Dah hujung-hujung puasa ni memang dah tak berapa selera untuk makan nasi. Anak-anak kita pun sama.
Di hujung minggu, sesekali kita sediakan bubur nasi buat anak-anak kita. Saja bertukar selera. Memang ‘layan’ juga dan makan bertambah dengan deretan lauk pauk ringkas. Pun begitu nak sediakan bubur nasi pada anak-anak ambil masa yang agak lama. Maklumlah
nak tunggu hingga nasik benar-benar lembik dan jadi bubur bukan ambil masa yang singkat.
Sementara bubur nak masak, perut berkeroncong minta diisi. Anak-anak pun mulalah masuk ke dapur tanda kelaparan melanda. Sebenarnya ada banyak teknik dan langkah untuk memasak bubur dengan lebih cepat dan pantas.
Ada sesetengah daripada kita yang membekukan terlebih dahulu beras di waktu malam hari dan keesokkan harinya barulah dimasak seperti biasa. Lebih cepat dan pantas.
Ads
Antara cara lain yang anda boleh cuba adalah dengan mengikut perkongsian yang dikongsikan di blog hatibungasakura.blogspot.my ini. Menarik juga cara yang dikongsikan olehnya ini. Jom cuba.
Kredit Foto: rahelblog.blogspot.com
Korang tak rasa ke lamanya bubur nasi nak kembang bila masak. Berkeroncong perut nak tunggu bubur siap.. huh. Ni ada petua supaya senang je bubur korang masak. Jom cuba!
Caranya:
1. Tanak nasi macam biasa dulu.
Ads
2. Lepas masak, masukkan ke dalam dalam pengisar. Tuang air sampai tenggelam nasi tu..dan kisar halus.
3. Kemudian masuk semula ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain seperti ayam. Saya letak sup bunjut, ayam dan kentang. Halia jangan dilupa, nanti baunya wangi dan sedap.
Andai ke kedai mamak untuk makan roti nan, hidangan ayam ini pastinya menjadi pilihan. Kalau makan begitu sahaja pun sedap . Aduh dah mula terbayang akan keenakkannya. Teringin la nak buat sendiri, kalau ibu-ibu ada airfryer lagi cepat untuk masaknya.
Jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Cik Illa ini. Selamat mencuba!
Dalam keadaan sekarang nie, Semua nak kena berjimat.. Kalo boleh buat sendiri, buat apa nak beli Kan. Kebersihan pun terjamin.
Bahan-bahan: Chutney
👉Yogurt asli (2/3sdb)
👉Halia + bwg putih
👉Jus lemon
👉Cili hijau – 3btg
👉Garam + gula
👉Daun pudina – secawan
👉Daun ketumbar – secawan
⚠️Sy guna setengah biji lemon.
⚠️Pastikan daun pudina lagi banyak dr daun ketumbar ye.
⚠️Lepas blend terus simpan dlm peti ais.
1) bersihkan ayam. + letak sedikit minyak n biar seketika dlm 5minit.
2) kemudian masuukkan serbuk cili dlm 1sdb + garam + jus limau nipis. (ikut citarasala nk masam mcmana)
3) masukkan pewarna merah sikit untuk nk menampakn effect ayam tandoori.. ( kalo xletak pon xpe tp nanti xdela rupa tandoori n Xla nmp mengancam🤭). Pastu perap jap.
4) dlm bekas yg lain, masukkn bwg putih + halia +yogurt asli dlm 6 – 8sdb + lada hitam + serbuk cili + serbuk ketumbar + garam masala + serbuk kunyit.
Gaulkn semua.
5) tuangkan bahan tadi ke dlm bekas yg berisi ayam..
6) kacau sebati dan perap. Lagi lama perap, lagi best.
7) wpun kita xde tempayan nk buat tandoori nie, buley saja campakn dlm af nie..
Suhu 180/10minit + 170 / 10minit @smp masak. (jgn lupa pusingkn ayam tu). Kalau nk bake dlm oven / bm pon buley gak🤭🤭.. Ikutla suhu peralatan memasing ye.
Siapa yang tak nak anak cemerlang. Lebih-lebih lagi apabila mendapat tawaran menduduki asrama penuh yang menjanjikan kecemerlangan pendidikan secara umumnya. Namun, ini tidak bermakna anak-anak yang menduduki sekolah harian juga tidak boleh berjaya dalam kehidupanya untuk menjejak kaki ke menara gading.
Setiap ibu bapa ada, alasan sendiri kenapa anak perlu duduk di asrama atau tidak. Ada anak yang cemerlang keputusan peperiksaan, memilih untuk tinggal dirumah dan sebaliknya. Sebagaimana perkongsian positif seorang bapa di laman facebooknya My Learning Journey yang juga seorang yang aktif memberikan pandangannya mengenai kekeluargaan secara positif.
