Minyak bawang putih memang menjadi antara pilihan minyak yang sering dijadikan alternatif dalam merawat masalah kesihatan anak-anak yang ringan. Atas sebab ini juga, telah menjadi kewajiban bagi puan Yatie Eimra untuk memastikan stok minyak bawang putih sentiasa ada bersamanya. Malah apa yang lebih menarik, dia turut menghasilkan sendiri ramuan minyak bawang putih tersebut.
Jadi apa kata, kita ketahui caranya dan bolehlah dijadikan sebagai ‘Firs Aid Herba’ di rumah yang wajib ada. Semoga bermanfaat.
Saya memang wajib simpan minyak bawang putih kat dapur & dalam beg (guna travel bottle). Banyak sangat manfaat & kegunaan minyak bawang putih ni. Bukan setakat anak, 1 famili boleh guna.
Ads
Anak tengah batuk ni, setiap hari saya akan sapukan minyak bawang putih lepas mandi & sebelum anak tidur (di bahagian dada, belakang badan & tapak kaki). Gabungan bawang putih & daun salam jadikan minyak ni cepat melegakan batuk & selsema, gatal², bengkak dan sebagai mosquito repellent gak. Sekarang bila anak terbatuk², dia sendiri yang akan mintak ‘minyak garlic’ & mintak ummi urutkan.. Padahal selama ni dia tak suka bau bawang putih & kena paksa bila nak sapukan minyak ni.
Ads
Tak susah pun buat minyak ni sendiri. Biasanya mak² buat minyak bawang putih dengan cara bakar bawang putih & campurkan dalam minyak. Tapi saya suka goreng/renihkan bawang dalam minyak dengan api perlahan sampai garing. Dengan cara ni, minyak boleh tahan lama sehingga berbulan².
Biasanya saya buat dalam kuantiti yang banyak tapi sebab lupa restock minyak zaitun, terpaksalah buat sukatan secawan (250ml) je dulu
Ads
Sukat dulu minyak zaitun untuk secawan. Lepas masukkan hirisan bawang putih & daun salam dalam pan, barulah tuang sikit demi sikit minyak (agak² terendam je). Renihkan dengan api yang sangat perlahan sampai bawang garing. Kemudian campurkan baki minyak zaitun. Biarkan sejuk sebelum simpan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan rasmi kewujudan bayi, anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah sendiri. Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah.
Wanita perlu mengambil ujian sekurang-kurangnya seminggu selepas mereka terlepas tempoh haid bagi mendapatkan hasil yang paling tepat. Ambil terlalu awal boleh cenderung kepada jawapan palsu apabila ujian adalah negatif tetapi sebenarnya, anda hamil. Dinasihatkan untuk mengambil ujian pada waktu pagi apabila air kencing pekat.
Terdapat dua jenis ujian kehamilan iaitu ujian air kencing di rumah dan ujian darah yang dijalankan di pusat perubatan. Ujian air kencing dirumah adalah 99% tepat manakala ujian darah adalah lebih tepat. Ketepatan ujian kehamilan bergantung kepada:
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ujian membawa hasil palsu jika terdapat protein atau darah dalam air kencing. Selain itu, jika pengambil ujian itu mengambil beberapa jenis ubat-ubatan, ia boleh menjejaskan ketepatan ujian.
Ujian kehamilan di rumah adalah sangat mudah digunakan dan memberikan hasil yang tepat dalam masa yang singkat selagi wanita ikut arahan dengan teliti.
Terdapat banyak cara untuk melakukan ujian. Ini adalah bagaimana untuk menggunakan ujian bukan digital.
Langkah 1: Wanita boleh memilih salah satu daripada kaedah ini:
Langkah 2:Tunggu beberapa minit untuk melihat hasilnya.
