Mencuba rasa minuman susu yang menyegarkan ini pastinya menambat selera anak-anak. Apatah lagi gabungan bersama bahan seperti gula melaka memberi rasa yang cukup istimewa.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita cuba sediakan menu ini.
Bahan-bahan :
*5 biji Gula melaka
*1/2cawan Gula pasir
Butter
Susu pekat
Susu Full Cream
Ads
add on: cincau, biji selasih, black pearl etc
Air susu viralMlm2 minum air susu karamel homemadesedap sgt..1kotak susu blh minum 1keluarga kami.. Susu karamel cincau jer.. Nak tambah black pearl pon blh 🥰
Karamel 1
Masak yang bertanda * degan 1 cawan air. Masak sampai pekat. Sejukkan
Karamel 2
(Sebagai penambah. Letak di dalam keliling gelas)
10 sudu besar gula
5sudu besar susu pekat
2sudu kecil butter
1/2cawan air
Ads
Cara penyediaan:
Masukkan gula di dalam kuali non stik. Kacau sampai kekuningan dan licin berkilat macam madu.
Masuk sedikit air dan susu, kacau lagi . Nak masuk air kena slow api, time ni kena hati-hati ok.
Kacau-kacau sampai likat, masuk lagi air lagi separuh tu.. kacau jugak sampai masak. Last masuk butter. Kacau sebati…
Siap
P/s : Kalau nampak pekat sangat tambah air panas sikit-sikit
AMBIL GELAS LETAK KARAMEL 2 letakkan dalam keliling gelas.. letak ais batu penuh gelas, masukkan karamel 1 anggaran 5 sudu besar. Dan last letak air susu penuh krim.
Lepas tu nak tambah cincau @ boba ke boleh jer.. Klu saya suka letak whipp
Sumber : Bai Zura via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Naik rimas bila rumah terlalu banyak lipas sama ada di luar mahupun di dalam kabinet dapur. Rasa geli dan kotor bila terpandang kelibatnya.
Ibu-ibu patut boleh cuba petua mudah yang dikongsikan ini. Mana tahu berkesan di rumah anda.
Petua Selamat Halau Lipas
Bahan-bahan:
1 sudu besar baking soda
1 sudu besar gula
Caranya:
Bahaya lipas :
Kajian kata, dalam perut lipas ada cacing halus dan lembut. Kalau kita pukul atau halau lipas dengan penyapu ke kertas, cacing tu keluar dari perut dia dan cari rumah baru untuk membiak. Ewww!
Selain gula dan baking soda, anda juga boleh cuba 7 petua mudah ini.
Buah lemon
Lemon memang besar kuasanya. Ambil sebiji lemon dan hiris nipis-nipis. Letakkan di tempat yang dirasakan menjadi sarang lipas terutamanya di tempat-tempat gelap seperti dalam kabinet dapur. Cara ini bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi ruang dalam kabinet anda juga akan berbau segar.
Timun
Setiap kali anda memotong timun, biasanya akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tersebut bukan? Sebenarnya kedua-dua bahagian tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menghalau lipas.
Daun pandan
Anda juga boleh mengambil beberapa helai daun pandan, hiris nipis-nipis dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Lipas tidak suka pada bau daun pandan yang harum.
Buah pelaga dan kulit kayu manis
Dikatakan juga lipas tidak suka pada bauan rempah seperti buah pelaga dan kulit kayu manis. Jadi letakkan rempah ini di dalam laci kabinet dan ia tidak akan membiak di situ.
Sabun
Gunakan sabun untuk menghalau lipas jika ada di dalam almari. Caranya ambil sebuku sabun, kalau boleh gunakan sabun yang kuat baunya. Potong kepada saiz yang agak kecil dan taburkan di dalam almari anda terutamanya di dalam laci.
Air sabun
Sediakan air sabun di dalam botol spray dan apabila ternampak lipas terus sembur ke arahnya. Biasanya lipas akan cepat mati setelah di sembur dengan air sabun kerana lipas tersebut tidak dapat bernafas. Ini memandangkan air sabun telah menutup lubang pernafasan lipas yang terletak pada seluruh bahagian kulit kepala hingga ke kulit badan.
