Bukan tak cinta atau sayang, sehingga lupa akan tarikh penting untuk dirai, tetapi kesibukan dengan kerja bagi memastikan keluarga bahagia dan cukup segala keperluan.
Begitulah yang dialami oleh penyanyi, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang memuat naik satu posting meluahkan bahawa dirinya terlepas pandang bahawa hari berkenaan adalah ulang tahun perkahwinannya.
“Jadi lagi tahun ni…minta maaf dibu ayah lupaaaaa lagi..tapi ayah tak kesorangan..dibu pun lupa jugak. Yang paling best adalah maid kitorang yang ingatkan hari adalah ANNIVERSARY kitorang..yes hari ni.
Ads
“Kira sarapan kat mamak makan roti canai banjir pagi tadi adalah hadiah ayah tahun ni. Happy anniversary sayang..semoga family kita akan terus happy dan di permudahkan segalanya di dunia dan akhirat . shah sayang ayu.”
Lebih melucukan, pembantu pasangan ini yang mengingatkan tarikh penting mereka itu. Namun, dalam komen berikutnya, isterinya turut menyatakan situasi yang sama dialami pada tahun lepas.
ayu_abasTerima kasih ayah….ok tahun ni kita seri….tahun depan no more k.. nak celebrate kat hotel(arrian cakap…apa pun thank u for being a good husband and ayah….i love u so much…
Dalam pada itu, para peminatnya mengucapkan tahniah dan mendoakan agar perkahwinanya kekal bahagia sempena ulang tahun perkahwinannya itu.
Untuk makluman, penyanyi Tomok mendirikan rumah tangga bersama Rahayu Abbas, pada 1 Julai 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Arrianshah Akid dan Andrashah Iman.
Sumber: Instagram tomokofficial
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semua inginkan kehidupan yang bahagia agar dapat melakukan semua perkara dengan gembira.
Malah untuk bahagia kita juga jangan pedulikan apa orang kata. Kita bahagia kena ikut cara kita. Selanjutnya ikuti perkongsian yang sungguh motivasi ni.
BAHAGIA CARA KITA
1. Kalau rasa nak buat sesuatu, buat saja. Jangan peduli orang kata. Dan jangan paksa orang ikut macam kita. Lain padang lain belalang. Lantai tak sama rata. Kasut lain jenama
2. Jangan peduli apa orang kata pada kita. Rilek sudah. Bahagia dengan cara kita. Beras kita habis bukan ada orang peduli. Depa tak tanya pun. Kita senang orang dekat. Kita susah orang lari
3. Nak buat baik jangan harap balasan orang. Nanti hati sakit. Jangan guna ayat “Kita tolong orang, suatu hari orang tolong kita”. JANGAN. Biar Allah sahaja yang membalas
4. Tengok orang senang, jangan iri. Dia senang cara dia. Susah dia kita tak tau. Didik hati. Suatu hari aku akan jadi macam dia
5. Jangan mudah terasa hati. Nak merajuk. Tak ada orang peduli pun. Duk pendam buat apa. Hati sakit. Air mata habis. Buat apa yang kita happy
6. Berkawan dengan orang yang nak kawan dengan kita. Yang tak nak kawan lantak pi dialah. Berkawanlah tanpa syarat
7. Baca posting orang jangan sakit hati. Kita tak tau apa tujuan dia. Yang hang nak kalut sangat pasaipa. Nama pun social media. Lantak dialah nak boh gambaq kucing ka, rimau ka, penyu ka, ciken cop ka, laksa ka, nak pi jalan mana ka. Hang tak mau pi jalan duk diam sudah
8. Tulis benda positif. Tulis pasal kita. Jangan tulis pasal orang. Kalau orang tak suka, refer no 7. Jangan perli-perli. Hang ingat dia baca ka hang kata kat dia. Hang yang syok sendiri. Hang rasa lega sebab luah di medsos. Tapi orang nampak hang bodoh
9. Utamakan keluarga. Depa yang akan susah senang dengan kita
10. Ada duit buat cara ada duit. Kalau takdak duit jangan ikut cara orang ada duit. Sat lagi dia makan lamb chop hang makan megi perisa kari. Naik mercedes sampai. Naik axia pun sampai juga. Naik myvi lagi awal sampai. Apa ada hal. Beli rumah 2-3 biji. Pakai kereta mewah. Cukup bulan pinjam duit member. Investment jadah apa
11. Buat kerja jangan harap anugerah. Jangan harap orang puji. Nanti kita frust dan sakit hati. Kalau kita tak berharap apa-apa, kita buat pun jadi seronok. Dapat rezeki. Tak dapat mampuih pi.