Langkah 3: Baca hasilnya. Bergantung kepada jenis kit ujian, hasilnya ditunjukkan berbeza. Jika anda hamil, hasil ujian boleh menjadi:
Jika wanita menggunakan ujian digital, langkah 1 dan langkah 2 adalah sama seperti dalam ujian bukan digital. Walau bagaimanapun, pada langkah terakhir, ujian akan membaca keputusan dengan jelas, sama ada “mengandung” atau “tidak mengandung”.
Jika ujian memberikan hasil positif, jumpa ke doktor untuk mengesahkan.
Jika ujian memberikan hasil negatif tetapi anda masih percaya bahawa anda sebenarnya hamil, pergi ke pusat perubatan juga untuk mendapatkan pengesahan doktor.
Pink dan ibu mengandung berpisah tiada, hehehe, macam sepasang kekasih pula. Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ni merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.
Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?
Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama jer, ibu-ibu yang dah ada anak 2-3 orang pun boleh blur sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak tu agak jauh, macam 3-4 tahun, gitu.
Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10 minggu.
Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul confirm yang kita hamil.
Semasa para ibu nak buka buku pink tu nanti, nurse yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir kita.
Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu aware tentang bila hari pertama period kita setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu.
Tarikh check UPT: 1 September 2017
Hari pertama period terakhir ibu: 1 Julai 2017
Jadi, dari hari pertama last period ibu tu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 8 minggu dan menghampiri 9 minggu dah.
Boleh tunggu seminggu dua lagi untuk buka buku pink.
Haaaa, mudah kan?
Buka buku pink lambat ni biasanya akan menjadi isu kalau ibu pernah mengalami masalah atau komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin semasa kehamilan terdahulu.
Mungkin juga sekiranya para ibu mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Macam kalau ibu pernah mengalami anemia kronik, kalau buat tak tahu, bayi mungkin boleh mengalami keguguran.
Kalau jadi kes macam ni, penelitian dengan lebih lagi perlu diberikan. Kalau tak, selalunya takde hal lah sangat.
Boleh saja dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi. Kalau tak, agak leceh sikitlah nak kene check darah dan urin serta menunggu giliran yang agak lama, selalunya.
Tapi kalau awal sangat, macam 2-3 minggu tu, ada yang berkongsi pengalaman, nurse suruh balik dulu. Lepas tu datang balik bila usia kandungan dah 10 minggu.
Mungkin kalau kita takde masalah, lebih baik ruang waktu tu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Di samping itu, 10 minggu ke atas tu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil.dan bayi.
Kebiasaannya perlu bawa IC. Walaupun ada sesetengah ibu yang berkongsi, perlu bawa sijil nikah serta bil eletrik atau air, tapi seingat saya, semasa nak buka buku pink dulu, saya diminta tunjukkan IC jer. Sijil nikah pun tak perlu. Tapi bawa jer kad nikah yang macam IC tu.
Bil elektrik atau air tu sebab kalau klinik kerajaan, diaorang nak pastikan yang alamat rumah kita adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Ada orang yang alamat rumah dalam IC berlainan dengan kawasan coverage (mungkin guna alamat kampung) klinik kesihatan tu. Bil air atau elektrik kan sebagai penunjuk alamat semasa kita.
Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal kat mana-mana pun.
Biasanya, untuk ibu yang pertama kali buka buku pink, 2 ujian yang akan dilakukan iaitu:-
Seterusnya nanti, nurse akan buat interview sikit. Nak tahu berkenaan sejarah kesihatan keluarga suami dan isteri seperti penyakit 3 serangkai. Macam ibu ni, kalau pernah mengandung, dulu ada tak mengalami GDM (kencing manis semasa hamil), anemia, darah tinggi dan sebagainya.
Walaupun interview tu sikit, soalan mungkin banyak dan macam-macam…hahaha. Layankan ajer. Semua info yang ditanya oleh nurse ni biasanya penting untuk kesihatan ibu dan bayi.
Selepas tu, nurse akan buat pemeriksaan breast. Selalunya nak tengok keadaan breast, ok ke tak tak bila time nak menyusu nanti. Nipple timbul ke tak. Check sikit dan sekejap jer.