Cecair penyegar mulut
Semburan cecair penyegar mulut juga boleh digunakan sebagai agen menghalau lipas. Sebaiknya pilihlah yang beraroma pudina untuk kesan yang lebih efektif.
Kredit : Iza Abu Bakar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cabaran menguruskan anak sakit bukanlah semudah yang disangkakan. Sementelah ia berlaku tanpa disangka, sehari sebelum divaksin. Demikian yang menimpa anak sulung pengacara dan penyampai berita Hotfm jatuh sakit akibat Radang Paru-Paru manakala anak kedua pula menghidap Batuk Kokol.
“Waktu anak sulung memang tiada masalah, tetapi lahir anak kedua berbeza. Baru berumur sebulan, dia jatuh sakit. Waktu itu, saya dan isteri agak terkejut kerana tidak pernah alami situasi sedemikian. Hampir sebulan anak kedua masuk hospital akibat batuk kokol.
“Awalnya ingat sekadar batuk biasa, tetapi siapa sangka. Dua hari sebelum mendapat vaksin, Chayra jatuh sakit. Sebagai bapa, saya tidak elak anak mengambil vaksin tetapi sudah ketentuanNya.
“Vaksin yang patut di ambil untuk mengelak penyakit tersebut tetapi belum sempat berbuat demkian anak sakit. Mungkin Allah nak bagi ‘rasa’ penyakit tersebut. Sementelah anak pula perempuan jadi agak lemah untuk melawan.
“Nasihat saya pada ibu bapa lain, jangan elak untuk memberikan vaksin kepada anak-anak kerana kita tak tahu situasi penyakit sekarang. Bukan nak kata kalau kita mengambil vaksin anak-anak selamat dari semua penyakit, tetapi sekurang-kurangnya kita mencegah dari awal. Apa salahnya kita menjadi ibu bapa yang berusaha demi kebaikan anak-anak. Tak ada ruginya kalau kita memberikan suntikan vaksin pada anak-anak,”jelas Haziq lagi.
Penyampai Hot FM, Haziq Hussni, 28, mengakui, tidak mudah menyembunyikan resah ketika bertugas apabila dua anaknya dimasukkan ke hospital, dia terpaksa cekalkan hati kerana tidak mahu tumpuannya terhadap tugas terganggu.
“Ujian Allah apabila dua anak saya dimasukkan ke hospital kerana menghidap radang paru-paru. Setiap kali ke konti, saya ketepikan dulu semua masalah dan memberikan fokus kepada kerjaya kerana itu periuk nasi saya. Begitu juga ketika mengendalikan program Muzik Muzik, saya berusaha untuk tidak terlalu menunjukkan keresahan, biarpun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu,” katanya.
Haziq berkata, anak sulungnya, Muhammad Heidy Nufael, 21 bulan, mengalami batuk berterusan sejak empat bulan lalu. Manakala sebelum itu, anak keduanya, Chayra Auliya, empat bulan diserang batuk kokol sejak September tahun lalu.
“Sebulan lebih di hospital, saya dan isteri bergilir-gilir. Saya jaga anak sulung di rumah, manakala isteri duduk di hospital dengan anak kedua kami. Pagi saya akan ke hospital terlebih dahulu sebelum ke tempat kerja.
“Mujur anak kedua tidak banyak kerenah. Sebagai ayah, ini adalah cabaran yang cukup besar. Tetapi saya sabarkan isteri insya-Allah anak akan kuat apabila besar kelak,” ujar Haziq mendirikan rumah tangga dengan Ayunda Putri Mekarsari, 28, pada Julai 2016.
Jelas Haziq lagi, orang selalu tanya bagaimana dia membahagikan masa dengan kerja dengan keluarga memandangkan anak sakit dan dalam masa yang sama kena fokus pada kerja.
“Siapa yang nak cari duit untuk famili kalau saya berhenti berbuat demikian. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang cukup prihatin dan memahami. Dia minta saya fokus pada kerja dan tentang anak serahkan padanya. Tidak timbul soal penat cuma waktu itu saya rasa kena ada dengan anak-anak dan kuat untuk mereka. Kami sama-sama hadap segala susah dan senang bersama.
