baik.
“Sejak bayi lagi anak-anak sudah didedahkan dengan matahari walaupun kulitnya begitu dan mereka sihat, tiada penyakit atau sebarang alahan kecuali masalah silau.
“Mereka perlu gunakan cermin mata. Saya dan suami pula harus membawa empat anak kami itu bertemu pakar mata sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Ads
Menurut Suzita, dia tidak sangka kisah empat anaknya itu mendapat perhatian netizen selepas sepupunya, Muhammad Faisal Muhammad Yusoff, 18, memuat naik video di TikTok.
“Saya dan suami terkejut apabila dapat tahu kisah anak tular kerana tiada niat ke arah itu (tular). Bagaimanapun, saya bersyukur dan anggap ia rezeki buat anak istimewa jadi dikenali dalam sekelip mata,” katanya.
Sementara itu, Muhammad Faisal berkata, dia memang rapat dengan anak kepada sepupunya itu sejak mereka kecil lagi.
Ads
“Mereka tinggal di sebelah rumah saya jadi kami kerap bertemu satu sama lain. Mereka memanggil saya dengan gelaran Pok Sa dan ikutkan saya pernah kongsi kisah mereka di TikTok sebelum ini.
“Cuma, video baru-baru ini meraih tontonan jauh lebih tinggi hingga membuatkan lebih ramai netizen mahu tahu lebih lanjut mengenai kisah empat beradik itu,” katanya.
Benarkah anak sulung seorang yang tenang tetapi ego? Anak sulung sebenarnya cukup istimewa berbanding anak-anak lain. Walaupun dengan hadirnya anak-anak lain, anak sulung tetap dianggap istimewa jauh di sudut hati ibu itu sendiri. Benarkah begitu?
Menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, anak sulung mempunyai karektor yang tenang, bertolak ansur dan mudah diajak berbincang. Malah anak sulung juga biasanya agak cemerlang berbanding adik beradik lain, baik di sekolah mahupun di rumah.
Mereka dikatakan lebih cenderung menjadi contoh kepada adik-beradik yang lain. Pun begitu, menurutnya lagi, anak sulung berkebolehan memujuk orang lain sehingga mampu mengawal orang lain dan situasi yang menyulitkan.
Namun adakalanya anak sulung terlihat sedikit sensitif dan meminta perhatian yang lebih jika diabaikan oleh orang lain, terutama ibu bapa serta adik beradik yang lain. Ego adalah istilah paling tepat untuk mereka.
1. Ego
Walaupun mampu bertolak ansur, namun anak sulung dilihat lebih degil dan sedikit ego dalam segala hal. Mungkin istilahnya mereka tidak mahu dipandang rendah dalam segala hal apa lagi diperkecilkan kebolehan mereka. Malah anak sulung juga tidak suka diarahkan segala tindak tanduk yang bakal mereka lakukan.
2. Bertolak Ansur & Rasional
Pun begitu, dalam ketegasan, anak sulung juga dikatakan mampu bertolak ansur dalam segala hal. Hal ini mungkin disebabkan anak sulung cuba bersikap rasional dalam segala hal terutama sekali kepada adik beradik yang berada di bawahnya.
3. Lebih Tegas
Ya anak sulung biasanya lebih tegas berbanding anak lain. Mungkin sebagai ketua kepada adik-adiknya, karektor ini lebih terserlah. Mungkin kerana cuba mempamerkan sikap dan rasa tanggungjawab mereka kepada ibu ayah serta kesemua adik beradik lain.
4. Mengawal Orang Lain
Hal ini sering dikaitkan dengan keupayaan anak sulung yang pandai bermain dengan kata-kata. Keramahan serta pergaulannya yang lebih luas membolehkan dia mengawal situasi dan mengawal orang lain di sekeliling. Hal ini mungkin juga dikaitkan dengan rasa hormat adik beradik lain kepada anak sulung yang lebih banyak ilmunya.
5. Lebih Bijak
Sebagai orang yang terawal, anak sulung dilihat lebih bijak dalam segala hal. Ini termasuklah berjaya di dalam pelajaran dan kerjaya. Kegigihan ini didorong oleh rasa ingin dicontohi oleh orang lain terutamanya adik beradik yang berada di bawahnya.
Membina keluarga bahagia berpanjangan hingga hujung nyawa sebenarnya memerlukan tolak ansur dan persefahaman antara suami isteri.
Menyentuh tentang persefahaman itu pula, antara resipi utamanya adalah bila mana pasangan sedia menjadi pendengar setia.
Ini dijelaskan oleh Imam Muda Hassan yang turun dikongsikan di akaun Instagram miliknya berkenaan pentingnya suami memberi tumpuan untuk mendengar luahan isteri.
Ini perkongsiannya.
Apa yang membezakan rumahtangga zaman atok nenek kita dengan rumahtangga zaman sekarang?
Zaman-zaman dulu memang, masalah yang dihadapi wanita ni memang tak timbul sangat.
Zaman tu hubungan antara jiran tetangga amat rapat, duduk dekat-dekat dan biasanya ada pertalian darah.
Mereka mudah bersembang, luah perasaan sambil basuh baju disungai, atas tangga dan mana sahaja mereka berkumpul.
Mereka tak harapkan pun suami mereka dengar dan lebih rasa ceria sebab dapat luahkan perasaan sesama mereka.
Berbeza dengan zaman kita sekarang dimana kebanyakan kita tinggal di rumah teres, rumah flat, kondominium yang sibuk dengan urusan masing-masing.
Jadi peluang ibu-ibu, isteri-isteri, wanita-wanita ni nak kongsi perasaan macam orang dulu dah tak ada.
Isteri zaman sekarang ramai bekerja dan perasaan stress tu memang akan ada.
Apabila mereka pulang dari kerja, mereka nak kongsikan perasaan dengan suami sebab ini yang paling dekat.
Kalau suami buat tak layan, apa sahaja suami buat akan jadi tak kena dimata isteri.
Jadi kepada si suami, teman nak bagitau, jika isteri kome bekerja dan dia nak cakap sesuatu tentang apa yang berlaku, dengar sahaja luahan perasaan dia walaupun kome sendiri penat balik dari kerja.
Isteri akan rasa lega, hilang penat selepas dapat ceritakan sesuatu kepada suami.
Isteri nak suami dengar sahaja. -Imam Muda Hassan-
“Ustaz KRT anda”
Jarang-Jarang Share Gambar Anak, Sekali Tangan ‘Michelin’ Bilal Jadi Perhatian
Biarpun wajah anak kesayangan pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd telah diketahui umum.
Namun selebriti ini jarang berkongsi gambar anak sulungnya itu di media sosial. Lantaran itu, setiap kali perkongsian mengenai anaknya, pastinya menarik perhatian.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Muat naik perkongsian terbaru, membuatkan para peminat serta rakan artis teruja. Mana taknya, kecomelan Bilal membuatkan ramai yang ‘geram’.
Gambar terbaru Neelofa bersama Bilal, membuatkan ramai yang terkejut apabila lengan Bilal berketak-ketak bagaikan ”michelin’.
COPY PASTE MUKA NEELOFA
Sementelaah itu, Neelofa juga berkongsi gambarnya ketika masih kecil. Rata-rata berpendapat wajahnya sama dengan wajah Bilal. Bagaikan copy paste dengan anaknya. Betul lah, memang nampak sama!