Semua kita yang berkerja pastinya mencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP. Pada usia tertentu duit boleh dikeluarkan oleh pencarum.
Namun, dalam tempoh itu, kita tidak tahu, jangka hayat kita. Mungkin kita ‘pergi’ dulu sebelum usia matang untuk pengeluaran duit di KWSP.
Oleh itu, di sini pentingnya pencarum meletakan penama atau waris kepada akaunnya di KWSP.
Tak kisah lah isteri, ibu atau ayah. Jika anak kena usia 18 tahun untuk jadi pemegang amanah itu.
Penama ni bukan bermakna individu dapat semua harta kita, tetapi pemegang amanah untuk memudahkan urusan pengeluaran duit. Kita orang islam tetap mengikut faraid.
Jangan pulak kita letak penama ibu atau ayah di kampung yang uzur. Kesian mereka jika terpaksa ke pejabat menguruskan hal segala dokumen.
Ingat penama adalah pemegang amanah. Harta tetap kena ikut pembahagian faraid. Tetapi pastikan penama itu amanah. Kalau tidak, hukum Islam semua dia tolak tepi.
Apa pun, penama waris adalah penting bagi urusan pengeluaran duit.
Begitu juga dengan perkongsian oleh Siti Zainab Abd Raof mengenai kepentingan penama.
Lepas baca ni jangan lupa kemas kini datang anda ye.
Gambar hiasan
“Saya nak keluarkan duit EPF arwah suami saya.Nahh ini dia sijil kematian suami saya.”
“Boleh tunjukkan surat kuasa jika nak keluarkan duit arwah suami?”
Tanya pegawai yang bertugas di kaunter.
“Kenapa perlu surat kuasa pulak tuan.Bukankah arwah suami saya meletakkan nama saya sebagai penama EPF beliau?”
Soalan dibalas dengan soalan.
ARWAH SUAMI TAK LETAK PENAMA, SIJIL KEMATIAN TAK BOLEH GUNA
Ads
“Mengikut dalam sistem kami,arwah suami puan tidak pernah meletakkan sebarang penama untuk akaun EPF beliau.”
“Apa?Kenapa macamtu pulak.Sijil kematian dan surat nikah ni tak cukup kuat ke bukti untuk saya keluarkan duit arwah?”
Tanya balu tersebut sambil menangis teresak-esak.
“Maaf puan.Ini prosedur standard mana-mana institusi kewangan.Jika berlaku kematian tanpa penama,kami memerlukan surat kuasa Probate jika berwasiat atau LA(letter of admin) jika tidak berwasiat.
Barulah duit yang di dalam akaun pencarum akan dapat dikeluarkan.”
Panjang lebar pegawai tersebut menerangkan.
PENCARUM KENA LETAK PENAMA
Ini salah satu risiko yang bakal berlaku sekiranya pencarum EPF tidak mengemaskini penama akaun mereka.
Tambahan pula,jika penama meninggal dahulu sebelum pencarum.
Korang tahu tak surat kuasa tu menatang apa?
Ads
Sila ingat ya.
Sijil kematian dan permit pengebumian saja tidak LAKU untuk membuat pentadbiran harta pusaka.
Berlaku saja kematian dan setelah didaftarkan kematian tersebut,maka terbekulah segala harta dan aset si mati.
Jadi,semua institusi kewangan(harta alih) dan pejabat tanah(harta tak alih) akan minta surat kuasa jika waris hendak menuntut harta tersebut.
BILA TAK ADA PENAMA PROSES PENGELUARAN DUIT JADI SUKAR.
Senang ke tak nak dapatkan surat kuasa tersebut?
Senang tapi tak mudah juga sebenarnya.
Senang jika waris bekerjasama untuk sama-sama turun semasa hari bicara di pejabat pusaka kecil.
Tak nak turun?Boleh saja.Tunjukkan borang DDA(dicop pesuruhjaya sumpah) dan dinyatakan siap-siap bagaimana pembahagian harta samada muafakat atau faraid.Kalau nak tolak bahagiannya pun kena nyatakan juga.
Ads
Harta simati melebihi 2 juta yang lagi haru.
Masalah tau!
Terus nak kena tadbir melalui mahkamah tinggi tau.
Kena ada dua orang penjamin yang harta mereka bernilai melebihi 2 juta jugak.
Kos siapa nak tanggung?