Kemudian nanti, ibu diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan yang ada tabir kain tu. Nanti nurse akan tekan-tekan perut untuk ambil ukuran janin.
Biasanya rasa ketulan jer kalau baru 10-12 minggu ni sebab masih kecil.
Ada apa dengan buku pink ni? Penting kah?
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ni, ye ibu-ibu sekalian, terutamanya time checkup lah. Jangan pula nak checkup nanti, boleh tertinggal buku pink ni. Tak pasal-pasal dengar ceramah free daripada nurse tu karang.
Dalam buku pink ni terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor, keadaan bayi dan macam-macam lagilah.
Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silahlah bawa bersama buku pink ni. Mana tahukan, kalau berlaku apa-apa ke, mudah untuk ibu-ibu refer ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Kalau ikutkan, pada awal kehamilan ni, check mengandung adalah 1 kali sebulan jer. Tapi kalau ada masalah kesihatan macam GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), checkup selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali. Penat tu nak melayan, kan?
Jadi, para ibu sekalian, dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam. Nanti bila nak buka buku pink, takdelah masalah kesihatan lain pula.
Semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan riang. Berseri macam warna buku pink ni.
Umum mengetahui Wawa Zainal baru sahaja melahirkan anak keempatnya pada 30 November yang lalu dan kini masih lagi di dalam pantang.
Jika sebelum ini pelakon ini menjadi perhatian ramai apabila berkasut tumit tinggi selepas seminggu bersalin, kali ini dilihat ligat pula meredah banjir bagi menghulurkan bantuan.
Melalui hantaran video di Instagram miliknya, dilihat Wawa Zainal begitu bersungguh-sungguh melaksanakan misi membantu mangsa banjir dengan membeli sendiri barang keperluan seperti lampin bayi, telekung, bantal, tilam dan sebagainya di sebuah pasaraya dengan ditemani oleh suaminya Aeril Zafrel dan beberapa orang daripada teamnya.
Tidak dengan itu, dilihat juga Wawa Zainal sendiri turun ke lokasi banjir untuk menyerahkan barangan bantuan yang dibelinya. Difahamkan Wawa berbuat demikian sebab mahu merasai pengalaman dan lihat sendiri keadaan masyarakat yang ditimpa banjir besar di Selangor.
Air rebusan kurma merah biasanya diambil oleh wanita-wanita kaum Cina selepas bersalin. Ia sangat bagus buat ibu-ibu dalam pantang yang mengalami masalah kekurangan susu badan.
Selain membantu ‘menjana’ susu badan, air rebusan kurma merah ini juga baik untuk kulit.Air rebusan ini menjadikan kulit ibu-ibu jadi lebih berseri. Rugi siapa tak cuba. Melalui perkongsian Nurul Syazwani wanita ini berkongsi petua yang diperolehinya daripada seorang rakannya yang berbangsa Cina.
“Hari itu masa lepas pantang susu badan saya tiba-tiba drop. Lepas itu ada kawan saya bangsa cina suruh cuba buat air rebusan kurma merah ini.
“Ada juga yang suruh minum air kotak kurma merah itu. Bukan tak nak tapi kandungan gula dalam air kotak itu terlalu tinggi. Takut penyakit lain pula yang datang nanti.”
Mari kita cuba air rebusan kurma merah yang kita buat sendiri ini ya.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1. Kurma merah
2. Kurma hitam
3. Goji berries
4. Longan kering
5. Rose buds
6. Gula batu (jika suka manis)
Cara-caranya:
1. Basuh semua bahan dan toskan.
2. Rebus semua bahan dengan 5 gelas air.
3. Renehkan sehingga tinggal 3 gelas air.
Manfaat lain:
Air ni bukan sahaja untuk tambah susu badan, tapi banyak juga khasiat lain yang akan kita dapat. Kulit pun cantik kalau kita amalkan air ini.