Sudah bersedia untuk hujung minggu paling gempak tahun ini? Bersiaplah kerana Astro dan MPL Malaysia sekali lagi bergabung tenaga untuk menganjurkan Grand Finals MPL MY Musim Ke-15 yang bakal mencipta sejarah baharu dalam dunia hiburan dan e-sukan tanah air!
Bertempat di Stadium Juara, Bukit Kiara pada 14 dan 15 Jun 2025, acara ini bukan sekadar perlawanan sengit ia adalah Pentas Kebanggaan, simbol semangat belia, bakat tempatan dan kebanggaan nasional yang kencang dengan energi luar biasa.
Barisan artis popular seperti Mimi Fly, Aisha Retno, Wani Kayriel, Lucidrari, dan Trio Big Stage Alpha serta ramai lagi bakal menyalakan pentas dan menjadikan acara ini bukan sahaja medan pertarungan e-sukan, tetapi juga pentas hiburan yang penuh warna dan inspirasi anak muda.
Tahun ini juga menandakan tahun kedua kolaborasi strategik antara dua nama gergasi Astro sebagai Home of Entertainment dan MPL sebagai pemacu komuniti e-sukan yang bersama-sama mencipta ruang untuk generasi baharu bersinar dan terus menjadi inspirasi buat anak muda Malaysia.
Ini bukan sekadar tentang siapa yang akan bergelar juara, tapi tentang meraikan budaya belia Malaysia semangat komuniti, kreativiti dan cinta terhadap negara. Dalam era di mana e-sukan menjadi identiti generasi muda, acara ini membuktikan bahawa hiburan digital kini telah berkembang menjadi satu gerakan budaya yang menyatukan semua.
Barisan Hiburan Gempak: Bintang ‘Slay’ Satu Pentas!
Apa yang buatkan acara ini tambah meriah?Sudah tentu barisan artis yang dibawakan khas oleh Astro! Pentas akan digegarkan dengan persembahan dari:
Ads
Mimi Fly
Aisha Retno
Firdaus Rahmat
Bunga Isme
Layla Sania
Wani Kayrie
Shahrol Kamal
Isaac Voo
Bintang-bintang dari Big Stage Alpha
Lucidrari & Neil
Tak cukup dengan itu, penonton akan disajikan dengan penampilan istimewa daripada Daniel Fong dan Arena Wan, menjadikan acara ini wajib hadir bagi peminat muzik dan e-sukan.
Pengalaman Penuh Aksi: Bukan Sekadar Menonton
Nak lebih immersive? Sepanjang dua hari ni, pengunjung akan disajikan dengan:
Ads
Pratonton eksklusif kandungan Astro termasuk drama, program realiti dan Astro Originals akan datang
Zon interaktif untuk peminat, boleh layan games, pelbagai aktiviti menarik dan sesi beramah mesra
Aktivasi jenama yang unik dan engaging dari booth ke pentas utama
Ini bukan sekadar tengok perlawanan—ini pengalaman gaya hidup!
Gabungan Media & Digital: Astro dan MPL Terus Menguasai
Melalui kuasa gabungan Astro TV, radio dan digital serta komuniti setia MPL Malaysia, acara ini dijangka mencatatkan liputan dan keterlibatan yang luar biasa. Sama ada anda di stadium atau menonton dari rumah, keseronokan tu tetap terasa!
Gandingan Hos Hebat, Bikin Kecoh!
Ads
Keanu Azman
Munabella
Daniel Cheang
Rose
Mereka akan pastikan suasana kekal panas, happening dan penuh semangat dari awal hingga akhir!
15 Jun: Majlis Anugerah & Perlawanan Akhir Grand Final
Pentas Kebanggaan bukan sekadar acara. Ia adalah lambang kebersamaan, ekspresi budaya moden, dan simbol bagaimana anak muda Malaysia mencipta ruang mereka sendiri dalam dunia global.