Insyaallah. Tenang dan gembira.Tenang Is Good bebeh!
Sumber: Cikgu Zahran
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Untuk memastikan rezeki dalam hubungan suami isteri mengalir dengan mudah seorang suami yang baik harus mempunyai hubungan yang baik dengan isteri, Baiki hubungan jika rasakan isteri mulai terasa hati.
Nyata, kunci kebahagiaan dan rezeki melimpah ruah, suami juga perlu berbuat baik kepada isteri.
Sebagaimana perkongsian ini yang menjelaskan bahawa seorang suami harus menjaga hati isteri kerana lubuk rezeki adalah doa seorang isteri.
Wahai suami… “Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”
Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga.
Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar dia sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
Kata Ustaz Ebit Lew, “Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”
Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.
Kawan-kawan, Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.
“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
Begitulah.
Kredit Hafizul Hakim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana yang tak gembira dan bangga bila mana anak yang dididik dan dibesarkan kini sudah mencapai kejayaan. Terasa berbaloi segala pengorbanan yang dicurahkan selama ini baik tenaga, masa mahupun wang ringgit.
Manakala si anak pula bahagia melihat wajah gembira ibu bapa atas kejayaan mereka kecapi. Itulah yang ingin dikongsikan oleh saudara Aiman Hamizan di twitternya baru-baru ini.
Menceritakan kisah sebenar, Aiman berkata, video berkenaan dirakam selepas dia menerima skrol Ijazah Sarjana Muda Pemasaran ketika majlis konvokesyen di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Shah Alam, Selangor,
Dia memuat naik satu video yang mengundang sebak apabila ayahnya menyuarakan hasrat untuk memakai jubah konvokesyennya. Walaupun video tersebut memperlihatkan bapanya tersenyum disamping memakai jubah serta topi konvokesyen, rata-rata warganet mengakui sebak dengan situasi itu.
“Selain ibu, abah sangat teruja untuk menghadiri majlis konvokesyen saya kerana sudah lama dia menanti saat untuk melihat saya naik ke pentas dan menerima skrol.
“Namun, abah datang sedikit lewat semalam dan selepas majlis konvokesyen selesai, kami sekeluarga berkumpul di luar dewan untuk mengambil gambar bersama.
“Ketika itulah, abah meminta izin untuk memakai jubah dan topi mortar dengan alasan tidak pernah menggayakannya.
“Kata-kata abah itu membuatkan saya tersentuh hingga terus menyarungkan jubah serta topi mortar di kepalanya.
“Saya sempat mengambil gambar dan merakam videonya memakai persalinan itu, tetapi terkejut apabila banyak komen diterima tidak lama selepas memuat naiknya di Twitter,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Aiman, rata-rata komen diterimanya positif dan dia berharap supaya perkongsian itu memberi inspirasi kepada golongan muda untuk menghargai ibu bapa mereka selagi ada.
“Abah pernah menyambung pengajian di London satu ketika dulu, tetapi tidak berpeluang menghadiri majlis konvokesyen kerana masalah kewangan.
“Lagipun, abah anak sulung dalam keluarga jadi dia terpaksa lupakan hasrat untuk ke majlis konvokesyen demi keperluan adik beradik lain.
“Kini, giliran saya bergelar graduan, jadi inilah masanya saya menggembirakan abah dengan memenuhi permintaannya (memakai jubah dan topi mortar).
“Sekurang-kurangnya, saya dapat melaksanakan salah satu impiannya yang dulu tidak kesampaian,” katanya.
Aiman yang juga graduan dari kolej KDU ini telah memuat naik video tersebut petang tadi dan sehingga kini telah menjangkau lebih 12 ribu RT di laman Twitter miliknya.
Abah : “Abah nak cuba boleh? Abah tak pernah pakai.”
Menerusi posting yang dibuat Aiman itu, ramai warganet telah menurunkan komen yang pelbagai di muat naik tersebut.
Rata-rata daripada mereka mengakui sebak melihat telatah bapa pemuda itu dan ada juga yang berkongsi situasi sama seperti dihadapi Aiman semasa bergraduasi.
Sama! Waktu aku konvo aku cuma ada gambar diorang je dia punya rasa tu sebak gila :,). Macam mana ada 2 baju sebab aku dengan abg aku konvo sekali so yang abg aku, ayah pakai. Yang aku, ibu pakai. Semoga org tua kita semua dipanjangkan umur – Amin 🤲🏻 pic.twitter.com/h4FiOf07fD
Ma brother heaven is a few steps from you, to anyone who is reading this. Make your parents proud,study hard and get a good job and always make them happy. I guarantee you will be successful. Cause I couldn’t anymore.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.