Ads

Minuman Campuran Tujuh Bahan, Wajah Glowing & Berseri, Nampak ‘Pink-pink’

Ini ada petua air minuman yang elok diamalkan. Banyak khasiatnya. Wajah akan kelihatan awet muda, wangikan badan dan bagus untuk rahim juga sebab ada kunyit. Jika diamalkan secara konsisten, wajah akan kelihatan ‘pink-pink’ dan berseri.

Apabila bahagian ‘dalaman’ kita terjaga  maka akan terserlahlah keayuan semula jadi pada wajah seseorang wanita itu. Walau bagaimanapun ramai wanita mengambil mudah soal penjagaan dalaman.

Minuman Campuran Tujuh Bahan

Rata-rata  ramai wanita terlalu mengutamakan penjagaan kulit wajah sahaja. Pendek kata hendak cantik luaran sahaja. Bab dalaman selalu dilupakan. Jom kita amalkan minum minuman campuran tujuh bahan ini. Jadikan sebagai amalan untuk penjagaan dalaman.

Minuman Campuran Tujuh Bahan, Wajah Glowing & Berseri, Nampak ‘Pink-pink’

BAHAN-BAHAN:

Ads

Kunyit 1 inci
Gula batu seketul
Serai sebatang diketuk
Halia 1 inci
Daun pandan 2 helai kalau kecil
Kayu manis 1 batang
Halba 1 sudu

Minuman Campuran Tujuh Bahan, Wajah Glowing & Berseri, Nampak ‘Pink-pink’

Wajah Glowing & Berseri, Nampak ‘Pink-pink’

CARA MEMBUAT:

Ads

1. Masukkan dua cawan air.

2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan. Rebus sehingga tinggal satu cawan.

Ads

Minuman Campuran Tujuh Bahan, Wajah Glowing & Berseri, Nampak ‘Pink-pink’

3. Minum suam-suam. Rasa segar sahaja badan lepas minum air ini. Selepas minum, asyik sendawa sahaja dan badan pun rasa ringan. Boleh amalkan seminggu tiga kali.

NOTA: Petua ini juga boleh diamalkan oleh wanita yang masih belum berkahwin. Bagaimanapun jangan terlalu kerap minum air ini kerana minuman ini ada ramuan kunyit.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Isteri Hanya ‘Pengurus Rumah Tangga’ Atau Peranan Mereka Lebih Dari Itu?

Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...