Memang seronok rasanya jika kita dapat membawa keluarga kita pergi bercuti. Tak kiralah tempat itu pantai, tasik, taman teman atau tempat menarik lain yang pastinya ia momen indah bersama keluarga.
Tular di media sosial, seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila niat hati membawa keluarga untuk mencipta kenangan namun terkejut tempat yang dikunjungi indah khabar dari rupa.
Dia tak sangka, ruang kawasan yang dipenuhi salji yang sedikit dan beranggapan ia tidak berbaloi untuk harga tiket yang ditawarkan.
Menerusi facebook dan Tiktok, Sharwin Basir, review jujurnya telah meraih perhatian warganet.
“Tak best dah snow walk sekarang. Kesian yang kumpul duit nak datang. “
HAK MASING-MASING UNTUK CIPTA MOMEN BERSAMA KELUARGA
Dalam pada itu, ada juga warganet yang setuju dan ada juga sebaliknya. Ada yang memujinya dengan review yang jujur itu. Malah ada juga beranggapan bahawa duit bukan ukuran tetapi nilai kenangan itu lebih berharga.
Ads
Apa yang pasti, hak masing-masing untuk memilih yang terbaik untuk keluarga untuk menikmati momen indah untuk dikenangan bersama anak-anak. Sungguh ‘touching’ reaksi wargamaya ni!
Salah satu kudapan minum petang yang disukai ramai adalah keropok lekor atau keropok batang. Ia memang popular di Terengganu. Keropok ini diperbuat daripada isi ikan laut yang segar. Kandungan isi ikan akan membuatkan makanan ini lebih sedap.
Selain beli di kedai terutama di gerai-gerai di Terengganu, kita boleh buat sendiri di rumah. Mudah aje.
Kita selalu anggap apabila lelaki dan wanita bersama di bawah satu ikatan pernikahan, maka secara automatiknya akan memiliki anak. Kerana itu, soalan pertama yang ditanya bila belum dapat anak adalah ‘merancang ker’.
Mungkin di awal perkahwinan di anggap fasa berbulan madu, memasuki bulan awal bulan keenam dan seterusnya mula soal anak timbul.
Sedih, kecewa dan pelbagai lagi rasa bergayut dalam diri membuatkan hubungan antara suami isteri berantakan. Lebih memburukkan keadaan bila mana orang disekeliling menjadi duri dalam daging, bertanyakan soal anak menambahkan lagi tekanan.
Cuba hadamkan perkongsian dari Dr Syahr Musafir ini. Semoga mendapat manfaat daripadanya. Buat wanita di luar sana yang belum memiliki anak, bertabah dan bersabarlah kerana sabar itu separuh daripada iman.
Kisah kami bermula apabila kami bernikah pada pertengahan Januari, cakap-cakap orang mula kedengaran apabila isteri saya belum mengandung sekitar Julai tahun itu.
Bagi kami, kami baru 6 bulan bernikah, logiklah belum mengandung. Tetapi bagi mereka, kami sudah 6 bulan bernikah, kenapa masih belum mengandung?
Aduh, bab ini sensitif. Sangat sensitif.
Serba-sedikit saya boleh relate, dengan pasangan suami isteri yang belum atau tidak dikurniakan zuriat. Walaupun bukan 100% tetapi sekurang-kurangnya ada, ada pengalaman dan pernah rasa perasaan perlu menghadapi pertanyaan orang.
Tak dapat saya nafikan, disebabkan soalan-soalan sebegini, terbit rasa risau dalam hati, jiwa dan benak fikiran saya. Ada masalahkah? Tak suburkah? Salah carakah? Perlu berubatkah? Macam-macam.
Antara saya, seorang lelaki bergelar suami, dan isteri, seorang wanita yang sepatutnya menjadi ibu, sudah pastilah isteri lebih tertekan perasaannya berkaitan hal ini. Jangan tanya kenapa dan bagaimana, sudah sifat jiwa wanita itu lebih terusik dan sensitif pada topik hamil, anak, menyusu dan seumpamanya. Suami memang jenis lebih rileks, tenang, rasional, sebab tak terbawa emosi sangat. Ye ke?
Kalau tak dapat anak, tak bahagialah hidup, tak lengkaplah hidup, bla bla bla…
Berlaku juga episod memujuk dan menenangkan isteri. Si isteri jadi serabut, si suami pun jadi pening. Kesian 😅
Saya nak cakap apa sebenarnya ni?
Hmmm…
Saya nak cakap, isteri-isteri yang berharap untuk hamil, bersabarlah.
Mudah kan suruh orang sabar? 😅
Betul saya nak cakap, isteri-isteri yang berharap untuk mengandung, kena sabar dan tambahkan kesabaran.
Buka mata, buka hati, lapangkan jiwa, tarik nafas panjang-panjang, dan berhenti risau sekejap supaya kita boleh berfikir.
