Seperti yang kita tahu, bakat seni ditanam dalam diri sejak lahir ataupun “naturally gifted”. Tetapi tidak bermakna bakat itu tidak boleh dipelajari dan diasah sendiri. Yang penting itu, minat.

“Minat Itu Penting…”- Pasangan Rela Tinggalkan Kerjaya Untuk Bisnes Labu Sayong

Kisah kali ini adalah tentang pasangan berseni, Haris dan Hanis, yang berkecimpung dalam pembuatan labu sayong sekilas mendirikan rumah tangga pada tahun 2017.

Berdasarkan Haris, dia mempelajari cara pembuatan labu sayong secara perlahan-lahan daripada keluarga mentuanya yang telah mengerjakan perniagaan seni tersebut sejak tahun 2000.

Haris dan isterinya, Hanis, masing-masing berumur 31 tahun, meninggalkan kerjaya asal dengan rela demi seni labu sayong yang kini menjadi sumber pendapatan mereka.

“Minat Itu Penting…”- Pasangan Rela Tinggalkan Kerjaya Untuk Bisnes Labu Sayong

“Dulu saya belajar Sains Sukan, isteri pula belajar bidang pengurusan pejabat. Kami berdua bekerja di syarikat swasta. Selepas berkahwin pada tahun 2017, kami berdua buat keputusan berhenti kerja dan fokus pada pembuatan labu sayong.

IKLAN

“Kebetulan saya minat dengan bidang seni. Secara perlahan-lahan saya belajar dengan mentua. Pada masa sama, saya turut menuntut ilmu dengan kawan-kawan bapa mentua yang turut sama mengusahakan perniagaan labu sayong. Saya juga ada mengikuti kursus dengan pihak Kraftangan Malaysia cawangan Perak untuk mempelajari seni ini dengan lebih mendalam,” ujar Haris.

Mengimbas kembali zaman permulaannya, Haris mengalami perjalanan yang sukar kerana tidak mempunyai kemahiran asas langsung dalam pembuatan labu sayong.

“Minat Itu Penting…”- Pasangan Rela Tinggalkan Kerjaya Untuk Bisnes Labu Sayong

“Sejujurnya memang susah nak belajar. Tapi kalau nak buat apa-apa sekali pun, paling penting kena ada minat. Kalau ada bakat tapi tak ada minat, saya yakin orang tu tak boleh buat. Minat sangat penting. Makan masa juga untuk saya belajar step by step dulu. Masa awal-awal, labu sayong yang saya buat jadi bentuk tak sepatutnya. Ambil masa dua ke tiga bulan untuk mahir.

IKLAN

“Jadi kalau ada sesiapa yang berminat nak belajar, mereka boleh rujuk dengan pihak Kraftangan. Selain itu, boleh juga datang ke tempat saya. InsyaAllah saya boleh beri tunjur ajar. Yang penting kena cari saluran yang betul,” jelasnya.

Walaupun tak menang tangan menguruskan perusahaan labu sayong, Haris juga masih rajin berkongsi video-video menarik mengenai seni itu melalui aplikasi TikTok sehingga ia menjadi tular dan meraih perhatian ramai warganet.

“Baru setahun saya aktif di TikTok. Isteri yang beri idea supaya buat TikTok. Tak sangka ramai orang Malaysia suka tengok video pembuatan labu sayong. Ia memberi semangat untuk saya terus berkongsi ilmu. Alhamdulillah, ada juga dapat pelanggan baharu melalui TikTok. Saya juga ada buat penghantaran ke seluruh Malaysia termasuklah Singapura dan Brunei,” katanya lagi.

“Minat Itu Penting…”- Pasangan Rela Tinggalkan Kerjaya Untuk Bisnes Labu Sayong

IKLAN

“Setakat ini saya tak ada buat kelas mengajar, tapi kalau orang datang nak tengok proses pembuatan, saya boleh tunjukkan. Selalu ada rombongan lawatan. Jadi kalau ada sesiapa yang nak datang melawat, boleh hubungi saya awal-awal supaya boleh set up tempat dan jadual kerja,” jelas Haris.

Kraf Hanis Labu Sayong terletak di Kuala Kangsar, Perak, sangat mengalu-alukan untuk pengunjung datang ke ‘showroom’ mereka untuk menyaksikan cara pembuatan kraf tersebut.

Semoga artikel ini memberi inspirasi kepada para pembaca sekalian agar anda terus berusaha untuk mencapai cita-cita.

Terima Kasih

Sumber: Mstar

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI