Tanyalah pada sesiapa pun yang membesar sekitar tahun 1989 tentang drama bersiri Moero Attact karya Shotaro Ishinomori, yang mengisahkan tentang seorang gadis Jepun (Kojika Chun) yang berusaha bersungguh-sungguh bagi mengejar cita-citanya untuk menjadi wakil negaranya untuk skuad bola tampar di temasya sukan Olimpik.
Betapa rancangan ini memberi impak dan fenomena yang cukup dasyat, ditayangkan pada hari Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang. Kebanyakan peminat cerita ini akan berlari pulang daripada kelas mengaji malah ada yang sanggup ponteng sekolah agama semata-mata tidak ingin terlepas siaran.
Bukan itu sahaja, malah banyak lagi nostalgia menarik yang tercipta dan ini dikongsikan sendiri oleh follower fb keluargamagzine.
Antara komen menarik
Ads
Ini hanyalah sebahagian komen yang dapat dipaparkan dan apa yang pasti cerita ini masih kuat melekat di memori kita semua terutamanya yang sedang membesar sekitar tahun 1989.
EKSTRA INFO :
Mula ditayangkan di Jepun : Pada 5 Januari 1979 hingga 11 Julai 1980 (menjelang temasya sukan Olimpik Mascow 1980)
Mula ditayangkan di Malaysia : Pada tahun 1989 oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Memetik apa yang dilaporkan di dalam Utusan Online bertarikh 25 Mac 2018.
Ads
Pada awal tahun 2000, rancangan bual bicara CCTV di Jepun ada menemubual pelakon utama drama tersebut iaitu Chun atau nama sebenarnya Yumiko Araki. Sesi beramah mesra bersama peminat-peminat drama 72 episod tersebut berlangsung kira-kira 15 minit.
Dalam temubual tersebut pelakon dan penyanyi yang sudah pun berusia 58 tahun itu mengakui drama Moero Attack sentiasa membawa dirinya mengenang saat-saat indah ketika usia remaja. Kenangan tersebut juga seolah-olah baru semalam berlalu.
“Satu memori yang sangat indah untuk diingati terutamanya saat bersama rakan-rakan. Ketika membawa watak Chun, umur saya masih belasan tahun lagi. Masih muda remaja dan hidup juga penuh dengan warna warni. Sepanjang penggambaran kami tidak berhenti gelak ketawa.
“Namun yang orang tak pernah tahu sebenarnya saya adalah seorang pemain bola jaring. Dalam masa yang sama, saya tidak pernah meminati bola tampar tetapi disebabkan drama tersebut saya terpaksa mempelajarinya sedikit demi sedikit.
Ads
“Salah satu sebab saya sukakan bola jaring berbanding bola tampar kerana sukan bola jaring tidak pernah mengambil tahu tentang ketinggian berbanding sukan lain. Ini kerana tinggi saya cuma 153cm dan tidak layak untuk bermain sukan lain. Tetapi setelah membintangi drama tersebut ramai peminat di luar sana yang tertipu mereka ingatkan saya tinggi,” ujarnya sambil tergelak.
Yumiko Araki
Sepanjang temubual itu juga, pelakon yang pernah berlakon lebih daripada 10 buah drama bersiri ini turut meluangkan masa bermain bola tampar bersama peminat-peminat di dalam studio sambil menunjukkan teknik-teknik dalam drama Mouro Attack yang masih diingatinya.
Mungkin di Malaysia drama ini hanyalah sekadar drama hiburan semata-mata namun bagi negara China misalnya mereka menjadikan Moero Attack yang diterbitkan di Jepun sebagai satu inspirasi kepada pasukan pemain bola tampar kebangsaan mereka.
Drama siri ini ditayangkan berulang-ulang kali di negara tersebut semata-mata untuk merangsang semangat pasukan bola tampar.
Hasilnya pada tahun 1981 hingga tahun 1986, pasukan bola tampar wanita China menjadi juara pada kejohanan bola tampar dunia dan olimpik sebanyak lima kali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tragedi enam anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas di lombong, Taman Putra Perdana, Puchong, 3 Oktober 2018 meninggalkan kesan pilu yang tiada penghujungnya.
Namun siapa kita untuk menidakkan apa yang terjadi. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Cuma kita tidak tahu tarikh dan waktunya kerana Allah rahsiakan saat kematian itu.