Cuba fikir, ada orang perempuan bergelar isteri, mudah mengandung. Anak bukan seorang atau dua orang, tetapi sampai 3, 4, 5 orang, bahkan lebih lagi.
Tetapi suami tak sayang.
Wanita itu dipukul, ditipu, dicurangi, diceraikan, diperburukkan, macam-macam.
Dapat mengandung dan melahirkan, tetapi suami tak sayang. Azab rasanya, tak larat nak menanggung.
Kita, wanita bergelar isteri yang belum ada rezeki nak mengandung ini, suami selalu ada dengan kita, siang malam jaga kita, baik dengan kita, sayang kita, kan semua ini kebahagiaan?
Lebih hebat lagi, walaupun bertahun-tahun nikah tetapi belum ada anak, tetapi suami kita tak curang pun, tak berzina dengan perempuan lain, tak bernikah dengan perempuan lain tanpa izin kita, bla bla bla. Elok je semua. Suami setia.
Habis tu, kenapa risau sangat pasal tak ada anak maka tak bahagia? Kenapa tak lengkap hidup ini tanpa anak?
Tak saya nafikan, anak adalah salah satu sumber kebahagiaan. Tetapi anak bukan satu-satunya kebahagiaan.
Mempunyai suami yang baik adalah nikmat dan sumber kebahagiaan.
Mempunyai suami yang setia adalah pelengkap kehidupan.
Tak perlu stress, tak perlu serabut.
Nak usaha supaya dapat anak, lakukan dengan tenang.
Jangan buat kerana kerisauan melampau, serabut dengan cakap-cakap orang, nak buktikan kita tak mandul, bla bla bla. Ingatlah selalu, perihal anak ini bukan perihal kita, tetapi Tuhan. Anak adalah anugerah Allah ikut Allah nak beri atau tidak, bukan ikut suka hati kita nak buat anak macam kita buat kuih.
Jangan selalu kita letakkan memiliki anak sebagai titik fokus kebahagiaan, tetapi selalulah ingat memiliki suami yang baik juga adalah titik fokus kebahagiaan.
Jaga keperluan suami, hormati suami, permudahkan urusan suami, sangka baik dengan suami, bahagiakan suami, semua ini juga adalah titik fokus yang melengkapkan kehidupan kita.
Tak memiliki anak tak bermaksud tak bahagia.
Jangan kita lupa, Allah beri kita kebahagiaan dengan pelbagai cara. Jangan kerana kita mahukan kebahagiaan memiliki anak, kita hancurkan kebahagiaan memiliki suami yang baik.
Jaga dan uruskan apa yang kita ada dengan baik adalah jauh lebih penting berbanding merisaukan perkara yang kita tidak punya.
Allah Maha Baik, kan? Subhanallah walhamdulillah.
Saya tulis ni, nak pujuk hati. Biar selalu bersangka baik pada Allah, jangan pernah fikir buruk kenapa Allah tak beri rezeki zuriat kepada kita. Ingat selalu, anak bukan segala-galanya.
Cuti penggal 1 sesi 2025/2026 bertembung dengan Aidiladha, puas hati rehat lama. Selepas menempuh jadual pembelajaran yang padat dan aktiviti sekolah yang tidak putus-putus, guru dan pelajar akhirnya boleh menarik nafas lega.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh Cuti Penggal 1 bagi sesi akademik 2025/2026, memberikan ruang istirahat yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah.
Berdasarkan Kalendar Akademik rasmi KPM, Cuti Penggal 1 akan bermula pada 29 Mei (Khamis) dan berakhir pada 9 Jun 2025 (Isnin), menjadikan jumlah hari rehat selama 12 hari. Tempoh ini dilihat sebagai waktu yang ideal untuk pelajar dan guru menyegarkan kembali fizikal dan mental selepas beberapa bulan bersekolah.
Apa yang lebih menggembirakan, tempoh cuti ini turut bertepatan dengan sambutan Hari Raya Aidiladha yang dijangka jatuh pada 7 Jun 2025 (Sabtu). Ini sekali gus memberikan peluang kepada keluarga untuk merancang sambutan dan aktiviti bersama dengan lebih tenang, tanpa gangguan sesi persekolahan.
Sebagaimana kelaziman, KPM turut membahagikan kalendar cuti kepada dua kumpulan negeri.
Kumpulan A: Melibatkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Kumpulan B: Merangkumi negeri dan wilayah lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta tiga Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Kombinasi cuti pertengahan penggal dan sambutan Aidiladha ini pastinya memberikan kelegaan buat ramai. Ia bukan sahaja membuka ruang untuk berehat, malah membolehkan warga sekolah merancang masa berkualiti bersama keluarga.
Semoga rehat yang diberikan dimanfaatkan sepenuhnya sebelum kembali meneruskan perjuangan dalam dunia pendidikan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.