Apabila berkahwin, ada pasangan memilih untuk tinggal berasingan dengan ibu bapa.
Namun ada juga segelintir selesa tinggal dengan mertua.
Bagaimana pun bukan calang-calang menantu sanggup tinggal mertua.
Untuk tinggal sebumbung, sudah tentunya kena ada sikap persefahaman antara satu sama lain.
Sebagaimana perkongsian ini menarik untuk di praktik kan dalam rumahtangga.
MAK PILIH TINGGAL DENGAN MENANTU PEREMPUAN
Dulu belilah rumah besar sikit. Ingat mak ayah nanti dah tua nak duduk dengan saya.
Tapi tak. Mak saya sekarang tinggal dengan adik saya. Anak lelaki dia. Dah tentu di rumah tu ada isteri pada adik saya. Menantu perempuan dia.
Orang kata payah selalu mak mertua nak duduk dengan menantu perempuan ni. Tapi tak. Mak saya suka duduk dengan adik ipar saya. Adik saya ada anak kecik. Dia boleh buat main. Geng hiking dia pun semua dekat sana.
Lagi satu saya rasa pasal saya cerewet. Pisau bawang lain. Pisau daging lain. Pisau buah lain. Tapi tu bukan salah saya. Mak saya juga yang ajar dulu.
“Kenapa kamu potong bawang dengan pisau daging ni kak. Nanti tumpul lah dia”. Kan. Bukan salah saya.
Lepas tu saya tak boleh tengok benda bersepah. Sikit pun tak boleh. Menahar mata aku menahan. Jadi tak duduk sekali pun kadang asyik mengemas. Tapi tu pun bukan salah saya. Mak saya yang ajar juga.
Ads
“Baju ni dah diangkat terus lipat. Bukan payah. Sambil tengok TV boleh kan lipat. Lama-lama tangguh lagi malas.” Kan. Bukan salah saya. Mak saya juga punya kerja.
Ha. Sinki. Lagilah. Habis masak habis kemas. Sekali jalan. Jangan bertingkat kotor-kotor dalam sinki. Dua tiga kerja satu masa cepat rehat.
“Kan boleh sambil-sambil. Apa ditenung kari tu sampai gelegak. Sambil tunggu sambil basuh. Cepat siap”. Kan. Bukan salah saya. Saya ikut kata mak saya saja.
Tapi bila tinggal dengan menantu ni, saya nampak mak saya merendahkan sikit ekspektasi dia. Baju ke, sinki ke, pisau ke, dia tak cara mana. Dia larat dia tolong buat. Dia tak larat, dia tak bising buat orang penat.
Dan saya juga lihat adik ipar saya tak secerewet saya. Mudah saja dia. Mak saya taknak masak, dia order. Mak saya potong buah guna pisau daging, dia okay. Mak nak apa saja, dia bagi sedia.
Mereka berdua adalah orang yang ada cara kerja dan pemikiran berbeza yang mentongsampahkan segala yang berbeza itu untuk tinggal bersama. Bersama-sama.
Mak saya korbankan segala prinsip dan mulut dia.
Adik ipar saya korbankan privasi dan keinginan dia.
Saya tahu susah. Tapi bila lihat mak mengalah dan adik ipar tak bermegah, maka saya nampak semuanya jadi mudah.
Ads
Rumah itu takda siapa nak lebih kuasa. Anak lelaki kena ikut aku sebab aku ibu. Atau suami kena lebihkan saya sebab saya isteri dia.
Saya kira bila jadi menantu saya kena jadi seperti adik ipar saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Juga sampai satu masa nanti saya kena jadi mak mertua seperti mak saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Semalam kami sambut hari lahir depa semua bersama. Maya. Mak. Dan adik. Bulan 4 semua. Selang hari saja.
Semoga Allah berkati mereka berdua. Orang yang banyak berkorban dan berbuat baik pada sesama mereka. Syurgalah buat pengorbanan kamu berdua hendaknya.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibarat air dicincang yang takkan putus, begitulah istimewanya hubungan adik beradik. Mempunyai adik-beradik adalah anugerah yang tidak ternilai. Hubungan adik-beradik yang baik, akan memberi impak kepada kehidupan mereka.
Begitulah yang dilalui oleh Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose, 27, yang merupakan kakak kepada Nelydia Senrose, 24, yang berkahwin dua hari lepas.