Sesungguhnya berat mata memadangan berat lagi bahu yang memikul. Kita sebagai khalifah ciptaannya, harus tabah dan reda setiap yang terjadi. Itulah yang dirasai oleh puan Shamiza Salleh isteri kepada arwah Adnan Othman, yang merupakan salah seorang daripada enam mangsa lemas kejadian itu telah memberi impak kepada kehidupannya.
Namun, tidak mahu kesedihan menyelubungi diri sehingga menjejaskan cara hidup termasuk semangat anak-anak, Shamiza bijak mengawal emosi. Terdahulu, hasil perkongsian perkahwinan selama lima tahun, mereka dikurniakan dua anak perempuan Nur Aisyah Damia 5 tahun dan Nur Aliya Maisarah 3 tahun.
“Selepas kejadian itu, saya cuba sibukkan diri supaya emosi saya tidak terganggu. Bila penat, saya tidur dan apabila bangun, saya mulakan hari yang baru.
“Sebelum ini semua aktiviti saya lakukan bersama arwah. Jika saya duduk di rumah, bayangan arwah tetap ada. Saya tak boleh nak lari. Rumah ini adalah rumah saya dan arwah,” ujarnya dengan pilu.
Kuat demi anak-anak
Sungguhnya, luluh hati saat terkenangkan momen indah saat dengan arwah suaminya. Namun, Shamiza sedar bahawa anak-anaknya amat bergantung kepada dirinya. Ia memerlukan kekuatan dalaman untuk mengharungi cabaran.
“Anak saya, Mia, pernah cakap masa awal pemergian suami dulu, ‘mama jangan menangis. Ini kerana ketika itu, saya di mana-mana pun akan menitiskan air mata. Emosi tak boleh nak kawal.
“Malah, bila saya menangis, anak saya Mia pun turut menangis, katanya, ‘Mia pun ingat ayah, Mia rindu ayah.
“Oleh sebab itu, saya fikir, tidak perlu lagi sedih di hadapan anak-anak. Saya kena buat macam biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Saya kena kuat demi anak-anak, “ ujarnya yang merupakan pengajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan, Sungai Buluh.
Menurut Shamiza lagi, pada awal pemergian suaminya, anak sulungnya tidak bertanyakan ayahnya sebaliknya lebih gemar bercerita kenangan bersama ayahnya.
“Kakak yang sulung ni, dia tak tanya ayah pergi mana tetapi dia suka bercerita. Misalnya, ‘ibu, kedai ni ayah suka, jom kita pergi’, ‘lagu ayah lah’ dan ‘Mia pernah pergi tempat kerja ayah.’ Apa sahaja yang berdekatan dengan persekitaran akan dikaitkan dengan ayah.
Adik pula, belum boleh bercakap. Cuma bila nampak gambar dia akan duduk di sudut dan lihat gambar ayahnya.
“Saya berpesan kepada anak, setiap kali rindu, bacakan Al-Fatihah kepada ayah. Mia akan baca sebelum tidur dan dia akan kata, ‘good night ayah’, sayang ayah’. Bila Mia rindu dia akan peluk baju, lihat gambar dan baca doa buat ayahnya,” ujarnya dengan suara menahan sebak.
Arwah seorang yang ceria dan suka buat lawak
Sharmiza mengenali arwah ketika masih bergelar pelajar lagi, menyifatkan arwah suami seorang yang ceria.
“Arwah adalah seorang yang happy go lucky. Susah nak tengok dia marah. Tak kisah dengan sesiapa, jika marah atau penat, dia akan tetap senyum. Malah dia suka buat lawak dan mengusik saya sehingga kadang kala, saya buat tak tahu aje. Tetapi apabila semua ini tiada, saya rindu suasana itu,”ujarnya dengan sebak.
Detik memilukan hati
Siapa sangka, hari itu, suaminya ke tempat kerja adalah untuk pergi selama-lamanya. Peluk dan ciuman dari arwah juga yang terakhir buat diri Shamiza dan anak-anak. Meruntun jiwanya mengenangkan semua ini.
“Ketika hari kejadian. Saya dan suami baru lepas bercuti setelah suami mengikuti saya kerja luar di Perak.
“Cuma saya perasan, masa di Perak, suami menjadi lebih senyap daripada biasa. Dia bersikap memerhati anak-anak bermain dan tengok dari jauh. Biasanya dia tidak duduk diam.
“Pagi hari jadian, biasanya kami akan gerak bersama-sama. Tetapi pada hari tu, kebetulan semua jam dinding tak ada bateri. Saya lambat siapkan anak-anak. Arwah suami beritahu nak gerak dahulu ke tempat kerja.