Waris ler.
Payah jugak kan.
Nak senang cerita,semasa hidup ni buatlah perancangan siap-siap ke atas harta kita guys.
Buatlah perlantikan pentadbir harta supaya pabila kita meninggal kelak,harta dapat ditadbir dengan cepat.
BUAT PENAMA BAGI SEBARANG AKAUN LAIN MUDAHKAN URUSAN
So guys,
Sis nak bagi pesanan khidmat masyarakat ni.
Sila check semula penama EPF kalian.Begitu juga penama di institusi kewangan lain seperti insurans/takaful, TH dan juga akaun ASB.
Kemaskini jika penama sudah meninggal.
BIG NO!
Jangan meletakkan penama anak-anak yang di bawah umur 18 tahun.
Anak-anak tiada kuasa pun nak mentadbir harta tersebut selagi tak berumur 18 tahun.
Tapi,harus diingat.
Penama hanya berfungsi sebagai pemegang amanah sahaja. Pembahagian wang epf tersebut masih perlu dibahagi mengikut faraid atau muafakat waris.
Itu belum lagi masuk cerita akaun simpanan bank,pelaburan yang tidak mempunyai fungsi penama.
Rumah,kereta,tanah dan lain-lain.
Jadi,masih memerlukan surat kuasa untuk mentadbir harta pusaka tersebut.
Khabar gembira buat rakyat Malaysia, akhirnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melakukan penstrukturan semula akaun ahli yang menyaksikan penambahan Akaun 3 atau Akaun Fleksibel untuk ahli berusia bawah 55 tahun, bermula 11 Mei depan. Tentu rasa lega apabila akaun ini boleh menjadi dana kecemasan anda apabila diperlukan.
Terdahulu KWSP mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP dengan pengenalan Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan seterusnya yang terbaharu Akaun Fleksibel (Akaun 3)
Bagi yang kurang jelas dengan penstrukturan baru akaun KWSP, Siraj Fahmi, Financial Planner Representative Licensed by Securities Commission menerusi facebook miliknya menjelaskan dengan lebih lanjut. Ayuh ikuti perkongsian beliau. Moga memberi manfaat keapda semua.
Struktur baru akaun KWSP dah keluar guys. Confirm akan ada 3 akaun bermula 11 May 2024 ni.
Nama pun dah bertukar. Bukan lagi guna akaun 1 akaun 2. 1️⃣ Akaun Persaraan (ganti Akaun 1) 2️⃣ Akaun Sejahtera (ganti Akaun 2) 3️⃣ Akaun Fleksibel (akaun baru)
Baki dari akaun 1 & 2 akan maintain dalam akaun Persaraan & Sejahtera. Akaun Fleksible akan mula dari kosong. Bermula 11 May, pecahan duit yang masuk ke KWSP akan jadi, 75% ➡️ Akaun Persaraan 15% ➡️ Akaun Sejahtera 10% ➡️ Akaun Fleksibel
Pencarum juga ada pilihan untuk pindahkan sebahagian dari akaun Sejahtera masuk ke akaun Fleksibel. Boleh rujuk gambar untuk berapa pecahan yang boleh tu.
Kalau nak buat pindahan atas ni, boleh buat melalui i-Akaun atau self service terminal di pejabat KWSP between 11 May – 31 August
Basically kalau nak mudah bawak keluar duit dari akaun Sejahtera tanpa perlu ikut syarat biasa akaun 2, boleh transfer siap-siap ke akaun Fleksible sebab boleh withdraw anytime, minimum RM50.
Bagus ke tak struktur baru ni?
Ada pros & cons of course. Pros sebab boleh jadi salah satu emergency source of fund.
Yang pandai invest sendiri, boleh guna jadi capital. Cons, kacau retirement fund kalau selalu sangat keluarkan, kurang portion yang boleh guna untuk housing related withdrawal (beli rumah, bayar instalment) sebab dah kurang 5% effectively.
So akan ada yang bersyukur, akan ada yang mungkin tak berapa setuju. Bergantung kepada tahap kewangan masing-masing.
Sumber: Siraj Fahmi, Financial Planner Representative Licensed by Securities Commission
MESTI TONTON: KISAH KUCING YANG CUTE HINGGA MEMBAWA KEBAHAGIAN BUAT SEBUAH KELUARGA
Mengandung dan melahirkan anak adalah momen yang paling dinantikan oleh setiap wanita yang sudah berkahwin. Lengkap sudah fitrah hidup, detik demi detik dinanti penuh debaran.