Untuk update terkini, jangan lupa ikuti akaun media sosial rasmi Astro dan MPL Malaysia. Jangan lepaskan peluang jadi sebahagian daripada sejarah ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cukup tersentuh hati tatkala membaca bait-bait kata yang ditulis oleh Datuk Dr Usatazah Norhafizah Musa menerusi kapsyennya di laman instagram .
Berkongsi cerita, menurut Ustazah Norhafizah, setiap teguran dan pesanan orang tuanya disampaikan penuh hikmah dan kasih sayang.
Mak dan Abah menikmati usia yg penuh barakah, inshaaAllah dan ameen ya Rabb…mak dan abah melihat taqdir hidup anak2….mak dan abah kaya dengan ilmu dan pengalaman Alhamdulillah…kurniaan Allah.
Mak abah tenang menjadi pemerhati anak cucu…teguran disampaikan dgn penuh hikmah dan kasih sayang…..ucapan mak pendek sahaja di Family Day Keluarga Haji Musa dan Hajjah Meriam…..
” Mak tak tahu bagaimana hidup mak di alam barzakh nanti….mak didik anak2 mak jadi soleh solehah..anak cucu doakanlah mak …bantulah mak…jgn lupakan mak…bukan sehari dua saja ingat mak…tapi biarlah selamanya…hadiahkan mak doa…baca quran banyak2…beramal soleh…..”
Pesan abah pula….” Alangkah nikmatnya dapat masuk syurga firdaus….kita semua masuk….syurga ada 8 tingkatan…syurga firdaus yg hebat ni macam dlm cermin kaca yg boleh dilihat dari dalam ke luar atau luar ke dalam….jgn nanti ada yg duduk di dalam …melihat ada antara kita yg duduk di luar begitu juga sebaliknya…”….. kongsi Datuk Dr Norhafizah Musa menerusi kapsyennya.
Untuk menjadi insan yang lebih baik, kita sebenarnya kena buka mata dan muhasabah diri kita sendiri. Lebih-lebih lagi yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, kita kena berperanan lebih kuat untuk pastikan anak-anak jadi insan berguna.
Dalam perkongsian lain, Ustazah Norhafizah berkongsi lima perkara yang patut kita amalkan.
1. Ayat-ayat Quran. Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.
Apabila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri, kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang.
Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab. Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia.
Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan. Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.
Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.
Begitu kata Ustazah Norhafizah. Jadi kita kenalah muhasabah diri dan periksa diri kita setiap hari sepertimana yang disarankan oleh beliau.
Sepuluh ayat ni juga boleh anda amalkan setiap hari untuk jadi insan yang lebih baik. Usahakan diri untuk berubah.
10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
3. Surah At Dhuhan -Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi’ah -Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar -Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun -Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas -Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq -Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.
Manfaat dan kesan doa begitu besar dalam kehidupan harian kita. Bahkan dengan berdoa, adalah sebagai satu cara atau usaha kita lakukan untuk memperolehi apa yang dihajati.
Bercerita tentang doa, imum ketahui banyak bacaan doa yang boleh diamalkan, dan salah satunya dengan menyebut nama-nama Allah untuk yang berhajat melembutkan hati pasangan.
Jom semak perkongsian ini.
Doa dan tips zikir Asma Ul Husna untuk lembutkan hati suami/isteri yang hatinya keras.
Zikir ya Qohhar, ya Latif, ya Malik 40x selepas setiap solat dan solat tahajud dan doa berikut
” ya Allah, tundukkan suamiku/isteriku kepadaMu agar dia taat kepada perintahMu, lembutkan hatinya yang keras dan balik-balikkan hatinya untuk
menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami/isteri”
Doa dan zikir Asma Ul Husna supaya kasih sayang Suami/Isteri kembali mesra:
Zikir ya Rahman ya Rahim ya Wadud ya Mu’id 40x lps solat dan doa berikut:
Ya Allah, ikatkan hati kami suami isteri dengan kasih dan cinta kepadaMu dan secebis cinta sesama kami agar kami dapat melaksanakan tugas sebagai suami isteri yang mendapat redhaMu. Ya Allah, Kembalikan dia kepangkuanku agar kami dapat mencari redhaMu.
