Si comel Nur Aisywara Nealofa, anak keempat pempengaruh dan MUA, Mua Bellaz sentiasa mendapat perhatian ramai. Mana tidaknya, ada sahaja aksi comelnya yang dikongsikan oleh ibunya di media sosial.
Perkongsian gambar Aisywara atau nama panggilannya Wara yang tampil dengan pakaian ikan duyung buat ramai yang geram.
Mana tidaknya, tidak hanya berpakaian ala ikan duyung berwarna merah jambu bahkan Wara dengan begitu berani memegang seekor itik kesayangannya.
“Itik dia dah besaq gais. Mermaid & itik, selalu mermaid dengan tapak sulaiman kan.
Ads
“Dia ni kan, memang feeling watak sangat tau Wara oii,” tulis Mua Bellaz berseloroh menerusi kapsyennya.
Perkongsian video pendek si comel Aisywara yang muncul sebagai ikan duyung di dalam banjir buat ramai terhibur. Memang serius comel!
Ads
Rata-rata pengikut setia Mua Bellaz turut teruja dengan gaya Wara serta meninggalkan pelbagai komen.
Ads
Terdahulu, Mua Bellaz dan suaminya dikurniakan empat cahaya mata bernama Airis Alisha, Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Nealofa.
Memasak adalah salah satu aktiviti rutin wajib di rumah. Jika asyik makan di kedai tentu boring jua.
Bagi yang berkerjaya tentunya inginkan cara memasak yang cepat.
Pastinya sentiasa mencari petua untuk memasak dengan mudah.
Menarik perkongsian wanita ini, Cik Dayang Zuhaila, menunjukkan cara penyediaan bahan kisar masakan. Malah siap ada petua untuk membuatnya tahan lama.
Jom ikuti perkongsiannya.
TIPS simpan Stock Bawang blender Tahan 3 bulan
Bulan posa dah nak dekat kan. Mai cikdyg nak share sikit cara2 cikdyg simpan cabai bawang halia bagi tahan lama.
Senang la bila nak masak lauk pauk ka mee goreng ka bihun goreng ka keytiau ka. Teruih cedok ja. Tak payah susah2 nak kupas bawang 2-3x.
Sebab tu kalau tetamu mai umah cikdyg. Sat saja cikdyg masak. Macam pelesit.
Stock cikdyg buat ni kalau rajin masak 2 minggu habis dah. Tapi kalau malas masak, stok ni 3 bulan pon tahan lagi tau. Wajib simpan dalam peti ais.
1. CARA BUAT CABAI KISAR Gunting cabai kering kecik2 lebih kurang 1 inci pastu buang bijik cabai tu. Rebus cabai tu sampai dia lembut. Jangan lupa masukkan garam dah sedikit minyak bagi cepat lembut. Lepas tu tapis bilas dengan ayaq. Masukkan cabai dalam blender. Blend sambil masuk ayaq bertapis sikitt sekadar bagi blender tu buleh putaq saja.
Bila dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering dan letakkan sedikit asam keping, simpan di dalam peti ais.. Boleh tahan hingga 3 bulan ke atas cabai ni tau.
2. CARA BUAT BAWANG BESAR KISAR 1 kilo bawang besaq dan hiris kecil2 tau sebab senang nak blend. Blender bawang sikit2 bersama dengan minyak. Anggaran minyak masak lebih kurang separuh dari jumlah bawang. Tapi kalau nak letak ayaq saja pon boleh. Pastikan sikit saja ayaq tu nanti senang kisar bawang. Sebab tu bawang kena potong halus2. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Letak sesudu garam di atas permukaan bawang kisar sebelum simpan dalam peti ais. Boleh tahan 1 bulan ke 2 bulan bawang kisar ni tau.
3. CARA BUAT BAWANG PUTIH KISAR Setengah kilo bawang putih. Kupas bawang, cuci dan hiris kecik2. Blender bawang bersama ayq bertapis Anggaran ayaq adalah tak sampai separuh dari jumlah bawang. Dah siap blender, masukkan ke dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan bawang putih ni tau.
4. CARA BUAT HALIA KISAR Setengah kilo halia. Buang kulit, cuci dan potong kecik2. Memang wajib potong kecik sebab mudah nak kisar. Blender halia dengan sedikit ayaq. Kalau cikdyg blender dulu separuh halia tu dengan suku air. Bila halia dah lumat masukkan lagi baki halia yang lain sedikit demi sedikit sampai habis. Halia ni jenis banyak ayaq. Jangan gatai2 letak ayaq banyak tau. Dah siap blender, masukkan dalam bekas yang kering. Boleh tahan 2 bulan.
