Siapa yang tak kenal dengan bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 62. Namun, di sebalik kejayaan besarnya, beliau mengakui bahawa tidak berupaya untuk hamil merupakan salah satu kesedihan terbesar dalam hidupnya.
Pengakuan itu diluahkan oleh pemenang Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023 ketika menjawab soalan mengenai cahaya mata dalam satu sesi wawancara baru-baru ini.
Dalam usia lewat 20-an ketika namanya sedang meningkat naik, Yeoh berkata dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Yeoh bagaimanapun menyedari dirinya tidak mampu hamil sepanjang mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Dickson Poon selama lima tahun pada 1988 hingga 1992.
Katanya, dalam hidupnya perkara yang menyedihkan adalah tidak dikurniakan zuriat.
Ads
“Barangkali ini perkara paling menyedihkan dalam hidup ini, iaitu saya tidak mampu memiliki anak sendiri,” katanya.
Namun, Yeoh bersyukur kerana meskipun ditakdirkan tidak memiliki cahaya mata, dia masih berpeluang menjadi ibu angkat kepada enam orang anak, termasuk anak perempuan bekas suaminya.
Ads
Meletakkan harapan lebih 100 peritus untuk hamil, namun di tabah dengan takdir dalam hidupnya.
“Saya tidak hidup dalam penyesalan sebab saya memberi 110 peratus (untuk hamil). Saya sudah buat apa yang termampu, namun, kadang kala ia tidak mencukupi.”
Yeoh yang berkahwin dengan Jean Todt yang juga ahli perniagaan dari Perancis pada tahun lalu, mengakui faktor kegagalan mendapatkan zuriat walaupun sudah menjalani rawatan kesuburan menyebabkan rumah tangga dengan bekas suaminya terdahulu musnah.
“Kami melakukan semua yang diperlukan untuk memiliki anak. Malangnya, saya tidak mampu.
Ads
“Bekas suami mahukan keluarga besar, bukan seorang anak lelaki tetapi dua atau tiga orang sebagai pewaris,” katanya.
Bagi peminat drama tanah air awal 1980-an, pasti kenal dengan kelibat anak seni bernama Margaret Gan ini.
Lebih separuh abad mengabdikan diri dalam dunia seni, siapa sangka memasuki usia 79 tahun, dia mengambil keputusan untuk memeluk Islam.
Tarikh 15 Februari lalu, pasti menjadi momen cukup bermakna buat dirinya. Dia yang sejak zaman persekolahan lagi sudah terbiasa dengan kehidupan orang Melayu dan amalan umat Islam, melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan anak tunggalnya, Mohd Taufik Gan, 36.
Sebelum itu, Mohd Taufik terlebih dahulu memeluk Islam ketika menuntut di universiti, kira-kira 20 tahun lalu.
Tatkala membuka cerita mengenai pengislamannya, Margaret yang manis berhijab mengakui anaknya itu tidak pernah mendesak agar mengikut jejak langkahnya memeluk Islam.
“Sebenarnya, hati sudah lama terdetik memeluk Islam. Anak tidak pernah mendesak. Cuma sekali-sekala dia bertanya bila saya mahu peluk Islam.
“Minggu lalu, tiba-tiba saya terus bersetuju apabila dia bertanya lagi.
“Saya meminta dia menguruskan hal berkaitan pengislaman. Anak memang terkejut mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut saya hingga berkali-kali dia bertanya, apakah betul keputusan yang saya ambil.
“Taufik menangis terharu dengan keputusan ini (peluk Islam). Mungkin dia sudah lama menantikan saat cukup bermakna ini,” katanya di majlis anjuran Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) di ibu negara, baru-baru ini.
Ceritanya lagi, Taufik mengajarnya melafazkan syahadah dan merakamkan video pada detik itu di kediaman mereka.
“Taufik kemudian menghantar rakaman video kepada seorang ustaz yang tidak sempat datang ke rumah kami.
“Insya-Allah, kami akan pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) minggu depan untuk urusan selanjutnya,” katanya.
Margaret dilahirkan di Batu 6, Jalan Klang Lama, Petaling, mengaku sudah biasa dengan amalan hidup orang Islam terutama sejak Taufik menjadi muslim.
Bahkan ketika anaknya menyuarakan hasrat memeluk Islam dia tidak menghalang, sebaliknya, meminta dia memikirkan keputusan itu sebaik-baiknya.Dia tidak mahu anaknya itu sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’.
“Saya tidak halang. Saya minta Taufik jangan buat separuh jalan. Ada saudara-mara yang masih mengamalkan cara hidup lama walaupun sudah beragama Islam.
“Walaupun anak sudah memeluk Islam, kami tinggal bersama. Soal makan dan sebagainya tidak menjadi masalah kerana apa yang anak masak, itulah yang saya makan.
“Sehinggalah apabila anak berkahwin dan memiliki dua cahaya mata, kami terus tinggal sebumbung walaupun berbeza agama, sebelum ini.
“Saya juga sudah biasa melihat mereka bersolat dan mengamalkan gaya hidup Islam. Jadi, tidak sukar untuk saya melafazkan syahadah,” katanya
Jelasnya lagi, anaknya turut memintanya memakai tudung apabila berlakon.
“Taufik beritahu jika saya mahu berlakon, saya perlu bertudung. Jika tidak, dia tidak galakkan saya berlakon tanpa memakai hijab. Saya tiada masalah untuk bertudung kerana sudah biasa melihat menantu dan cucu berhijab.
“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang. Lagipun, umur saya menginjak 80 tahun pada 2023. Jadi, tiada apa lagi yang perlu saya tunggu,” katanya yang mengekalkan nama sama.
Ayah kepada pendakwah terkenal yang juga Mufti Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin meninggal dunia hari ini.
Menerusi perkongsian daripada ‘Insta-Story’ miliknya, beliau memaklum berita sedih tersebut dan memohon orang ramai untuk mendoakan keampunan untuk Allahyarham ayahandanya.
Berita sedih berkenaan turut dikongsikan oleh beberapa laman facebook sebentar tadi.
Sebelum ini Dr Maza ada memuatnaik perkongsian berkenaan situasi arwah ayahnya yang dalam kritikal.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...