Kalau anda sekeluarga peminat hidangan kepah dan kerang-kerangan pasti akan mencari waktu yang ideal untuk berkunjung ke Tanjung Kepah, Lekir, Sitiawan, Perak. Ini kerana anda sekeluaga boleh menikmati kepah yang segar hasil daripada aktiviti mencari dilakukan di kawasan pantai tersebut. Bahkan bukan sahaja kepah banyak di sini, malah anda juga boleh mencari kerang, remis dan banyak lagi.

Pastinya aktiviti mencari hidupan bercengkerang ini di pantai menjadi suatu keseronokan buat seisi keluarga. Usai mencari dilakukan, terus dimasak hasil tangkapan itu dan pastinya rasa kerang-kerangan tersebut begitu segar dan manis dimakan.

Ini sebagaimana pengalaman yang dikongsikan oleh Rosimah Roslan melalui page Viral Perak bahkan turut dikongsikan iternari percutian santai keluarganya ke Tanjung Kepah, Lekir, Sitiawan.

Misi Mencari Kepah, Percutian Keluarga Ni Sungguh Santai & Menyeronokkan

Misi mencari kerang di Tanjung Kepah, Lekir, Sitiawan

Itinerary: (Day 1)

– Bertolak ke Lekir, Sitiawan.

– Check in: Sun Inn Hotel Sitiawan (bajet je). Book awal dekat Agoda.

– Santai-santai mandi kat pool teman adik (Hotel Bajet tapi ada swimming pool).

– Makan malam di Lemboy Cabin (Boleh waze je lokasi). Servis cepat & makanan pun sedap-sedap. Boleh cuba. Chim & family makan Chicken Grilled Chop, Lamb Chop & Nasi Goreng Original Lemboy Style.

IKLAN

Misi Mencari Kepah, Percutian Keluarga Ni Sungguh Santai & Menyeronokkan

– Balik hotel & rest

Baca juga artikel Ni:

Itinerary: (Day 2)

– Sarapan pagi. Hajat nak makan dekat Roti Canai Pak Tam Sitiawan tapi penuh (parking tiada) jadi kami pun pergi makan dekat Kedai Makan Cik Ani. Menu nasi lemak, nasi berlauk & roti canai memang sedap.

– Bertolak ke Tanjung Kepah, Lekir.

IKLAN

– Pi awal supaya boleh cop port cantik bawah pokok Ketapang.

– Kalau nak cari kerang & kepah, pastikan pakai stokin & kasut getah. Tapi kalau jenis kaki tahan tak perlu la pakai

Misi Mencari Kepah, Percutian Keluarga Ni Sungguh Santai & Menyeronokkan

– Bawa la besen ke baldi untuk letak kerang. Tapi kalau nak cari kepah, bawa la pencakar. Beli je kat kedai rm2.

– Tandas ada di Tanjung Kepah. Bayaran masuk mandi RM1 & tandas RM0.50.

– Kedai makan Warung Tepi Laut. Hanya dibuka pada hari Sabtu & Ahad bermula 8.00 pagi. Pukul 12 tengahari macam tu dah tutup.

IKLAN

– Aktiviti: BBQ. Bakar-bakar kerang, siput sudu, jagung, kerang rebus.

Misi Mencari Kepah, Percutian Keluarga Ni Sungguh Santai & Menyeronokkan Misi Mencari Kepah, Percutian Keluarga Ni Sungguh Santai & Menyeronokkan Misi Mencari Kepah, Percutian Keluarga Ni Sungguh Santai & Menyeronokkan

– Pukul 3 petang. Dah penat. Jom balik

– Perjalanan balik singgah makan di Selekoh Pak Ngah, Pantai Remis. Bawah pokok kelapa sawit. Cendol sedap weii

Misi Mencari Kepah, Percutian Keluarga Ni Sungguh Santai & Menyeronokkan

 

  • Misi Mencari Kepah, Percutian Keluarga Ni Sungguh Santai & MenyeronokkanJadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

     

    Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

    Misi Mencari Kepah, Percutian Keluarga Ni Sungguh Santai & Menyeronokkan

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI