Semasa hari raya, selain bersalam-salaman dan eratkan semula hubungan antara kekeluargaan, tak salah untuk meluangkan sedikit masa untuk bergambar sekadar untuk kenang-kenangan masa akan datang. Bukan hanya itu, gambar yang diambil juga akan dikongsikan di laman sosial masing-masing.
Tidak lepaskan peluang, pelakon Ashraf Muslim turut berkongsi gambar rayanya di laman sosial Instagramnya baru-baru ini. Yang mencuri perhatian orang ramai apabila gambar yang dimuat naik itu memaparkan kedua-dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Menerusi hantaran tersebut, keluarga itu telah mengenakan busana sedondon berwarna kelabu ketika meraikan di kampung dan turut mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali dirinya dan keluarga serta memohon maaf andai mempunyai salah silap.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya tumpang rasa gembira melihat kebahagiaan keluarga ini. Malah, ada juga yang mendoakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.
Ads
Terdahulu, Ashraf bernikah dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 24 September 2011 di Mekah dan difahamkan masalah rumah tangga mula tercetus kerana belum dikurniakan zuriat selepas dua tahun perkahwinan.
Bagaimanapun, selepas empat tahun bernikah, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf.
Ads
Manakala, bersama Wan Sakinah Ahmad Saburi yang dinikahi di Thailand pada 7 Julai 2013, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.
Isteri dan ibu mana yang tak pernah rasa penat bila menguruskan hal rumah tangga. Benar ia satu tanggungjawab tapi isteri kenalah bijak mengawal tekanan dalam diri.
Kalau penat, bawa-bawalah rehatkan tubuh dan minda. Suami pula jangan buat tak faham. Jangan sebabkan kita jenis tak ambil kisah sampaikan isteri penat pun kita tak tahu.
Perkongsian Dr Taufiq Razif ini banyak benarnya. Suami kenalah kenal pasti bila isteri penat. Isteri selalunya tak pernah beritahu. Tapi kita kenalah ambil tahu, baru bahagia dunia akhirat.
Terkedu saya bila ramai sangat mengadu tak dapat kawal emosi bila berhadapan dengan anak.
Jadi saya merayu sangat kepada para suami semua untuk tengokkan isteri masing-masing kat rumah sana.
Isteri ni dia takkan mengadu sangat dia penat. Dia taknak bebankan suaminya tapi kita boleh tahu tanda-tanda isteri dah penat melampau.
Antaranya :
* Benda sekecil apa pun boleh trigger si dia untuk menjadi marah dan beremosi
* Mudah jatuh sakit
* Jadi hilang selera makan atau selera makan meningkat melampau lampau
* Akhirnya anak-anak jadi tempat si isteri melampiaskan tekanan emosi
Cuba peluk si isteri tu sekali sekala dan mintak si isteri ceritakan masalah sebenar. Mintak si dia cerita daripada hati ke hati.
Nanti hujung hujungnya si isteri akan buka cerita juga yang dia sebenarnya tengah penat dan perlukan bantuan si suami untuk uruskan rumahtangga.
Percayalah, emosi isteri akan jadi sangat tak stabil bila keperluan fisiologi (physiological needs ) paling asas seperti tidur, makan dan rehat yang cukup tu kita tak pedulikan.
Taufiq Razif Sangat percaya takkan jatuhnya ego seorang lelaki yang belajar untuk memahami isterinya sendiri
Kredit: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benar anak itu rezeki, namun untuk membesarkan anak pelbagai cabaran yang kena hadapi.
Ia termasuk kewangan, kualiti masa, karenah anak dan kudarat membesarkan anak.
Tak kisah anak ramai atau sedikit, setiap orang punya alasan sendiri.
Sebagaimana perkongsian wanita ini, dia meluahkan struggle dalam membesarkan anak.
Ikuti perkongsian ini.
Ada yang bertanya, “Tak nak tambah lagi?”
Dengan Safa yang nak masuk 6 tahun, dan dua-dua anak kami adalah perempuan, bukan tiada yang berkata-kata supaya mencuba dapatkan anak lelaki. Lama dulu lagi dah ada yang tanya.
Saya sedar pertanyaan ini tiada niat jahat. Sekadar berbasa-basi, kata orang. Saya maklum.
Cuma, bagi siapa yang dah lama ikuti FB saya, mungkin tahu akan pendirian kami berkenaan jantina anak dan bilangan anak itu sendiri.
Pertama, kita tidak dapat memilih jantina. Kedua, lelaki atau perempuan, dua-dua rezeki. Ketiga, kuantiti tidak menjamin kualiti. Seorang, dua orang, lima orang; tiada satu pun jaminan kualiti.
Dua-dua jantina ada kelebihan, ada kekurangan. Tapi dua-dua jika direzekikan, bukanlah kejayaan yang wajar dibangga-banggakan; kerana zuriat ini tanggungjawab dan ujian kepada kita. .
Saya sentiasa kagum melihat keluarga besar, yang ibunya gembira dikelilingi anak yang ramai.
Saya juga kagum melihat para bapa yang masih mampu menyara keluarga, sedangkan diri sendiri tidak lagi menjadi yang utama.
Kerana saya dan suami – struggle.
Kami sedar, semua orang pun susah. Orang kaya ada susah dia, orang miskin ada susah dia.
Walaupun cuma dua, kami pun penuh dengan kerisauan, penat, adakala rasa putus asa.
Anak-anak ini wajib diberi makan setiap hari, dijaga ketika sihat apatah lagi sakit, diawasi keselamatannya, diperiksa telinganya, dipotongkan kuku dan rambutnya, didengari tiap keluh-kesah dan menjawab rasa ingin tahu mereka.
Dengan silibus sekolah yang memeningkan, sistem penggiliran yang tidak lagi melengkapi apa yang tertinggal, cabaran gajet yang meningkatkan ‘instant gratification’ dan menurunkan daya fokus, bukan mudah membesar dan mendidik anak-anak zaman sekarang supaya tidak tersasar.
Itu belum lagi soal sakit bersalin, kos bersalin, tempoh berpantang, menyusukan, dan sakit-sakit lain yang timbul selepas melahirkan.
Tulang berbunyi, sakit pinggang, gigi menguning, rambut gugur, lemak tak turun. Banyak yang hanya ditanggung oleh si ibu walaupun anak itu hasil dua hati. Trauma bersalin adalah benar, tuan puan.
Jadi pada kami, tambah anak itu bukan cuba-cuba.
Ia perlukan kemahuan, persediaan, perancangan masa hadapan, dan banyak sisi lagi.
Buat masa ini, kami selesa berempat. Waktu berjalan, ibu pimpin seorang, abah pimpin seorang. Waktu sakit, ibu jaga seorang, abah jaga seorang.
Yang kami harapkan ketika ini adalah kesihatan dan punca rezeki yang baik, supaya dapat meneruskan hidup tanpa menyusahkan sesiapa hatta ibu-ibu dan adik-beradik kami. Itu sahaja.
Sesungguhnya, menjalani tiap hari itu lebih utama berbanding kami menambah ahli keluarga ketika zaman pandemik ini. Not now, not yet. Physically, emotionally, financially.
Doa seorang ibu adalah doa yang selalu dinanti anak-anaknya. Doa ibu tiada hijab dan mustajab! Doa seorang ibu untuk anaknya akan membawa keberkatan hidup di dunia.
Malah dikatakan bahawa doa ibu setanding dengan doa Nabi untuk umatnya iaitu membawa kemuliaan, dapat menolak fitnah, membuka pintu rezeki, dan pintu hidayah.
Jadi jangan buat main dengan doa seorang ibu. Oleh itu, para ibu harus sentiasa berdoa yang baik-baik untuk anak-anak agar kejayaan sentiasa mengiringinya.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
KERAMATNYA DOA IBU!
Amalkan doa ini utk anak berjaya, cemerlang dunia akhirat dan menjadi anak yang hebat serta soleh/solehah :
“Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan, sesudah Engkau memberi pertunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami, rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengumpulkan manusia, untuk menerima pembalasan pada hari yang tak ada keraguan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji”.
Doa
1.Bagaimana doa ibu boleh mampu merubah takdirnya dan takdir anak anaknya. Sebaik atau seburuk mana pun anak itu ialah zuriatnya. Seorang ibu berdoa semoga anaknya menjadi anak yang soleh. Allah uji ibu tadi anaknya tak seperti yang diharapkan. Imam al qurtubi berkata marah ibu bukan benci tak suka tandanya sayang.
Munajat
2.Seorang ibu perlu sentiasa bermunajat kepada Allah. Anaknya bukan miliknya tetapi pinjaman Allah. Ibu ada titik keikhlasan dalam dirinya sejak dari mengandung lagi. Bila lahirnya zuriat segala kesakitan mengandung dan melahirkan hilang begitu sahaja. Doa ibu sangat penting kalau pun anaknya tak berjaya tetapi keberkatan tetap ada dalam diri anaknya kerana keredhaan ibu terhadap.anaknya.
Jaga kata-kata
3.Ada kalanya bila anak dah dewasa dan derhaka ada ibunya yang dalam keadaan marah berkata ibu tak halalkan susu ibu. Kata ustaz memang benar anaknya telah melakukan perkara yang mengecewakan ibunya tetapi adakah kata kata itu boleh merubah segalanya dalam hidup anaknya. Keberkatan hidup. Keredhaan hidup anaknya. Kehilangan seluruh hidupnya. Anaknya akan menjadi bertambah marah kerana kesan dari mulut ibunya. Jangan berkata begitu kerana ibu susu ibu itu milik Allah bukan milik dirinya.
Wahai ibu-ibu semua, doa yang baik saja buat anak2 mu kerana doa ibu tiada hijabnya!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.