Melalui perkongsian beliau pada minggu lepas yang telah mendapat share sehingga lebih 2 ribu perkongsian, memberikan pelbagai impak kepada ibu bapa. Ada yang setuju dan sebaliknya. Namun, katanya, “Perkongsian saya ini bukanlah berbentuk pilihan ibu bapa mana yang lebih betul, sebaliknya pilihan yang manakah yang paling membolehkan ibu bapa terus berperanan dalam mendidik anak-anak dengan berkesan.” Ikuti perkongsian positifnya yang beranggapan pendidikan adalah (education is all about learning). Moga kita sebagai ibu bapa cakna dalam mendidik anak-anak!
??????? ????????? ??? ‘???????? ?????? ????????’
“Duduk asramalah best!” kata anak saya.
“Jom kita bincang, kenapa ia best” saya menyambut kenyataannya.
Perbualan saya dengan anak-anak malam itu menjadi tegang berkaitan bagus atau tidak bagusnya bersekolah asrama. Saya faham mengapa anak saya suka tinggal di asrama semasa di Malaysia dahulu. Ia menepati kecenderungan perkembangan remaja. Di peringkat umur berkenaan, anak remaja tidak berminat dengan hubungan dua hala bersama ibu bapanya, sebaliknya fokus lebih kepada aktiviti sendiri serta hubungan dengan rakan sebaya. Sehinggalah otak hadapan anak lebih berkembang untuk mempunyai lebih prefrontal power, egocentric stage of brain menyebabkan kehidupan bersama keluarga akan menjadi satu gangguan kepada kehendak jiwa remaja, dan asrama boleh menjadi jalan keluarnya.
“Tetapi abi gembira dengan penghijrahan kita ke Finland yang sekali gus menyebabkan tiada lagi kehidupan asrama. Walaupun kerja menjaga kome di depan mata sangat menguji kesabaran abi, terutamanya apabila terpaksa melakukannya pada kebanyakan masa secara bersendirian, abi yakin pengalaman kita sekarang dapat mencegah kamu semua daripada menjadi seperti abi!”
“Jadi apa?” tanya anak-anak.
Iaitu jadi apa yang disebut di dalam British Journal of Psychotherapy oleh Dr Joy Schaverien sebagai “Boarding School Syndrome”.
??????? ??????? ??????
“But you turned out to become a good person” kata anak–anak saya.
“Thank you for saying that. But now you’re old enough to be able to understand better what I internally struggle. Abi duduk asrama semenjak usia baru nak masuk 13, dan semenjak itu definisi rumah bagi abi berubah. Where is home?” saya bercerita.
“Kamu ingat semasa buat keputusan nak ke Finland, senang ke nak tinggalkan tanah air, peluk opah dan berbisik di dalam hati agar peluklah emak abi lama-lama kerana abi mungkin tidak akan lagi berpeluang memegang wajah opah lagi buat selama-lamanya? Abi boleh buat keputusan yang sangat perit itu sebab abi hati kering! Abi mampu buat sebab sebagai budak asrama.
I fit in everywhere, but belong nowhere. I am not scared to live anywhere is this world, because I have no sense of belonging to a HOME. I have learnt to cope alone because the experience toughens me up.
Tetapi I am not a person yang mudah untuk seseorang hidup bersama. Tak percaya, tanya ummi. Abi bukan bermelankolik, tetapi ia adalah simptom–simptom “boarding school syndrome” yang rumit untuk diperkatakan itu.” saya menerangkan.
? ??? ?? ??????????, ??? ?????? ???????
Tidak mudah untuk saya mencoret tentang pengalaman berdialog dengan anak-anak kami yang kini meningkat remaja. Saya menghormati privacy mereka dan ini bukan lagi era Aku Terima Nikahnya (2008) dahulu.
“Sebab itu semasa abi duduk di tepi kubur opah Ogos lalu, abi menangis sepuas-puasnya sebab antara kata-kata Opah yang abi teringat semasa abi nak ke Jordan dulu ialah, “lepas kamu ke asrama, kamu dah jadi ‘anak kerajaan’. Emak dah tak rasa emak menjaga kamu!”
“Walaupun opah menyebutnya sekadar luahan hatinya semasa abi memberitahu abi dapat offer pergi Jordan, tetapi kata-kata itu sangat menghiris perasaan abi because I was happy that I am anak emak. Bagi abi, tiada apa yang hendak dimalukan orang kata kita anak manja dengan emak, sebab itu tandanya kita dekat dengan syurga. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Tetapi, umur 13 tahun keluar rumah, 18 tahun ke luar negara, 26 tahun berkahwin dan terus menjadi suami orang, dan membina rumahtangga sendiri. I lost the family intimacy.” saya menyambung cerita.