🔪Tips penting untuk lebih bertahan lama. Setiap kali nak cedok bahan ni. Pastikan guna camca/sudu yang kering dan bersih. Jangan campoq lepas cedok bawang cedok halia pulak. BIG NO! Kalau nak guna cabai, sedok guna camca asing. Nak cedok bawang putih camca asing. Nak cedok cabai camca asing. Tu lah tips yang tokma bagi kat cikdyg. Untuk elakkan cepat berkulat.
Mencapai berat badan ideal selepas melahirkan anak pastinya diimpikan semua wanita. Pun begitu proses menurunkan berat badan tidak mudah. Lebih-lebih lagi bila anak menyusu badan.
Sebenarnya bukan selepas berpantang yang patut kita kisahnya. Ketika berpantang, wanita sebenarnya sudah boleh melakukankan beberapa amalan yang baik untuk menurunkan berat badan.
Ikut cara wanita bernama Syaurah ini. Amalan berpantang yang dilakukan membolehkan dia turun 40kg selepas berpantang. Hebat! Jom ikut langkahnya.
Selepas berpantang, ada wanita yang mampu menurunkan berat badan dengan mudah. Namun ada juga yang sukar untuk menurunkan berat badan walaupun telah mencuba beberapa cara.
Ha meh mama Syaurah pulak nak share cara mama syaurah berpantang dari berat 83kg-43kg dalam tempoh berpantang dan memang terbaik untuk wanita yang bersalin secara ceaser amalkan. Untuk anda kembali ramping, perut kemas, pinggang ramping, dalaman cun melecun, anak bebas kuning, mama tidak sembelit . Luka baik cun punya dalam tempoh 44hari berpantang!!
Kongsi tip berpantang 83 – 43kg, ini rutin yang boleh di amalkannya:
1. Sepanjang Tempoh Berpantang
Sila lakukan perkara penting yang akan beri kesan jangka panjang dan untuk seumur hidup anda!
– Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala.
– Berpilis dan berparam pada dahi dan badan untuk buang segala kekotoran dalaman dan mengelakkan anda pening , migrain dan paling teruk meroyan.
– Sila jauhkan diri anda dari kipas dan aircond selama 44hari ( minimumkan ).
– Memakai baju panas dan stoking tebal sampai ke betis itu wajib!!!!!
– Sila minum air kopi sekali sehari.
– Air kosong 1 gelas sehari (yang ni memang amalan ira).
– Minum air akar traditional untuk memastikan segala darah kotor, apa-apa yang tertinggal terutama darah bantal keluar dengan mudah dan memastikan dalaman kembali grip dan sihat semula.
– Dengan pengamalan air akar traditional ni seminggu je boleh keluar habis kekotoran dalam tu. Ira amalkan (teh herba) yang memang hilangkan dahaga, sejukkan badan, susu badan memang banyak dan tiada masalah sembelit. Yang penting perut cepat je kempis dan Ira dulu 4 darah bantal besar penumbuk keluar dari bawah.
– Sila makan makanan rebus dan bakar sahaja! Minyak-minyak ni tak elok untuk rahim , miss v dan badan kita yang sedang kembang disebabkan urat-urat yang putus selepas bersalin.
– Lebihkan air oren sunquick / buah sunkist dan elakkan makan semua buahan lain. Sunquick sahaja ya untuk mempercepatkan proses penyembuhan.(ini Dr. yang pesan ya, tapi memang berkesan).
– Bagi yang sembelit sila dapatkan ubat cair najis di hospital swasta yang kesan dia lebih baik dari hospital kerajaan sediakan. Kita bagi pendapat berdasarkan pengalaman ya, tapi dapatkan nasihat dari yang pakar dulu.
– Jauhkan diri anda dari suami dan elakkan perasaan “horny” kerana itu akan menyebabkan sistem badan jadi tidak terkawal dan potensi untuk meroyan dan bentan itu tinggi.
– Amalkan ikan haruan hidup dan pegaga untuk memperkemaskan lagi kedudukan rahim anda dan luka yang dipotong sewaktu anda di dalam “ot”.
– Elakkan makan makanan sejuk dan lauk pauk yang berat. Untuk mengelakkan badan naik secara mendadak dan akan susah kurus.