“Selepas anak-anak jatuh sakit, waktu itulah kami belajar dan selalu bertanya dengan ramai doktor. Isteri banyak belajar tentang penjagaan anak-anak sakit. Walaupun kami muda namun tidak bermakna tak boleh handle situasi berkenaan. Daripada situ kami belajar banyak benda sebenarnya.
“Selain itu, ada ramai yang membantu termasuklah ustaz yang ikhtiar untuk berubat. Ada juga doa yang wajib dibaca dan siap diberi voice note untuk memudahkan saya belajar. Selain itu saya selalu amalkan ayat kursi dan juga yassin,”ujar Haziq lagi.
Dalam masa yang sama, Haziq mengakui apa yang dilaluinya adalah kerana Allah ‘tekan suis’ supaya tidak lalai dan leka dengan dunia.
“Walaupun Allah turunkan cabaran dan dugaan, jadi saya mulai sedar sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa dengan bekerja. Daripada situ saya susun waktu bekerja dengan baik. Dalam masa yang sama, saya dan isteri juga menitik beratkan penjagaan kesihatan yang lebih terperinci bagi memastikan anak-anak tidak mengalami situasi seperti sebelum ini.
“Jadi, saya dan isteri sepakat untuk membeli strerelizer untuk rumah bagi membasmi segala penyakit dan habuk selain penggunaan aromaterapi. Bukan itu sahaja,setiap kali anak batuk saya terus ambil video dan hantar kepada doktor untuk mendapatkan nasihat. Saya juga elakkan mereka bertemu dengan orang ramai terutama anak kedua kami, Chayra memandangkan antibodinya tidak sekuat anak sulung,”jelas Haziq lagi.
Bertarung nyawa
Baru lima tahun bertapak dalam industri seni, Haziq sudah merangkul anugerah penyampai radio popular. Pun begitu, dia merasakan dirinya masih ‘kecil’ dibandingkan artis yang lain.
“Saya kini menggunakan nama Haziq Husni sebagai penjenamaan diri baik dalam bidang pengacara, penyanyi, dan juga penyampai radio. Alhamdulillah, selepas anak sakit, rezeki datang mencurah-curah.
“Saya kini sudah memiliki sepasang anak. Waktu anak sulung saya tidak berpeluang untuk masuk bilik pembedahan. Tetapi peluang diperoleh waktu anak kedua, awalnya saya tak nak tengok kerana takut tetapi bila pertama kali melihat membuatkan saya bertambah sayang pada isteri kerana dia terpaksa melalui kesusahan dalam melahirkan zuriat kami.
“Bukan nak kata bersalin secara pembedahan lagi teruk tetapi pointnya di sini adalah semua ibu tak kisah bagaimana dia bersalin normal mahupun pembedahan, dia adalah tetap seorang ibu yang bertarung nyawa melahirkan anak. Itulah pengorbanan seorang ibu. Jadi jangan pandang remeh pada ibu-ibu yang melahirkan anak,” ulas Haziq mengakhiri bicaranya.
Sebut saja daging korban, pasti penggemarnya terbayang-bayang pelbagai menu masakan bermain di fikiran, daripada hidangan enak seperti daging bakar dengan perapan yang enak. Selain itu, daging korban, dimasak sup tulang pun enak.
Sebagaimana perkongsian ini mudah aje cara membuatnya. Jom cuba!
Musim korban kompom dapat daging atau tulang orang bagi kan. Asyikk sup biasa jer jum try pulak sup ala kedai siam yang sangat simple .
Kat bawah ni miza share kan sekali resepi taw, kot kot la korang nak try kan. Resepi nii seriuss memang sedap sgtt, try laa.
RESEPI SUP TULANG ALA THAI
BAHAN BAHAN NYE.
1kg tulang (rebus dlu dengan halia smpai empuk)
Serai 2 – 3batang (ketuk)
Lengkuas 1inci (ketuk)
Bawang putih 3 ulas (ketuk)
Bawang holland 1 biji (hiris)
Bawang besar 1 biji ( hiris)
Halia 1inci (ketuk)
Akar ketumbar (ketuk)
Daun limau purut ( 3 or 4 helai)
CARA CARANYA boleh refer gambar yang miza sediakan tu.
Selamat mencuba korang
Kredit: Hamizah Hassanudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di