Ads

“Dia Tahu Abangnya ‘Special’”, Mia Ahmad Sebak Iris Setia Bantu Jaga Abang Autisme

“Allah tak pernah silap menyusun perancangan.”

Demikian luahan pelakon Mia Ahmad apabila berkongsi kisah menyentuh hati mengenai anak autisme sulungnya, Sayf Issa, dan hubungan istimewa yang terjalin bersama adiknya, Iris.

Mia atau nama sebenarnya Samiha Ahmad Baderi, 38, mengakui pernah melalui fasa sukar selepas Issa disahkan mengalami autisme berfungsi tinggi (high-functioning autism). Sebagai seorang ibu, dia bimbang kehadiran anak lain mungkin menyebabkan perhatian terhadap Issa semakin berkurang.

Namun, perjalanan hidup yang diatur Allah ternyata jauh lebih indah daripada apa yang dibayangkannya. Kehadiran Iris bukan untuk mengambil tempat abangnya, sebaliknya menjadi peneman setia yang sentiasa berada di sisi Issa dalam setiap langkah kehidupannya.

“Dia Tahu Abangnya ‘Special’”, Mia Ahmad Sebak Iris Setia Bantu Jaga Abang Autisme

Mia Ahmad Kongsi Kisah Anak Autisme Yang Menyentuh Hati

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Mia memuat naik video memaparkan Iris membantu menyarungkan kasut kepada Issa sebelum mereka keluar bersama.

Menurutnya, momen kecil itu membawa makna yang sangat besar kerana ia lahir daripada kasih sayang yang tulus tanpa pernah dipaksa.

“Apabila saya mengetahui Issa autistik, ketakutan utama saya ialah, ‘Macam mana kalau ada anak lain? Takut perhatian pada Issa akan berkurang.’ Tetapi Allah lebih mengetahui.

Rupanya Allah hadirkan Iris bukan untuk mengambil perhatian daripada Issa tetapi untuk berjalan bersama.”

Iris Membesar Sebagai Anak Yang Penyayang

Menurut Mia, Iris yang kini berusia tujuh tahun semakin membesar sebagai seorang anak yang mempunyai sifat empati tinggi terhadap abangnya.

Ads

Sejak kecil, Iris sering melihat bagaimana Mia, suaminya, ahli terapi serta individu lain membantu Issa menjalani sesi intervensi dan rutin harian.

Tanpa disedari, dia belajar memahami keperluan abangnya melalui pemerhatian setiap hari.

“Dia tolong Issa pakai kasut. Dia ingatkan Issa apa yang perlu dibuat. Dia pegang tangan Issa bila berjalan. Dia peka kalau Issa lari atau hilang daripada pandangan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Setia Hantar Abang Hingga Ke Pintu Kelas

Keprihatinan Iris bukan sahaja dapat dilihat ketika berada di rumah, malah turut terserlah di sekolah.

Menurut Mia, setiap kali mereka ke sekolah bersama, Iris akan memastikan Issa selamat sampai ke pintu kelas sebelum dia menuju ke kelas sendiri.

Ads

“Hari ini, bila mereka pergi sekolah bersama, Iris yang akan hantar abang dia sampai ke pintu kelas.”

Perkara itu membuatkan Mia berasa amat bersyukur kerana hubungan adik-beradik mereka terjalin dengan begitu erat tanpa dipaksa oleh sesiapa.

Hubungan Istimewa Yang Membuatkan Issa Berasa Selamat

Mia turut mendedahkan bahawa Issa berasa sangat selesa bersama Iris kerana adiknya memahami cara untuk berkomunikasi dengannya.

“Issa rasa selamat dengan Iris dan Iris antara orang yang dia percaya.

Issa boleh berkomunikasi dengan Iris kerana dia juga menggunakan cara saya dan suami bercakap dengan Issa.

Adik-adik belum faham lagi. Iris mungkin sejak lahir sudah tahu dan tengok Issa macam mana. Dia tahu abang dia ‘special’.”

Walaupun begitu, Mia menegaskan bahawa dia tidak pernah meletakkan tanggungjawab menjaga Issa di bahu Iris. Sebaliknya, segala bantuan dan kasih sayang yang diberikan lahir daripada hati anak perempuannya sendiri.

“Kasih sayang itu lahir sendiri dan saya percaya Allah tak pernah silap menyusun keluarga kami,” katanya.

Ads

Perkongsian Yang Menyentuh Hati Ramai

Perkongsian mengenai anak autisme ini menerima pelbagai reaksi positif daripada warga maya yang tersentuh melihat hubungan erat antara Issa dan Iris.

Ramai ibu bapa turut berkongsi pengalaman hampir sama apabila adik-beradik kepada anak autisme sering menunjukkan sikap prihatin, sabar dan sentiasa membantu tanpa diminta.

Ada juga yang mendoakan agar kasih sayang antara Issa dan Iris terus berkekalan sehingga dewasa serta menjadi kekuatan buat seluruh keluarga.

Untuk rekod, Issa disahkan mengalami autisme ringan ketika berusia tiga tahun. Mia Ahmad dan suaminya, bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohd Izham Tarmizi, mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan kini dikurniakan empat orang cahaya mata berusia antara dua hingga lapan tahun.

BACA SINI : “Tuhan Anugerahkan Anak Luar Biasa”, Catriona Ross Anggap Anak Autisme Guru Terbaik Dalam Hidup

Sumber : IG Mia Ahmad

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Sentiasa Rendah Diri, Berani Kejar Impian”, Azalina Bangga Anak Raih Ijazah...

Azareena meraih Ijazah Kelas Pertama University of Essex dalam bidang Penulisan Kreatif. Datuk Seri Azalina Othman Said berkongsi rasa syukur dan bangga atas pencapaian cemerlang anaknya.