– Makan nasi 2 kali sahaja dan jangan tambah! Lauk banyak tak pe janji nasi sikit.
– Balance makan biskut cracker kosong! Jangan ada tambahan gula okay! Nak gula minum dalam air sunquick korang tu je ( ini pantang ira, pantang korang . Buat cara korang ye ).
-Jauhkan diri anda dari terkena angin luar (berjalan di dalam rumah sahaja ) hal ini untuk memastikan badan anda tidak dimasuki oleh angin (bahasa kampungnya) disebabkan bulu roma yang sedang terbuka luas selepas bersalin.
– Eakkan melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut supaya perut anda tidak akan menggeleber dan tidak tegang sampai bila-bila.
– Urusan anak serahkan pada keluarga. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja.
2. Perkara Elak Buat
Elakkan aktiviti yang mengundang bentan, badan masuk angin, badan kembang dan badan sentiasa sakit.
– Jangan menyapu atau vacuum.
– Jangan basuh pinggan.
– Jangan sidai baju.
– Jangan angkat bath tub anak.
– Jangan kemas rumah.
– Jangan langgar pantang makan minum.
– Jauhkan diri anda dari suami selama tempoh 44 hari yang wajib ni.
– Jangan dukung anak kecil atau kucing.
– Jangan tidur dalam keadaan leher dan rambut terdedah dengan angin atau aircond dengan sengaja.
– Berbengkung selepas setahun bersalin.
– Amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja.
– Amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik selepas bersalin.
Berpuasa pun boleh 30 hari tak dehydration, tambah sikit lagi 44hari tempoh berpantang . Bukan tak minum air langsung. Nak ikut boleh, kalau rasa tak boleh, ambik mana yang elok.
Ini tips berpantang keturunan ira, keturunan ira umur 60 muka tapi nampak muda remaja. Semua sihat bebas penyakit, kulit tegang, badan ramping dan sihat walaupun dah tua.
Sekarang alhamdulillah anak dah berusia 2 tahun 1 bulan, ira masih mampu fully breat feed tanpa miss sehari pun. ☺Nah ini tips berpantang ira! Boleh amalkan. Bagi yang dah terlepas pantang ni anak baru nanti mulakan semula in sha allah badan luaran dan dalaman boleh kembali muda remaja semula!
Good Luck!
Kredit Sahira Lim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Operasi besar-besaran bermula jam 8 malam tadi dijalankan oleh Polis Kontinjen Selangor di seluruh negeri Selangor dalam memberi pengetahuan dan nasihat kepada orang ramai berkaitan arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ia merangkumi sekatan jalan raya dan berjumpa dengan orang awam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat, operasi tersebut bagi memastikan secara umumnya masyarakat di negeri faham dengan perintah kawalan pergerakan yang telah dikuatkuasakan sejak hari ini.
Kata beliau, banyak aduan diterima tentang orang awam yang masih berada di luar rumah sekaligus membuktikan golongan ini gagal memahami perintah yang dikeluarkan.
“Jadi kita lakukan operasi bermula malam ini bagi memastikan tidak ada sesiapa yang berada di luar tanpa alasan munasabah, berada dalam kumpulan besar. Kita akan beri pemahaman serta nasihat kepada mereka untuk akur dengan perintah.
“Kita akan nasihat mereka untuk balik seandainya ada lagi yang berada di luar rumah, operasi ini juga melibatkan seluruh negeri di mana kita ada 16 daerah secara keseluruhannya.
“Ketua Polis Daerah pula akan membuat ‘roadblock’ di setiap kawasan mereka bagi memantau aktiviti orang awam sebelum nasihat mereka pulang, ketika ini kita akan masih gunakan kaedah nasihat,” katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat sebentar tadi.
Kata Fadzil lagi, pihaknya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk tangkapan dan membuka kerta siasatan kepada mereka yang degil.
“Kita akan guna kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan sekarang.
“Operasi ini akan bermula sekitar jam 8 malam dan akan berakhir hanya selepas kita berpuas hati setiap rakyat di negeri ini mematuhi arahan dibawah perintah kawalan ini,” tegasnya.
Sumber: MalaysiaGazette
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cuti Tambahan Aidilfitri 2026 diumumkan oleh KPM menerusi Kalendar Akademik 2026 melibatkan sekolah Kumpulan A dan B. Semak tarikh cuti sekolah dan tempoh cuti penggal Aidilfitri.