Memang seronok rasanya jika kita dapat membawa keluarga kita pergi bercuti. Tak kiralah tempat itu pantai, tasik, taman teman atau tempat menarik lain yang pastinya ia momen indah bersama keluarga.
Tular di media sosial, seorang bapa meluahkan rasa kecewa apabila niat hati membawa keluarga untuk mencipta kenangan namun terkejut tempat yang dikunjungi indah khabar dari rupa.
Dia tak sangka, ruang kawasan yang dipenuhi salji yang sedikit dan beranggapan ia tidak berbaloi untuk harga tiket yang ditawarkan.
Menerusi facebook dan Tiktok, Sharwin Basir, review jujurnya telah meraih perhatian warganet.
“Tak best dah snow walk sekarang. Kesian yang kumpul duit nak datang. “
HAK MASING-MASING UNTUK CIPTA MOMEN BERSAMA KELUARGA
Dalam pada itu, ada juga warganet yang setuju dan ada juga sebaliknya. Ada yang memujinya dengan review yang jujur itu. Malah ada juga beranggapan bahawa duit bukan ukuran tetapi nilai kenangan itu lebih berharga.
Ads
Apa yang pasti, hak masing-masing untuk memilih yang terbaik untuk keluarga untuk menikmati momen indah untuk dikenangan bersama anak-anak. Sungguh ‘touching’ reaksi wargamaya ni!
Menjadi anak petani bukanlah kehidupan yang mudah. Sementelah ibu pula hanya seorang suri rumah sepenuh masa yang hanya menunggu hasil titik peluh suami di kebun sayur untuk membesarkan anak-anak.
Tidak seperti kanak-kanak seusianya, dia membesar dalam suasana serba kekurangan. Ditambah dengan bilangan adik-beradik yang ramai memerlukannya sentiasa berusaha mendapatkan sendiri apa yang diimpikan
Tekad untuk mengubah nasib keluarga, Mohamad Anas Zahrin Atan, 31, yang dahulunya mengelilingi kampung menjual hasil tanaman sayuran, kini mampu menarik nafas lega apabila berjaya menubuhkan syarikat kosmetik sendiri.
“Darah berniaga memang dah diterap daripada kecil. Bapa sendiri ajar supaya jangan malu untuk berniaga dan cari duit sendiri. Dulu dapat RM2, RM3 sehari pun dah gembira tak terkata. Jadilah, untuk buat duit belanja dan simpan sedikit.
“Namun, terdetik di hati sampai bila keluarga perlu lalui semua ini? Dari situ, saya nekad untuk ubah kehidupan keluarga dengan menimba ilmu sebanyak mungkin. Kerana bagi saya, hanya ilmu dan pengalaman, mampu menjadikan seseorang itu berjaya dan dipandang mulia,” kata anak keenam daripada sembilan adik beradik ini.
Mengimbau detik awal, tamat persekolahan, beliau terus mengorak langkah menyambung pelajaran ke tahap lebih tinggi dengan mengambil jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan dan seterusnya Sarjana Muda Pengajian Pemasaran di Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) dan selepas itu, menimba ilmu “Short Course” di London Fashion School selama tiga bulan pada 2013, dengan tajaan sendiri.
Ketika di universiti, Anas yang turut dikenali dengan nama Annas Easkey sentiasa mencari peluang untuk menambah duit poket dengan mengambil upah menangkap gambar rakan-rakan dengan kadar bayaran serendah RM50 untuk satu sesi
“Pada peringkat awal, dengan bermodalkan kamera yang dipinjam daripada rakan, saya galak mencari duit poket sendiri. Sampai satu masa, pendapatan sebulan saya mencecah sehingga RM4,000 ke RM5,000.