Namun tidak semua berakhir dengan kegembiraan, si kecil yang dinanti akhirnya dijemput kembali pada Sang Pencipta. Kisah pelakon kecil molek bernama Sari Yanti yang keguguran bulan lalu rupa-rupanya cukup memilukan
Dalam diam-diam, rupa-rupanya isteri kesayangan Jep Sepahtu ini sudah 5 kali mengandung. Namun ketentuan Yang Maha Esa, dua darinya keguguran.
Dalam satu perkongsian, sari Yanti bercerita mengenai isu kehamilan dan kegugurannya. Dia yang sebelum ini pernah hamil luar rahim terpaksa akur bila mana satu tiubnya pecah dan terpaksa di buang.
Kehamilan ke 5
Sari atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari membuka peluang untuk peminatnya bertanyakan soalan di laman sosial Instagram miliknya.
Di dalam catatannya, Sari memberitahu kandungan ketiganya berada di luar rahim sehingga terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang satu tiub fallopian.
Jantung baby berhenti tiba-tiba
Walaupun terkejut dan sedih kehilangan bayi yang dikandung, namun Sari pasrah dan reda. Baginya ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Ada hikmah tersendiri
Tidak dapat mengawal rasa sedih, Sari mengakui menangis di hadapan doktor. Namun Jep banyak membantu menenangkan hatinya kembali.
Nangis depan doktor
Mengakui kehamilannya baru-baru ini adalah yang kelima, Sari reda dan mengakui dia dan Jep kini sudah ada 2 ‘anak syurga’ yang menanti mereka.
Bulan-bulan puasa ini, penggunaan oven memang sangat-sangat diperlukan terutamanya sewaktu bersahur. Ianya mudah untuk perhangat makanan lebihan semalam.
Namun apabila selalu digunakan dan ‘banyak tangan’ yang menggunakannya, ada yang sampai lupa untuk membersihkannya sehinggalan oven tersebut berkerak dan berbau.
Kalau dah jadi mamcam ini, pasti anda sendiri geli untuk menggunakannya lebih-lebih lagi apa yang nak dipanaskan itu adalah makanan.
Macam mana cara bersihkan oven yang dah berkerak macam ni ya?”
Jangan risau, sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.
Berikut ada beberapa cara bersihkan oven atau microwave yang boleh anda cuba di rumah.
1. Gunakan Air
Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven. Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven.
Apabila ia menyejuk / suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur / kain pengelap yang bersih. Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan oven supaya ia mudah untuk dibersihkan.
2. Cuka
Campurkan 1 liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven. Biarkan selama 15 minit dan bilaskan dengan air bersih. Kesan kehitaman akan segera menghilang.
Cara bersihkan oven sebegini paling sesuai jika anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan. Cuka bukan saja bertindak menghilangkan kotoran, tetapi sifat keasidannya turut menjadi pelindung anti-kulat.
2. Soda Bikarbonat
Boleh juga menggunakan soda bikarbonat bersama dengan sedikit cuka. Campurkan kedua-dua bahan ini dan biarkan ia menjadi pes. sapukan pes ini pada permukaan oven yang terdapat kesan degil.
Biarkan pes ini selama 1 jam hingga 12 jam. Lagi lama lagi berkesan, bergantung kepada tahap kotoran yang terdapat pada oven. Kemudian, lapkan semula dan bilas.
4. Lemon / Limau Nipis
Kalau tak ada cuka, gunakan perahan lemon atau limau nipis untuk menggantikan cara ke-3 di atas. Sifat keasidan lemon bukan saja bertindak sebagai pencuci semulajadi, tetapi turut memberi bauan segar pada oven. Campurkan bersama soda bikarbonat / baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.
Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak dalam oven. Kotoran degil akan tanggal dengan berkesan.
5. Spray Cuka
Jika masih tertinggal sedikit kesan kotoran, masukkan cuka (bersama sedikit titisan lemon jika ada) ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan tersebut.
Biarkan seketika dan lap. Ulangi langkah ini beberapa kali.
Mudah & Berkesan
Demikian tadi cara bersihkan oven yang boleh anda lakukan. Boleh rujuk video di bawah untuk lebih faham.