“Cuma saya perasan, arwah pandang sekeliling rumah, salam dan peluk cium saya dan anak-anak, dan kata-katanya last, ‘oklah abang pergi dulu,’. Biasanya jika gerak sama, kami akan lambai antara satu sama lain dan kunci rumah sama-sama. Tapi hari itu, tidak seperti selalu,” ujarnya dengan suara menahan getar kesedihan.
Suami sudah tiada
Menurut Shamiza, malam kejadian yang meragut nyawa suaminya, hatinya mulai rasa seakan ada sesuatu yang akan terjadi setelah hampir lewat malam suaminya masih belum pulang dari tempat kerja.
“Dalam waktu Maghrib, arwah ada message beritahu ada kes di Cyberjaya. Selalu habis shift jam lapan malam. Saya anggap, mungkin esok balik. Tapi perasaan tu buat saya seperti menunggu arwah balik. Saya duduk di ruang tamu. Biasanya dalam jam 9.30 malam, saya dah bawa anak-anak masuk tidur. Dah dekat jam 10.00 malam saya bawa anak-anak masuk tidur.
“Dan dalam jam 10.00 lebih, saya dapat panggilan telefon daripada kawan arwah. Dia bertanyakan suami. Saya beritahu suami ada kes di Cyberjaya. Cuma dia pesan, kena banyak sabar jika dapat panggilan daripada balai.
“Saya pun terus Google, cari maklumat. Saya tengok semua video yang awal termasuk ada yang memberi CPR. Tapi saya tak anggap suami saya meninggal.
“Dalam tempuh mendapatkan pengesahan berita mengenai suami, saya akhirnya mendapat panggilan yang menyuruh saya ke Hospital Serdang. Tapi masa ini saya tak rasa suami sudah meninggal. Tetapi setelah panggilan seterusnya yang menyuruh saya terus ke bahagian forensik membuatkan saya bahawa suami saya sudah tak ada,” ujarnya menahan sebak.
“Memang saya sedih. Tidak dapat terima hakikat. Sehinggalah pihak hospital panggil untuk proses pengecaman mayat. Nak tak nak, benda dah jadi. Saya kena hadapi.
“Saya masih ingat kata, pegawai tu, ‘puan kenal mayat ni’. ‘Ye kenal. Ini suami saya’. Apabila saya lihat arwah hari tu, senyuman yang saya tengok hari-hari itu masih ada walaupun nyawanya sudah tiada,” ujarnya lagi.
Semua ini ada hikmah
Setiap kejadian yang berlaku, pastinya ada hikmah untuk kehidupan lain. Katanya, yang menyedari bahawa ramai orang disekelilingnya menghulurkan sokongan.
“Support system inilah paling kuat. Sebelum ini, memang duduk berjauhan dengan ahli keluarga. Tetapi apabila berlaku, lebih ramai yang datang memberikan kebaikkan.
“Sentiasa ada yang ambil berat tentang saya. Jadi, jika hilang seorang, kita tidak keseorangan. Tetapi lebih ramai yang sayang dan ambil berat pada kita.
“Kehilangan itu pasti berlaku. Cuma kita tak tahu masa dan bila berlaku. Pada awal, emosi kuasai diri.
“Tapi kena berubah. Ini kerana kita ada org lain yang bergantung harap pada saya. Seperti saya, apabila padang anak-anak, padanglah dengan rasa bahawa mereka perlukan kita dan kena kuat.
“Bagaimana anak nak kuat hari mendatang. Jika saya lemah. bagaimana saya nak cakap pada anak yang mereka kena kuat, sedangkan saya sendiri lemah. Jadi pengurusan emosi itu penting. Memang ada yang kata senang cakap, tetapi kita kena tanam dalam hati. Emosi ini tak akan hilang bila-bila. Sedih memang ada, tapi jangan biar ia kuasai kita,” ujarnya lagi.
Sumber: Majalah Keluarga Julai/Ogos 2019.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Muat naik terkini pelakon terkenal kesayangan ramai, Norman Hakim menarik perhatian ramai peminatnya di media sosialnya.
Norman memuatnaik foto ke gymnasium bersama enam orang anak-anaknya berserta kapsyen ringkas penuh makna.
AKTIVITI HUJUNG MINGGU
Pelakon ini yang terkenal dengan aktiviti bersenam di gym dalam videonya berkongsi gelagat anak-anaknya.
Apa yang menarik perhatian kesemua anaknya kelihatan sporting bersamanya.
RAIH PERHATIAN PEMINAT
Melihat video berkenaan ramai peminatnya terhibur dengan keluarga bahagia ini.