Luahan hati Uqasha yang berkongsi rasa apabila adik tersayang sudah bergelar isteri kepada Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 , mengambarkan kasih sayang utuh dan hubungan yang rapat antara mereka sebagai adik beradik.
MasyaALLAH b , awak cantik sangat tapi malam semalam awak tersangat lah extra cantik . The dress makeup just so perfect that night . Again b tahniah dah jadi bini orang hehe macam tak percaya langsung Baby dah ada new life , nanti puasa and raya tahun ni b beraya dengan suami , dah tak Boleh nak tidur sama2 dan bangun sahur or nak kena marah dengan mama sebab selalu bangun sahur dah habis masa hahaah :’) . And raya pun sama nanti dah tk Boleh share one room and try2 Baju raya sama2 sebab b ada tanggungjawab lain kena sedia kan makan pakai cik husband pulak . Thank you b bagi Sha seorang Abang which is @mhafezhalimi . Hafeez please jaga Baby baik2 tau ! Kalau dia meragam pun layan kan je tau sebab dia manja and kejap je if dia cranky . Sha nak cepat cepat anak sedara sebab aryan khan dah besar dah . So nak jaga anak Baby pulak . I love you so much Nelydia ❤️
Dalam pada itu, Nelydia memberi komen, bahawa hubungan adik beradik tetap seperti biasa.
Menjengah diruangan komen, rata-rata peminatnya mengatakan ia sebuah ucapan seorang kakak kepada adik tersayang. Seorang kakak yang rindu kepada kenangan manis bersama. Begitulah kasih seorang kakak kepada adiknya.
Ramai yang mungkin tidak kisah dengan keadaan kuali atau periuk yang hitam legam. Legend katanya.
Tahukah anda peralatan memasak sebegini berbahaya?
Pakar Kimia ini jelaskan sebabnya serta tip cara membersihkannya. Ikuti penjelasan Dr Fatimah Salim.
ADA APA DENGAN KUALI HITAM LEGEND
YA. Lapisan hitam ini sebenarnya terbentuk daripada mendakan bahan masakan dan minyak yang terhangus dan dibiarkan lama sebati tanpa disental atau dikikis.
Lapisan ini berpotensi menyebabkan kanser kerana ianya mengandungi bahan-bahan kimia seperti polycyclic aromatic hydrocarbons (PAHs), heterocyclic amines (HCAs) acrylamide dan furans. Bahan-bahan kimia ini akan bercampur dalam masakan kita setiap hari yang kita hidangkan kepada anak-anak.
Maka, usah berfikir panjang lagi. Segera bersihkannya bagi mengelakkan masalah kesihatan di masa hadapan. Benar, bahan-bahan kimia ini memang sentiasa ada dalam makanan yang dipanggang atau dimasak dengan suhu yang tinggi sehingga hangus, namun usahlah sengaja menambah punca.
Tips untuk membersihkan lapisan karbon ini adalah:
• Panaskan peralatan memasak dengan api. Tuangkan air perlahan-lahan dan biarkan air di dalam peralatan ini mendidih selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan setengah cawan baking soda dan biarkan ianya mendidih seketika. Matikan api dan kikis perlahan permukaan ini dengan menggunakan senduk bersesuaian. Tunggu sejuk dan sental.
• Boleh juga gantikan bes lain seperti sabun cuci baju. Setelah biarkan periuk mendidih selama 10-15 minit. Matikan api, alihkan dan tuangkan sabun cuci sesetengah cawan. Rendam sekitar 1 jam atau lebih lama bergantung kepada tahap kekotoran. Apabila kelihatan mudah dikikis, buangkan air sabun rendaman dan sental.
• Jika kesan hitamnya tidak teruk, boleh saja tuangkan baking soda tanpa pemanasan dan sental. Atau gantikan bahan berbes dengan bahan berasid seperti cuka makan, air asam jawa, asam keping… Namun baunya agak kuat jika dibandingkan baking soda.
Pemanasan membantu menanggalkan kesan hangusan dengan lebih mudah kerana bertambahnya tenaga kinetik molekul-molekul dalam ikatan metalik peralatan memasak dan lapisan hangusan itu juga.
Nota:
1) Dalam keadaan yang pekat, bahan-bahan kimia ini bersifat menghakis, maka boleh membantu dalam proses pembersihan. Cuma berhati-hati dengan air panas dan sifat yang boleh merengsa.