“Tamat pengajian saya nekad untuk buka studio sendiri dan berkolaborasi dengan rakan-rakan artis di samping aktif di media sosial,” katanya
Mengakui gemar dengan sesuatu benda yang cantik dan suka bermain dengan warna, beliau akhirnya nekad melancarkan produk kosmetik sendiri, ANAS Cosmetics pada Ogos 2017
Selain mahu mencabar diri melakukan sesuatu yang baru, Anas mahu jenama kosmetiknya melengkapi warna-warna wanita ASIA, yang susah untuk didapati pada jenama-jenama antarabangsa lain.
“Saya tidak mahu bangunkan produk semborono sahaja tetapi saya akan pastikan ia sesuai dengan wanita kita dan wanita daripada kalangan pendapatan sederhana dan rendah turut mampu menggunakan produk berkualiti yang ANAS tawarkan,” katanya
Hasil keringat hampir setahun membuahkan hasil apabila produknya mendapat pengiktirafan daripada SaSa Malaysia, peruncit kosmetik terkemuka berasal daripada Hong Kong, untuk membeli produknya untuk dijual di rangkaian butiknya
Setiap kejayaan pastinya berdepan badai, begitu juga Anas yang sebelum ini pernah dibebani hutang dengan pembekal hampir RM1 juta.
“Ketika itu, saya hampir putus asa dan mahu tinggalkan apa yang saya usahakan selama ini dan pulang ke kampung menemani ibu. Hampir sebulan saya kumpul kekuatan diri dan ibu adalah sumber kekuatan saya untuk bangkit dan capai apa yang saya ada sekarang ini.
“Semenjak arwah abah dah tak ada. Kami adik beradik bergilir ke sana ke mari bawa mak. Happy kan mak. Pastikan mak tak sunyi. Saya rela penat memandu, penat ke hulu Ke hilir janji dapat tengok mak. Tak kisahlah call sampai 5- 6 kali sehari tanya benda yang sama “mak buat apa tu” pun dah cukup. Mak tu ada jelah cerita dia, pokok orkid lah, ayam lah, kucinglah.
‘Takpelah asal ada teman berborak kan. Sebenarnya duit bukanlah benda utama yang dia nak dari kita tapi perhatian dan juga cukuplah sekadar kita ingat pada mak. Tu sudah memadai serta buat mak gembira. Cinta hati saya, ratu hati saya. Kekasih dunia akhirat saya… Mak,” katanya yang turut mengusahakan perniagaan pakaian dengan jenama ASHH&ANNAS
Berkongsi kejayaan perniagaannya, Anas berkata, beliau bernasib baik kerana memiliki ramai rakan artis yang tidak kekok untuk mempromosi dan menyokong produk beliau
“Prinsip yang pegang sehingga hari ini, jika buat baik pada orang, perkara itu datang balik kepada kita. Sebab tu saya tidak ramai kawan tetapi kawan yang saya ada sangat menyokong usaha saya dari dahulu hingga kini,” katanya sambil menyebut beberapa nama seperti Ayda Jebat, Izara Aishah, Hanis Zalikha dan Rozita Che Wan serta ramai lagi.
Masih ingat lagi tak, drama popular bila tiba bulan ramadan dulu-dulu, ‘Diari Ramadan Rafique’? Haaa mesti terlintas dek fikiran telatah pelakon dalam drama tersebut yang sememangnya menggamit memori bersama keluarga dulu-dulu kan.
Yang paling diingati, sememangnya lagu drama tersebut yang rancak dan lirik yang mudah untuk diikuti! Walaupun sehingga kini, masih ada yang memutarkan semula lagu tersebut bila datangnya bulan ramadan.
Namun siapa sangka, penyanyi asal lagu tersebut sebenarnya penyanyi dan pelakon, Bella Astillah rupanya! Bukan hanya mengejutkan bagi sesiapa yang baru tahu, malah Bella turut memenuhi permintaan peminat untuk menyanyi semula lagu tersebut.
Video nyanyiannya itu dimuat naik di laman sosial miliknya siap berseloroh bahawa versi pada kali ini adalah suaranya yang sudah besar.
