Penyakit kencing manis atau diabetes adalah antara penyakit yang boleh dikawal dengan cara pemakanan selain perubatan.

Oleh itu, ada yang melakukan pemeriksaan sendiri di rumah dengan mengunakan alat khas untuk mengetahui ukuran paras gula dalam darah.

Namun, untuk melakukan ini perlu ada caranya agar bacaan lebih tepat. Nak tahu ikuti panduan ketika melakukan pemeriksaan gula di rumah yang dijelaskan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad. 

Panduan bacaan ukuran gula lebih tepat

Selain pemeriksaan doktor di klinik, saya selalu mencadangkan agar pesakit diabetes melakukan pemeriksaan gula secara berkala di rumah menggunakan mezin glukometer bagi memastikan tahap gula mereka terkawal.

Pemeriksaan doktor hanya untuk dilakukan setiap bulan, malah ada yang tiga bulan sekali. Jika ada peningkatan gula dalam dalam (hiperglisemia), mungkin pemantauan doktor untuk sebulan atau tiga bulan akan datang, agak terlambat.

Tanpa kawalan gula dalam darah yang bagus, mereka mungkin mengalami masalah komplikasi seperti kerosakan mata dan ginjal, masalah jantung dan stroke. Paling kurang pun masalah saraf seperti rasa kebas dan mencucuk-cucuk.

Namun begitu ramai yang terlepas pandang beberapa perkara penting apabila melakukannya.

Pekara penting ketika tahu

1. Pemeriksaan gula selepas makan (postprandial blood sugar). Ia dilakukan dua jam selepas makan. Paling baik, masa dikira bila mula makan, dan bukan setelah selesai makan.

2. Pemeriksaan gula secara rawak (Random blood sugar). Untuk mendapatkan bacaan yang lebih realistik, lalukan pada masa yang berbeza kerana tahap gula dalam darah bergantung pada banyak faktor. Contoh bila kita penat mengemas rumah, mungkin bacaan menjadi lebih rendah bila kita sedang stress atau marah.

3. Memilih jari yang sama untuk dicucuk. Ramai yang silap bila memilih jari yang sama. Ini boleh mencederakan kulit jari tersebut. Boleh lakukan pada mana-mana jari yang lain. Malah kaedah terbaru mencadangkan, boleh cucuk di mana-mana permukaan kulit seperti di lengan atau di abdomen.

4. Satu cucukan, satu jarum. Gunakan satu jarum untuk setiap cucukan bagi mengelakkan jangkitan kuman.

5. Kedalaman cucukan. Kita boleh memilih kedalaman cucukan jarum, tetapi yang terbaik adalah antara 3-4.

6. Kebersihan. Pastikan kita membersihkan kulit jari dengan larutan spirit sebelum kita melakukan cucukan. Jangan tergesa-gesa mencucuk setelah dibersihkan. Tunggu sehingga ia benar-benar kering.

7. Perbezaan bacaan. Jangan terlalu panik bila bacaan gula lebih sedikit dari bacaan yang normal. Banyak faktor yang mempengaruhi. Yang penting, bacaan itu tidak terlalu tinggi dan mendapat bacaan yang lebih kurang sama bila melakukannya beberapa kali di waktu yang berbeza.

Berbincanglah dengan doktor yang berpengalaman dan merawat secara holistik.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI