Apabila berkahwin, ada pasangan memilih untuk tinggal berasingan dengan ibu bapa.
Namun ada juga segelintir selesa tinggal dengan mertua.
Bagaimana pun bukan calang-calang menantu sanggup tinggal mertua.
Untuk tinggal sebumbung, sudah tentunya kena ada sikap persefahaman antara satu sama lain.
Sebagaimana perkongsian ini menarik untuk di praktik kan dalam rumahtangga.
MAK PILIH TINGGAL DENGAN MENANTU PEREMPUAN
Dulu belilah rumah besar sikit. Ingat mak ayah nanti dah tua nak duduk dengan saya.
Tapi tak. Mak saya sekarang tinggal dengan adik saya. Anak lelaki dia. Dah tentu di rumah tu ada isteri pada adik saya. Menantu perempuan dia.
Orang kata payah selalu mak mertua nak duduk dengan menantu perempuan ni. Tapi tak. Mak saya suka duduk dengan adik ipar saya. Adik saya ada anak kecik. Dia boleh buat main. Geng hiking dia pun semua dekat sana.
Lagi satu saya rasa pasal saya cerewet. Pisau bawang lain. Pisau daging lain. Pisau buah lain. Tapi tu bukan salah saya. Mak saya juga yang ajar dulu.
“Kenapa kamu potong bawang dengan pisau daging ni kak. Nanti tumpul lah dia”. Kan. Bukan salah saya.
Lepas tu saya tak boleh tengok benda bersepah. Sikit pun tak boleh. Menahar mata aku menahan. Jadi tak duduk sekali pun kadang asyik mengemas. Tapi tu pun bukan salah saya. Mak saya yang ajar juga.
Ads
“Baju ni dah diangkat terus lipat. Bukan payah. Sambil tengok TV boleh kan lipat. Lama-lama tangguh lagi malas.” Kan. Bukan salah saya. Mak saya juga punya kerja.
Ha. Sinki. Lagilah. Habis masak habis kemas. Sekali jalan. Jangan bertingkat kotor-kotor dalam sinki. Dua tiga kerja satu masa cepat rehat.
“Kan boleh sambil-sambil. Apa ditenung kari tu sampai gelegak. Sambil tunggu sambil basuh. Cepat siap”. Kan. Bukan salah saya. Saya ikut kata mak saya saja.
Tapi bila tinggal dengan menantu ni, saya nampak mak saya merendahkan sikit ekspektasi dia. Baju ke, sinki ke, pisau ke, dia tak cara mana. Dia larat dia tolong buat. Dia tak larat, dia tak bising buat orang penat.
Dan saya juga lihat adik ipar saya tak secerewet saya. Mudah saja dia. Mak saya taknak masak, dia order. Mak saya potong buah guna pisau daging, dia okay. Mak nak apa saja, dia bagi sedia.
Mereka berdua adalah orang yang ada cara kerja dan pemikiran berbeza yang mentongsampahkan segala yang berbeza itu untuk tinggal bersama. Bersama-sama.
Mak saya korbankan segala prinsip dan mulut dia.
Adik ipar saya korbankan privasi dan keinginan dia.
Saya tahu susah. Tapi bila lihat mak mengalah dan adik ipar tak bermegah, maka saya nampak semuanya jadi mudah.
Ads
Rumah itu takda siapa nak lebih kuasa. Anak lelaki kena ikut aku sebab aku ibu. Atau suami kena lebihkan saya sebab saya isteri dia.
Saya kira bila jadi menantu saya kena jadi seperti adik ipar saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Juga sampai satu masa nanti saya kena jadi mak mertua seperti mak saya. Jangan banyak cara. Pekakkan telinga. Butakan mata. Mulut kena jaga.
Semalam kami sambut hari lahir depa semua bersama. Maya. Mak. Dan adik. Bulan 4 semua. Selang hari saja.
Semoga Allah berkati mereka berdua. Orang yang banyak berkorban dan berbuat baik pada sesama mereka. Syurgalah buat pengorbanan kamu berdua hendaknya.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Sepanjang bulan ramadan ini, selain mendidik anak-anak untuk berpuasa, ibu ayah juga boleh mengajar dan membetulkan ibadah lain anak-anak seperti solat, sedekah dan ibadah sunat lain. Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasa dengar kan dialog ni. Buat para isteri ia adalah perkara biasa apabila meminta duit kepada suami.
Ada sesetengah para isteri yang bekerjaya walaupun bergaji besar tetap suka meminta duit kepada suami. Katanya bahagia apabila dapat berbuat begitu.
Begitu dengan perkongsian ini. ‘Manis’ untuk kita amati bersama. Menurut lelaki ini, Aizat Azman , isterinya mahu meminjam duitnya dengan alasan mesin ATM tempat kerjanya rosak.
Namun, sebagai suami, istilah ‘pinjam’ tidak ada dalam kamus kehidupannya setelah bergelar suami kepada isterinya.
Dia berkata, setiap pemberiannya kepada isteri itu sebagai hadiah dan rezekinya melimpah ruah apabila ikhlas memberi kepada isteri.
“Abg ada 100 ringgit tak, pinjam dulu” Isteri nak pinjam duit. Katanya mesin atm kat tempat kerja rosak, malas nak g bank cucuk duit.
Saya kata ok la. Pegi la ambil dalam dompet. Ambil berapa pun boleh. Kebetulan saya baru je cucuk duit juga. Ada la dalam dompet tu 235.80 baki lepas dah settle bayar bil semua. Bila nampak ada 200+ tu pun isteri teringat sesuatu.