“Ramai betul permintaan lagu ni ya, Okay saya tunaikan. Tapi ni suara dah besar dah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, sememang ramai yang baru mengetahui Bella sebagai empunya suara OST drama tersebut. Malah ada yang mengakui rindu untuk menonton drama tersebut dan momen saat itu.
Sumber : Instagram Bella Astillah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika nak bercuti tentu kita merancang sebuah percutian keluarga yang menyeronokkan. Salah satu pilihan lokasi riadah kekeluargaan yang unik berunsurkan semula jadi adalah taman tema iaitu Escape Theme Park Penang atau turut dikenali sebagai Taman Tema Escape Penang.
Escape Theme Park yang telah dibuka sejak pertengan tahun 2013 telah mendapat perhatian ramai sejak tiga tahun lalu setelah terbinanya sebuah gelongsor air yang terpanjang di dunia iaitu lebih dari 1 km.
Kini tarikan terbaharu pula adalah Zip Coaster terpanjang di dunia! Ia merangkumi perjalanan sejauh 1.1 kilometer.
Baru-baru ini anugerah Guinness World Rekod disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak.
Justeru, telah menjadikan Escape Penang destinasi taman tema pertama dan satu-satunya di negara pemegang ‘Guinness World Record’ sekali gus meletakkan Malaysia di peta pelancongan dunia.
Turut hadir pada majlis itu ialah Sim Choo Kheng, Pengasas dan Ketua Eksekutif Sim Leisure Group serta pemilik dan pengoperasian ESCAPE, Pravin Patel, Pengadil Rekod Dunia Guinness, Dato’ Seri Lee Kah Choon, Pengerusi Federal Oats Mills Sdn Bhd, merupakan rakan kongsi zip coaster terpanjang di dunia serta wakil dari Travelodge Georgetown.
Bercakap pada majlis berkenaan, T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi berkata, “Saya amat percaya bahawa inovasi yang dirangsang oleh pemikiran global adalah kunci kepada lonjakan kuantum seterusnya dalam pembangunan ekonomi Pulau Pinang. Besar harapan saya agar syarikat dan organisasi yang berpangkalan di Pulau Pinang melangkah ke hadapan dan mengikuti contoh Sim Leisure Group, untuk menerajui negeri dan negara dalam membangunkan tarikan bertaraf dunia bukan sahaja untuk kemajuan Pulau Pinang, tetapi Malaysia secara keseluruhan .
Bersempena dengan pelancaran zip coaster terpanjang di dunia, ESCAPE Penang telah bekerjasama dengan dua jenama terkenal untuk menawarkan pengunjung pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Yang pertama ialah Captain Oats, jenama kelahiran Pulau Pinang yang telah terkenal di seluruh dunia, sama seperti Sim Leisure Group dan jenama ESCAPE.
Bercakap sebagai rakan kongsi penyampai untuk zip coaster unik sepanjang 1.1km, Dato’ Seri Lee Kah Choon berkata “Saya amat teruja dengan perkongsian ini. Saya percaya ia akan saling mempromosikan Pulau Pinang sebagai destinasi percutian pilihan dan membina namanya dalam dunia makanan. Kerjasama ini juga akan menggalakkan gaya hidup aktif dan pemakanan sihat di kalangan rakyat Malaysia.”
“ESCAPE adalah permata istimewa Pulau Pinang. Ia bukan sekadar taman tema lain, tetapi destinasi pelancongan yang mengekalkan semangat keaslian. Sesuatu yang saya percaya, adalah ciri Pulau Pinang itu sendiri – memelihara warisannya yang kaya, sambil tetap mengeluarkan sesuatu yang baharu dan menyegarkan,” tambahnya.
Aplikasi Nuramma ciptaan mahasiswa Indonesia, Ali An Nuur, menggunakan teknologi AI untuk membantu kanak-kanak menghafal Al-Quran. Inovasi ini turut melayakkan beliau memenangi Apple Swift Student Challenge 2026.