Setiap orang dianugerahkan nikmat dan rezeki yang berbeza-beza. Ada yang mampu hidup senang lenang, hidup sederhana dan ada yang cukup-cukup sahaja untuk menampung ahli keluarganya.
Malah demi kelangsungan hidup, ada yang memohon bantuan agar ahli keluarga dapat meneruskan kehidupan. Jangan kata mereka tidak berusaha. Sedangkan kita tidak berada di tempat mereka. Bak kata perpatah, berat bahu yang memandang berat lagi yang memikul. Begitu juga kesusahan yang ditanggung!
Islam sangat menggalakkan umatnya membantu mereka dalam kesempitan. Bak kata perpatah tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Biar sekecil mana sumbangan yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan. Ia memberikan sinar kebahagian buat keluarga itu.
Begitu juga dengan perkongsian saudara Muhammad Hassan mengenai kisah sebuah keluarga meminta sedekah RM30 semata-mata ketiadaan wang untuk menukar tong gas. Mungkin pada yang berduit apalah sangat dengan RM30 ringgit. Tapi bagi mereka yang serba kekurangan nilai itu begitu besar dan bermakna buat mereka. Setiap kesusahan orang ada pelbagai rupa! Moga kita muhasabah diri.
Ads
Allah Allah… sebak bercampur syukur. Adik ini datang rumah minta duit RM30 nak tukar tong gas. “Gas dah habis bang,mak suruh datang minta duit”. Saya kenal adik ini. Sebelum ini ibunya pernah datang minta bantuan persekolahan anak-anak. Suami meninggal tahun lepas,mahu atau tidak kena ikhtiar cari rezeki besarkan anak anak.
Saya pernah pesan jika terdesak duit nak beli barang dapur datang je rumah,insyaallah saya bantu sikit sikit. Saya bukanlah kaya,tapi tak sanggup apabila orang datang jauh jauh mohon bantuan.
Rumah saya ini memang selalu stanby beras,gula,kicap dan keperluan lain hasil dari sumbangan kawan-kawan di facebook dan rakan niaga. Yang datang rumah semua tinggal jauh jauh. Kadang-kadang tak kenal pun hanya datang nak minta sardin dan gula.
Ads
Allah Allah,mereka diuji kita juga diuji. Kita diuji lihat orang susah apa tindakan kita. الله hadirkan orang begini nak uji kita,apa yang kita boleh bantu mereka,apa kata hati kita. Jika kita taknak bantu sikit pun tak terkesan bagi الله. Tapi kitalah yang rugi.
Saya pesan kat adik ini,nanti cuti sekolah mari lepak rumah saya,kita belajar mengaji ramai ramai,nanti kita pergi jalan jalan ke kuala lumpur tengok KLCC,kita pergi zoo negara,kita pergi tidur di masjid sri petaling jumpa orang bak baik.
Ads
Saya selalu cakap kat anak,jangan bazirkan makanan,jangan kedekut makanan,jika nak beli makanan,kena beli untuk kawan kawan,kena beli untuk maksu.
Saya doakan moga adik ini satu masa nanti akan jadi jutawan yang soleh,jutawan yang taat kepada mak,sayang adik adik bantu orang susah.
*Maaf Saya tidak terima apa apa sumbangan buat masa ini.
Sedih melihat sebilangan besar anak-anak remaja kita tidak tahu membaca Al Quran. Mungkin pandai membaca tetapi tidak lancar dan langsung tidak mampu mempraktikkan setiap hari. Apa lagi membaca setiap hari.
Usahkan anak remaja, kita sendiri adakalanya termiss juga hari tanpa membaca Al Quran.
Tidak perlu menunggu waktu atau umur yang sesuai untuk memberi pendidikan islamik kepada anak anda. Ketika di dalam kandungan lagi, ibu boleh memilih untuk memperdengarkan bacaan ayat-ayat Al-Quran atau zikir secara berterusan kepada bayi di dalam kandungan.
Namun untuk bayi, anda bolehlah memperkenalkan secara perlahan dan berperingkat kepada mereka. Tip di bawah pastinya membantu anda.
1. Biasakan bayi anda di bawah usia satu tahun dengan bacaan ayat Quran atau perdengarkan kepadanya bacaan ayat-ayat suci ini saban hari untuknya.
2. Ajar anak mengenal huruf hijaiyyah melalui penggunaan kad imbasan. Biasakan huruf-huruf ini dalam setiap permainannya.
3. Perkenalkan Alif Ba Ta kepadanya secara berperingkat dan gunakan aplikasi paling menyeronokkan untuk menarik minat mereka membacanya.
4. Jika nyanyian dan alunan lagu berunsurkan ayat-ayat ini lebih mudah membuatkan mereka tertarik, gunakan pendekatan ini sebaiknya.
5. Jangan sekali-kali paksa anak. Pupuk minat mereka secara perlahan-lahan dan elakkan memaksa mereka.
6. Disiplinkan mengaji sekerap mungkin. Buat 5 hari seminggu sekitar jam 8.30 hingga 9.30 malam.
7. Bacakan surah pada anak sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya.
8. Dalam kereta, pasang CD mengaji setiap hari. Dengan hanya mendengar, lama kelamaan anak-anak boleh ‘tangkap’ dan ikut dengan sendirinya di mulutnya. Kita pun boleh tumpang hafal sekali.
9. Ketika membaca, sediakan gula-gula khas daripada madu, badam atau kismis supaya dapat menarik minat anak.
10. Setiap kali anak dapat menghafal satu surah, berikan sesuatu tanda ganjaran istimewa buatnya. Bukan mengajar tetapi ia salah satu cara mendidik.
11. Radio mengaji yang banyak dijual di pasaran sebenarnya sangat membantu. Perdengarkan padanya setiap hari sejak bayi lagi. Penting!
12. Sentiasa sebut kalimah Allah walau dimana berada. Ada waktunya anda sendiri yang harus sentiasa membaca supaya anak mendengar.
13. Beli dan gantikan buku/Al Quran yang baru untuk tarik minat anak.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi Siti Sarah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.
Pengurusnya, Nana Mohamad Rom berkata, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari ini, namun sejak semalam dia mengalami batuk.
“Kira-kira jam 6.30 petang Sarah di bawa ke hospital menaiki ambulans. Sepatutnya Sarah mem0tong gelang kuarantin hari ini tapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan apabila mengalami batuk serta tahap oksigennya menurun hari ini,” katanya kepada Harian Metro
.
Sementara itu, Shuib menerusi perkongsiannya di Instagram memohon orang ramai untuk mendoakan isteri serta anak dalam kandungan.
“Saya mohon doakan isteri saya, Siti Sarah Raissuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan sehala urusan. Allah Maha Segalanya,” katanya.
Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan keadaan Sarah yang tidak bermaya hingga terpaksa menggunakan bantuan oksigen sambil memeluk anak-anaknya sebelum dibawa ke hospital.