Ruginya jika tak bermain dengan anak! Kenyataan inilah yang perlu ibu ayah sedar sebelum terlambat.

Bayangkan jika ketika anak-anak masih kecil kita asyik terlalu sibuk dengan urusan sendiri hingga tidak sedikit pun meluangkan masa bersama bermain dengan mereka, sedar-sedar anak semakin membesar dan tentunya hubungan mesra  dengan anak-anak tidak dapat dibina sejak mereka kecil. Bahkan tidak pelik andai menjadi punca hubungan dengan anak semakin menjauh.

Oleh itu mengetahui lagi tentang apa kebaikan bermain dengan anak, ayuh kita baca perkongsian daripada saudara Mohd Fhais ini.

1 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita dapat tingkatkan kualiti bonding kita dengan dia

2 – Padahal dengan selalu bermain tu la dapat buatkan anak rasa lebih connected dengan kita.

Masa Bermain Dengan Anak Tak Lama, 12 Tahun Je Kita Ada!

IKLAN

3 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita jadi lebih memahami kelemahan dan kekuatan anak kita.

4 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita dapat tampal balik kelompongan emosi anak akibat dari kena marah, kena bebel dan kena tengking dengan kita.

Masa Bermain Dengan Anak Tak Lama, 12 Tahun Je Kita Ada!

5 – Padahal dengan selalu bermain tu la kita dapat repair balik kualiti trust anak pada kita.

IKLAN

6 – Padahal dengan selalu bermain tu la anak kita dapat asah sosial skilnya. Ada 6 play stage yang anak kena lalui untuk asah sosial skil.

7 – Padahal dengan selalu bermain tu la yang akan jadi Emotional Investment kita kemudian hari. Kita makin sayang anak, anak pun makin sayang pada kita.

Masa Bermain Dengan Anak Tak Lama, 12 Tahun Je Kita Ada!

IKLAN

Masa bermain tak banyak. 12 tahun je yang kita ada. Pulun habis habis bermain masa ni.

Manfaat dari memori bermain ini la yang akan jadi penentu samaada anak jadi sahabat baik atau jadi stranger pada kita bila dah menjangkau remaja kelak.

Wallahu A’lam,

Sumber : Mohd Fhais

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI