Bagi yang suka berkebun sudah tentu suka melihat persekitaran rumah penuh dengan tanaman.
Malah jika melihat halaman rumah orang lain akan menjadikan ia inspirasi buat dirinya. Malah ada juga sanggup meminta benih tanaman akibat terpesona dengan kesuburan tanaman.
Begitu situsi yang dilalui oleh seorang lelaki apabila membawa ibunya ketika menghantar barangan salah seorang pelanggannya. Tanpa di duga ibunya secara terpesona melihat pokok bunga yang subur dihalaman pelanggannya.
Secara sepontan ibunya mahu meminta pokok yang dikenali sebagai pokok ati-ati kepada pelanggannya.
Apa yang menarik perhatian, penghuni kediaman itu tidak kekok untuk melayan kerenah ibunya. Berbual mesra dan layanan yang baik bagaikan sudah lama kenal ketika melihat persekitaran rumah yang dipenuhi dengan pokok ati-ati.
“Sumpah lepas ni aku pergi delivery seorang je. Tak ssanggup bawak mak aku dah.”
Biarpun pemuda itu mengakui segan terhadap pelanggannya dengan cara ibunya. Namun penghuni rumah itu memberi layanan yang baik kepada ibunya. Malah sempat berpesan jika pokok yang diberinya tidak menjadi, dia meminta ibunya datang lagi untuk diberikan pokok yang lain.
Dalam pada itu, warganet terhibur dengan gelagat ibu lelaki berkenaan. Mereka juga mengakui bahawa begitulah sikap apabila seseorang itu apabila minat berkebun.
Istimewa Ramadan: Kali ini bersama Pa&Ma Superb Huffaz untuk mengisi waktu berbuka anda seisi keluarga. Bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak cerdik Genius Aulad bermula 1 hingga 30 Ramadan pastinya menambahkan lagi keberkatannya.
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Ads
Bintang Kecil: Sebab tu kita kena selalu bersederhana dalam semua perkara termasuklah ketika berbuka puasa. Ingat tu kawan-kawan makan berbuka jangan banyak sangat nanti nak terawih mengantuk pulak
Dari Allah kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid meninggal dunia akibat serangan jantung malam tadi dan khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah dalam kenyataan awalnya.
Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
“Maklumat awal yang kami dapat, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya.
Katanya lagi, seluruh kepimpinan tertinggi Seniman Malaysia serta barisan exco dan ahli-ahli Seniman mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Seniman mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya.
Mamat dikenali dengan filem-filem arahannya antaranya Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi.
Selain itu Allahyarham juga diingati dengan drama-drama komedi arahannya antaranya Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa.
Allahyarham juga merupakan penulis skrip bagi filem legenda Puteri Gunung Ledang, yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir.
Sementara itu, Tiara dalam post terkini di akaun Instagramnya awal pagi ini menzahirkan rasa dukanya di atas pemergian Allahyarham yang begitu rapat dengannya.
Berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid, turut dikongsikan oleh penyair Pyanhabib di Facebooknya.
“Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita berpulang.
“Sahabat saya, pengarah filem Mamat Khalid, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Al-Fatihah,” tulis Pyanhabib.
Pengalaman yang cukup mengerikan buat wanita ini bila mana anak kecilnya menjadi mangsa cakaran kucing peliharaan mereka.
Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba di kediaman mereka menyebabkan si kecil ini terpaksa menahan kesakitan dan menerima jahitan pada tempat yang dicakar.
Ikuti pendedahan puan Nor Hidayah Isa akan insiden yang berlaku ke atas anaknya, Amsyar. Baru ada masa nak update kat fb..tujuan untuk dijadikan kenangan dan pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain. Serangan daripada kucing rumah.