“Dan sebab itu walaupun abi suka kanak-kanak, hakikatnya abi hanya mudah mesra dengan anak-anak sendiri. There is a complex psychological explanation behind it, as part of this ‘boarding school syndrome’. Sedangkan golongan upper class menganggapnya sebagai ‘character building’. Bangga sangat dengan pengalaman bersekolah di sekolah so and so dahulukala.” saya tegaskan.
Saya tidak menganggap bersekolah di sekolah berasrama sebagai satu priviledge sebab ia hakikatnya meninggalkan kesan psikologi sepanjang hayatnya, yang kini sudah pun mula dikaji oleh pakar-pakar di UK, Australia dan USA.
Ia sepatutnya menjadi hanya pilihan yang TERPAKSA diambil oleh golongan yang memerlukan bantuan kerajaan, apabila keluarga tidak mampu menyediakan keperluan asas persekolahan anak-anak. Sebagaimana idea asal sekolah berasrama penuh di negara kita.
Saya berbual dengan anak-anak tentang implikasi bersekolah asrama ke atas individu. Perbualan kami seterusnya pergi kepada implikasi an arrogant or patronising manner di kalangan elitis sekolah asrama, iaitu sekurang-kurangnya satu perkara yang saya sangat bersyukur Allah lepaskan saya daripadanya.
Saya mual dengan idea old boys, alumni sekolah ini dan sekolah itu, kerana jiwa saya lebih resah memikirkan ketidakadilan di dalam pengagihan bajet sistem pendidikan kita secara keseluruhannya. Saya malu untuk berasa gah dengan pengalaman bersekolah asrama elit ketika mana saya tahu bahawa di bawah kementerian dan kerajaan yang sama, ada banyak sekolah lain yang terbiar kedaifan.
Di Finland, saya perlu mendepani drama remaja anak-anak, perubahan kelakuan mereka, masalah-masalah mereka, yang semuanya itu sangat meletihkan saya yang juga merupakan seorang pelajar sepenuh masa. Tetapi anak-anak kami makan bersama setiap hari, bergaduh di depan saya dan menyelesaikan pergaduhan itu juga di depan mata saya, berbincang tentang masalah-masalah yang sangat rumit hingga membabitkan hidup dan mati, iaitu topik-topik yang saya belajar untuk menelannya sendiri semasa saya di usia mereka.
Memang bersekolah asrama itu ada kebaikannya, tetapi Boarding School Syndrome bukan bahan gurauan saya dengan anak-anak. Perkongsian saya ini bukanlah berbentuk pilihan ibu bapa mana yang lebih betul, sebaliknya pilihan yang manakah yang paling membolehkan ibu bapa terus berperanan dalam mendidik anak-anak dengan berkesan.
Jika pilihannya adalah dengan menghantar anak ke asrama, maka ambillah berat tentang isu Boarding School Syndrom ini. Dan jika pilihannya mengekalkan anak-anak di rumah, saya doakan semoga Allah permudahkan urusan dan amanah yang berat ini.
Kita belum berbincang tentang masalah pengalaman seksual tinggal di asrama.
Kahwin bukanlah semudah yang anda sangkakan. Jika anda dan pasangan masih lagi kurang ilmu di dada, dalami ia dan bersedialah. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan yang bahagia dan harmoni. Sikap saling mempercayai perlu.
Begitulah perkongsian lelaki ini, Abu Hurairah Asifa yang menjelaskan bahawa perkahwinannya adalah punya matlamat.
Saya berkahwin kerana saya nak jadi suami.
Bukan mahu apa dari isteri.
Kalau saya kahwin sebab nak semua dari isteri, saya akan jadi suami yang paling kecewa sekali.
Baju tak basuh bising.
Makanan takde marah.
Rumah bersepah resah gelisah.
Maka, saya masuk ke dalam rumahtangga bukan nak semua, tapi usahakan bagi semua.
Itulah tugas saya.
Apa yang saya terima dari isteri, saya anggap itu bonus.
Saya juga melalui sakit yang orang lain rasa.
Cuma bezanya saya belajar dan berusaha. Bukan melihat buta segala sikap dan perangai isteri, menyalahkannya setiap hari, dan bersangka buruk malam dan pagi.
Kalau kita tak dapat pasangan yang baik, jangan itu menjadi alasan untuk kita tak menjadi yang terbaik.
Andai benar kahwin kerana Tuhan, ujian di lalui dengan penuh percaya pada kebaikan Tuhan.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.