2) Peralatan yang telah berkilat tadi perlu dibentuk lapisan oksida untuk mengurangkan risiko bocoran logam. Maka, boleh lah merebus air beberapa kali sehingga lapisan kelihatan pada permukaan, sebelum digunakan seperti biasa.
Semoga bermanfaat!
Sumber:Dr Fatimah Salim
Gambar dari MATJHI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang tidak bimbang setelah tularnya di facebook dan grup WhatApps bilamana anak-anak kecil berpakaian sekolah sedang menikmati gula-gula yang mengeluarkan asap apabila dimasukkan ke dalam mulut.
Menurut apa yang dilaporkan di Sinar Harian, video yang viral memeperlihatkan lagak kanak-kanak menikmati gula-gula yang dikenali sebagai ‘Smoke Candy’ atau ‘Smoke Ghost’ dipercayai dijual kepada kanak-kanak di luar sekolah dengan harga 50 sen sepaket.
Atas sebab kebimbangan ini, turut mendapat reaksi tegas daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mana mahu penjualan gula-gula ‘Ghost Smoke’ dihentikan segera.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada masa yang sama meminta ibu bapa meningkatkan pemantauan ke atas anak masing-masing.
“Saya tidak mahu perkara ini menjadi penyakit masyarakat yang menular dalam kalangan kanak-kanak dari kecil lagi,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai ‘Ghost Smoke’ selepas majlis Siri Wacana Sri Satria di sini hari ini.
Selain itu, Pusat Racun Negara juga memberi reaksi dan turut memberi pesanan buat kita bersama untuk tangani gejala ini dari terus berleluasa.
Ini perkongsiannya:
Baru-baru ini tular tentang satu gula-gula dengan jenama GHOST SMOKE yang boleh mengeluar asap/wap seperti vape. Gula-gula tersebut pula dihisap oleh kanak-kanak sekolah rendah yang menggayakan seperti sedang menghisap vape.
Sememangnya wajar untuk para ibu bapa dan semua ahli masyarakat untuk bimbang dengan kewujudan produk-produk seumpama ini. Walaupun kandungannya belum dapat diketahui sama ada mengandungi bahan yang membahayakan atau tidak. Namun, masalah yang lebih besar lagi disini adalah cara produk ini diambil adalah sama seperti amalan menghisap vape.
Sekiranya dibiarkan, sudah pasti kanak-kanak ini akan terbiasa dengan tingkah laku yang cenderung untuk menghisap vape. Malahan lebih teruk lagi, jika mereka akhirnya terjebak dalam gejala merokok pula.
Sudahlah perokok dewasa telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak di sekeliling mereka dengan merokok di khalayak ramai. Ditambah dengan kemudahan mendapatkan produk-produk seperti ini akan menyebabkan lebih ramai bakal perokok atau penghisap vape yang akan wujud pada masa akan datang.
Produk-produk seumpama ini akan sentiasa muncul dalam pasaran dari semasa ke semasa. Justeru, pesanan kami dari Pusat Racun Negara:
? Kepada para ibubapa, sentiasa pantau tingkah laku dan pembelian anak-anak anda. Beri kesedaran dan pemahaman kepada mereka mengapa produk ini perlu dielakkan.
? Kepada peniaga-peniaga diluar sana, janganlah dikejar keuntungan yang sedikit sehingga sanggup menjual produk yang tidak bermanfaat dan boleh memudaratkan pengguna.
? Kepada pihak sekolah dan PIBG sekolah, mungkin boleh diadakan pemantauan di kedai-kedai berdekatan sekolah.
? Kepada pihak berkuasa yang berkaitan, sudah pasti perlu ambil tindakan susulan untuk aduan dan kewujudan produk seumpama ini.
Sekiranya tiada permintaan sudah pasti tiada pasaran. Kuasa terbesar untuk menghentikan wujudnya produk-produk seumpama ini adalah ditangan pengguna itu sendiri.
Siapa yang mahu anak mereka menjadi perokok atau penagih vape? Hatta perokok sendiri tidak mahu generasi mereka seterusnya menjadi penagih rokok atau vape. Bertindaklah dari sekarang.
sumber : Sinar Harian & Pusat Racun Negara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di