.Hari pertama 1 jun 2020..kenangan yang tidak boleh dilupakan.
kami ada pelihara kucing nama grey.hari kejadian sekitar 11pg macam tu.pintu buka tp pintu grill tutup.jadi nampak la kat luar kucing bergaduh lari lalu depan rumah..cepat2 la tutup pintu sebab takut grey lari keluar jugak sebab dia pernah panjat grill tu lari kejar kucing lain dan hilang…sehari kami cari baru jumpa. Tak nak kejadian sama berulang jadi tutup pintu.tak sangka tindakan saya tu..membuatkan grey marah..amsyar masa tu duduk berdekatan dgn grey dekat depan pintu juga..lepas ja tutup pintu tu berlalu nak duduk di sofa…
lps tu la grey nampak amsyar terus dia terkam kepala amsyar dan gigit cakar semua…benda tu jadi sangat cepat berapa saat ja..bayangkan macam kucing bergaduh tu..betul2 grey buat mcm tu kat amsyar.dakap kepala amsyar mcm musuh dia. Bila nampak tu terus baling bantal dekat grey..grey lari..tapi grey datang balik macam nk serang lagi..saya ambik bantal tadi pukul grey…sebab geram sangat grey buat macam tu dekat amsyar..tgk amsyar terbaring darah dah meleleh dari mata..masa ni baru perasan..
kelopak mata amsyar terbelah kena cakaran grey..nampak isi terkeluar.dan kesan gigitan di kepala cakaran di dada,belakang kepala,mulut..mengigil tgk luka banyak macam tu… Amsyar dah meraung raung..Mama pun nangis sama.masa dukung amsyar tu grey macam nak serang lg.kami lari masuk bilik…tutup pintu Call husband suruh balik dia ada kt luar masa tu.nasib dia memang otw balik.
Tak berani keluar bilik dah.tak lama husband sampai.terus ke klinik..baju mama penuh darah..masa tu tekan dgn tisu ja luka kat mata amsyar sebab darah banyak keluar. Luka dekat kelopak mata Amsyar kena 5 jahitan.Allah pelihara tak kena dalam mata..mungkin dia tutup mata masa serangan tu..jangan kecam saya..saya pun tak tau benda ni nak jadi. Doakan amsyar cepat sembuh.hari ni bengkak dah surut.mudahan cepat baik Amsyar.mama minta maaf sayang…salah mama..mama x potong kuku grey…
Pesanan saya kalau nak jaga kucing pastikan kuku di potong,vaksin,dan kasi…nasib baik kami vaksin grey..kalau tak mungkin jangkitan kuman dekat luka lebih teruk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Melalui pengalaman pertama kali anak akan melangkah ke alam persekolahan, tentu ada antara ibu ayah berasa bimbang dan tidak yakin melepaskan anak-anak ke sekolah.
Maklumlah, pada pandangan ibu ayah anak berusia 7 tahun masih kecil dan belum pandai berdikari.
Menyedari hal itu, seorang guru ini menyenaraikan beberapa perkara asas yang harus diajar oleh ibu ayah bagi memastikan anak-anak mereka dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan sebelum melangkah di hari pertama ke sekolah.
Diharapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu. Jom semak perkongsian penuh daripada guru ini.
Ada anak Darjah 1 tahun 2020? Ini persiapan sebagai ibu bapa.
1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.
Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’, pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.
Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.
Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.
Bayangkan kalau anak kita masuk dengan ‘zero’. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.
2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.
Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.
Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.
Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.
Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.
3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.
Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.
Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.
4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.
Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.
5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!
Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,
” Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.”
Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.
Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.
6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.
Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.
Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.
Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.
7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.
Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.
Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.
8. Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.
Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!
Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia ‘out station’ dan ayah tukang susun buku.
Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.
9) Jika ada group wasap kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.
Hormati group wasap tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.
Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.
Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?
10) Tampal no telefon ibubapa pada bekas pensel, buku komunikasi dan beg sekolah anak. Mana tahu ada kecemasan, anak terberak dalam kelas, anak jatuh terluka, anak demam dan sakit tiba-tiba, senang cikgu nak hubungi.
11) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.
BERHENTI MERUNGUT!
Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.
Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala ‘payahnya belajar’.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.