Doa dan zikir asma Ul Husna agar hilang hasutan negatif manusia terhadap suami/isteri:
Ya Hafiz ya Muhaimin, lindungi pasanganku dari hasutan jahat manusia dan syaitan serta aura kejahatan makhluk.
Tips Bicara Asma Ul Husna (doa)untuk kekuatan bagi suami/isteri yang diuji :
Allahumma ya Aziz ya Qowiy ya Matin, sesungguhnya jiwa ini sangat lemah, alirkanlah kekuatan dalam jiwaku agar daku dpt mengharungi ujianMu ini. Daku redha atas kehendakMu ya Qodir ya Muktadir dan daku yakin ujian ini membuat daku lebih dekat dgnMu.
Penyakit kencing manis atau diabetes adalah antara penyakit yang boleh dikawal dengan cara pemakanan selain perubatan.
Oleh itu, ada yang melakukan pemeriksaan sendiri di rumah dengan mengunakan alat khas untuk mengetahui ukuran paras gula dalam darah.
Namun, untuk melakukan ini perlu ada caranya agar bacaan lebih tepat. Nak tahu ikuti panduan ketika melakukan pemeriksaan gula di rumah yang dijelaskan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad.
Panduan bacaan ukuran gula lebih tepat
Selain pemeriksaan doktor di klinik, saya selalu mencadangkan agar pesakit diabetes melakukan pemeriksaan gula secara berkala di rumah menggunakan mezin glukometer bagi memastikan tahap gula mereka terkawal.
Pemeriksaan doktor hanya untuk dilakukan setiap bulan, malah ada yang tiga bulan sekali. Jika ada peningkatan gula dalam dalam (hiperglisemia), mungkin pemantauan doktor untuk sebulan atau tiga bulan akan datang, agak terlambat.
Tanpa kawalan gula dalam darah yang bagus, mereka mungkin mengalami masalah komplikasi seperti kerosakan mata dan ginjal, masalah jantung dan stroke. Paling kurang pun masalah saraf seperti rasa kebas dan mencucuk-cucuk.
Namun begitu ramai yang terlepas pandang beberapa perkara penting apabila melakukannya.
Pekara penting ketika tahu
1. Pemeriksaan gula selepas makan (postprandial blood sugar). Ia dilakukan dua jam selepas makan. Paling baik, masa dikira bila mula makan, dan bukan setelah selesai makan.
2. Pemeriksaan gula secara rawak (Random blood sugar). Untuk mendapatkan bacaan yang lebih realistik, lalukan pada masa yang berbeza kerana tahap gula dalam darah bergantung pada banyak faktor. Contoh bila kita penat mengemas rumah, mungkin bacaan menjadi lebih rendah bila kita sedang stress atau marah.
3. Memilih jari yang sama untuk dicucuk. Ramai yang silap bila memilih jari yang sama. Ini boleh mencederakan kulit jari tersebut. Boleh lakukan pada mana-mana jari yang lain. Malah kaedah terbaru mencadangkan, boleh cucuk di mana-mana permukaan kulit seperti di lengan atau di abdomen.
4. Satu cucukan, satu jarum. Gunakan satu jarum untuk setiap cucukan bagi mengelakkan jangkitan kuman.
5. Kedalaman cucukan. Kita boleh memilih kedalaman cucukan jarum, tetapi yang terbaik adalah antara 3-4.
6. Kebersihan. Pastikan kita membersihkan kulit jari dengan larutan spirit sebelum kita melakukan cucukan. Jangan tergesa-gesa mencucuk setelah dibersihkan. Tunggu sehingga ia benar-benar kering.
7. Perbezaan bacaan. Jangan terlalu panik bila bacaan gula lebih sedikit dari bacaan yang normal. Banyak faktor yang mempengaruhi. Yang penting, bacaan itu tidak terlalu tinggi dan mendapat bacaan yang lebih kurang sama bila melakukannya beberapa kali di waktu yang berbeza.
Berbincanglah dengan doktor yang berpengalaman dan merawat secara holistik.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di