“Abg pinjam 200 boleh, baru teringat ada nak bayar cod barang hari ni” Saya kata ok je. Ambil la. “Terima kasih abg”, sambil tersenyum Bahagia sangat nampaknya. Dapat 200 ringgit macam dapat 200,000. Rasa macam di permainkan pula.
Dia bukan malas nak g bank sebenarnya ni, dia nak duit dari saya je untuk buat dia rasa bahagia.
Patut la, bukan sekali ni tapi dah beratus kali kena modus operandi pinjam duit yang sama. Baru saya teringat, bahasa cinta isteri saya ni ialah hadiah. Dia akan rasa bahagia bila saya bagi hadiah.
.
Mungkin sebab dah lama tak dapat hadiah, dia pun buat la akal macam tu. Umpama ambil dari duit dompet saya tu macam dapat hadiah la.
Sejak dari itu sengaja saya biarkan ada duit tunai dalam dompet. Duit tu memang khas saya sediakan untuk di pinjam oleh isteri. Paling bestnya saya tak pernah pun minta isteri bayar balik kerana Allah selalu bayarkan untuk isteri.
Pinjam 200, dapat balik 2000 memang untung sangat la. Rezeki datang tanpa di tagih. Sebenarnya bukan isteri yang pinjam duit kita, tapi kita yang pinjam rezeki dia.
Wallahu A’lam, Ambil la banyak banyak pun tak apa duit suami duit isteri juga.
Kenangan kadang kala mengusik jiwa dan menjadi indah untuk dikenang. Tidak kira bersama pasangan atau rakan taulan.
Begitulah yang digambarkan oleh perkongsian oleh saudara Hazman Harun di facebook miliknya menerusi group Malaysiaku Dulu Dulu Official memaparkan gambar dua keping berbeza tahun yang mempunyai makna yang sungguh mendalam buat seorang sahabat.
Gambar pada tahun 1981 dan gambar tahun 2020 dalam posisi yang sama.
Dengan caption ringkas iaitu
“Dulu dan kini. Alhamdulillah masih sihat menjangkau usia warga emas.“
Jelas membayangkan persahabatan yang akrab antara mereka berlima sudah lebih 40 tahun.
Inilah yang dinamakan, biar gambar yang berbicara.
Dalam pada itu, posting ini mendapat perhatian daripada warganet yang melahirkan erti persahabatan yang setia walaupun sudah berusia.
Komen warganet
-Terbaik bang…Tentunya persahabatan dah terjalin lbh dr 40 tahun.
Kadang-kadang jika difikir-fikirkan memang pelik dan seakan tidak masuk akal pula jadinya. Apa dan kenapa sebabnya kita boleh beradab sopan dan lemah lembut bila bercakap dengan orang lain, tapi bila dengan keluarga sendiri, gaya bahasa dan intonasi percakapan sering berbeza.
Sedangkan bukankah ahli keluarga ini adalah orang-orang yang kita sayangi dan rapat dengan kita?
Tidak kiralah bila bercakap dengan pasangan, apatah lagi dengan anak-anak. Sering kali terdengar ditengking-tengking tanpa mengira masa.
Hal yang sama juga terjadi pada kenalan Dr Redza Zainol ini. Bersama kita ambil pengajarannya dan berubahlah untuk berlemah lembut bila bercakap dengan insan-insan yang kita sayangi.
Ada kawan saya ni, baik orangnya. Dengan orang sekeliling cakapnya lembut sangat.
Dengan kawan perempuan dia cakap elok. Dengan kawan lelaki tak pernah dia marah-marah.
Satu hari dia kata pada saya, di rumah dia selalu marah pada anak dan isteri.
Anak cakap itu dia marah. Isteri cakap sikit pun dah berangin.
Saya tanya kenapa jadi macam tu.
Dia kata dia pun tak tahu. Tengok muka pasangan dah jadi penat. Tengok rumah bersepah, terus rasa kusut sangat.
Saya cakap, kadang-kadang suami ni, kita fikir kita ialah seseorang yang penting. Kita fikir pangkat kita dalam keluarga tu paling tinggi.
Kita rasa kita berhak dilayan sebagai ketua. Tapi kita lupa yang kitalah yang kena melayan keluarga.
Kita ni bukan siapa-siapa. Isteri dan anak tu cuma amanah dari Allah. Pangkat suami dan ayah tu pun bukan milik kita.
Allah bagi kita merasa ada keluarga dan nak tengok macam mana kita layan keluarga kita, nak tengok ke mana kita nak bawa keluarga kita.
Gambar hiasan
Satu hari isteri dia mengadu pada kawan saya ni.
“Abang cakap dengan kawan semua elok-elok. Dengan saya, hari-hari kena marah, kena tengking.
Abang layan isteri orang lain lagi elok dari layan isteri sendiri.”
Dia terkejut. Tapi dia tahu isterinya betul.
Rasullah tinggalkan contoh terbaik untuk kita. Satu hari, Baginda letak Saidina Hasan di peha kanan dan Saidina Husain di peha kiri baginda.
Baginda cium kedua-dua cucunya dan Baginda doakan supaya Allah sayangi ahli keluarga baginda.
Dengan keluarga, kita jangan berkasar. Balik rumah, lepas bersihkan diri terus saja cari isteri dan anak.
Peluk mereka, layan mereka. Layan keluarga kita baik-baik, insyaAllah rasa hormat tu Allah akan masukkan dalam hati setiap ahli keluarga kita.
Pelajar meninggal dunia, tak sempat tengok keputusan SPM, guru kongsi kisah sedih. Seorang guru berkongsi kisah menyentuh hati mengenai bekas anak muridnya yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman selepas menjalani pembedahan apendiks, hanya beberapa hari sebelum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 diumumkan pada hari Khamis.